Aku Ada

nih cerpen latest aku...

*******************************************

AKU ADA

“AUCHH!”.
Sakit. Confirm sakit! Sekali lagi, aku cibit pipi ku kuat-kuat.
“Aduhh....”,
Satu tindakan paling bodoh dalam dunia. Itu lah yang sedang aku lakukan sekarang.
Sebenarnya, aku cuma mahu memastikan, yang aku di alam nyata. Bukan di alam mimpi,
mahu pun di alam yang mana, bila pipi, lengan, mahupun perut ku dicubit, pukul ataupun
ditumbuk, tak lagi rasa sakitnya.
“Aduhai....”,Kesekian kalinya, aku mengeluh. Lantas, aku membaringkan diri ke
atas katil single di dalam bilik bujang ku ini. Memang dah sampai ke penghujung hidup aku nih agaknya!
Sejenak, terbayang wajah ayah, dan ibu, serta kak Long dan abang Long, serta situasi
paling menakutkan selama aku 23 tahun aku hidup dalam dunia fana ni.
“Jangan buat lawak bodoh petang-petang ni bu...”,Aku jojolkan mata memandang
ibu ku yang berlagak selamba menuang air dari teko ke dalam cawan-cawan kecil di atas
meja.
“Apa pulak lawak bodoh nya.. . Tak pandainya ibu berlawak bodoh dengan kau!”,
Aku telan air liur. Memandang pula abah, sedang khusyuk membaca Berita Minggu
dengan cermin mata yang terlurut ke hidung itu. Sekali pandang, memang tak percaya
abah nih bergelar “Datuk” di luar sana.
“Tak de lawak bodoh nya Fiq... Ibu dengan abah serius tuh... . Ari tuh, Kak Long ngan Abang Long pon ada sekali ke Kedah..”Kak Long aku yang sedang sarat
mengandungkan anak sulungnya menyampuk mengiyakan. Aku segera tersandar ke sofa.
“Aje gila abah ngan ibu nih! Ko pon sama Kak Long... . Abang Long, pe nih? Tak rock ar..”,Mengharap abang ipar kesayangan ku itu akan membela satu-satu nya
adik ipar lelaki nya di rumah ini. Abang Long memandang aku dengan wajah simpati.
Alahai....pandangan tik tok sedetik simpati. Ala-ala lagu rap dendangan Ahli Fikir
tuh...
“Kami dah bincang Fiq. InsyaAllah, minggu depan, kami hantar cincin tunang ke
sana. Ibu suka benar dengan budak Ayu tuh. Baik, cantik, sopan santun pulak tuh... Elok betul budak nya..”,Ibu bicara tentang gadis yang tiba-tiba, tanpa memo, akan menjadi tunangan aku!
Eh...eh...ibu nih! Tengok la muka dia tuh! Bahagia dia kumain lagi... Macam dia pulak yang nak bertunang.
“Ibu..., jangan la buat Afiq camni bu.. Pe la dosa Afiq kat ibu sampai ibu buat Afiq camni...”, Aku lihat Kak Long tersengih. Mungkin geli hati melihat adiknya yang macho ini tiba-tiba buat ayat jiwang tahap terbaik.
“Ish, ko nih! Dosa apa nya... Ibu buat semua nih untuk kebaikan kau.. Bercakap tuh macam ibu nak antar ko kat rumah anak yatim pulak...”, Aku garu kepala yang tidak gatal.
“Kalau cam ni la gayanya, lagi baik ibu hantar Afiq kat umah anak yatim bu...”,
“Eh budak nih! Ke situ pulak dia mengarut! Abang, tengok la anak abang nih. Menjawab bukan main...”, Abah menjeling melalui cermin mata yang terlurut itu.
Alamak, ini yang aku lemah. Bila dia dah pandang macam tuh....
“Jangan nak melawan Afiq. Our decision is final...”,
“It’s unfair la bah.... . I have my own life.., my own decision..”,
“Don’t we have right on it? Kau keluar dari perut ibu kau tuh. Yang angkut kau sana sini. Tangan abah nih yang carik rezeki bagi kau makan... . Tak layak abah ngan ibu buat decision untuk Afiq?”,
Start dah..., dia buat cerekarama. Alahai.....
“Afiq.., camni la.. . Abang Long rasa, Afiq jumpa dulu dengan Ayu tuh. Berkawan dulu, kenal-kenal dulu hati budi... . Jodoh maut di tangan Tuhan. Kalau bukan dengan dia jodoh Afiq, tak ke mana jugak... . Bertunang tak semestinya naik pelamin...”,Abang Long cuba mengedurkan keadaan.
Memang lah sedap jugak mendengarnya, tapi... Aku tunduk. Serba-salah dibuatnya. Sepanjang aku hidup dalam keluarga ini, memang aku dimanjakan, terutamanya dari abah. Walaupun caranya tak ketara, tapi, berbanding dengan kakak dan adik perempuanku, aku yang paling mudah untuk mendapat sesuatu. Almaklum aje lah, aku satu-satu nya anak bujang dia. Kata abah, aku yang akan memimpin dan membawa nama keluarga kelak. Rasa tak adil pulak aku menolak permintaan abah dan ibu. Tapi, permintaan tu, aku rasakan terlalu tak logik untuk aku tunaikan. Bertunang, dengan manusia yang tak pernah aku kenal? Ayu ke ape tah namanya. Yang aku tahu, budak tuh, anak gadis tunggal teman baik abah yang terpisah sejak lama. Masa kecik-kecik dulu, adalah aku jumpa uncle Karim tuh, dengan arwah isteri dan anak nya. Tak silap aku, masa tuh aku baru darjah 4. Anaknya itu, darjah satu. Muka pun dah tak ingat. Kata ibu, lepas arwah isteri nya meninggal, uncle Karim membawa diri ke mana tah. Abah terus lost contact dengan dia. Kononnya, 2 bulan lepas, masa abah pergi meeting di Kedah, terserempak dengan kawan lama. Menerusi kawannya itu lah, dia dapat mencari Uncle Karim. Dan tak sangka, dalam masa dua bulan ini juga lah, abah dan ibu tersayang ku itu, boleh tertimbul idea untuk meminang anak gadis Uncle Karim tuh untuk aku!
Aduhai..., memang aku nih mangsa aniaya....
“Hujung minggu ni, Fiq ikut kami ke kedah. Jumpa dengan tunang you..”, Aku memandang wajah ibu dan abah bersilih ganti. Mengeluh.
“Sukati ibu abah la nak buat apa..., tapi, Afiq tak boleh pegi. Banyak keje kat campus...”, Lantas aku angkat punggung dan berjalan longlai naik tangga untuk ke bilik.
Gasak la... Mungkin agak biadap cara ku tadi.. . Tapi, aku tak tipu, memang aku tengah sibuk dengan Final Year Project ku. Selepas cuti yang hanya akan berakhir kurang dari 2 minggu ini, aku merupakan siswa sem akhir yang akan graduate..
“Afiq...”,Abah memanggil.
“Next week Ayu daftar ke UIA. Dia apply masuk situ, lepas form 6..”, Aku tercengang.
What?? Baru aku terfikir nak redha dengan apa yang terjadi skang. Sekurang-kurangnya, dalam satu sem akhir nanti, sebelum bekerja dan dipaksa berkahwin, boleh la aku fikirkan step untuk menyelamatkan diri. Berita yang disampaikan abah tadi bagaikan panah petir yang membuatkan wayar-wayar dalam kepala otak aku ni short circuit semuanya.
Apa lah nasib diri... Sudah la jatuh, ditimpa tangga...

* * * * * * * * * * * * * * *

Suasana sunyi sepi antara kami. Hakikatnya, suasana hingar bingar di cafe itu. Sejenak, aku pandang si gadis yang duduk di hadapanku itu. Dia juga seperti ku dari tadi, sekejap pusing sana, sekejap toleh sini. Macam ayam berak kapur je..
“Nape ko nih? Macam tak selesa je... Nak berak ke? Toilet kat sana tuh...”,Direct, aku bertanya. Bukan apa, rimas aku tengok dia tak diam duduk. Gelisah benar. Aku lihat, merah wajah bersihnya. Nak tergelak pulak aku tengok muka budak perempuan ni termalu. Saje je tuh.. Taktik... Supaya nanti, dia jadi tak suka dengan aku, boleh dia mintak putus tunang...
“Abang tuh pon dari tadi, berpeluh je Ayu tengok.. Tahan berak tak baik tau!”, Aduh..... Terkena aku sebijik. Rasa macam kena buku lima, Bob, budak engineering yang paling gemuk dalam batch aku.. Aku pandang dia dalam. Nak rasa pandangan tajam aku agaknya. Dengan mata Ahmad Afiq Abdullah, jangan dibawak main dik...Bahaya! sudah ramai yang tertewas...
Namun, tidak seperti yang aku sangkakan, dia membalas renunganku dengan mata galak nya itu. Aku pula jadi tak betah. Namun, aku teruskan perjuangan dengan gagah. Tak boleh kalah. Sejenak, aku betulkan kedudukan, untuk memberikan lebih tumpuan pada pertarungan.
Come on Afiq..., you can do it!
Tiba-tiba, aku lihat mata itu seolah tersenyum, bersama dengan bibir merah itu, lantas diikuti dengan tawa manja.
“Ya Allah..., abang ni kelakar la..”, Aku kerut kening.
“Ok la.. Abang menang la! Kasik can la this time..”, Aku termalu sendiri. Bodohnya aku, beriya-iya nak lawan mata. Sampai minah ni perasan pulak! Malu siot!! Akhirnya, aku sendiri tertawa. Mentertawakan kebodohan diri sendiri.
“Dah la tuh! Jangan la gelakkan aku lama-lama..”,Lantas aku akhirkan sesi ketawa itu. Aku lihat, dia berdehem sedikit, seolah control ayu balik, selepas gelak sakan.
“K lah, actually, aku panggil kau sini, nak bincang sikit...”, Ayu angguk-angguk.
“Honestly, aku, sebenarnya, tak bape suka la ngan apa yang dah terjadi nih..”,
“Aku setuju pun, for the sake of respecting my parents. Aku tanak lukakan hati ibu abah... . Tapi, mm, i was thinking, this engangement would be temporary la.. I’ll think a way to escape. I hope you understand.. Aku ada plan aku sendiri.. Aku bagitau awal-awal, so that...”,
“Jap...jap...”,Tiba-tiba, dia memotong percakapanku. Ish.., budak kecik nih, cuba tunggu orang tua abis bercakap dulu. Aku lihat dia senyum.
“Ayu paham masalah abang. Ok, don’t worry...”, Aku sedikit ternganga. Aku membayangkan sejak semalam, dia akan menangis teresak-esak, macam citer dalam drama tuh, rupanya, dia macam happy pulak!
“Mm, Ayu tau, sapa pun akan rasa idea bertunang ni macam gila... Ayu tak paksa abang terima Ayu ke, apa ke... . Ayu pun terima pinangan dari parents abang, sebab, Ayu nak happy kan baba. However, I believe, kalau ada jodoh, tak ke mana..”, Aku jadi terdiam seribu bahasa. Ish, relax nyer minah nih..
“So.., kau tak kisah le kalau aku layan kau, bukan macam tunang?”, Ayu angguk-angguk.
“Kalau abang terima Ayu as kawan pun, syukur, Alhamdulillah...”,Aku pandang wajah itu lama. Dalam hati, terasa lega amat, seolah baru terselamat dari bencana alam.
“Mm.., Ayu, kata lah, satu hari, kita putus tunang..., cane?”,
“Kan Ayu cakap tadi, ketentuan jodoh tuh, di tangan Tuhan. Kalau tak ade jodoh, nak buat camana..”, Aku angguk-angguk.
Bagus..., maknanya, dia mesti ok kalau tak jadik perhubungan kami ni..
“OK.. kalau camtuh, lega ar aku dengar. Aku cuba carik jalan camana nak setelkan masalah nih... Papahal pon, dalam sem nih, kita berlakon dulu. Aku target lepas aku abis blaja nih, kita putuskan tunang.. Caranya.., biar aku pikir dulu..”,Aku membebel-bebel sendiri.
Sejenak, aku angkat muka melihat dia hadapanku. Diam. Tanpa reaksi.
“Cane? Deal?”, Dia pandang aku lama, sebelum senyum, dan mengangguk memberikan persetujuannya. Aku senyum lega.
“Aku nih bukannya apa, ase cam orang zaman Hang Tuah pulak kena tetapkan jodoh..”, Aku lihat dia tertawa kecil.
“Hang Tuah pun dah carik girlfriend sendiri bang!”,
“Ish.., dia lain kes..., sebab dia anak yatim piatu...”, Aku lihat gadis itu tertawa lagi. Entah mengapa, dalam hati, terasa senang dengan gadis itu.
Mm..., bleh wat member. Memang sporting minah nih...
“Satu lagi.., arr, pasal hal nih..., kalau bleh, jangan bagitau sapa-sapa la ek? Biar kita-kita aje yang tau...”,
“Abang malu...?”, Aku garu-garu kepala yang tidak gatal.
“Bukan macam tuh... Mm, nanti kecoh ar.. Untuk pengetahuan kau, aku nih sebenarnya memang glamour kat UIA nih... Jadik, kalo orang tau aku dah bertunang...,jat..”,
“Jatuh la saham abang...”,Dia sendiri yang menyambung. Ish budak nih.. Memang hobi dia agaknya potong cakap orang...
“OK...OK... Ayu paham...”, Aku mengangguk lagi.
“Mm, ok la. Aku ase, sume pon dah clear.. Lepas nih, kita buat cam biasa ar.. Tapi, ko anggap la aku senior ko.. And as senior, aku tak kisah kalau ko nak tanya apa-apa ngan aku.... Sebab aku nih memang berhati mulia, baik hati..”,
“Hai Afiq....”,Tiba-tiba satu suara gadis menyapaku. Aku angkat wajah.
Alamak....Mira...
Aku hanya tersengih. Tunduk sedikit tanda hormatku. Memandang dia berjalan bersama dua lagi sahabat baiknya, Fifi dan Maya sambil tertawa kecil.
Oh Mira..... Manisnya senyuman mu...
“Ehem...”,Aku tersentak. Lantas aku betulkan duduk ku. Aku lihat dia tersenyum sinis memandangku.
“Pe? Nape pandang aku camtuh?”, Dia masih tersenyum.
“Abang syok ngan kakak tuh ek?”,
“Eh ko nih! pandai-pandai jek... Ko budak kecik tau apa...”,
“Eleh abang.. Nak cover pulak.. meleleh-leleh air liur nengok kakak tuh, ada hati nak deny plak..”, Dia lantas bangun.
“Nah amik tisu nih... Lap. Buruk rupanya...”,Tisu sehelai diletakkan di hadapan ku. Sambil tertawa, dia berlalu meninggalkan aku. Aku pandang dia berlalu.
Hampeh punya budak! Pekena aku pulak.... Namun, segera aku angkat tisu itu. Mengesat mulut. Mana la tau, kot betul ada air liur meleleh tengok senyuman manis Mira tadi. Sorok-sorok, aku lihat tisu yang ku kesat tadi.
Mana ada! Tipu je....!
Aku kerut kening.
Kerek sey..budak nih!

* * * * * * * * * *

Aku berjalan perlahan masuk ke dalam kelas. Mengantuk sebenarnya. Tidur lewat menyiapkan assignment yang harus dihantar hari ini. Kebetulan, subject selepas kelas ini pula, ada test menanti. Jadik, mau tak mau, aku terpaksa bersengkang mata menyudahkan segala kerja dan bersedia ala kadar untuk menjawab test sebentar lagi. Aku duduk di tempat biasa. rakan-rakan ku sudah ada memenuhi tempat duduk.
“Nih yang muka ketat semacam apa kes?”,
“Ngantuk ar... Tak cukup tidur...”,Aku mengadu sambil mengeliat perlahan. Tengah aku syok layan mengeliat, tiba-tiba Mira and the gang kelihatan di muka pintu. Segera aku control macho semula. Tersenyum kepadanya. Hakikatnya, sejak dari second year lagi, aku memang dah syok dengan minah nih. dan sememangnya, dia dan gang bestfriend-forever (BFF) nya tuh memang agak terkenal juga dengan di fakulti kami. Leh kata gang cun la.. Ramai kawan-kawan aku kata, Fifi yang paling cun, dan aku akui, memang Fifi yang paling menyerlah, tapi, entah kenapa, hati ku ini terpaut pada Mira. Mungkin aku suka dengan caranya. Lagipun, Fifi tuh dah berpunya. Dirembat sahabat baik aku plak tuh. Si Ipin. Entah camana, dalam sem lepas, Fifi dan Ipin mula menjalin hubungan. Aku pun tak tau, tah part mana yang si Fifi sukakan si Ipin. Tapi, pe nak buat, mungkin dah memang jodoh diorang. Apapun, pantang orang lelaki kacau awek member. Itu prinsip aku...
“Oh ha Fiq, aku nak tanya ko sumtin nih...”,Ipin memecah lamunanku. Macam tau-tau plak, aku tengah pikirkan dia.
“Pe menda.. Kalau ko nak tanya soalan last tuh, aku tak tau.. Aku bantai je..”, Sambil menyediakan perkakas untuk memulakan kelas, aku menjawab.
“Bukan ar... Semalam Fifi cakap nampak ko kat Kyros.. Ko ngan awek..”,Aku lantas terbatuk mendengarkan soalan itu. Kalau Fifi yang bertanya, maknanya, Mira juga pasti bertanyakan soalan yang sama.
“Ha..? pegh, ini citer panas beb.. Awek mana plak.. Sampai ati ko tak bagitau kiterang pon..”,Azim menyampuk.
“Sapa weh? Tak de roger-roger pon...”, Aku geleng-geleng perlahan.
“Korang nih..., kalo bab gosip, memang mencapang je telinga tuh... Tak kuasa mak!”,Sengaja aku ajuk gaya ala-ala mak nyah. Ipin dan Azim lantas tertawa. Aku juga turut tertawa.
“Bukan awek aku la...”, Kala itu, Kimi yang baru sampai mengambil tempat di sebelahku.
“Awek? Awek mana?”,
“Eh mak, Assalamualaikum... Bagi salam dulu.. Tak reti?”,Ipin pula meniru gaya mak nyah. Kimi kerut kening. Tak paham dengan apa yang terjadi. Aku dan Azim ketawa. Bergegar gak la kelas tuh ngan tawa kami. Lantas kami menjadi perhatian seisi kelas. Termasuk la gang BFF itu. Aku lantas control tawa ku. Mira memandang ke arah ku. Tersenyum sambil menggeleng-geleng.
“Pemenda la korang nih... Bising je!”,
“Cepat la weh! Abis tuh sapa? Takkan la budak-budak tuh salah nampak...”,
“Itu adik sedara aku la... Baru masuk. Direct intake...”,Selamba aku menebarkan kata-kata dusta ku.
“Cun tak adik sedara ko tuh?”,Pantas Kimi bertanya.
“Ahh ko nih, pantang nama awek je, tanya cun ke dak....”, Ipin dan Azim terkekek mentertawakan Kimi. Sejenak, pintu kelas sekali lagi terbuka. Dan kali ini, lecturer aku yang berasal dari Sudan itu masuk dengan fail di tangan.
“Assalamualaikum...”,Dia memberikan salam.
“Waalaikumussalam...”,Ramai-ramai kami menjawab salamnya.
“Fiq, nanti tunjuk la kat aku...”,Sempat lagi Kimi membisikkan kepada ku. Aku tersengih. Geleng-geleng.
Kalau dah romeo tuh, romeo jugak....

