Cilok idea??

Assalamualaikum..

Ada lagi ke yg sudi baca blog aku nih? Sebab dah lama sangat mendiamkan diri dari berkarya.. Bukan tak mau, tapi sempat.. Kadang-kadang rindu gak nak menulis..

Anyway, hari nih just nak citer sket kisah cilok idea.. Baru-baru nih aku saje-saje share karya-karya lama kat Penulisan2u.my. Aku percaya org2 yg baca blog nih mesti tau pny Penulisan2u.my yg famous tuh.. Korang mesti kaki novel/cerpen cam aku gak..

Nak dijadikan alkisah, aku post cerpen Dialah Di Hati, and ada la satu makhluk Allah kat situ accused aku cilok idea from novel.. Peghh..kaw-kaw dia hentam..

Sebagai penulis, memang kita kena open for critics.. So aku terima kritikan tuh dengan hati terbuka.. Cuma aku nak membetulkan fact, yang hakikatnya, cerita Dialah Di Hati tuh memang idea aku sendiri and tak pernah cilok dari mana-mana novel pon..

Aku tak tau kalau-kalau jalan ceritanya tersama.. Dan cerpen Dialah Di Hati tuh aku karang masa aku masih student undergrad lagi.. Tahun 2004 camtuh.. Berkurun dah.. Jadi kalau terkebetulan novel yg dimaksudkan itu betul2 sama, tapi keluar selepas tahun 2004, hmmm..., sapa yg cilok sapa ek?? Hehehe..

Apa-apa pon, gua tak de hal kalo nak cilok idea gua.. Tapi garap sendiri.. Tak de hal.. Gua halalkan.. Hehe..

So itu saja... Kalau betul idea saya sama ngan novel tuh, maafkanlah.. Tapi terus terang, jujur aku nak bagitau, aku memang lom penah terbaca novel yang sama ngan cerpen Dialah Di Hati...

Thanks for stopping by.. Doakan lah akuorgbiasa ini jadi luar biasa sket utk kembali menulis... Haishh.....

Selasa, 24 Mei 2011 di 12:26 PTG

1 Comment to "Cilok idea??"

Posted by cekkeya ( 24 Mei 2011 pada 6:28 PTG )

sabar je la kan. tapi, siyes best cerpen2 kat sini ;)

thumbs up ;)