* * * * * * * * * * * *
Suasana agak riuh rendah di cafeteria. Almaklum aje lah, waktu makan tengahari. Dan memang ini pusat student dan lecturer bertandang untuk mengisi perut sebelum meneruskan aktiviti masing-masing. Aku berjalan perlahan dengan tangan penuh. Sebelah memegang memandang pinggan nasi, sebelah lagi memegang air. Fail aku kepit di ketiak. Habih, nak buat camana, tak cukup tangan..
“Fiq..., meh saya tolong awak...”,Aku lihat Mira di sebelahku.
“Ha?”, “Meh saya tolong awak bawak fail tuh. Berterabur pulak kang...”,Aku jadi gugup sendiri.
“Ar, takpelah. Kalau nak tolong, tolong bawakkan air nih... Fail nih dah letak kat ketiak. Busuk plak nanti...”,Mira tertawa perlahan dengan kata-kata ku.
“Ada-ada je awak nih...”,Sambil itu, dia mengambil cawan air sirap daripada tanganku. Lantas kami berjalan beriringan ke meja yang diduduki sahabat-sahabat yang lain. Semenjak Ipin dan Fifi couple, memang kami semua selalu lunch bersama. Terutama hari Selasa dan Khamis. Sebab tuh sem nih, aku memang takkan miss kelas hari selasa dan khamis.
“Ewahh.., tolong belikan abang Afiq air ke?”,Maya mengusik. Mira hanya tersenyum. Meletakkan air di hadapanku.
“Thank you... Sorry, susahkan awak plak...”,
“Eleh Fiq.. Selama nih aku angkatkan ko punya air tak penah pon cakap camtuh...”,Kimi pula mengusik. Budak-budak nih memang nak kena pelangkung aku agaknya. Saja la tuh.... Nak bagi aku malu...
“Buat hape.. Kau tuh angkatkan air aku ada niat. 3 suku dari air nya ko yang rembat..”,Ketawa berdekah lagi antara kami. Aku lihat, Mira turut ketawa galak. Sukanya dia. Tengok dia suka, aku pun suka gak... Hikhikhik...
“Korang makan kebab je ke?”,Soalan diajukan kepada BFF.
“Diet la tuh.... Ada ke makan mee baru sepinggan dah sibuk tanya aku pipi dah tembam ke tak...”,Ipin tukang jawab.
“B.... Ei you nih! tak leh simpan rahsia langsung...”,Sambil itu, tangan mencubit.
Ala, bukan aku tak tau, tak sakit pun kena cubit tuh.. Ye la, awek yang cubit. Nak manja la konon... Lain la kalau kena cubit dengan cikgu sekolah dulu.
Aku hanya melihat mereka bergurau. Di selang seli dengan gurauan sahabat yang lain. Kala itu mata mencuri-curi pandang gadis yang duduk di hujung sebelah sana. Aku paling suka tengok dia ketawa atau senyum nampak gigi. Nampak comel betul.. Namun, kala itu dia angkat muka. Memandang aku. Kemudian tersenyum malu dan tunduk.
Alahai.... Berdobar jantung den! Tiba-tiba terasa peha ku bergegar.
Alamak, sapa pulak yang call time,time cam nih.. orang tengah nak main mata nih... Potong stim btol la... Dengan tangan kiri, aku keluarkan handphone daripada poket.
Ibu
“Weh...syyhhhh, syhhh.... Bonda...bonda...”, Lantas aku tekan satu butang untuk menerima panggilan itu.
“Hello Assalamualaikum..”,
“Waalaikumussalam... Ha Afiq... Kat mana tuh?”,Lembut suara ibu bertanya.
“tengah lunch nih bu... Baru abis klas..”,
“Owh... Lunch dengan Ayu ke?”,
“Tak lah... Ngan my friends la..”,Perlahan aku jawab.
“Tuh ibu dengar ada suara perempuan tuh... Sapa pulak? Afiq makan dengan budak perempuan mana lak?”, Aduhhh.... Aku tepuk dahi. Si Fifi nih, kot iye pon bergurau senda dengan boypren tercintak tuh, jangan la gelak kuat sangat. Kan dia dah dengar....
“Kiterang makan ramai-ramai nih....”, “Nape tak ajak Ayu lunch skali... Kesian dia, kot tengah lunch sorang...”,
“Hish, tau la dia bu... dia bukannya budak kecik nak kena jaga sentiasa...”,aku bagi alasan. Tapi, logik pe..
“Hish, nama lagi tunang. Kena la jaga. Pemenda la ko nih!”, Aku diam kali ini.
“Mm, nih, ibu nak bagitau nih. esok malam, bawak Ayu datang umah. Ajak dia makan kat umah kita... Kau pon balik!”,
“Ha?? La.., nih yang tak gemar nih bu.. last minute punya planning nih...”,
“Ibu ngan abah lom jumpa dia lagi sejak dia masuk UIA... Dah, dah, besok bawak dia..”,Tanpa sedar, aku muncungkan bibir. Ala-ala budak-budak merajuk tuh...
“Nanti Afiq bagitau dia ek.. Lepas maghrib..”, “Ibu tepon la dia sendiri. Bagitau dia... Org sibuk arr.. K la bu.. Nak makan nih.. Jap lagi ada kelas lagi...”,
“Ok la...ok la.. Makan elok-elok. Bye...”, Lantas talian aku matikan. Rupa-rupanya, masing-masing dah memandang ke arahku. Selamba, aku suapkan nasi ke dalam mulut. Malas nak layan. Setelah keadaan agak kendur, aku pandang ke arah Mira semula. Menyedari aku memandangnya, dia tersenyum manis.
Hai Mira..., tengok awak senyum camtuh, orang kat ICU pon leh sihat...
Alangkah bagusnya kalau aku boleh memiliki pemilik senyuman manis itu. aku dapat merasakan masanya kian hampir dengan detik gembira itu, memiliki Mira. Kerana, sedikit sebanyak, aku dapat rasakan yang dia juga menyimpan hati terhadapku. Tetapi, kalau lah si manis ku ini tahu tentang kewujudan Ayu yang tiba-tiba itu dalam hidupku, apa yang mungkin terjadi? Kesekian kalinya, aku mengeluh...

* * * * * * * * * *

Tv plasma besar yang terletak di ruang tamu rumah ku itu aku pandang kosong. Sayup-sayup terdengar tawa Ibu, Ayu dan Kak Long. Tah hape yang disukakan sangat pon tak tau... Jam berdenting, menandakan sudah masuk jam 10 malam. Untuk kesekian kalinya, aku mengeluh.
Memang tak dapat la gamaknya aku join budak-budak tuh gi main futsal.. adoi, dah le skang memang tak de masa. Nak tempah tempat tuh pon bukannya senang. Nak-nak lagi ari jumaat nih... susah payah aku gi menempah, last-last, aku yang tak dapat main....

“Fiq, panjang mengeluh nampak...”,Entah bila Abang Long ada di sebelah, aku sendiri tak sedar. Aku lantas betulkan dudukku.

“Dari tadi muka cam beruk mak yeh, apa kes?”,Dipukul perlahan dadaku. Memang sejak Kak Long berkawan dengan Abang Long dulu lagi, aku dah senang dengan lelaki ini.
Syok sket nak bersembang. Pasal bola ke, Formula 1 ke.... Nih tak, umah aku nih penuh dengan pompuan... Balik-balik sembang citer korea, drama melayu la, hindustan la. Tak pon kisah anak orang tuh, adik budak nih. yang lagi tak tahan, citer pasal barang kemas, tupperware atau fesyen. Pening kepala aku dibuatnya. Abah plak, bukan suka nak sembang pasal bola.. Cite pasal golf dia suke la.. Mana le aku paham golf-golf nih... Jadi kehadiran Abang Long dalam keluarga ku ini, memang lah satu nikmat untuk aku..

“Tak de pe lah Bang Long... Tengah mengenang nasib nih...”,Aku lihat Abang Long aku tertawa.

“Wat ayat sedih la plak!”,

“Fiq ada janji ngan kawan-kawan nak main futsal nih sebenarnya... Sesekali nak release tension... Haduh... Ibu nih spoil la...”, Abang Long masih tertawa. Menepuk-nepuk bahu aku perlahan. Seolah memujuk.

“Bleh tahan cun Ayu tuh, Fiq? Tak ase ke?”, Sejenak, aku memandang Ayu di dapur membantu ibu dan kak long mengemas. Memang aku akui. Cantik budaknya. Matanya galak, kulit boleh dikategorikan cerah, hidung mancung terletak. Aku boleh kata, memang taste si Kimi la.. dia tuh memang pantang nampak yang dahi licin sket...
Tapi, macamana cun pun si Ayu nih, apa kan daya, hatiku telah dicuri oleh Mira... Alangkah baiknya kalau Mira yang berada kat dapur tuh bermesra dengan Ibu dan Kak Long.

“Amboi, lama pandang!”,Abang Long melenyapkan lamunan ku. Aku sengih.

“Cun memang cun bang long.... Tapi..., mm...”, Aku mengeluh lagi.

“Kau dah ada awek lain ek Fiq?”,Seolah dapat mengagak apa yang sedang aku fikirkan, Abang Long bertanya. Aku pandang Abang Long sejenak. Kemudian memerhati sekitar. Memastikan line clear.

“Bukan la awek. Blom lagi... Tapi ada la kawan-kawan. Org dah lama dah syok ngan minah tuh...”,

“Abis, ari tuh nape tak cakap ngan ibu and abah?”,

“Abang Long tengok la camana insist nya diorang ari tuh... bukan nak consider..”, Kini abang long turut mengeluh sama. Mungkin dia paham apa yang aku alami.

“Entah la Fiq.. Abang pon tak berani nak cakap apa... Tapi, Abang cam tau nape abah ngan ibu nak sangat ko tunang dengan Ayu...”, Aku memandang Abang Long, menanti butir bicara yang seterusnya.

“Abang rasa, abah nak tolong uncle karim...”.

“Tolong? Tolong camana tuh?”,Aku semakin berminat. Ye lah, at least, aku nak tau harga pengorbanan aku bertunang dengan si Ayu nih. walaupun yang pastinya hanya untuk sementara, aku masih ingin tahu. Kerana, kali ini, arahan abah dan ibu, agak tegas aku rasakan.
Tidak boleh kata tidak, mesti mahu. Eh, cam iklan Twisties plak..

“Tolong jaga Ayu...”, Aik? Aku semakin tak mengerti.
Bapak dia kan hidup lagi. yang abah sibuk sangat nak menjaga anak dara orang nih kenapa... Tak cukup ke anak dara sorang, anak yang dah tak dara sorang untuk dipelihara?

“Abang rasa..., Uncle Karim tuh..., mm..., dah tak lama...”, Aku tercengang kali ini. Tak lama maksud abang long di situ ialah....mati?

“Bila tengok Uncle Karim tuh, Abang Long memang tak sangka Ayu tuh boleh jadik seceria tuh...”,

“Ayu tuh..., memang betol-betol kuat budaknya... Dah la mak dia dah meninggal masa kecik, ayah pulak sakit, mm..., dalam keadaan cam tuh, dia boleh ceria lagi... Abang memang kagum dengan dia...”, Aku terus diam. Tiada modal untuk berkata-kata lagi.
Sejenak, memandang kembali ke dapur. Melihat Ayu untuk kesekian kalinya. Dari wajah yang tersenyum itu, tiada riak sengsara, namun, hatinya, entah siapa yang tahu. Tanpa sedar, aku mengeluh.
Jadi, patutkah aku berkorban untuk gadis ini.....?

* * * * * * * * * *

Setibanya aku di bilik ku di UIA itu, terus sahaja aku berbaring ke atas katil. Entah la kenapa, terasa mengantuk pula.
Makan banyak sangat kot... Ye ar, macam-macam betul ibu masak tadi. Nak menyambut bakal menantu datang la konon!
Sejenak, aku teringat kisah abang long tadi. Kesian la pulak aku mendengarkan cerita tentang dia. Rupanya kerana itu abah beriya-iya suruh aku bertunang dengan Ayu. Supaya kelak, keluarga kami boleh menjaga Ayu. Tapi, kalau macam tuh, nape tak amik je budak tuh sebagai anak angkat.... Kan senang! Tak de sapa yang rugi. Nih tak, tak ke keje gila gi tunangkan aku ngan si Ayu tuh... Camana abah dan ibu boleh terpikir yang aku akan kawin dengan budak tuh... I barely know her! Aku tak cinta pon dia...
Lagipun, daripada perbincangan aku dengan Ayu hari tuh pon, aku tau dia pun tak suka dengan aku... Dia jugak yang cakap dia terima pertunangan nih sebab nak jaga hati ayah dia...
Hish.., tak terbayang aku bersanding dengan minah tuh nanti...
Aku mengeluh lagi. Aduhh, pening kepala aku pikir masalah politik aku nih! Apa apa pon, aku kena carik jalan untuk lepaskan kami dari ikatan tak logik nih..
Mm..., mungkin aku dengan Ayu boleh berlakon bergaduh besar satu hari nanti. Pastu, cakap la kami tak sehaluan lagi, pastu, boleh la putuskan tunang.... Ha.., ok..ok.. Boleh pakai idea nih..
Tanpa aku sedari, aku mengangguk sendiri.

“Weh!!”,

“O Mak kau!!!”,Aku melatah kuat. Terduduk aku dari baringku. Kala itu Kimi telah ketawa kuat.

“Sial ar kau nih! saje ar tuh, nak bagi aku mati cepat....”,Aku urut-urut dada perlahan. Mana tak, entah dari mana, tiba-tiba muncul je muka mangkuk nih! tak ke menjerit aku dibuatnya.

“Ko nak ape? Ei, belasah kang...”, Kimi masih ketawa.

“Pemendala ko nih... Terangguk-angguk... Macam tengah pikir masalah negara..”,

“Sibuk ar! Ko nak apa?”, Dia masih ketawa. Lantas aku pukul lengannya dengan satu daripada bantalku.

“Aku saje je.. Nak sembang dengan ko..”,Tika tawanya kian berkurangan, dia ucapkan tujuan sebenar dia hadir ke compartment ku.

“Lenkali bagi la salam sket. Lemah jantung aku dibuatnya...”, Dia hanya tersengih. Bersandar ke dinding memeluk bantal yang aku gunakan memukulnya tadi.

“Weh Fiq! Tadi aku jumpa awek baik punya Fiq! Gila ar..”,

“Alahai Kimi. Dah beribu kali ko cakap cam nih Kimi... Awek baik, awek baik... Kalo setakat mata keranjang ko tuh, tak de aku heran la ko jumpa awek baik...”,

“Ish..., this time btol nih Fiq.. Cun tuh... Aku nampak dia kat depan kolej pompuan tadi...”,Aku pandang dia dengan pandangan sinisku.

“Hish, aku teman Ipin amik bini dia la.. Tadi Fifi ikut gi futsal... Nak tengok balak dia main...”,Seolah mengerti maksud pandangan ku itu, Kimi sukarela menerangkan duduk perkara yang sebenar. Aku ketawa perlahan melihat reaksi Kimi.

“Bila ko nampak minah tuh?”,

“Tadi... Masa kiterang kuar tadi la.. Masa tuh ko blom kuar lagi...”,Aku hanya mengangguk. Sejenak, aku menguap.

“Elok la tuh.... Harap-harap, ko jumpa la dia lagi...”,

“Eleh ko tuh malas nak layan aku la tuh...”,

“Aku ngantuk la weh...”, Kimi buat muka.

“Baru nak citer-citer, ngantuk plak! Pape ko nih! dah la, gi la tido.. malas mak nak layan...”,Lenggang lenggok dia keluar dari bilikku. Aku gelak melihat gelagatnya.
Lantas aku berbaring semula. Eh, macam ada yang kurang...

“Weh Kimi, bantal aku!!!!”,

* * * * * * * * * *

“Sebisa mungkin, tak akan pernah..., sayangku akan hilang...”,Aku menyanyi perlahan mengikut irama lagu My heart kedengaran daripada radio di dalam lab itu. Lab itu lah yang menjadi medan perjuangan aku dan Ipin membuat projek kami. Sambil-sambil melihat circuit aku yang baru sahaja meletup tadi, aku menyanyi la me’release’ tension.

“Nyanyi sakan nampak!”,Aku lantas berpaling.

“Eh Mira...”, Tersengih-sengih malu.
Alamak, kalo tau dia nak datang tadi, aku nyanyi la sedap sket.. bawak kuar bakat terpendam aku tuh...

“Buat apa sini?”, Dia muncungkan mulut menunjuk kepada Fifi yang telah pun berada di sisi Ipin. Ada sian bawak kan bekal lagi. Teh ais dengan pau.

“Bahagia nya si Ipin tuh ek.. Ada jek orang nak teman. Patut la dia tuh jarang tension...”, Aku lihat Mira sengih.

“Kalo Fiq nak.., Mira leh je teman Fiq selalu...”,Malu-malu, dia berbicara.

“Eh ye ke?”,Aku pun malu-malu kucing.

“Camana progress projek korang?”,

“Progress? Mm, kami baru je berjaya meletupkan satu circuit...”,dia gelak lagi.

“Patut la bau kuat... . Abis tuh, cane? Effect circuit lain tak?”, Aku geleng-geleng.

“Seb baik la tak... Mm, kena design baru la.. circuit relay nih tak menjadi. Ipin ar nih...”,Pandai-pandai aku meletakkan kesalahan atas kepala Ipin.

“Fiq, ari jumaat nih, Fiq free?”, Aku diam sejenak. Mengenang jadual harian. Jumaat? Mm, rasa-rasa tak ada apa-apa... Eh jap!
Lantas otak ku seolah mengimbas kembali peristiwa petang tadi.

“Ibu tak kira.., by hook or by crook you kena hantar Ayu gi Pudu... Takkan Afiq nak biar dia jalan sorang-sorang kat KL nih... Dia kan baru kat sini...”,Mengingatkan sahaja arahan dari ma’m desar tuh, aku mengeluh.

“Fiq! Tak free ek?”,

“Er, tak sure lagi la wak... Nape?”,

“Mm..., ingat nak ajak awak teman saya gi carik hadiah birthday mama saya..”, Aku jadi terkesima sejenak.

“Arr..., kita dua je ke?”, Dia angguk. Aku telan air liur. Hish, kalau ikut kamus hidup aku, bila lelaki ngan pompuan, jalan berdua, tanpa apa-apa tujuan formal yang khusus seperti urusan kerja atau sebagainya, perkataan yang sesuai ialah dating la...

“Er..., Mira ajak saya dating ke nih?”,

“Kalo Fiq sudi la...”,Sambil bermain-main dengan skrew driver yang aku gunakan untuk projek ku itu, dia menjawab. Alahai, nyampah! Malu-malu pulak dia...

“Eh..., lebih dari sudi, cik Mira... Kalo camtuh, confirm saya free..”,Akhirnya, aku katakan sesuatu yang sebenarnya mengundang lebih banyak masalah kepadaku.
Ah.., Mira punya pasal, aku sanggup...

* * * * * * * * * *

Meja di cafe itu aku ketuk-ketuk perlahan.
Mana pulak budak kecik nih... Hish, orang pompuan nih. Takkan nak pegi cafe pon nak siap beriya-iya. Apa lah... Sempoi-sempoi sudah...

“Assalamualaikum..”,Aku kalih pandang, dan lihat Ayu sudah pun duduk di hadapan ku.

“Waalaikumussalam... Ha.., ish.., naik tanduk aku tunggu... Apahal lambat...”,Sengaja aku komplen panjang-panjang.

“Sorry la.. Ada hal sket tadi.. Mm, nape abang panggil Ayu?”,

“Ibu cakap kau nak balik Alor Star ujung minggu nih ek?”, Dia angguk.

“Ibu suruh aku hantar kau sampai Pudu...”,Dia masih sepi. Aku garu-garu kepala. Camana nak cakap nih...

“Abang tak leh hantar?”,Seperti dia dapat membaca fikiranku, dia bertanya.

“Kau macam tau-tau aje ek...”,Dia senyum. Diam sejenak.

“Tak pe lah... Ayu leh balik sendiri. Ayu tak expect pon abang hantar Ayu..”,

“Aku ada hal sket...”, Dia angguk-angguk.

“Tak ape.. Ayu balik sendiri...”,

“Tapi...ibu..”,

“Don’t worry... Kalau kita dua-dua tak bukak mulut, tak ada la aunty tau..”, Aku senyum. Minah ni memang sporting... Sempoi giler...

“Bagus....bagus... Kau nih memang cool..”,Suasana sepi seketika antara kami.

“Abang ada hal apa?”,Erkk...alamak..!

“Aku...aku.., nak kuar carik barang projek..”, Dia angguk lagi.

“Projek abang OK?”,

“Boleh la.. Ada la masalah here and there.. We’re working on it la..”,Dia angguk lagi.
Ceh..., cam paham lak!
Aku senyum sendiri melihat dia terangguk-angguk macam paham.

“Tu yang sibuk sket skang nih...”,

“Tak pe lah kalo camtuh.. Abang buat la projek abang tuh... Ayu tak nak kaco abang pulak.. Ayu boleh gi sendiri Pudu tuh...”, Sungguh, hati aku teramat lah lega nya ketika itu. Budak Ayu nih memang memudahkan kerja aku.

“Kalo tak de apa-apa lagi, Ayu nak balik dulu la...”,Aku angguk. Seolah mengizinkan dia pergi. Dia lantas berdiri.

“Eh abang..., sibuk, sibuk jugak.., kesihatan kena jaga jugak tau..”,Aku jadi terpana mendengar kata-katanya itu.

“Muka abang macam pucat sikit... Jangan la sampai tak makan.. Nanti sakit lagi susah..”,Spontan, aku raba wajahku. Ye ke pucat? Tapi, memang dua tiga hari nih, aku kurang tidur, dan jadual makan ku juga sedikit kelam kabut dek kerana mengerjakan projek ku itu. supervisor pulak nak tengok electrical part hari jumaat pagi akan datang. Mau tak kelam kabut aku dan Ipin menyiapkan.

“Tau?”,Seolah-olah memastikan aku mendengar nasihatnya, dia bertanya. Aku pandang mata galak nya, sebelum mengangguk. Dia senyum.

“K lah, Bye Assalamualaikum...”, Dan aku lihat dia berlalu. Menggeleng sendiri. Gadis bernama Ayu itu memang sukar aku jangkakan. Zahirnya, dia memang ceria budaknya, kerek boleh tahan, tapi, agaknya, apa yang ada di hati nya? Apa yang dia fikirkan? Dan tiba-tiba, jauh dalam hati ku, aku teringin untuk mengetahui, apa yang dia rasakan terhadap aku? Dia care pasal aku ke...?

* * * * * * * * * *

Aku memandang kipas yang ligat berputar. Sekali lagi, aku ubah posisi baringku. Entah kenapa, mata tak mahu terlelap. Terbayang-bayang lagi peristiwa tadi. Aku tepuk dahi.
Tu la.. Padan muka.. Balasan orang ingkar arahan ibu bapak...
Aku angkat handset yang aku letak di sisi. Masih sepi. Tiada jawapan daripadanya. Mesti dia marah giler kat aku... Huhuhu...
Pada mulanya, segalanya memang indah antara aku dan Mira. Aku ambil dia dari kolej dalam pukul 3petang. Singgah makan tengahari. Mira belum lagi makan tengahari waktu itu. Katanya nak makan dengan aku. Masa tuh, aku sengih sampai ke telinga. Sweet nye dia... Sanggup berlapar, nak makan dengan aku... Oleh itu, walaupun perut dah kenyang makan nasi ayam yang aku beli sebelum berangkat menunaikan solat jumaat, terpaksa jugak aku menempah nugget McDonald, untuk menjaga hatinya.
Selepas itu terus sahaja kami ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Dia nak belikan tudung untuk mama nya.

“How about this, Fiq? Fiq rasa ok tak yang nih...”, Aku melihat tudung pink lembut yang dipegang itu. Aku sekadar mengangguk. Sebenarnya, aku tak berapa gemar dengan corak tudung tuh. Heavy sangat. Sebab selama nih, bila aku temankan ibu, atau kak long, atau pun Wina, adik perempuanku, jarang mereka pilih sulam-sulam atau manik yang terlalu ‘over’.

“Betul ke? Muka awak macam tak suka jek..”, Aku pandang dia sejenak.

“Arr..., cam nih, apa kata awak amik color yang sama, tapi, corak yang simple sket...”, Dia diam sejenak. Memandang aku.

“Maknanya, selama nih, awak rasa tudung saya tak simple la? Selalu saya pakai tudung camnih la...”,

“Eh...eh..., bukan macam tuh... Mira tak pe.., sebab awak muda lagi..”,

“Abis mama saya dah tua la..?”, Alamak..., salah lagi..

“Bukan...bukan.. Mm, sukati awak la.. Amik la mana yang awak suka..”,

“Ala..., saya tanya pendapat awak..”,Sudahnya, aku garu kepala yang tak gatal. Tadi bukan ke aku dah bagi pendapat...?
Aku kalih pandangan. Walaupun aku memang ada experience yang agak banyak dalam melayan karenah perempuan, namun, kali ini, mati akal pulak aku..
Kala itu, mata aku tertancap pada satu wajah.

“Ayu?”,Terlepas nama itu daripada bibir ku. Melihatkan gadis itu di kedai seberang jalan. Sedang memilih tudung.
Aduh.... Kantoi aku... Aku cakap dengan dia nak carik barang projek. pe hal pulak aku buat kat kedai tudung nih... Mana nak menyorok nih...

“Apa awak cakap tadik?”,Aku lantas memandang semula buah hati ku yang masih membelek tudung pink tadi.

“Arr tak de... Camana? Dah pilih?”,

“Mm..., tiba-tiba ase nak amik color hijau plak..”,Aku angguk-angguk. Sekadar menjaga hati nya. Kembali memandang kedai seberang itu. dan malang nasibku, kala itu dia memandang.
Oh no!! Confirm kantoi!
Aku lihat dia macam terkesima sejenak, sebelum tersenyum dan mengangkat jari telunjuk nya dengan muka nakal nya. Ala-ala mengejek la kononnya. Lantas aku senyum. Buat muka kesian dengan harapan, dia paham keadaan sebenar. Kalaulah ibu tau aku tak hantar Ayu ke Pudu, dan sebenarnya aku keluar dengan perempuan lain, memang jadi lauk aku Ibu masakkan agaknya..

“Fiq...”,

“Ye...saya...”,Pantas aku menoleh semula pada Mira.

“Nih ok?”,Ditunjukkan sehelai tudung warna hijau lumut pula kali ini.

“Ha.., yang nih ok... Cantik...”, Dia senyum puas hati.

“Betol?”,

“Betul! 100%... Mesti berseri-seri mak awak pakai tudung nih...”,Dia senyum makin lebar. Yang sebenar, aku malas nak pikir hal tudung tuh, kerana, sekarang aku ada masalah yang lebih besar untuk difikirkan.

“Ok la kak... Amik yang nih? Bape nih?”, Selepas itu, dia terus bersembang dengan kakak penjual itu, mintak kurang harga. Biasa la..., orang perempuan..
Agak-agak, line clear, aku kalih semula kepada Ayu. Aik, dah hilang! Aku pandang sekeliling. Tidak jauh, aku nampak dia sedang sibuk menyimpan duit ke dalam purse nya. Nak balik dah kot... Camana nak jumpa dia time nih.. tak pelah, nanti aku mesej je...
Aku kalih semula kepada Mira. Masih belum tamat sesi tawar-menawar antara Mira dan kakak indon yang menjaga kedai itu. kadang-kadang, aku tak paham dengan orang perempuan nih.. Harga 25 dengan 24 pun berkira. Singgit je pon yang berbeza, tapi, masih, mereka tak mau mengalah.
Mm, lantak la.., asal bahagia...

“AHHHH!!!!!”,Tiba-tiba aku dengar jeritan. Pantas aku menoleh semula ke arah Ayu. Memang tepat jangkaan ku, memang Ayu yang menjerit. Kala itu aku lihat tangannya menunjuk kepada satu arah. Pantas aku berlari ke arah nya. melihat sahaja aku di situ, dia cengkam lengan bajuku.

“Beg.... Pencurik!”,terketar suaranya cuba menerangkan apa yang terjadi. Aku lihat ada lelaki berlari ke satu arah membawa beg nya. Segera aku berlari mengejar lelaki itu.

“Woi! Jangan lari! Pencurik!”, Sambil aku mengejar, aku menjerit-jerit. Untung, ada juga orang yang mengambil kisah jeritan ku. Pemuda India yang kebetulan berdiri berdekatan dengan pencuri itu sempat menarik bajunya. Berdua kami menahan lelaki itu daripada terus lari.

“Mencurik arr..!! Kasik potong lu punya tangan mahu ka??”,Macha itu mengugut.

“Lepasin guek!”,Ceh, mat indon rupanya! Kurang ajar btol diorang nih. Dah la datang negeri orang, wat hal plak!

“Bak sini beg tuh! Kuang hajar btol!!”,Segera aku rampas beg itu daripada genggaman mat indon itu.

“Thanks to you, bro..”,

“It’s ok.. Biar saya bawak dia pegi balai...”, Aku angguk. Lantas membawa beg itu, kembali kepada Ayu. Dia kaku di situ. Menangis. Cuak juga melihat keadaannya begitu. Di wajahnya aku nampak betapa dia terkejut dengan apa yang baru terjadi.

“Ayu, ko ok ke?”,Lembut tanyaku. Aku lihat, tangannya terketar. Terkejut mungkin.

“Ayu...., ko ok tak?”,Masih diam. Hanya menangis di situ. Aku lihat jam di pergelangan tangan. Hampir jam 5 petang.

“Ayu..., dah...dah, jangan nangis.. Sume ok... Dah ok dah..”,Aku cuba memujuk sekali lagi. Dia masih sepi.

“Nah! pegang beg elok-elok... Kat sini jangan leka.. Peragut banyak..”, Ketika itu, Mira datang berlari anak menghampiri kami.

“Kenapa nih?”,

“Peragut....”,Mira angguk-angguk.

“You ok ke? Injured tak?”,Dia pula bertanya sambil mengusap-usap perlahan lengan Ayu. Ayu masih menangis.

“Dah tuh, jom..! aku hantar kau gi Pudu..”, Aku lihat Mira tercengang. Ye lah, tak de pasal-pasal, aku nak hantar budak nih gi Pudu...

“Er Fiq...”,

“Kita gi Pudu dulu...”,Lantas aku berjalan meninggalkan mereka berdua. Hati aku terasa berdebar semacam. Aku pasti, muka aku pastinya pucat lesi kala ini. Entah la kenapa. Mungkin aku juga terkejut dengan apa yang baru berlaku kepada Ayu. Macam-macam terbayang dalam kepala aku sekarang. Cuba kalau aku tak ada kat sini tadi? Dengan apa dia nak balik? Purse, handset semua kat dalam beg tuh... Camana kalau bukan setakat peragut yang mengganggu? Camana kalau perogol?
Tegak bulu roma aku fikirkan kemungkinan-kemungkinan itu. aku rasa bersalah amat ketika itu. kalau aku bersetuju menghantar dia sampai ke Pudu, tentu tak jadi macam nih... Ahh..., aku rasa bersalah amat tika itu.
Sesudah menghantar Ayu ke Pudu, aku dan Mira terus balik ke UIA. Aku tahu, Mira marahkan aku. Kalau tidak, masakan dia diam membisu selepas itu. sepatah pun tak mau bercakap dengan aku. Hanya angguk dan geleng sahaja. Puas aku ajak dia ke sana ke sini. Aku ajak makan malam bersama pun, dia tak mahu.
Aku nak belanja kat kedai mahal nih... Aduhai, selama nih, tak sangka pulak gadis pujaan ku ini jenis yang kuat merajuk jugak...
Tiba-tiba, aku rasa getaran perlahan. Menyedarkan aku dari lamunan panjang. Aku lihat lampu handset ku menyala-nyala. Mira. Nama itu yang terpampang di skrin telefon NOKIA 5300 ku itu. aku lantas duduk.

“Hello..”,

“Hello... Dah tido ke?”,

“Belom lagi... Mm, cik adik di sana tuh marah lagi ke?”,Dia diam.

“Saya mintak mahap ye...”,

“Last chance...”, Aku senyum. Lega rasa hati. Dia mahapkan aku gak..

“Mira jealous ek? Saya tinggalkan awak, gi kat perempuan lain...?”,Sengaja aku menduganya. Dia diam.

“Dah tau..., nak tanya lagi... saje la tuh...”, Aku gelak kali ini. Eleh, malu lah tuh nak ngaku yang sememangnya dia jealous..

“Orang tua-tua kata, kalau jealous.., tandanya.., Mira sayang dengan saya..”,

“Memang lah! Awak tuh je yang tak sayang saya.. Main kayu tiga..”,

“Hish..., mana awak tau.. Tak caya dengan saya? Belah la hati nih, biar hati ku sahaja yang menjawab segala sangsi adinda... Dalam hati saya nih, ada satu ruang je untuk diisi oleh perempuan selain keluarga saya.., tempat isi tuh dah ada pengisi nya, dan itu kamu...”, Dia ketawa kali ini.

“Nak amik hati saya la tuh...”,

“Awak nak tau tak? Awak lah perempuan paling cantik bila tengah marah tau! Bila awak jeling tuh, berdegup hati saya nih, macam nak terkeluar jantung saya.. Manis....”,Dia ketawa lagi. Dan selepas itu, aku asyik mendengar tawanya. Dan bicara manjanya. Hampir sejam kami bersembang malam itu. ketika talian dimatikan, senyumanku masih bersisa di bibir. Aku lihat jam. Hampir jam 1230 pagi.
Sejenak, aku terkenangkan si dia. Agaknya Ayu dah sampai mana....

* * * * * * * * * *


Salam.abg,ayu mntk maaf byk2 pasal smlm.ayu kaco abg ngn k.mira plak!sori sgt2.n thnx a lot 2 u n k.mira.kalo abg takde smlm,entahla camana.thnx sgt... n sori...



Mesej itu aku tenung lama. Sepatutnya, aku yang mintak maaf dengan Ayu. Sebab, aku tak jalankan tanggungjawab aku. Aku mengeluh perlahan. Teruk ke aku nih? dah la aku tipu dia. Kononnya aku nak carik barang projek. yang sebenarnya, projek nya ialah keluar berdating dengan buah hati aku tuh...

Agaknya, Ayu kecik hati tak? Ish, kalo aku jadik dia pon, terasa la gak... Nampak sangat tak sudi nak menghantar aku... Aku tarik nafas dalam. Sungguh, aku masih rasa bersalah. Kalau lah ibu dan abah tau apa yang terjadi semalam, memang mati aku... Reply lah mesej dia nih..

Reply.



Salam.ko sampai pukul bape smlm?aku mntak maaf gak pasal kelentong ko..mm,aku dah janji dengan mira nak kuar.tiba2 ibu soh anta ko.tuh yg srbasalah aku diwatnya.sorry.. tp,lenkali,ko nak balik,aku anta kan ar..kalo pape jadik,mati aku kena panggang dgn abah n ibu.lgpon,ko tuh tak pandai jaga diri sndirik,iso aku nak biar ko tuh jalan kat KL..terpaksa jugak aku jagakan.hahaha..



Selesai mesej aku taip, aku sengih sendiri. Terbayang wajah Ayu membaca mesej itu, haha. Padan muka. Mesti dia tak puas hati aku cakap dia tak pandai jaga diri sendiri.. aku baca sekali lalu mesej yang aku taip itu, dan bersedia untuk menekan butang send. Baru sahaja aku ingin menghantar sms itu, tiba-tiba, telefon ku bergegar.

Calling... Mira

Aik? Kenapa pulak baby aku nih call pagi-pagi nih.. semalam kan dah bergayut..



“Hello assalamualaikum..”,



“Waalaikumussalam... sayang, wat pe tuh?”,Aku sengih. Ewah, dah naik pangkat nampak nya aku nih..



“Tak de wat pe baby...”,Eceh.., geli lak ase hati aku memanggil dia dengan nama itu.

Memang menerusi panggilan malam semalam, kami telah mencapai kata sepakat, aku jadi ‘sayang’ dia, dia pulak, jadik ‘baby’ aku... yang sebenar, dia yang beriya-iya meminta aku untuk tukar nama panggilan tuh.. nak lebih mesra katanya. ikut kan aje la.. Minah tuh bukannya boleh, kang panjang muncungnya sedepa kalau ditolak-tolak permintaannya tuh..



“Yang..., ari nih, teman B gi Giant leh, Yang?”,Aku terdiam sejenak.



“Pukul bape?”,



“Lepas asar ke... B nak carik barang hostel sket...”, Alamak, aku dah janji dengan Azim nak main tennis petang nih...



“Er..., Maya kan ada kete... Nape tak pegi dengan Maya je..?”, Dia diam. Agak lama.



“Orang nak pegi dengan awak. Awak tak nak teman saya ke? Mm, tak pelah... Tau lah, kita nih sapa.. Tak pe lah..”, Ha...tengok, tengok..! Mula la nak wat ayat sedih tuh..



“Eh jap...jap... Ok.. Lepas asar... Nanti saya amik B kat kolej ek..”,



“Ok.... Thank you Yang... jumpa Yang petang nih ek...”,



“Mm..., ok..”,Ringkas jawabku.



“Bye...”, Dan talian aku matikan. Mengeluh lagi. Satu lagi masalah. Pe lak aku nak bagitau Azim nih... Aku tepuk dahi. Dan otak ku ligat memikirkan cara.

Dan kala itu, mesej untuk Ayu, sudah tidak dipedulikan lagi...



* * * * * * * * * *



“Thank you class. Assalamualaikum...”,Dr Farhan, lecturer ku yang berasal daripada Pakistan itu mengucapkan salam sambil berjalan keluar membawa failnya. Aku mengeliat perlahan.



“Assignment lagi... Aduhai... Masak aku camnih.. Berkoyan-koyan plak assignment skang nih.. Projek lagi..”,Kimi mengeluh sambil mengemas barang-barangnya. Aku hanya tersengih.



“Fiq, jadi tak nak jumpa Abang Lan tuh? Kata tak tanya dia pasal controller tuh..”,Ipin bertanya pada ku.



“Ha..jadik, jadik.. Lepas nih kita trus pegi arr..?”,dia hanya tersenyum dan mengangguk.



“Fiq...”,Aku angkat wajah. Aku lihat Mira di hujung meja ku. Memang aku dah pesan, jangan ber’sayang-sayang’ dengan aku di hadapan kawan-kawan ku. Buat jadik modal gelak budak-budak nih je... Malas aku..



“Jom.. Gi lunch..”, Alamak.... Aku garu kepala yang tak gatal. Memandang Ipin. Ipin hanya buat tak tau...



“Saya ada hal la Mira.. Nak jumpa orang kejap..”,



“Ala... Fiq nih! makan la dulu...”,



“Mira.., ko gi lah makan dengan gang BFF kau tuh... Kasik can la kiterang hang out ngan Fiq lak...”,Ipin menyampuk. Agaknya, dia pun dah naik mual, tengok aku dengan Mira asik berkepit je. Dia dengan Fifi yang dah lama bercinta pun, tak de sampai gitu.



“La.. Korang nih, malam pun tengok muka dia gak, kat klas pon tengok muka dia gak.. Sekejap-sekejap aku nak berkepit dengan boyfriend aku, pe salahnya..”,Selamba dia menjawab. Aku sengih. Memandang Ipin.



“Cam nih la...cam nih.., petang kang kita gi minum sama ek? Skang nih saya memang ada keje nak buat...”, Aku lihat dia mencebik. Sebelum beredar meninggalkan kami. Aku tarik nafas lagi. nampaknya, malam nih, aku kena pikirkan modal lawak lain plak nak amik hati makcik tuh semula.



“Kau manjakan sangat dia tuh Fiq.. Orang perempuan nih, ada had nak bagi muka.. Kalau tak, kepala kita kena pijak...”,Ipin bagi nasihat professional. Dia bangun.



“Dah jom! Chow! Kang dia patah balik kang... Tak lepas plak ko..”, Aku gelak.



“Cilakak la lu bro.. Sukati kutuk awek aku..”,Dia turut ketawa.



“Awek aku pon sama. Tapi, aku bijak sket dari ko tuh nak handle...”,Dia membangga diri. Kala itu, kami sama-sama ketawa. Jauh dalam hati aku, aku rindukan saat-saat bermesra dengan sahabat-sahabat aku begini. Makin lama, aku rasa aku makin menjauh daripada mereka. Mungkinkah memang ini pertukarannya? Memilih cinta, bermakna, membuang sahabat?



* * * * * * * * *



Soalan itu aku tenung lama. Sejenak, garu-garu kepala. Aduh.., pening aku! Camana nak buat soalan nih... Pening pale aku...

Sudahnya, aku letakkan pen. Tarik nafas dalam. Melihat telefon bimbit Nokia 5300 ku yang aku letak di sudut meja study aku itu. aku angkat, dan cuba mendail nombor Mira.



“The number you have dialled..”,Segera aku matikan talian. Dia masih off telefon bimbitnya. Merajuk lagi la tuh...



“Ahhh...”,Akhirnya aku mendengus perlahan. Kadang-kadang, panas jugak hati aku nih dia buat perangai dia tuh.. Pasal hal kecil pun boleh membawak-bawak rajuknya. Takkan lah tak boleh cuba paham aku sket.. . Kan aku nak pegi wat keje aku, bukan nak pegi menyundal dengan perempuan lain..

Tiba-tiba telefon ku berbunyi, menandakan ada mesej yang masuk. Segera aku angkat telefon itu. Mana la tau kot-kot Mira yang menghantar sms. Segera aku buka mesej itu. melihat pengirimnya.

Aik, Ayu?



If a lover is like a Moon, then friends are like stars. Hav u noticed that the sky can look beautiful without a moon, but not without stars..thanks for being one of my stars.. =)



Aku tersenyum membacakan isi kandungan mesej itu. ada ke dia samakan aku dengan bintang? Yang bentuk segi-segi tuh... Hampeh punya budak...

Ayu.. Sejenak terkenangkan budak kecik tuh. Memang dia nih budak baik. Setiap kali aku buat apa-apa untuk dia, walaupun hanya menghantarkan bekal makan yang ibu kirimkan untuknya, dia pasti akan berterima kasih. Walaupun kecil, aku terasa seperti jasa ku sangat dihargai. Dan tak pernah sekali pun dia merungut bila aku tak boleh, atau tak dapat buat sesuatu untuknya. Itu pun, bukannya dia yang mintak sendiri dengan aku. Ibu yang selalu keluarkan titah nya, suruh aku buat itu ini untuk Ayu. Aku tahu, ibu lagi selalu menelefon Ayu daripada aku, anaknya sendiri nih...



“Selagi Ayu ada kaki nak berjalan, mata nak melihat, otak nak berpikir, and selagi ada nyawa dalam badan, Ayu cuba buat sendiri hal Ayu... Ayu tak mau susahkan orang.. Ayu tak mau susahkan abang...”,Terkenang aku kata-katanya satu tika dulu. Tapi, pada aku, dia tak pernah menyusahkan aku. Aku rasa senang hati membantu dia. Mungkin kerana aku senang berada dekat dengan dia. Ceria, dan juga menceriakan. Kadang-kadang, aku rasa, dia tuh macam ada sensor lak kat badan aku nih. bila aku tengah gundah gelana, dia seolah dapat mengesan. Nanti, ada saja la mesej yang dihantar, atau dia akan call terus, dan tiap kali itu, dia berjaya melegakan hati aku. Contohnya macam skarang la.. Segera aku membalas mesejnya.



Weh makcik, sukati je samakan aku dengan bintang! Aku lagi hensem dari bintang tuh tau... tapi, kalo maksud ko star = someone who other people around proud of, yeah..you’re so right!Memang aku star UIA, Ahmad Afiq Abdullah... ;p



Send.

Aku tersengih kali ini. Telefon aku letakkan semula ke sudut meja. Kembali fokus kepada soalan yang tidak terjawab tadi.

Lima minit aku tenung soalan itu, masih tiada idea. Akhirnya aku mengalah, lantas bangun menuju ke compartment Kimi. Niat di hati mahu bertanya, mana la tau dia dah dapat jawab, boleh la aku kongsi-kongsi.. Mamat nih, walaupon dia sedikit miang keladi, namun, bab pelajaran, memang aku kagum. Genius mamat kelate nih!



“Kimi...”,Aku jenguk ke dalam compartment nya dan aku lihat dia sedang bergolek-golek di atas katil sambil bercakap telefon. Tersengih cam kerang busuk plak tuh..!

gayut ngan awek la tuh! Dia pandang aku. Angkat kening. Aku agak, dalam bahasa lisannya, maksudnya ialah, “Pahal?”,

Aku geleng-geleng dan angkat tangan, maksudnya, “Tak pe..”,

Dengan hati yang kecewa, aku balik semula ke compartment ku. Tak pelah.., try jawab soalan lain dulu...

Segera aku jawab soalan seterusnya. Tidak lama selepas itu, Kimi datang ke bilik ku.



“Pahal Fiq? Sorry la, aku tengah cakap phone..”,Aku sengih.



“Paham sangat dah... Aku nak tanya soalan nih..”, TIT! TIT! Kala itu, telefon ku berbunyi. Ada mesej yang masuk. Ayu.



Iyakss, disgusting!! Runtuh la langit UIA if you’re the star...hahaha ;p



Cess...

Namun, aku sengih. Kurang hasam budak kecik nih..



“Weh, cepat la.. Nak aku ajar tak?”,



“Eh..., nak..nak.. Cane?”,Dan aku kembali menumpukan perhatian pada Kimi. Sejenak, aku terfikir sesuatu.

Eh..., kebetulan pulak ek. Kimi abis cakap phone, Ayu pon balas mesej... Ada pape ke nih...



* * * * * * * * * *

Aku hanya menyepi. Melihat Mira begitu asyik bercerita. Hakikatnya, sepatah haram pun tak masuk ke dalam kotak fikiran. Aku melihat jam di pergelangan tangan. Sudah hampir 1130.

Mm..confirm Ipin dah balik kolej... Lab pon dah tutup.. Aku mengeluh perlahan.



“Sayang, nape?”,Alamak, dia dengar la pulak.



“Eh, tak de apa...”,Aku cover.



“Sayang cam boring je...”,



“Hish..., tak de lah...”, Aku pantas mencapai air Coke dari atas meja. Aku lihat dia kemudiannya senyum gembira semula. Aku balas senyumannya bersahaja.



“B nak pegi beli kan kebab untuk roommate jap ek.. Dia pesan tadi..”,Aku angguk. Lantas dia angkat purse dan berlalu. Pantas aku keluarkan handset dari dalam poket seluar. Mendail nombor Ipin.



“Hello..”,



“Weh Pin... Kat ane?”,



“Aku kat kolej dah..”,Ringkas jawabnya.



“Aduh...sorry la weh! Stranded la aku kat sini...”,Ipin diam.



“Ye ar..., orang dah awek kan... Nak wat camana... Terpaksa la aku setel sorang projek tuh...”, Alamak, Ipin nih merajuk ngan aku ke...



“Ala Ipin..., sorry la.. Mm, esok biar aku wat la.. Ko tak yah datang lab...”,Dek kerana bersalah, aku tawarkan tukar ganti dengan Ipin.



“Tak pe lah. Tak de hal la... K la weh.. Aku ngantuk nih...”,



“OK.. Sorry ek Pin! Bye..”. Talian dimatikan. Aku mengeluh. Terasa bersalah amat dalam hati. Memang sepatutnya kami ke lab malam ini. Masa sudah semakin suntuk. Kami cuma ada kurang lebih 2 bulan sahaja lagi untuk kami siapkan projek itu. Tapi, aku akui, semenjak dua menjak ini, susah betul aku nak ke lab. Mira sering sahaja ajak aku makan malam bersama dengannya. Kalau ditolak, alamatnya bermalam-malam la rajuknya. Letih pulak aku nak memujuk. Jadi, aku turutkan sahaja. Sekarang nih, partner aku pulak yang merajuk dengan aku. Memang la, kalo aku kat tempat Ipin pon aku bengkek... Sorry Ipin....

Dengan rasa kekesalan itu, aku pandang keliling cafe yang semakin lengang itu.

Tika itu, mata aku tertancap pada satu meja. Eh? Aku gosok-gosok mata aku memastikan aku tak salah pandang. Ayu? Dengan Kimi? Ada seorang lagi budak perempuan yang duduk bersama. Aku lihat, Kimi kumain suka lagi ketawa. Ayu juga ketawa. Entah kenapa, hati terasa panas tiba-tiba. Sejak bila diorang ada kat situ? Kenapa aku tak sedar pon...

Pe agaknya yang digembirakan sangat tuh ek?! Kepala otak ligat berfikir, agaknya, entah bila Kimi dan Ayu berkenalan. Dah lama ke hubungan diorang serapat itu. Ke sebenarnya Ayu cuma menemankan sahabatnya yang sorang lagi tuh?



“Ahh...”,Tanpa sengaja, aku mendengus.



“Eh Yang, kenapa nih?”, Aku tarik nafas dalam. Kebetulan pula ketika itu Mira sudah kembali.



“Dah? Jom balik la...”,



“Kenapa nih?”,



“Saya penat la.. Nak balik...”,



“Malas nak layan saya la tuh...”,Dia buat perangai manja nya lagi.



“Mira, please la..”,Aku dah buat muka. Memang jarang benar aku nak tunjuk muka bengang aku nih. ye lah, aku nih kan periang orangnya. Tapi, bila dah sampai limit nya, boleh tahan jugak angin aku nih..

Mira mengeluh. Lantas mencebik dan berjalan laju meninggalkan aku. Aku lantas ikut di belakang. Kebetulan pulak, Mira lalu di hadapan meja yang diduduki Kimi dan Ayu.



“Eh Fiq!”,Kimi menegur. Sungguh, aku memang tak ade mood gila nak bertegur sapa kala itu. Aku paling ke arah mereka, dan Cuma mengangkat tangan ku dan berlalu. Tanpa berhenti. Sempat aku pandang wajah Ayu. Aku lihat dia hanya memandang aku dengan mata galaknya.



******************************



Dia masih diam. Dah la tak nak bercakap, tak nak pulak keluar daripada kereta aku. Kalau tak, boleh jugak aku belah je daripada kolej nya ini. Merajuk-merajuk pun, nak jugak aku hantar sampai ke kolej...



“Awak nih kenapa pulak?”,Aku tanya lembut.



“Tanya saya pulak! Awak tuh la.. Nak marah tak tentu pasal nape?”,



“Bila masa saya marah awak?”,



“Tadi la.. Ajak balik elok-elok tak boleh?”, Ei.., minah nih! ini sudah lebih... Dah la aku memang tengah panas je nih..



“Dah la.. Saya malas nak gaduh malam-malam nih... Saya penat la..”,Aku cuba meredakan keadaan. Dengan harapan dia akan keluar dari kereta dan boleh lah aku berlalu dari situ dengan segera daripada perkara ini berlanjutan.



“Kenapa dengan awak nih?”,Dia mulakan semula. Sungguh, aku memang tidak dapat bersabar lagi.



“Awak la tanya diri awak kenapa... saya ajak balik je pon nak marah-marah, apahal? Dah la Ipin dah bengang dengan saya, asik dia je buat projek... Orang lain ada awek gak, tak de la sampai abaikan projek!”,Akhirnya terlepas apa yang terbuku di dalam hati. Dia pandang aku lama dengan anak mata yang sudah pun berair.



“Cakap aje lah saya nih penyibuk dalam hidup awak. Kaco awak nak buat projek! Cakap aje la yang awak tak mau layan saya dah!”,Tinggi suaranya memarahi aku semula. Kemudian dia keluar dari kereta dan menghempas pintu sekuat hati dan berlari masuk ke dalam kolej nya. Aku jadi tercengang dengan tindakannya.

PANG! Aku hempas stering kuat. Kalau aku tau camni rasanya berawek, tak de aku nak nya merasa ada awek....

Lantas aku tekan pedal minyak membawa Kelisa ku laju membelah jalan.



* * * * * * * * * * *



Selesai salam terakhir, aku usap wajah ku perlahan. Sedikit sebanyak, terasa tenang sedikit hati selepas mengerjakan solat isya’. Kalau tak, hati nih terasa macam terbakar-bakar aje...

Aku bertafakur sejenak di atas sejadah. Mengenangkan peristiwa tadi. Agaknya, aku juga bersalah. Terlalu berkasar dengan Mira. Dah la kami baru je sebulan bercinta.. dah banyak hal..

Aku mengeluh perlahan. Lantas, tangan aku angkat memohon doa daripada Dia yang Maha berkuasa. Agar Dia ampunkan dosa-dosa ku. Dan sentiasa membimbing aku ke jalan yang benar.

Selesai, aku lipat sejadah ringkas dan menghempas badan ke atas katil yang tak berapa nak empuk itu. Alamaklum la.., katil asrama..

Aku angkat handset. New message.



Saya mintak maaf, berkasar dengan B tadi.mayB saya tengah pressure.bnyk keje.Plus tension Ipin pulak merajuk, saya asik tak buat projek.tapi,saya pon bersalah gak.orang lain ada awek gak,tapi,tak le berkepit 24 jam dengan awek dia...nway,saya mintak maaf.hope B paham la keadaan saya lepas nih..tak bleh nak spend masa 2gether slalu sgt.nanti orang kata apa plak...papepon,baby mahapkan saya ek?kalo tak,terpaksa la syg nyanyi lagu maafkan kami tuh kat depan kolej B tu.. ;p



Send.

Setelah pasti mesej itu selamat aku hantar kepadanya, aku senyum sendiri. Hendaknya, lembut lah hati minah tuh.



“Hari ini kau senyum riang...”,Tiba-tiba bunyi pintu bilik dikuak, berserta suara sumbang Kimi menyanyi-nyanyi kedengaran. Dalam hati berdoa, agar Kimi tak datang menjengok aku. Entah mengapa, terasa macam malas sangat nak bersembang dengan Kimi malam nih... Kerana hati aku seolah tak sudi mendengar ceritanya tentang dia makan bersama Ayu.



“Ahmad Afiq....”,Nampaknya, Tuhan tak makbulkan doa aku yang ini. Aku mengeluh perlahan. Demi menjaga hati sahabat, aku lantas duduk.



“Ha... ko! Lambat balik nampak...”,



“Weh! Kau nih.., sampai hati.. Tak singgah pon tadi”,Aku sekadar sengih.



“Sorry la weh... Aku nak cepat tadik...”,



“Aku baru nak kenalkan kau dengan awek baru aku, Ayu..”, Aku lihat Kimi senyum berbunga-bunga. Mm, memang nampaknya, watak utama perjumpaan tadi, adalah Ayu dan Kimi, bukanlah minah yang seorang lagi.



“Si Ayu tuh la yang aku citer kat ko aku nampak kat depan kolej Fifi tuh...”, Baru aku teringat, memang Kimi ada ceritakan padaku yang dia tersangkut pada gadis yang berdiri di depan kolej perempuan itu. Ayu rupanya...

Eh jap.., maknanya, masa Kimi nampak tuh, Ayu tengah tunggu aku la.. Malam yang ibu suruh aku bawak dia balik rumah tuh... Aduhh.., kalau lah aku kuar awal daripada budak-budak tuh.., tak de la Kimi nampak Ayu... Aku mengeluh. Terasa sesal.



“Weh!”,Balik ke alam nyata.



“Pahal lak ko nih? mengeluh pulak tiba-tiba...”, Aku hanya geleng perlahan.



“Camana ko dapat contact dia..?”,



“Eh, nih Kimi la... Lagi mau tanya... Ada la cable aku...”, Aku pandang Kimi dalam. Hish, rasa geram je ngan mamat nih..



“Kau jangan buat tak tentu hala kat Ayu tuh Kimi...”,Spontan, aku memberi amaran.



“Ah kau nih..., nak ajar aku plak! Aku tau la... Aku lebih banyak experience ngan hal-hal pompuan nih daripada kau tau!”, Disebabkan experience kau tuh la aku bertambah tak percaya dengan ko, Kimi oi...



“Tapi dia tuh jual mahal btol.. Nak ajak dia keluar, sket punya susah... Beribu-ribu kali aku pujuk. Baru lah dia nak. Tuh pun nak ajak kawan teman..”, Dalam diamku, aku tersengih.



“Kau gelakkan aku ke?”,Alamak, kantoi la plak..



“Tu la kau! Padan muka.. Selama nih, romeo la.. Baru le kena buku dengan ruas.. Bagi kau beringat sket, kau tuh bukannya hensem sangat pon... Ada gak pompuan tak mau dengan ko...”,Kali ini aku ketawa.



“Cilakak la lu beb!”,Lantas kami sama-sama tertawa.



“Kalau aku romeo, Fiq..., aku rasa, aku dah jumpa juliet aku...”, Tawaku terhenti di situ. Memandang Kimi dalam. Tolonglah jangan kata, juliet ko...



“Ayu...”,Akhirnya Kimi sebutkan juga nama yang kalau boleh, tak mau aku dengar tika itu. Aku hanya membisu.



“Tidur senyum aku malam nih...”,Lantas dia berjalan meninggalkan compartment ku, sambil menyanyi-nyanyi lagu ‘Ayu’ dendangan kumpulan V.E. Aku telan airliur. Ada perasaan tidak enak. Kenapa Ayu?



* * * * * * * * * * * *

Roti canai mamak itu makan dengan berselera. Tah nape, pagi-pagi nih, terasa lapar pulak. Oleh itu, sengaja aku keluar awal sebelum kelas pukul 10 bermula, dan bersarapan dahulu.



“Assalamualaikum...”,Dengan roti canai yang masih tergantung di mulut, aku mengangkat wajah. Ayu di situ, tergelak-gelak melihat rupa ku yang lahap itu. Segera aku masukkan lebihan roti canai itu ke dalam mulut.



“Lapar nya dia...”,Dia perli aku.



“Duduk la..”,Melihatkan dia hanya berdiri, aku mempelawa.



“Kang awek abang nampak kang... Susah plak...”, Aku diam. Geleng-geleng. Masih teringat peristiwa semalam. Seolah mengerti, dia segera duduk.



“Ayu nampak abang semalam kat cafe..”, Sebelum menjawab, aku habiskan kunyahan aku.



“Aku nampak ko gak. Dengan Kimi...”, Ayu senyum.



“Dengan Nabihah, kawan Ayu... Tak nampak?”, Seolah mahu aku tahu yang dia bukan berdua dengan Kimi. Aku angguk-angguk.



“Bila pulak kau kenal Kimi tuh...?”,



“Mm, dah lama jugak la... Dia tutor C Programming Ayu...”, Aku terdiam sejenak mendengarkan kata-katanya. Terkenang kata-kata Kimi malam kelmarin. Hati semakin tidak enak bila terkenangkan tentang hal itu. Kenapa? Aku sendiri tidak pasti. Mungkin kerana aku takut Kimi tau yang Juliet nya tu tunang aku? Apa yang akan berlaku? Atau, mungkin, aku tidak senang dengan hubungan mereka berdua? Hish..., kenapa pulak aku nak rasa tak best... Kalo btol Kimi serius dengan Ayu... Tiba-tiba terasa hati sakit semacam bila terfikirkan situasi itu. Ahh....! malas aku nak pikir...



“Semalam..., mm..., abang ok ke?”,Dia memecahkan keheningan itu dengan bertanyakan soalan kepadaku. Lantas segala persoalan yang bermain di minda ku tadi hilang sejenak.



“Mm..., ada hal sket la...”,Mudah sahaja aku meluahkan kepadanya.



“Dengan awek?”,



“Dengan awek pon iya.., dengan kawan pon iya...”,



“Dengan Ayu...?”,Tiba-tiba soalan itu diajukan. Aku diam. Memandang tepat ke anak matanya. Apa maksud soalan tuh?



“Eh tak de la... Main-main je...”,Kemudian dia tertawa.



“Semalam, muka abang garang betul. Tak pernah Ayu tengok abang camtuh..”,Dia masih tertawa.



“Ko nih pelik la.. Tengok muka aku garang pon, gelak-gelak plak...”,Aku kini memberi perhatian kepada roti canai ku semula.



“Sebab muka abang bila garang tak hensem... Macam tenok wat muka garang..”, Aku pandang dia semula. Dan ketawa. Ada ke dia samakan aku dengan tenok??



“Sukati je ko nih ek.. Aku hensem banyak daripada tenok tuh tau!”, Dia masih ketawa.



“Lagipon, ko penah tengok ke tenok buat muka garang...”,Kali itu, tawanya makin galak. Melihatkan dia gembira begitu, aku juga rasa mahu ketawa. Sudahnya, kami berdua ketawa. Mungkin mentertawakan tenok yang menjadi topik tadi.. Tidak lama, tawanya kian reda.



“Macam nih la baru Abang Afiq... Ceria, cool and kerek je...”, Tawa aku lantas hilang. Rupanya, gadis ini cuba membuat aku gembira..



“Hish, lupa ke lagi satu... Macho...”,Aku tambah sendiri.



“Tak ada maknanya...”, Aku sekadar senyum.



“Ha abang, ari Jumaat nih Ayu nak balik kampung...”,



“Kau nih keje balik kampung je.. Pe yang syok sangat kat kampung tuh?”,



“Baba...”,jawabnya ringkas.

Aku lantas terdiam. Putus idea untuk menjawab. Terus, aku terkenang kata-kata abang long. Uncle Karim kurang sihat...



“Mm..., pukul bape nak balik? Amik bas petang.. jangan nak ngada-ngada amik bas malam pulak macam hari tuh...”,

Terkenang peristiwa 2 minggu lepas. Budak nih terpaksa tunggu kat Pudu berjam-jam kat Pudu tuh dek kerana aku hantar dia terlalu awal. Rupa-rupanya dia ambik bas pukul 1130 malam. Aku pulak, dek kerana Mira ajak aku teman dia ke Jusco petang tuh, terpaksa awalkan menghantar Ayu. Janji pukul 5, aku mintak awalkan, pukul 2. Sudahnya, berjam-jam dia kat Pudu tuh sorang-sorang. Bila ibu telefon pukul 12, tanyakan dia dah sampai mana, katanya, baru nak gerak. Berasap jugak telinga aku kena sembur dengan ibu masa tuh... Mana la aku tau! Dia pon senyap je tak cakap apa.. Tapi, alasannya pada ibu yang kononnya memang dia nak ke Pudu awal kerana nak beli barang, dapatlah sedikit sebanyak sejukkan hati ibu. Kalau tak, alamat, sepanjang weekend tuh, memang penuh taik telinga aku dengar ibu membebel!



“Tau.. Ayu amik bas petang...”,Jawabnya sambil tersengih-sengih. Gelakkan aku la tuh, kena bambu dengan ibu dulu...



“Oh abang..., abang tak yah hantar Ayu lah... Ayu gi sendiri je..”,Aku diam. Memandang dia dalam.



“Nape? Kimi nak hantar ke?”,



“Hish, abang nih, ke situ plak.. Tak de lah...”,



“Mana la tau, kot Kimi hantar.. Ye lah.., mula-mula kuar makan, pastu, hantar balik.. Proses nak kenal hati budi orang kata..”, sengaja aku serkap jarang.



“Tak nak la Ayu... Takkan la Ayu nak serius ngan abg kimi tuh! Mengarutlah! Not my taste la...”,Jauh dalam hati aku, aku lega mendengar jawapan itu. sebabnya? Aku tak pasti mengapa..



“Ayu tak nak kaco abang... Skang abang kan sibuk dengan projek. Kang buang masa abang gi hantar Ayu gi pudu tuh.. Dah la jam... Abang buat je keje abang.. Ayu boleh balik sendiri.. Ayu dah pandai dah...”,Sempat lagi dia membanggakan dirinya dengan aku. Aku diam. Memerhati dia. Alangkah baiknya kalau Mira yang katakan begini, mesti kami boleh jadi perfect couple..



“Aku hantar kau macam biasa...”,



“Ha?”,



“Pekak ke? Aku hantar kau... Esok petang aku tak ada klas..”,Selamba aku menjawab.



“Tapi..”,



“Cuba jangan degil! Dengar cakap orang tua...”, Dia masih diam di hadapanku. Memandang aku.



“Mm..., tak susahkan abang ke?”, Aku diam. Malas nak menjawab soalannya itu.



“Ok la kalo camtuh. Bas pukul 3..”,Mungkin melihatkan muka malas-nak-layan aku itu, dia akhirnya mengalah.



“Lepas semayang Zuhur aku amik kau kat kolej...”,Dia angguk-angguk.



“K la.. Ayu gi dulu.. Ada kelas..”,Aku sekadar mengangguk, dan aku lihat dia berlalu. Tidak lama, aku tersenyum sendiri. Hati terasa lega sedikit dengan kehadiran si dia. Walaupun dia tak la pandai mana nak buat lawak, tapi, harus diakui, hati aku yang sedang bergundah gulana tadi terhibur juga.

Thanks Ayu....



* * * * * * * * * * * *



Aku menyanyi-nyanyi perlahan berjalan ke kelas. Sampai sahaja di kelas, belum sempat aku duduk, Ipin sudah menarik aku mengikutnya.



“Aku ada hal nak cakap dengan kau...”, Terpinga-pinga, aku hanya menurut. Kami berjalan ke tandas. Hati aku terasa berdebar semacam. Macam ada perkara tak baik akan berlaku. Jauh di dalam hati, aku berdoa agar dijauhkan daripada perkara-perkara tak baik.



“Pahal nih Pin? Jauh sangat kau bawak aku nih. berdua-duaan plak tuh .. Kau jangan salah sangka Pin. Aku suka perempuan...”,Sengaja aku membuat lawak bodoh mengendurkan suasana. Aku lihat muka Ipin lain macam je. Risau jugak aku...



“Kau nih nape? Tiba-tiba nak carik pasal ngan aku...”,aku kerut kening. Tidak mengerti maksud Ipin dengan kata-kata itu.



“Carik pasal apa menda plak Pin? Pasal hal projek tuh ke? La, kan aku dah mintak maaf...”,



“Kau jangan nak buat-buat tak tau plak Fiq! Dapat penumbuk aku karang..”,Kala itu, kolar baju aku sudah pun dicekak Ipin.



“Eh pin, pahal ko nih! bawak-bawak bersabar... Yang nak belasah orang tak tentu pasal apahal!!”,Aku lepaskan baju dari aku dengan menolak tangannya. Tercalar jugak ego lelaki aku bila orang buat macam tuh tanpa aku tahu sebabnya. Sekali pun orang itu adalah kawan baik aku.



“Kau nak berlakon lagi ek! Dah la aku kena pikir projek sorang-sorang. Kau syok-syok je merendek ngan bini ko tuh! Dah tuh, ko fitnah lak aku yang tak puas hati korang asik berdating...”,Aku makin tak mengerti.



“Pe menda kau mengarut nih?”,



“Bukan kau yang cakap dengan Mira aku cakap orang lain ada awek gak, tapi tak de lah sampai nak berkepit 24 jam..?”,



“Skang Fifi plak nak gaduh ngan aku konon aku kutuk kawan dia... Sudah-sudah, aku yang huru hara... kau nih pahal? Kau dah bahagia, orang lain punya perasaan tak yah pikir ke?”, Aku semakin jelas keadaan yang sebenar. Nih mesti pasal mesej aku kepada Mira semalam.

Hai perempuan nih, lain yang cuba aku sampaikan, lain pulak dia cakap... Aku nak mintak dia paham keadaan aku. Aku harap dia tak le merajuk lagi kalau aku tolak pelawaan dia keluar di waktu-waktu aku ada kerja... Tapi..., hai.., memang la patut nabi kata fitnah terbesar dalam dunia nih orang perempuan... Bijak sungguh memutar belit keadaan, supaya dia lah yang nampak innocent sentiasa....



“Hish.., nih suma salah paham nih Pin..”,Aku cuba menerangkan perkara yang sebenar.



“Ahhh!!!! Ko nih memang selfish! Sudah arr... Dah muak aku dengan ko nih tau tak?!!”, Dan Ipin lantas berlalu meninggalkan aku terpinga-pinga di dalam toilet itu. Nape nih? Asal sume orang nak gaduh dengan aku nih....

Aku mendengus. Tarik nafas dalam-dalam. Dalam hati, aku mengucap panjang. Apabila aku rasa hati aku tak sepanas tadi, baru aku melangkah perlahan ke kelas. Segera aku capai beg dan fail dari atas meja. Ipin entah ke mana, aku tak pasti.



“Fiq..., pahal nih?”,Azim bertanya perlahan. Kimi hanya memerhati. Aku diam. Lantas berlalu keluar dari kelas.

Lantak la... Aku dah tak ada mood nak blaja hari nih...



“Fiq...”,Mira terkocoh-kocoh mengikuti aku.



“Sayang..., nantila.. Kenapa nih?”,Dia tarik beg aku membuatkan aku berhenti di tangga berdekatan dengan kelas.



“Sudah la Mira. Serius..., saya tak ada mood nak cakap dengan awak nih... Lenkali je la..”,



“Kenapa nih? Kenapa pulak tak de mood nak cakap dengan saya?”,Seperti biasa, dia akan mendesak aku mengikuti kehendaknya.



“Eh..., kan saya dah kata.. sudah la.. tak paham bahasa ke?”,



“Awak nih kenapa? Cakap baik-baik tak boleh..”,Itu yang aku tak tahan sangat tuh...



“Awak, ini kira dah baik sangat saya boleh bercakap dengan awak tanpa tangan saya naik tau... Tak yah la buat-buat tak tau plak... Apa awak buat? Kenapa buat macam tuh...? Sebab awak la, saya gaduh besar dengan Ipin skang... Sekarang awak nak saya gaduh dengan awak pulak ke?”,Aku sudah tidak dapat bersabar. Laju sahaja aku meluahkan kegeraman di hati.



“Apa awak nih? nak salahkan saya pulak! Nih yang saya pantang nih...”,



“Owh...pantang awak je nak pikir. Pantang orang lain tak yah pikir? Cik Mira, baby ku, biar saya bagitau awak pantang saya pulak... Pantang saya, masalah saya dibesar-besarkan sampai melibatkan orang lain... That was what you just did! Hal antara saya dengan awak, yang nak libatkan Ipin dengan Fifi buat ape? Nih la masalah perempuan, suka putar belit citer... Jadi batu api.... Skang Ipin dengan Fifi plak gaduh sebab kita... Awak suka la kan?”,



“Fiq...!”,Mungkin terlalu kasar kata-kata ku. Namun, aku tidak betah lagi bersabar.



“Saya rasa..., cukup la setakat nih antara kita... Saya memang tak leh blah pompuan cam awak... Dah letih sangat dah saya melayan awak... Tak hormatkan masa saya, tak paham saya, tak hormatkan hubungan saya dengan kawan-kawan.. Bleh jadik batu api plak.. Dah la... I don’t think I can stand it anymore... So, mulai saat nih..., kita putus! It’s over!!”, Dan aku berlari meninggalkan dia dengan drama air matanya.

Aku tak pedulik lagi! Lantak la... Lantak la.. Apa nak jadik pon, jadik la.... Aku hanya mahu lari dari dunia aku yang memeningkan kepala itu....



* * * * * * * * * * * *

Aku sepi. Menghirup air daripada tin coke itu. angin terasa sejuk meniup wajahku. Aku lihat tasik yang terbentang luas di hadapanku itu. sejenak, aku pandang gadis di sebelah ku itu. dia juga sepi.



“Apasal sepi je?”,Aku bertanya. Cuba memecahkan keheningan antara kami.



“Eh tanya Ayu plak... Abang la yang kena bercakap skang...”,



“Nape aku plak...?”,



“Abis..., abang bawak Ayu sampai ke sini, nak minum air coke je ke?”, Aku sengih kali ini. Ye tak ye jugak.

Lepas aku mengamuk dengan Mira tadi, terus je aku lari ke kereta. Tengah aku pecut tuh, aku nampak Ayu berjalan dengan kawan-kawan dia nak balik ke kolej. Entah la kenapa, aku berhenti. Bukak pintu.



“Ayu...., naik!”,Tercengang-cengang budak-budak tuh. Tapi, seperti biasa, dia memang tak banyak cakap. Terus aje dia naik ke kereta. Lepas itu, terus sahaja aku memandu ke Taman Tasik Titiwangsa. Sudah hampir 15 minit di sini, kami hanya menyepi.



“Abang nih kenapa? Buat lagi muka tenok tuh...”, Aku tunduk kali ini. Tarik nafas dalam.



“Gaduh dengan kak mira la tuh...”,Aku masih menyepi. Melihatkan aku menyepi, dia juga turut diam. Sejenak, aku terdengar dia ketawa kecil. Lantas aku angkat muka melihat dia.

Gila pe budak nih..., gelak sorang-sorang...



“Tengok burung-burung tuh... Comel..”,Jari telunjuknya diajukan pada satu kumpulan burung yang bermain-main dengan tanah. Aku sendiri tidak pasti, apa yang cuba burung-burung tu buat, tetapi, aku akui, melihat gelagat makhluk itu, aku jadi sedikit terhibur.



“Tuh ada satu lagi... Dia tak main dengan kawan-kawan dia tuh... Tau tak nape?”,Ayu bicara lagi. aku sengih. Nak reka cerita karut la tuh...



“Tanya la nape...”,Aku sengih. Eh, main paksa-paksa lak dia nih.. Namun, aku buka juga mulut bertanya.



“Ye lah..., nape cik Ayu yang bijak bestari...?”,



“Sebab dia sedih... Dia gaduh la tuh dengan kawan dia.. Dia dok la situ sorang-sorang...”, Aku terpaku sejenak mendengar kisah sedih burung itu. kemudian, aku pandang lama burung seekor itu.

kesian burung tuh..., senasib dengan aku...

Tetapi, tidak lama, aku lihat, burung yang seekor itu terkedek-kedek menghampiri sahabat-sahabatnya, dan mereka bermain bersama dengan gembira.



“Ha tengok.... Dia dah baik balik dengan kawan-kawan dia... Asalkan dia nak bertolak-ansur, boleh la kawan balik... Cuba bayangkan kalau dua-dua pihak tak nak mengalah, burung tuh kena la main sorang-sorang sampai bila-bila...”, Aku tersenyum melihat kegembiraan burung-burung itu. Aku sedar, Ayu cuba sampaikan pengajaran cerita tadi tuh untuk aku. Aku pandang dia. Masih tersenyum sambil melihat burung-burung itu.



“Ingat aku budak tadika ke? Bagi citer burung lak..”,Cewahh, konon cool la.. Yang sebenarnya, memang dalam hati aku mengakui kata-kata nya. mungkin, aku yang patut mengalah sekali lagi. Takkan aku nak kehilangan Mira hanya kerana salah faham kecil begini.



“Eleh.... Budak tadika je yang merajuk sampai datang Titiwangsa nih... Ajak orang teman pulak tuh!”,Sekali lagi aku terkena. Aku pandang dia. Matanya lekat pada roda besar, “Eye On Malaysia’ itu dari tadi.



"Kau ada kelas ke lepas nih?",Dia hanya menggeleng.



“Eh Ayu..., alang-alang dah sampai sini..., kita naik mendalah tuh jom!”,



“Tak nak la Ayu... Tinggi...”,Aku gelak kali ini.



“Heleh...cakap orang budak tadika! Mana ada budak tadika takut tinggi.. Kau tuh yang budak tadika.. Jom!”,Aku sudah berdiri.



“Tak mo lah Ayu... Ayu takut tinggi..”,



“Nak takut apa.. Aku kan ada...”,Kala itu, matanya seolah terpaku. Memandang aku. Salah ke aku cakap?



“Dah jom!”,Lantas aku berlalu meninggalkan dia di belakang. Hakikatnya, aku tak mampu berdiri lebih lama, dengan panahan matanya itu. entah kenapa, berdebar hatiku.

Nape pulak hati aku nih....



***************************************



Aku ketawa lagi sambil memandu itu. Ada je minah nih punya modal nak mengenakan aku.



“Eh abang, abang turunkan Ayu kat sini je lah... Kalo hantar kat depan gate, takut kak mira or kawan-kawan dia ternampak pulak, susah abang...”, Aku mengangguk. Memang ada betulnya. Kot ternampak, bertambah susah kerja aku nak pujuk. Kereta aku berhentikan di simpang jalan masuk ke kolejnya. Tak lah jauh sangat minah tuh kena berjalan.



“Ok... Thank you...”,Aku angguk lagi.



“Thanks kat ko gak..”, Dia hanya senyum.



“Jangan sedih-sedih lagi... If you need someone to talk, call je la Ayu.. ”,



“Bukan apa, Ayu sian dengan budak tadika tuh... Nanti dia nangis sorang-sorang..”,Hmm, perli aku lagi la tuh... Budak nih, jangan dikasikan can, ada aje akal nya.. Takpe.., takpe.., nanti la ko! Aku gelak kali ini.



“Jangan ikutkan sangat hati tuh... Pikir baik-baik, pe yang terbaik...”,Aku pandang dia lama mendengarkan nasihat itu. kemudian, aku angguk-angguk.



“K lah.., bye..”,Lantas dia berlalu meninggalkan aku. aku sempat pandang keliling sekali imbas.

namun, mataku tertancap pada dua insan yang duduk berpeleseran di hadapan kolej itu. sungguh, berhenti jantungku melihatkan situasi itu.

Mira? siapa lelaki tuh? Bergelak ketawa dengan gembira. Siap bertepuk bertampar tuh... Baru sekejap tadi kami berpisah, dia dah ada pengganti? Bitch! Lantas aku pandu kereta laju berhampiran dengan mereka. Aku lihat Mira seolah terkejut melihat kehadiranku.



“Well, Well, bahagia nampak!”,Aku ukir senyum sinis. Tangan dah genggam penumbuk.



“Pahal you nih beb?”,Lelaki itu nampak tidak puas hati dengan tindakan aku yang mengganggu tiba-tiba.



“Faris.., you relax. Biar I handle k..”,Dia menenangkan lelaki itu.



“Who is this, B? You kenal ke?”,



“Oh..., nih sayang baru awak ke? Tak sangka, cepatnya awak dapat pengganti ek..?”,



“Weh mat, dah lama kenal dia?”,Aku tolak-tolak dada lelaki itu.



“Afiq! Stop it! Awak yang kata sendiri, between us dah over... Apa lagi yang awak nak!”,Menyirap sungguh darah aku mendengar dia berkata begitu.



“Owh..., selama nih, memang awak dah ada backup la ek? Berpisah je, trus tukar baru... Bagus ar awak nih... Good planner.. Saya tak penah sangka awak nih macam nih sebenarnya ek! Tuh la masalah orang cun...”,



“Bro, aku ase baik ko blah skang sebelum penumbuk aku hinggap kat muka ko tuh...”, Ewahh, nak warning aku plak!



“I will... . I will... Don’t worry... But, biar aku kasik tau la kat ko mat, minah nih, jangan caya sangat. She’s heart-breaker... Really good one.. Dia gunakan hati orang, untuk dapatkan apa yang dia nak...”, Aku pandang anak mata Mira yang berkaca-kaca memandang aku.



“I did a really big mistake by loving you Samirah... I’ll regret it for the whole of my life...”, Dan aku berlalu meninggalkan dia dan kekasih barunya itu.

mata aku terasa berair. Aku kecewa. Aku sedih. Rupanya, harga aku di hatinya, hanya seperti kain buruk yang boleh diganti segera, sedangkan dia di hati ku, aku letakkan di tempat tertinggi. Sekarang, aku terasa betapa bodoh diri ini kerana pernah mencintai dia.

Bodohnya Ahmad Afiq....



***************************************

Aku tekupkan bantal ke muka. Dada masih sakit. Seperti ditikam-tikam dengan pisau.

Ah.., perempuan, walaupun akalnya Cuma satu, namun bisa memperbodohkan lelaki yang Tuhan kurniakan dengan sembilan akal.



“Fiq...”, Ada suara menyapaku. Aku diamkan. Malas aku nak melayan orang kala itu.



“Blah la weh.. Aku tak de mood nak cakap dengan sesapa..”,



“Aku mintak maaf dengan ko Fiq! Aku tak sepatutnya tuduh kau melulu..”,Kala itu, aku tahu, yang datang itu adalah Ipin. Aku pantas alihkan bantal. Aku pandang dia.



“Aku tau pe yang jadik.. Mm.., you can talk to me..”,Mungkin maksudnya mengenai aku dan Mira. aku duduk.



“Tak de apa dah yang aku nak cakap Pin... Ko tolong la aku Pin..”,



“Tolong pe? Belasah budak jantan tuh? Tak de hal Fiq...”,Aku geleng-geleng.



“Ko tolong cakap aku bodoh 3 kali Pin!”, Ipin tercengang. Pelik dengan permintaan ku mungkin.



“Aku rasa aku macam baru je dapat anugerah lelaki paling bodoh dalam dunia, Pin... Macamana aku boleh suka dengan budak perempuan camtuh? Camana aku leh nampak dia tuh cantik.. Camana la aku boleh simpan perasaan dengan dia dari 2nd year.. Nape la buta mata aku nih... Aku ignore kawan-kawan aku sebab dia..”, Ipin senyum. Sambil geleng-geleng kepala. Tepuk-tepuk bahu aku.



“Bodoh nya aku Ipin...”,Aku usap muka aku kasar. Geram dengan diri sendiri.



“Bodoh, bodoh, bodoh!”,Ipin berkata selamba. Aku pula yang tercengang.



“Kau cakap aku bodoh Pin?”,



“La tadi kau jugak yang suruh cakap...”,Aku ketawa kali ini.



“Selamba cakap aku bodoh...”,Lantas aku pukul dia dengan bantal sekuat hati.



“Pahal lu mat! Lepas geram kat aku plak..”,Dia juga membalas. Sakit juga. aku tahu dia juga memukul dengan kuat. Namun, biarkan. Aku puas hati dapat lepaskan kemarahan aku. Akhirnya, kami berdua bergusti bantal sehingga terbaring keletihan.



“Ipin, are we cool?”,



“Cool...tapi, aku lebih cool la dari ko..”, Aku ketawa. Sejenak, aku terpandang langit gelap di luar dan terkenangkan satu kata-kata.

....the sky can look beautiful without a moon, but not without stars..

Aku tersenyum. Memandang Ipin di sebelah.



“Asal ko pandang aku camtuh Fiq? Ish.., seram aku.. Aku tau kau kecewa dengan perempuan, tapi, berdosa kita suka yang sama jenis Fiq! Haram hukumnya...”,Dia bergurau. Siap menjauhkan diri daripada aku. Aku ketawa berdekah-dekah.

Memang betul sangat kata-kata tuh.... Tanpa sahabat-sahabat ku.., langit hidupku takkan secantik ini...

Tiba-tiba terdengar telefon berbunyi sayup. Ada mesej yang masuk. Segera aku buka.



Abg,abg ok ke?ayu t’nmpak tadi..em,if u need sum1 to talk,jz call me ok!tapi,tak leh la nak gi titiwangsa,dh mlm ni.kalo nak kena cite kat situ,esok ek kite g...ayu teman abg..



Aku tersenyum lagi membaca mesej itu.

Ayu... Kala itu, aku menyedari, dia juga satu lagi bintang yang menyerikan langitku..



*****************************************



Hampir 3 minggu berlalu, aku semakin sibuk dengan kerja-kerja kuliah. Dengan assignment, projek, quiz, test, macam-macam lagi la. Namun, aku rasakan, jiwa semakin tenang. Mula-mula, susah juga aku nak ke kelas. Kalau boleh, aku tidak mahu bersua dengan Mira lagi. sekuat-kuat aku, tercalar juga hati ini melihat wajah ex-kekasih itu. sekian lama, aku dambakan dan nantikan si dia, dan-dan dah dapat, lain pulak jadinya. Tetapi, aku redha dengan takdir ilahi. Kerana aku yakin, Tuhan akan tentukan yang terbaik untuk ku. Dan Ipin juga, senasib dengan aku. kerana peristiwa itu, dia dan Fifi juga berpisah. Tidak pernah aku tanya, mengapa perpisahan itu terjadi. Namun, jauh dalam hati ku, aku dapat merasakan, Ipin cuba menjaga hati aku. aku terkenang kata-kata Ipin,



“Sama-sama kita bujang balik, Fiq! Kau dengan aku kan memang soul mate, mana leh berpisah...”,Dalam gelak tawanya itu, aku nampak ada hati yang terluka. Namun, tidak pula aku punya kekuatan bertanya. Kadang-kadang, aku rasa aku pentingkan diri. Ye lah, harus aku akui, semenjak perpisahan aku dengan Mira, aku senang Ipin berada dengan aku. Seperti zaman dulu kala, masa kami sama-sama single. Senang nak buat apa-apa, hang out, tak payah pikir hal orang lain. Namun, sesekali, aku nampak Ipin pandang Fifi di kelas, dan aku tahu, pandangan itu masih bersisa kasih sayang yang susah diluputkan. Kesian Ipin.....

Sekarang, tumpuan lebih kami berikan pada projek. lebih banyak masa aku dan Ipin luangkan di lab itu. Date line dah dekat. Jadi, nak tak nak, kami terpaksa bekerja keras menyempurnakan projek itu, kalau tak mahu diserang ketika sesi pembentangan nanti.



“...What i’ve done..”,Lagu terbaru Linkin Park berkumandang di radio di lab kami itu. sesekali, terangguk-angguk kepala aku mengikut irama lagu rancak itu sambil mengikat skru pada ‘body’ robot kami itu. Ipin sedang berteleku di hadapan komputer, sedang menyelesaikan masalah programming yang kami hadapi.



“Assalamualaikum...”, Tiba-tiba terdengar suara perempuan halus. Lantas aku berpaling ke pintu.

sapa pulak nak datang malam-malam nih... Dah lama dah tak de perempuan datang ke lab nih.. Almaklum lah, aku dan Ipin skang kan dah single..

Aku lihat, Fifi di muka pintu.



“Eh Fifi..., masuklah..”,Cuak juga aku melihat dia di situ. Bukan apa, takut diangkut sahabat baik nya itu bersama. Malas aku nak jumpa dia waktu-waktu nih... Aku tengah dalam proses nak melupakan dia nih...



“Pin!”,Aku memanggil Ipin yang tidak sedar kehadiran ex-buah hati nya itu.



“Mm...”,Tidak menoleh, dia hanya menyahut.



“Fifi datang...”, Segera Ipin berpaling. Berdiri. Aku pandang Fifi sejenak. Nampak dia agak gelisah berdiri di situ.



“Arr..., aku kuar dulu la Pin...”,Merasa segan menjadi pengganggu, lantas aku pohon kebenaran undur diri.



“Eh tak payah Fiq! Takpe.., ko stay je sini..”,Fifi sendiri yang menjawab.



“Erk, yeke? Mm, kalo camtuh, aku wat keje aku sini.., korang gi la sembang..”, Lantas aku kembali dengan kerja ku tadi. Fifi bergerak perlahan menghampiri Ipin.



“Apahal?”,Walaupun agak perlahan, dapatku tangkap butir bicara Ipin.

Abis tuh, tak kasik aku blah, terpaksa la aku dengar... Bukan salah aku...



“Fifi datang nak mintak maaf from Ipin...”,Aku jeling sejenak melihat reaksi Ipin. Dia tunduk.



“Sapa yang suruh mintak maaf? Mira?”,



“Bukan... Fifi yang suruh diri sendiri mintak maaf... I want to make things right... Start again.., dengan Ipin..”,



“Kenapa? Out of sudden...? Bukan awak ke yang marah sangat dengan saya ari tu.. benci sangat dengan saya sakitkan hati kawan baik awak tuh...”, Aku lihat, Fifi tunduk.



“Fifi mintak maaf. I shouldn’t do that to you... Now i realize that i need you more than my friends. Fifi tak boleh Ipin tak ada.. Fifi sayangkan Ipin...”,Kali ini, aku dengar, suara gadis itu dah lain. Mungkin menangis. Aku semakin tak senang hati. Terasa nak berlalu je. Bagi masa kedua mereka menyelesaikan masalah mereka.



“Saya tak mintak pon awak lebihkan saya dari kawan-kawan. Tapi, jangan campur hal kawan-kawan dengan hal kita...”,



“Fifi tau.., Fifi salah.. I just over-reacted... Fifi tak siasat dulu hal sebenar..”, Aku lihat Ipin memandang Fifi dalam. Aku nampak sinar cinta Ipin kepada gadis itu. kemudian dia beralih memandang ku pula. Cepat-cepat aku kalih pandang. Kang diorang cop aku telinga lintah plak..



“Tengok consequences of what you have done. Tak pasal-pasal bagi masalah kat Afiq.. Tak pasal kiterang gaduh sebab menda-menda yang korang besar-besarkan..... Tu yang saya tak leh terima tuh..”,



“I’ve told you, my friends are my life...”,



“Pin..”,Kali ini aku menyampuk. Tidak tega lagi berdiam diri. Seolah dapat merasakan, yang Ipin akan membelakangkan perasaannya, terhadap gadis yang amat dicintai nya itu, kerana ingin menjaga hati ku.

Aku berjalan perlahan menghampiri mereka berdua.



“Sorry aku interrupt....”,Aku mengeluh perlahan.



“Kau tak yah kisah hal aku Pin... Tak apa.. Aku tau ko cinta mati kat Fifi.. Tak yah ko nak wat filem hindustan nak back off because of me lak.. Lagipun, kita tak mungkin bersama Pin...”,Sengaja aku selitkan humor ku di situ. Tidak mahu keadaan menjadi terlalu tegang. Ipin diam. Tiada tawa di bibirnya. Memandang aku.



“Tapi Fiq...”,



“Tak apa.. Aku leh handle... Jangan risau... Lagipon, memang dari awal, sepatutnya korang tak terlibat... Kesian dengan Fifi, kesian dengan ko..”,

Kala itu, Fifi memandang aku dengan air mata nya.



“Aku mintak maaf Fiq.. Aku memang tak sangka leh jadik camnih.. Aku ingat aku Cuma nak tolong kawan aku...”,



“Sudah la.. Hish kau nih! nangis-nangis plak kat sini... Kang ipin tuh pon nangis gak tengok ko nangis..”,Mereka tertawa kali ini.



“Aku tak kisah.. Mungkin, bukan takdir aku dengan Mira. kisah kiterang setakat tuh je.. Aku pasrah je.. Korang kena la sambung kisah korang... Jangan biarkan hal kecik huru hara kan ikatan korang...”,

Ce wahh, sejak bila pulak aku jadi Dr Love, aku pon tak tau..



“Aku rasa Mira tuh..”,Aku angkat tangan, menghalang kata-kata Fifi yang seterusnya.



“Biar kan lah dia... Tak apa.. Aku tak mau tau dah... And aku pikir, dia pon tak perlu tau pape dah pasal aku... Aku tak kisah ko hang out sini ngan kiterang, tapi, aku mintak, tak yah la ko jadik reporter dia plak..Aku takut, nanti jadi lagi hal camnih.. Aku tak percaya mulut dia tuh..”, Fifi senyum. Angguk-angguk.



“Dengar tuh B! Jangan nak report-report plak.. Lagi satu, jangan nak manja-manja sangat! I banyak keje nih..”,

Eleh Ipin, dan-dan, baby terus...



“Ye lah... I tau la B...”,Manja Fifi pula menjawab.



“OK la beb... Daripada tegak bulu tengkok aku geli dengan korang nih, aku chow dulu... G toilet jap..!”,Ipin hanya tersengih. Angkat tangan.



“Ha.., jangan nak wat kerja tak senonoh plak! Kang pak guard datang kang...”,Sengaja aku mengusik.



“Mana ada la! Ei, ko nih! tak baik tau, tuduh-tuduh... Kiterang baik tau!”,Fifi menjawab manja. Sambil tergelak-gelak, aku berlalu meninggalkan merpati sejoli itu.

di bibir ku ada senyum. Lega hati, melihat Ipin dan Fifi bersatu semula. Sekurang-kurangnya, ringan sikit beban kat bahu aku nih, dek rasa bersalah, kerana kepincangan aku dan Mira, hubungan Ipin dan Fifi menjadi mangsanya. Malam ini, kesilapan ku terbayar juga. ipin dan Fifi kembali bersama.

Semoga ko berbahagia la Pin...


*********************************************

Suasana hingar di food court di Pertama Complex itu. Hari sabtu, paham-paham je lah.. Hari itu, aku dan Ayu keluar bersama. Mencari hadiah sempena hari jadi ibu. Dia yang ajak aku share hadiah. Aku pun rasa idea tuh bagus gak.. Almaklum lah, aku pun memang tengah sengkek... Banyak juga duit terpaksa aku spend untuk projek ku itu. nak menunggu department dapatkan barang, alamatnya, memang berkurun la baru projek aku dan Ipin jalan. Jadi, kami sepakat beli barang-barang guna duit kami dahulu. Kemudian baru claim dari department.

Namun, sebelum apa-apa, aku ajak dia makan dulu. Kebulur beb, belum makan apa-apa daripada pagi tadi...

Aku pandang gadis itu sejenak. Sesekali aku dengar dia macam mengeluh. Hari nih, dia memang lain macam sket. Entah kenapa. Muka pun nampak pucat semacam.



“Kau tak sihat ke?”,Aku pecahkan keheningan. Terkejut dengan pertanyaan, dia terus senyum, sambil geleng-geleng kepala.



“Tak de lah.. Ok je..”,



“So, kita nak beli apa? Ko dah pikir ke?”,Dia diam.



“Abang ada apa-apa plan ke? Biasa abang beli apa?”,Aku sengih.



“Dah 5 tahun berturut-turut aku belikan kerongsang je untuk ibu... Ibu pun dah tau.., kalau dari aku, walaupun kotak besar mana pun, memang kerongsang gak isinya...”, Dia ketawa kecil mendengar cerita ku.



“Ayu ingat nak beli kain baju dengan tudung.. Sepasang la.. Leh aunty pakai raya..”, Aku angguk-angguk.



“Ok gak.. Aku ada terpikir gak dulu-dulu, tapi, aku tak tau la nak pilih kain..”, Dia mencebik kali ini.



“Ye je.. Ada terpikir konon...”, Aku sengih.

Btol apa! Kang aku beli kain tah hape-hape kang, ibu tak suka plak...



“Jom lah.. Gerak!”,Lantas aku bangun. dia menurut, bangun perlahan. Aku biarkan dia berjalan dahulu. Aku perasan, agak lemah gerak-geri nya hari ini. Nape ek?



**********************************************



Aku hanya memandang dia membelek-belek kain di Gulati’s itu. Sejenak, aku lihat wajahnya. Lain macam. Tak berseri macam selalu. Namun, tidak dapat aku pastikan, apa yang tak kena.



“Eh adik!! Apa pasal?”,Suara aci India yang menunjukkan kain-kain itu menyentakkan lamunan ku. Aku lihat, aci itu memegang Ayu. Segera aku menghampiri.



“Eh nape nih?”,Aku jadi terkaku di situ. Aku lihat Ayu lemah dipegang aci itu. akhirnya, dia dudukkan Ayu di tepi timbunan-timbunan kain itu.



“Kenapa nih?”,Dua tiga orang pelayan di kedai itu datang menghampiri.



“Ayu...., nape nih?”,Aku tanya perlahan.



“Sakit...”,Perlahan jawabnya. Wajahnya pucat tika itu. Aku garu kepala.

Apahal plak dah! Cuak gak aku.. Tak pasal-pasal, lembik je minah nih.. Aku lihat dia memegang perutnya. Sakit perut ke? Takkan nak berak sampai pitam kot...



“Sakit apa?”, Aku tanya lagi. Kala itu, Ayu telah pun menangis. Bertambah-tambah cuak aku dibuatnya.



“Period pain...”,

HAH?!!! Alamak! Mati la aku... Aku bukan ada pengalaman handle-handle masalah macam nih....



“Cane nih kak?”,Aku bertanya kakak bertudung di sisi Ayu.



“Senggugut nih...”,Tau lah aku, nama penyakit tuh, sesungut ke senggugut pe tah.. Yang penting sekarang apa aku nak buat?



“Camana nih kak..?”,



“Ada bawak kereta?”, Aku angguk-angguk.



“Amik kereta awak bawak depan nih... Bawak dia balik... Tuam dengan air panas...”,



“Tuam dengan air panas?”,



“Perut dia la..”,Bulat mata aku. garu kepala lagi. aku pandang wajah pucat Ayu. Melihat dia menangis kelemahan.

Seketika, datang seorang pekerja membawa air suam. Menghulurkan kepada kakak yang mengajar aku tadi.



“Ar kak.., papahal pon, saya gi amik kereta dulu... Tolong jaga dia..”,Akak itu mengangguk-angguk.



“Ayu, aku gi amik kete... Tunggu jap..”,Lantas aku berlari semula ke Sogo.

Jap Ayu... Tunggu aku...



********************************************



Kereta aku pandu laju. Sesekali, aku paling kepada Ayu yang terbaring di seat belakang.



“Ayu, ok tak?”,Dia tidak menjawab. Sesekali, terdengar suaranya mengaduh perlahan.



“Sabar Ayu.. Aku bawak ko balik..”, Terkenang pesan kakak kedai itu tadi supaya membawa dia pulang, aku terus membuat keputusan membawa dia ke rumah aku. kalau bawak dia ke hostel, camana pulak aku nak papah dia ke bilik. Sedangkan tadi pun, aku angkat je dia masuk kereta. Susah sangat tengok kakak-kakak tuh nak papah dia, aku angkat je. Senang, abis cite. Lantak la apa nak jadi...

Brek aku tekan. Melihatkan lampu sudah berubah ke warna merah. Aku mengambil kesempatan itu mencapai telefon bimbitku. Mendail nombor rumah.

Kalau polis nampak nih, naya aku, kena saman. Tak pakai handsfree.



“Hello..”,Aku dengar suara pembantu rumah kami yang berasal daripada Indon itu mengangkat telefon



“Hello Kak Uni, ibu ada?”,



“Afiq ya? Sebentar, akak panggilkan..”,Diam sejenak.



“Hello, Assalamualaikum..”,



“Bu.., Fiq nak balik nih... Dengan Ayu... Dia sakit.. Ibu bukak gate siap-siap... Lagi 10 minit sampai..”, Dan talian terus aku matikan. Sekadar memberitahu ibu. Takut terkejut pulak orang tua tuh nanti aku bawak balik si Ayu dalam keadaan macam nih... Tak pasal-pasal, aku kena bambu plak..

Sejenak, aku lihat Ayu daripada cermin tengah. Aku alihkan sedikit cermin supaya aku dapat melihat wajahnya. Masih ada airmata di matanya yang terpejam. Bibir dia kemam. Mungkin menahan sakit. Wajahnya kemerahan kala itu. kala itu, terasa seolah ada sesuatu memanah hati ku. Rasa sakit. Sakit melihatkan keadaan Ayu begitu. Sakit melihat Ayu menderita.



“PONNN!!!!”,Bunyi hon mengejutkan aku. rupa-rupanya, lampu dah bertukar hijau. Segera aku tukar gear, dan memecut.

Jangan menangis Ayu.... Aku ada sini... Jangan menangis...



************************************

Kipas aku halakan ke dalam kereta, supaya anginnya dapat tertumpu pada seat belakang kereta ku itu. supaya kesan basah tadi cepat kering.

Ketika aku sampai di rumah setengah jam tadi, gate sudah pun terbuka. Aku lihat, ibu dan Wina sudah pun menanti di laman rumah. Sampai sahaja, disuruhnya aku angkat Ayu terus ke bilik tamu di tingkat bawah rumah ku itu. ketika aku balik ke kereta, bertujuan ingin menutup semula daun pintu kereta yang ku biar terbuka, baru aku perasan ada kesan itu.

alamak! Aku garu-garu kepala.

“Nape bang?”,Kebetulan Wina ada ketika itu.



“Eh Wina, jap! Cuba Wina tengok jap! Pemenda tuh...”,Aku tunjukkan kesan itu. wina datang menghampiri.



“La..., mm, terbocor la tuh...”,Aku pandang Wina dalam. Dia pula tersengih memandangku.



“Tak pe.., tak pe.. . Biar Wina cuci... Abang gi masuk dalam..”,



“Pandai ke ko? Jangan pakai clorox.. Turun color seat abang..”, Dia gelak kali ini. Menolak aku meninggalkan kereta itu.



“Tau la orang! Wina lagi tau la camana nak hilangkan menda tuh dari abang... nih hal orang perempuan...”,



“Tapi..”,



“Dah la.. Hish abang nih! biar Wina buat. Lagipon, kalo kak Ayu tau abang yang buat, segan dia nanti..”, Betol jugak ek! Segan pulak dia nanti...



“Jangan pakai berus dawai...! berbulu nanti...”,Sempat lagi aku pesan macam-macam.

Yelah, bukan leh percaya sangat adik aku nih.. Rosak kete aku kang..







Aku pandang kereta aku yang sudah selesai dicuci Wina itu. dah bersih. Dan wangi pula. Dia guna sabun mandi agaknya. Cuma basah sikit. Kena halakan kipas, bagi kering.

Sejenak, aku terbayang, Ayu di dalam kereta itu. entah kenapa, aku tersenyum sendiri. Tak sangka, aku kena alami pengalaman cam nih...

Kalau dulu, masa sekolah, aku dan kawan-kawan, suka gelakkan budak-budak perempuan yang mengalami masalah kebocoran. Standard la, aku budak laki. Lagipon, masa tuh, tak matured. Tapi, tak sangka, hari nih, aku terpaksa tolong Ayu menyelesaikan masalah perempuannya itu. siap tinggal saguhati kat kereta aku. Tetapi, entah mengapa, tiada pula rasa nak marah. Aku sendiri tak mengerti perasaan aku sendiri kala itu. suka? Kesian? Entah.., tapi, aku rasa nak tergelak.

Yang sebenarnya, aku masih belum matured jugak rupanya... Kerana aku masih mahu tertawa..



*******************************************



Keadaan masih sepi. Aku pandang dia yang duduk di hadapan aku. setelah sehari bermalam di rumah aku, hari ini, kami balik semula ke UIA. Apa nak buat, ibu paksa aku stay kat rumah jugak walaupun Ayu ada di rumah ku. Aku segan jugak. Ikut plan aku, biar la dia tidur kat rumah, aku balik ke UIA. Petang-petang Ahad, aku datang la ambik dia.. Tapi, Ibu plak tak izinkan. Oleh itu, pagi-pagi lagi aku dah mintak izin ibu balik ke UIA. Banyak lagi kerja yang harus aku selesaikan. Nampak si Ayu pun dah ok. Tak le pucat semalam. Dia pun, macam nak balik cepat je..

Lagi satu aku perasan, minah nih tak pandang aku dari malam tadi. Masa makan malam pun dia tak toleh langsung kat aku! hish, tak mengenang budi btol dia nih..

Sekarang pulak, sengaja aku bawak dia singgah minum dulu kat mamak Sri Gombak. Padahal, dah breakfast dah tadi.. Saje je.. Boleh aku tanya, apa yang tak kena, dari semalam tak cakap dengan aku yang dah berbakti dengan dia nih.



“Tak nak minum apa-apa ke?”,Sekali lagi aku bertanya.

Janggal sungguh rasa bila Ayu mendiamkan diri. Yelah, budak kecik nih kan becok. Ada aje akal dia nak kenakan aku...

Dia hanya menggeleng.



“Makan?”, Geleng lagi.



“Minum?”,Sengaja aku mengusik dia. Kali ini dia angkat muka. Berkerut. Aku ketawa.



“Jahat la abang nih..”,



“Ha..., baru dengar suara ko.. Ingatkan bisu terus, lepas pengsan kat Gulati’s...”, Dia jeling kali ini.



“Ewahh, jeling-jeling plak! Tak kenang budi la tuh..”,



“Bukan la!”,Marahnya. Aku ketawa kali ini.



“Yang abang nih asik nak ketawa kenapa?”,



“Eh, suka aku la! Mulut aku...”,



“Gelakkan Ayu la tuh..”,Aku kerut kening.



“Kenapa nak gelakkan kau plak?”,Aku pancing lagi.



“Sebab...”,Tidak dihabiskan kata-katanya.



“Hah, sebab pe?”,

Sebenarnya, sahaja aku nak mengusik dia. Aku tahu, dia malu dengan aku.Wina dah cerita. Beriya-iya minah nih mengadu dia malu dengan aku. Lagi-lagi, bila Wina ceritakan yang dia cucikan ‘saguhati’ yang Ayu hadiahkan pada kereta aku tuh. Sibuk tanya aku perasan ke tak kesan tuh. Demi nak menjaga hati Ayu, Wina cakap aku tak perasan. Dan dia paksa aku buat-buat tak tahu pasal kesan darah tuh..

Semalam aku dah gelak bahak-bahak dah. Teruk gak aku kena pukul dengan Wina. Hari nih, aku sengaja nak usik dia sendiri. Balas dendam. Hari tuh, kumain sedap lagi perkena aku.. Ha.., ari nih aku counter attack..



“Ei, nyampah la dengan abang nih! tak baik tau buat Ayu cam nih..”,Aku gelak rancak melihat mukanya yang dah kemerah-merahan malu.





“Gelak la..gelak la..! Ei benci..”,



“Ok la... Ok la.. Sorry..”, Dia mencebik. Tidak memandang ke arah ku.



“Amboi, panjangnya muncung tuh... Macam tapir plak sekali pandang...”,



“Abang!!”,Aku lihat sudah ada senyuman di bibirnya. Tapi, dia control la. Konon-konon marah la tuh..



“Ha.., camtuh la.. Senyum sket.. Kan manis.. Nak tiru gaya tapir tuh watpe.. Kita kena ada gaya kita sendiri...”, Dia ketawa kali ini.



“Jahat tau abang nih!”, Aku senyum. Melihat dia riang semula. Hakikatnya, aku pun tak mahu dia segan silu dengan aku. Rimas lah, termalu-malu...



“Kau dah ok dah ke?”,Setelah keadaan tenang antara kami, aku ajukan soalan. Dia sekadar mangangguk.



“Thanks and sorry for semalam... I spoiled the day, kan?”, Aku hanya sengih.



“Tak de lah.. Nak wat cane, dah itu lumrah korang...”, Dia tunduk kali itu.



“Kau selalu ke pengsan-pengsan camtuh?”,Risau gak aku. takkanlah tiap kali dia datang bulan, pengsan camtuh.. Dia geleng.



“Pernah jadik?”, Geleng lagi.



“First time la?”,Angguk kali ini.



“Saje la tuh! Nak manja-manja dengan aku...”,Selamba ujarku sambil menghirup teh ais daripada gelas.



“Ei.., tak ada maknanya... Tak teringin nya kita nak manja-manja dengan abang tuh..”,Aku sengih kali ini.



“Abis tuh, siap bagi adiah lagi kat aku!”, Dia kerut kening.



“Hadiah?”,



“Tuh, dua tompok kat seat kereta tuh..”, Kala itu, muka nya merah kembali.



“Abang!!!!!!”,

Kali itu, aku ketawa dekah-dekah. Tangannya menggapai-gapai cuba mencubit aku dari tempat nya. Aku ketawa lagi. Ada juga dua mata yang memandang. Mesti makcik pakcik nih ingat kiterang couple yang ngada-ngada nak bergurau senda lak kat kedai mamak nih.

Ahh, pedulik la... Aku tak heran.. Kerana saat itu, aku terasa, seolah-olah, ada ikatan yang terjalin antara aku dan Ayu....



******************************************







“Abang janji dengan Ayu jangan bagitau sapa-sapa tau!”, Aku hanya mengangguk sambil menumpukan perhatian kepada jalanraya.



“Cakap la janji..”,



“Ye..., aku janji...”,Aku dapat lihat dia senyum.



“Ayu percaya abang... Ayu yakin abang akan jaga maruah Ayu..., jaga Ayu...”,Suaranya yang perlahan dapat aku tangkap jelas. Namun, tidak terbuka pula mulut untuk berkata-kata. Cuma bibirku mengukir senyum mendengar kepercayaannya itu.


You can count on me, Ayu.....





********************************************



“....My girl’s in the next room, sometimes i wish, she was you..”, Lagu ‘Lips of An Angle’ itu bergema kuat daripada telefon bimbit ku menganggu tidurku. Aku merungut.


Sapa pulak yang kaco aku pagi-pagi hari minggu nih.... Baru je nak tido..


Memang, aku baru sahaja nak melelapkan mata selepas subuh pagi tadi dek kerana aku dan Ipin bertapa di lab membuat projek sehingga pukul 5 pagi. Alang-alang, aku tunggu subuh, baru tidur.. Baru nak syok tido, ada gangguan plak....


Lantas aku angkat telefon ku.


Ibu.


Aik? Nape pulak ibu telefon nih.. kan aku dah kata, aku tak balik hari nih...


“Hello..”,Dengan suara baru bangun tidur ku, aku menjawab.


“Fiq..., Ayu ada call Fiq tak?”,Ayu? Mana ada dia call. Semalam ada la aku mesej-mesej dengan dia. Pagi nih tak ada.. Dia pun tau aku belum bangun tido..


Namun, aku dapat tangkap nada cemas pada suara Ibu.


“Tak de pon...”,


“Fiq..., uncle Karim tenat Fiq..”,Aku lantas angkat kepala ku.


“Ha?”,


“Ayah Ayu..., dah tenat..”, Aku masih terdiam. Ya Allah...


“Fiq.., Fiq bawak Ayu balik Alor Star dulu... Nanti ibu dengan abah susul.. Ibu kena tunggu abah.. Dia lom balik dari Kuantan lagi. ada seminar... ibu risau biar abah kamu sorang...”,


“Ok..bu...ok..”,


“Fiq amik Ayu gi KLIA. Kak long dah tempahkan tiket. Dia tunggu sana... cepat sket.. Flight pukul 10..”,Aku angguk-angguk seolah ibu nampak tindakan ku. Yang sebenarnya, aku masih terkejut dengan berita yang ibu sampaikan. Mujur juga Kak Long bekerja dengan syarikat penerbangan MAS. Boleh dia dapatkan tiket dengan agak segera. Kalau tidak, belum tentu aku mampu bawak kereta ke Kedah.


“Dah sampai sana, Fiq telefon ibu ye.. Nanti ibu susul..”,


“Ok bu... Fiq paham.. Er.., suruh abah drive baik-baik from kuantan tuh.. Everything will be alright, don’t worry...”,


“I hope so... Kesian dengan Ayu..”,Aku tahu ibu menangis di sana.


“Bu, k lah. Fiq nak siap dulu...”,


“Ok... Tengok-tengok kan Ayu tuh Fiq..”,


“I will bu.. Don’t worry k... Bye bu..”,sebaik sahaja telefon aku letakkan, segera aku capai tuala yang aku gantung dan berlari ke tandas. Di fikiran ku, hanya ada wajah gadis itu.


Ya Allah, tabahkan hatinya...





*********************************





Aku biarkan dia duduk di tepi. Mungkin dengan melihat langit dan awan di atas nanti boleh melegakan sedikit hatinya. Aku pandang gadis itu. setitik pun, aku belum nampak airmatanya. Cuma, hari ini, dia diam seribu bahasa. Sedari aku mengambilnya di kolej tadi, aku belum dengar dia bercakap lagi. Hanya mengangguk dan menggeleng.


“Ayu...”,Dia pandang aku. daripada sinar matanya, aku tahu dia menanggung sengsara kala itu.


“Jangan risau... InsyaAllah, everything will be ok..”,Dia angguk. Senyum pudar.


Kala itu, kapal terbang mula naik. Dan tiba-tiba, lenganku dipegang kuat. Aku pandang Ayu di sisi ku. Dia pegang lenganku kuat, sambil menutup mata. Nasib baik aku dah pakai sweater siap-siap. Beralaslah lengan aku yang dipegangnya.


“....Ayu takut tinggi..”,Aku terkenang kata-katanya ketika kami di Titiwangsa dulu.


“Jangan takut Ayu.. Aku ada...”,Aku tepuk-tepuk bahunya perlahan.


“Aku ada...”,





******************************************





Surat Yassin yang selesai aku baca itu, aku cium perlahan. Kemudian aku raupkan wajah ku perlahan. Aku lihat Ayu yang duduk bertentangan dengan ku. Dia tatap wajah baba nya yang tidak sedarkan diri itu lama. Ada wayar-wayar bersambung sana sini. Daripada Pak Long Ayu tadi, baru lah aku tahu, rupanya di kepala baba Ayu ada gumpalan darah beku. Dan kali ini, darah yang membeku itu seolah pecah, dan menyebabkan terganggunya sistem saraf secara keseluruhan. Oleh itu, strok terjadi dan akhirnya, menyebabkan Uncle karim koma. Kata doktor kata, pembedahan boleh dijalankan, tapi, peluangnya adalah 50-50.


Aku pandang wajah tenang yang terbaring itu. Tangannya digenggam kuat si gadis yang duduk di hadapan ku itu. aku pandang wajahnya. Dia masih belum menitiskan airmata sejak kami sampai tadi. Melihatkan wajah itu, membuat hati ku diruntun pilu.


Ayu, luahkan la Ayu.... Jangan disimpan... Menangis lah kalau kau nak menangis...


Aku tarik nafas dalam.


Tidak mampu aku bertahan melihatkan wajah mendung Ayu itu, aku lantas bangun. Berjalan menuju Pak Longnya.


“Pak Long, saya nak ke bawah sekejap. Belikan makanan untuk Ayu... Dia belum makan dari pagi tadi...”,Aku bisik perlahan. Aku lihat Pak Long mengangguk.


“Pak Long nak pesan apa-apa?”, Dia hanya menggeleng.


“Pergi lah Fiq.. Pak Long dah kenyang..”,Aku angguk, dan keluar daripada bilik ICU itu. berjalan perlahan menuju ke lif. Tiba-tiba aku rasa telefon di dalam seluar ku bergegar. Segera aku angkat.


“Afiq! Aku baru baca mesej ko.. Ko dah sampai Kedah ke? Apa yang emergency weh? Is everything ok?”,Suara Ipin kerisauan kedengaran. Memang ada aku hantar mesej kepada Ipin setibanya aku di KLIA tadi. Aku tidak mahu partner ku itu tercari-cari pula. Kerana aku memang ada berjanji untuk ke lab dengannya petang nanti.


“Aku dah sampai. Pin, sorry aku tak dapat join wat projek ari nih.. Ko tinggal part aku, nanti aku balik aku buat...”,Lemah suara ku.


“Pasal projek jangan ko risaukan Fiq! Kau ok tak? Apa yang emergency nya? iso aku...”,


“Ayah tunang aku sakit tenat...”,


“Hah?!! Tunang?! Ko biar betul Fiq... Sejak bila pulak kau bertunang...”, Aku mengeluh perlahan. Sambil itu tangan ku menekan punat lif itu untuk ke bawah.


“Panjang cerita nya Ipin... Nanti aku cerita... Tapi, kau jangan bagitau sapa-sapa... Kalau orang tanya, cakap je aku balik kampung...”, Ipin diam.


“Nanti aku cerita pasal tunang tuh... Aku tunjuk sekali dia kat ko.. Jangan risau... Skang nih, ko doakan ayah dia..”,


“Ok...Ok... Mm.., semoga sumenya selamat sana Fiq..”,


“Thanks bro!”,


“K, if you need anything, bagitau je aku..”,


“Ok.. Jumpa nanti..”, “Bye..”,Kesekian kalinya, aku mengeluh.


Ya Allah...., selamatkan lah Uncle Karim... Kau kasihanilah Ayu.... Berikan dia kekuatan....








Aku belek-belek plastik barang makan yang aku belikan untuk Ayu itu. susu, roti dan sandwich. Sekurang-kurangnya, dia isi perut sikit. Aku tahu dia belum jamah apa pon sejak pagi tadi.


Sedang aku leka berjalan itu, aku terdengar suara esak tangis. Aku berhenti. Mencari-cari dari arah mana suara itu. entah kenapa, kali ini, aku ingin sangat tahu, siapa yang menangis. Selalunya, aku malas nak campur hal orang. Nak, nak lagi kat tempat awam camnih...


Aku berjalan perlahan ke arah suara itu. di balik dinding itu, aku nampak seorang gadis terduduk dan menangis teresak-esak.


“Ayu...”,Pantas aku menghampirinya.


“Ayu... Kenapa nih?”, Dia diam. Tidak menjawab soalan aku. terus menangis.


Memang bodoh la soalan aku tika itu. baba dia tengah terbaring tak sedarkan diri dalam ICU tuh, aku boleh tanya kenapa pulak!


Lantas aku juga duduk bersila di sebelahnya.


“Sabarla Ayu... Doa banyak-banyak k... InsyaAllah..., sume nya akan ok..”, Esakan nya makin kuat. Aku mengeluh.


Lantas aku bersandar ke dinding itu. kala itu, mata ku juga berair. Terasa sayu benar hati aku mendengar tangisannya.


“Nangislah.. Lepaskan... Tak apa...”,Aku biarkan dia melayan perasaannya dengan menangis. Biarlah dia lepaskan kesedihan di hati.


“Ayu takut...”,Tiba-tiba aku dengar butir bicaranya. Segera aku kalih.


“Kau takut apa?”,


“Ayu takut baba tinggalkan Ayu. Macam mama tinggalkan Ayu...”,Kala itu aku pandang wajahnya yang merah menangis itu dalam. Terasa pedih. Pedih hati aku melihat kesengsaraan nya.


“Sabar Ayu... Ni takdir Tuhan... Kita kena redha... Allah tuh maha mengetahui..”, “Ayu tak mau.. Abang..., jangan la bagi baba tinggalkan Ayu...”, Kala itu, aku pasti, airmata jantan ku sudah pun menitis, kerana aku dapat rasakan pipi ku sejuk dek air yang menitik. Entah kenapa, aku terkesan betul dengan kehibaan Ayu.


“Ayu..., jangan macam nih... Tak baik! Istighfar banyak-banyak... Sekarang nih, ko doa banyak-banyak pada Tuhan.. Semoga Allah selamatkan baba ko k..”,


“Ayu takut abang.... Ayu dah tak ada sapa-sapa dah kat dunia nih... Kalau baba tinggalkan Ayu.., Ayu sebatang kara abang... Ayu takut...”,


“Jangan cakap macam tuh.. Ramai orang ada untuk kau.. ibu dengan abah sayangkan ko.. Kak Long dengan Wina pon anggap ko macam adik beradik diorang. Mak Long dengan Pak Long ko.. sume ada untuk ko..”,


“Ayu takut abang... Ayu takut...”,Dia rebahkan kepala nye ke sisi aku. melepaskan kesedihan, kepiluan hatinya. Aku diam. Membiarkan.


“Jangan takut Ayu... Aku ada.. Aku akan sentiasa ada untuk ko... Jangan takut...”,Perlahan, aku memujuknya.


Kala aku ucapkan kata-kata itu, hati ku seolah mengikat janji, bahawa, selepas ini, aku akan pastikan aku sentiasa ada di sisi nya...





****************************************

Suasana sepi di situ. Kami tidak dibenarkan masuk ke dalam. Doktor dan para jururawat sedang membuat persedian untuk membawa Uncle Karim ke bilik pembedahan. Setelah perbincangan abah dengan doktor pakar sebaik sahaja abah dan ibu sampai tadi, keputusan telah diambil untuk membuat pembedahan. Walaupun peluangnya masih tidak diketahui, abah kata lebih baik daripada hanya melihat.


Sejenak, pintu bilik ICU itu dibuka. Uncle Karim diusung pergi oleh doktor dan beberapa orang jururawat. Dan kami semua bangun mengikut.


“Baba...., jangan tinggalkan Ayu k? Baba janji jangan tinggalkan Ayu...”,Sambil memegang tangannya, Ayu bersuara perlahan kepada baba nya.


“Ayu..., sabar sayang...”,Kala itu, ibu telah pun memeluknya.


“Baba..., don’t leave me please...”,Walaupun dia sudah kejap didakap ibu, masih dia menyampaikan hasrat kepada Baba nya yang dibawa pergi.


“Sabar sayang... Kita berdoa..”,Dan dia menangis di bahu ibu. Kak long dan Wina datang menhampiri, turut memeluknya.


“Please don’t leave me...”,Dia meratap lagi. Aku hanya memandang. Air mata ku jatuh lagi. lantas aku tunduk. Berjalan jauh dari mereka. Kala itu, aku rasa seperti tidak berguna.


Kalau lah boleh aku kesat airmatanya. Kalau lah aku boleh membawa kembali senyuman dan keceriaannya itu..


“Fiq...”,Abah menyapa ku daripada belakang. Segera aku kesat airmata yang jatuh.


“Abah nak ke surau... Fiq nak ikut?”, Aku angguk-angguk. Walaupun aku tak pasti sebenarnya mengapa abah nak ke surau. Lantas aku ikut abah ke sana. Ini sahaja lah ikhtiar yang mampu aku lakukan, berdoa untuk Ayu...





*************************************





Ya Allah...., aku hamba Mu yang hina dina ini menadah tangan memohon daripada Mu Ya Tuhan.. Aku sedar aku banyak berdosa pada Mu, aku tahu aku banyak mengundang murka Mu Ya Tuhan, tapi, kali ini, bantulah aku.... Dengarkan lah permintaan aku Tuhan... Aku pohon dengan rendah hati, kau selamatkanlah dia yang sedang berperang di medan maut itu Ya Allah.. Mudahkan urusannya.


Namun, sekiranya sudah tertulis, dia akan pergi, maka aku pohon Ya Tuhan, berikanlah kekuatan pada Ayu... Kasihani lah gadis itu Ya Tuhan. Kasihani lah dia. Kau kurniakan aku kudrat, untuk membantunya. Kerana sungguh, aku tak sanggup melihat kedukaannya. Aku sakit melihat dia menderita Ya Tuhan..


Aku pohon dengan sepenuh hatiku Ya Tuhan ku, kau makbulkan la doa aku sekali ini.. Bantulah Ayu Ya Allah... Jangan biarkan dia menderita lagi... Kasihani lah Ayu... Berikan dia bahagia... Kekalkan senyuman di wajahnya... Aku rayu Ya Tuhan...





Airmata yang membasahi wajahku itu, aku raup dengan tangan yang meminta dari Rabb ku itu. sejenak, aku terkenang kata-kata abah tadi.


“Karim mintak dengan abah, kalau dia tak ada lagi, jagakan Ayu. Katanya, selama nih, Ayu yang menjaga dia. Sejak arwah mama nya meninggal, dia yang menguruskan Karim. Tak pernah merungut, tak pernah menangis. Dia yang menguatkan Karim. Menyokong Karim... Katanya, kalau Ayu tak ada, dia belum tentu boleh hidup lagi... Selama ini, Ayu tuh menguatkan hati dia, untuk menyokong baba dia.. Karim nak puteri nya tuh, mengecap bahagia selepas dia tak ada... Dia tak mau anak dia menderita lagi...”,


“That’s my responsibility to my friend, Fiq. And now it becomes yours, as my son...”,


I will not dissapoint you abah... I won’t... Apa saja, asalkan Ayu bahagia...





*******************************************




Kertas jawapan itu aku teliti lama. Hari ini, aku menduduki kertas terakhir aku sebagai pelajar di UIA. Tamat sahaja kertas ini, bermakna selesai tanggungjawab ku sebagai pelajar jurusan kejuruteraan di sini. Oh, ada lagi satu, pembentangan akhir projek ku dan Ipin yang dijadualkan hari Jumaat ini. Namun, syukur, akhirnya, projek kami berjaya kami sudahkan. Hanya tinggal mengubahsuai sedikit untuk nampak lebih kemas dan teratur. Jadi, boleh dikatakan, selain daripada menyediakan slide pembentangan, aku tiada kerja lain yang harus diselesaikan.


“Ok... Time’s Up!”,Akhirnya pensyarah aku mengumumkan masa peperiksaan telah tamat. Aku tarik nafas dalam. Memandang Ipin di sebelah. Sengih panjang mamat tuh... Aku turut sengih. Sebaik sahaja kertas ku dikutip, aku lantas bangun dan keluar daripada dewan peperiksaan.


“YAY!!!! Merdeka!”,Kimi menjerit suka hati di luar. Aku dan Ipin ketawa.


“Weh, aku chow! Nak gi lab.. Nak gi pujuk robot aku yang tak mau bergerak tuh..”,Azim terkocoh-kocoh sebelum berlari anak meninggalkan kami bertiga. Aku hanya tersengih.


“Good Luck!”,Kimi laungkan. Aku nampak Azim hanya mengangkat tangan.


“So, malam nih apa plan? Meraikan kemenangan kita.. dah abis belajar beb!”,Ipin kumain sukahati lagi tamat pengajian.


“Kau jangan suka sangat... Presentation lom lagi. sekali kena bambu masa tengah present tu.., menangis air mata darah..”,Sengaja aku menakutkan sahabatku. Padahal, aku sendiri sedikit cemas dengan pembentangan yang akan datang. Takut juga aku, para pensyarah tidak puas hati dengan hasil kerja kami.


Tapi, kata kawan-kawan, kalo supervisor kata Ok, ok la tuh.. Tapi, tak tau lah.. Ye lah, mengikut sistem di sini, markah keseluruhan akan diberi oleh supervisor, dan juga dua orang pensyarah lain yang diberi kuasa untuk menilai.


“Ok.., kalau camtuh, Jumaat... Ok?”,


“Aku tak kisah? Mana?”,Aku jawab. Terasa jugak nak lepak, setelah berhempas pulas bekerja kuat untuk semester ini.


“Bowling ar... Midvalley..”,Kimi memberi cadangan. “Ha..ok..ok..! jadik tau!”,Memang Ipin bersemangat. Tergelak aku tengok betapa excited nya dia. Sambil itu, aku menekan punat di telefon ku itu membuka semula telefon yang aku matikan sejak masuk ke dewan peperiksaan tadi. Tidak lama, ada mesej yang masuk.





Yay!! Ada orang dah abis exam terakhir kat UIA! Congrats... Hope you did well and bleh lulus dengan cemerlang.kita tak sudi dah tengok muka awak kat UIA nih.. ;p





Aku senyum membaca mesej itu.


“Siot je budak nih...”,


Kala itu, aku terkenang si dia. Sudah hampir sebulan peristiwa itu berlalu. Syukur Alhamdulillah, baba Ayu selamat dibedah. Doktor kata, keajaiban juga dalam keadaan begitu, uncle Karim selamat. Takdir Tuhan, tiada siapa yang tahu. Mungkin, Tuhan tahu Ayu masih belum bersedia untuk kehilangan lagi.


“Sapa tuh? Sengih sorang-sorang lak kau nih..”,Kimi menyibuk. Ipin hanya senyum. Memandang aku.


“Orang tengah bahagia, biarkan Kimi..”,Ipin mengusik. Telah aku ceritakan semuanya kepada Ipin seperti yang aku janjikan. Mengamuk jugak mamat tuh tak bagitau dia sejak dari dulu.


“Sibuk ar korang nih!”,Tersenyum sumbing, aku lajukan langkahku sambil menaip mesej membalas mesej Ayu.





Tak sudi konon...kalo aku takde..ko rindu nanti..!





Semenjak peristiwa di Kedah itu, aku dan Ayu semakin rapat. Namun, tidak dapat aku namakan hubungan kami itu. Aku cuma mahu berada di sisinya. Aku mahu buat dia tersenyum. Aku mahu dia bahagia. Itu yang tersemat dalam hati ku. Adakah aku sayangkan dia? Mungkin.. Tapi, sebagai apa? Aku tidak dapat menjawab. Adik? Kawan? Kekasih? Tunang? Wallah hu a’lam...





Abang sibuk petang nih?kalo tak,leh jumpa jap?tapi,kalo bz takpe.nxt time..





Ceh, tengok! Kata tak nak jumpa dah. Belum pun lagi aku keluar daripada UIA, dah nak jumpa aku.





Poyo...kata tak sudi jumpa aku lagi.ahaks...free je....mana?kul bape?





Aku sengih selepas menghantar mesej itu. tidak lama, aku dapat balasannya.





Sebab tuh kena jmpa skang.sbb lps abang abis,mlas dah nak jmpa..kyros.kul 3..leh?





Cess! Ada je budak kecik nih...





Ye lah..yelah..jgn lupa bawak kamera..amik gmbo aku byk2 kang.so nnT ko bleh tatap gambar wajahku yg ensem nih!hahahaha..ok.kyros kul 3.c ya’





Aku simpan kembali handset ke dalam poket. Tersenyum.


“Weh bai, kot iye pon bercinta, jangan ar tinggalkan aku..”,Ipin tiba-tiba muncul di sebelah, memautkan tangan ke bahu aku. kimi entah ke mana.


“Mana ada bercinta.. Kau nih...”,Ceh, malu-malu pulak aku nih!


“Poyo la lu bai! Fiq, aku nak tumpang ko balik! Aku tak bawak motor.. Tadi aku datang exam tumpang Azim..”,Ipin menyuarakan hasratnya.


“Saja lah tuh, nak save minyak... Pandai ko ek! Aku caj ko singgit satu meter..”,


“Belah!!”,Dan kami sama-sama tertawa. Kala itu, rasa gembira sangat di hati. Dan aku berharap, supaya masa berputar laju ke jam 3. Entah kenapa, hati ini seperti tidak sabar menanti saat pertemuan..





***************************************





Aku renung padang bola itu lama. Melihat, mat-mat negro berlari-lari mengejar bola di hujung padang. Sejenak, aku mengeluh lagi.


“Fiq! Bape lama da..ko nak rest! Masuk balik!”,Sahabat se’team’ bola ku menjerit daripada padang.


“Semput! Semput!”,Aku bagi alasan. Padahalnya, memang aku tak ada mood nak main petang nih. aku masuk dalam 10 minit pertama je. Lepas tuh aku duduk kat tepi padang nih. melihat orang bermain. Hakikatnya, fikiran ku jauh melayang.


“Kata ada something nak cakap tadi.. Pe halnya?”,Aku lihat dia diam bila aku tujukan soalan itu.


“Ayu... Apasal? Ada pape yang tak kena ke?”,Risau aku melihatkan keadaan dia yang tiba-tiba berubah itu, lantas aku ajukan soalan.


“Abang...., mm..., abang ingat tak, masa mula-mula kita jumpa dulu..”,Dia diam. Aku sengih.


Mana leh aku lupa.. Muka selamba dia bila kami bincangkan hal penting masa tuh... Siap lawan mata lagi...


“Ingat.. Pertama kali tengok muka kerek ko nih..”,Bersahaja jawabku. Namun, masih masam wajahnya.


“Abang ingat, janji kita?”, Aku diam. Janji? Janji mana pulak.


“Abang kata, mm..., lepas abang abis blaja, abang nak wat something untuk putuskan pertunangan kita...”,Perlahan suaranya. Kala itu, aku rasa duniaku berpusing.


Alamak! A’ah...., aku pernah membuat janji itu...


“.....Aku cuba carik jalan camana nak setelkan masalah nih... Papahal pon, dalam sem nih, kita berlakon dulu. Aku target lepas aku abis blaja nih, kita putuskan tunang.. Caranya.., biar aku pikir dulu..”,


“Cane? Deal?”,


Janji tuh... Janji yang aku sendiri buat.... Entah kenapa, ketika ini, hati ku seolah tidak mahu akur kepada janji ku sendiri. “Abang dah fikir ke?”,Dia bertanya lagi. Aku mengeluh perlahan. Tarik nafas dalam. Sesak. Terasa nafas ku sesak.


Setelah sekian lama, aku lupakan mengenai hal pertunangan itu. aku Cuma rasa selesa dengan Ayu. Tak pernah teringat yang kami ada ikatan selama ini. Dah kerana aku gembira bila dia ada, aku lupa yang aku pernah berjanji untuk mencari jalan keluar daripada ikatan yang aku anggap satu beban satu tika dulu.


“A’ah ek...! mm, aku tak fikir lagi la Ayu... Nanti bila aku dah pikir, aku bagitau ko... Bagi aku masa setelkan presentation projek dulu...”,Aku lihat dia senyum dan mengangguk. Adakah dia lega mendengar jawapan aku itu?


kala itu, aku rasa ingin menyelam dalam ke dalam hatinya, mencari jawapan yang berlegar di minda ku kala itu.


adakah dia mahu ikatan ini diputuskan....?


“Fiq!!”, Aku tersentak dek sapaan Ipin tiba-tiba.


“Pemenda ko nih, main sergah-sergah pulak!”,Tak semena-mena, dingin nada ku. Ipin pandang aku dalam. Kemudian dia duduk di sebelah ku.


“Hai...len macam je nampak...”,Aku lantas tunduk. Tarik nafas dalam.


“Pahal nih beb? Ok ke?”, Aku geleng-geleng. Melemparkan pandangan kepada padang yang luas itu.


“Ayu?”,Tepat Ipin meneka. Aku angguk.


“Kalau ko nak citer, go on, aku ada sini... Aku dengar..”,


Aku pandang sahabat ku itu. dia nih memang sahabat sejati. Sentiasa ada di sisi aku. rela sahaja membantu dan menjadi pendengar yang setia. Lantas aku ceritakan satu-satu apa yang berlaku kepada Ipin. Dia mendengar dengan tekun. Mendengar luahan hati ku itu, dan kekeliruan ku..


“Sebenarnya, apa perasaan kau kat dia? Kau sayang dia?”,Aku mengeluh mendengar soalan Ipin itu.


“Aku tak tau Pin... Aku care pasal dia.. Aku tak tau aku sayang ke tak.. Aku tak tau apa perasaan aku kat dia..”, Ipin diam memandang aku.


“Kalau ko setakat care, tak menjadi masalah kalo ko putuskan engangement tuh... Lepas tuh pun kau boleh care and jaga dia..”,


“Tapi..., aku rasa sakit kat sini kalau aku fikir aku kena putuskan ikatan nih Pin...”,Aku ketuk perlahan dada ku.


“Aku takut, kalo tak de ikatan nih, mungkin, aku dengan dia, tak leh rapat macam skarang...”,


“Maksud kau?”,


“Aku nak dia ada dengan aku Pin... And aku nak ada dengan dia, bila-bila masa dia perlukan aku...”, Ipin diam lagi. tersenyum. Menggeleng-geleng memandang padang yang semakin lengang.


“My friend, that is called love..., not care... Sebenarnya, kau tak rela lepaskan dia...”,Aku pandang dia. Ipin tepuk-tepuk bahu aku dan lantas berdiri.


“Dah jom! Chow! Nak maghrib dah nih...”,Aku memandang Ipin berlalu meninggalkan aku.


cinta? Aku cintakan Ayu? Kala itu, aku tersenyum...





***************************************

Ayu,aku dh abis presentation!gile lega!yay,now,dgn officialnya dah abis blaja!nway,aku nk jmpa ko mlm ni.leh?dinner





Aku tersengih sorang-sorang sambil baring-baring di katil milik UIA itu. Pukul satu petang tadi, selesai peperangan akhirku sebagai seorang pelajar. Pembentangan ‘final year project’ yang kami gerunkan selama ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Ada juga satu dua soalan soalan membunuh, namun dapat kami tangkis sebijaknya. Dengan itu, merdekalah aku.


Dan malam ini, aku mahu memerdekakan diri daripada persoalan yang mengganggu minda ku sejak dua menjak ini. Persoalan mengenai hubungan aku dan Ayu. Setelah aku fikir lama, memang sebenarnya, aku tidak sanggup melepaskan dia. aku mahu dia ada sentiasa dalam hidup aku. aku mahu senyumnya, girangnya, dan kekerekkannya menyerikan hidup aku. Dan aku juga mahu dia bahagia selalu. akan aku pastikan, tiada tangis, tiada derita dalam hidupnya. Biar aku jadi penemannya bila dia memerlukan. Biar aku jadi penghibur ketika hatinya lara.


Apa-apa saja, asalkan Ayu gembira... Kalau itu yang orang lain di luar sana namakan cinta, oleh itu, ya, aku cintakan Nurul Idayu...





Yay!congrats abg!hepi 4 u.but,mm,mlm nih,lewat sket bleh?ayu ada hal..tak dapat kot dinner sama..nak jmpa leh la..





Balasan yang aku terima itu buat aku tersenyum lagi.


Tak kisah la Ayu, asal aku dapat jumpa ko..., untuk luahkan perasaan aku, yang aku tak mahu lepaskan kau....





**********************************





BOM! Yes, strike lagi!


“Hok a loh..., nih jin pe lak yang tolong ko nih.. Asik strike je!”,Ipin mengomel tidak puas hati. Aku sengih. Menari-nari sambil berjalan ke tempat duduk ku. Aku lihat carta markah. Senyum. Puas hati dengan kedudukan aku kala ini. 3 kali strike. Hebat lah!


“Come on B... You can do it!”,Fifi memberi semangat kepada kekasih hatinya itu.


seperti yang dijanjikan, petang ini, kami berlima ke Mid Valley untuk bermain bowling, meraikan kemenangan kami. Aku, Ipin, Azim, Kimi dan juga Fifi yang mahu turut serta. Ipin bangun, mengambil bola.


“Eh, mana Kimi?”,Perasan Kimi tidak ada di situ, aku membuka mulut bertanya.


“Tah, gi mana tah... Ada call tadi...”, Aku sekadar mengangguk. Melihat Ipin membuat cubaan. Cubaan pertama, hanya empat pin yang jatuh. Aku ketawa besar. Menggelakkan Ipin


“Siot arr... Kau jampi apa bola nih...”,


“Pe kes nih bai! Awek datang support pon berterabur je main...”,Azim pula mengusik.


“Diam lah kau Zim! Jangan kaco baby aku..”,Marah Fifi.


“Ye lah.. Come on baby! You can do it B...”,Azim turut sama bersorak untuk Ipin. Aku tergelak melihat adegan itu. Lawak pulak aku rasa tengok budak-budak nih.


“Fiq!!”,Tersentak aku dengan kehadiran Kimi tiba-tiba menerpa ke arah ku. Dilentokkan pula kepalanya ke atas bahu aku.


“La, nih pahal lak ko nih, bai! Lentok-lentok plak dia.. Tepi arr, malu Fifi tengok..”,Dia masih tidak berganjak. Kala itu, Ipin kembali ke tempat duduk.


“Dah? Cane?”,Aku tanya perkembangan Ipin.


“Masuk longkang... Azim ar nih! baby...., baby”,Aku gelak kali ini. Membiarkan Kimi di bahu aku tuh tergoyang sama. Azim bangun memilih bola. Gilirannya pula menunjukkan kehebatan.


“Nih apa kes? Eh mak! Jangan la kaco jantan aku.. Peluk-peluk plak..”,Ipin pula mengusik sambil memukul-mukul Kimi ala-ala mak kepit gitu.


“Akhirnya, berjaya usaha aku! Fuhh..., tak sia-sia....”,Dengan muka, ala-ala terbang di kayangan tu, Kimi meluahkan.


Aku dan Ipin berpandangan sesama sendiri. Fifi tengah sibuk mengacau Azim yang nak baling bola. Balas dendam la tuh! Kaco balak dia tadi.


“Ko percaya tak, Ayu yang ajak aku keluar malam nih! Bahagia siot...”,


Kala itu, tawa ku terus mati. Senyumku terus padam. Terasa bagai ada batu besar menghempap badan aku, membuatkan aku terpaku. Tidak mampu bergerak. Bukan ke Kimi baru je sebut Ayu aku ajak dia keluar...?


“Hah?”,Ipin bertanya. Aku tahu, Ipin juga terkejut dengan kenyataan Kimi tadi.


“Serius beb... Dia call aku tadi.. Ajak aku kuar makan. Kitorang dua je tau! Hmm.., jinak-jinak merpati dia nih.. Jual mahal, lama-lama, dia pulak datang.. Dia kata nak clarify hubungan kami...”, Hakimi gelak lagi. Entah mengapa, rasa jelek melihat tawa roommate ku itu.


Biar btol.....


“Pukul bape?”,Kala itu barulah suara ku keluar.


“Eh..., sibuk lak dia.. Ayu tak kasik aku bagitau sapa-sapa la..,tapi, tak pe la. disebabkabkan korang kawan baik aku... Aku bagitau la.., kul 8..”, Aku garu kepala. Hati jadi tak betah. Rasa bergelora semacam.


Marah ke, suka ke, sedih ke. Tak pasti...


“Kimi, turn kau!”,Panggil Azim.


“OK..Ok.. Kali nih mesti strike punya...”,Kimi lantas bangun. Aku pula masih terpaku.


Btol ke nih....? Aku akan kecewa sekali lagi ke...?





....mlm nih,lewat sket bleh? ayu ada hal..





Terkenang mesej nya tadi. Patutlah dia nak lewat. Rupanya hal dia, nak dating dengan Kimi...


“Takkan la Ayu nak serius ngan abg kimi tuh! Mengarutlah! Not my taste la...”, Aku terkenang si manis itu mengungkap kata satu masa dulu.


“..Ayu tak kasik aku bagitau sapa-sapa la..”, Not my taste konon! Ciss......





**********************************

Aku berjalan tak tentu arah. Makin lama menanti, makin bergelora jiwa.


Sabar Fiq.... Sabar....


“Assalamualaikum...”, Aku kalih ke belakang. Si gadis itu datang dengan senyuman. Berbaju kurung pink dengan tudung sedondon warnanya.


Ah..., cantiknya ko malam nih! Tapi..., macam ada yang tak kena. Tak pasti di mana...


“Waalaikumussalam..”,


“Cantik malam nih?”, Dia memandang tubuhnya sejenak.


“hehe.., ye ke? Ayu baru balik nih. Keluar jap tadi..”,


“Keluar dengan Kimi...?”,Dia seolah tersentak.


“Abang Kimi bagitau ke? Ish..., dia nih...”,


“Apasal kau tanak aku tau? Takut aku report kat ibu ngan abah?”,Direct pertanyaanku. Aku lihat wajahnya berubah.


“Bukan itu maksud Ayu. Ayu takut abang...”,belum pun sempat si dia menghabiskan ayat, aku mencelah.


“Aku apa? Aku bagitau Kimi hal sebenar? Yang kau nih tunang aku? Kau takut itu? Kau takut tembelang kau pecah?”,


“Kenapa abang garang sangat nih?”,Lembut tanya nya.


“Kimi bukan taste ko konon! Tapi ajak dia kuar pulak! Tanak aku tau pulak.... what is your plan, huh? Buat hubungan sulit? Tak boleh sabar dah sampai pertunangan bodoh ni putus?”, “Abang Afiq....! Sampai ati abang cakap macam tuh kat Ayu...”, Ada air di mata nya. Mengalir ke pipi. Dia tunduk. Aku tarik nafas dalam. “Aku...., ish.., tah la.., aku tak tau nak cakap camana...”, Mula terdengar esak tangisnya.


“Hujung minggu nih, balik kampung. Aku suruh abah ibu putuskan pertunangan kita.. Lepas tuh, ikut kau la nak keluar ngan sapa pun!”,


“Abang Afiq..., dengar la dulu apa Ayu nak cakap...”,


“Dah la Ayu... Aku tak leh nak dengar apa-apa. Entah kenapa, aku frustrated pulak! Sial btol la! Entah kenapa, aku rasa sakit pulak kat ati nih...”, Aku ketuk-ketuk dada dengan penumbuk. Terasa panas mata. Aku sedar, ada air di dalamnya. Kami diam agak lama


“Tak pe lah Ayu... Mungkin Kimi yang membahagiakan kau.. Bukan aku.. Kalau itu yang boleh buat kau gembira.., aku redha.. Sebab janji aku pada Abah, untuk buat kau happy... Nampaknya, ko dah jumpa happiness kau...”,Kala itu, ada air panas menitik ke pipi. Cepat-cepat aku kesat. Sakit betul hati aku meluahkan kata itu. hakikatnya, hati aku memang tak tega melepaskan dia. aku tak mahu...


Sejenak, aku angkat wajah memandang si dia.


“Dah la... Cukup la sampai sini...”,


“Abang.... Please...”,


“Jangan risau, aku ada alasan aku sendiri untuk cakap kat ibu ngan abah... Aku takkan bagitau apa yang kau buat.. Aku jaga nama baik kau...”, Lantas aku berlalu laju ke kereta. Dia mengekor laju.


“Abang....”,Terasa T-Shirt ku disentap.


“Jangan la abang....”,Dalam esak tangis nya, dia merayu. Aku tak pasti rayuan itu untuk apa. Aku tunduk.


“Lepas la Ayu... . Jangan buat camni.. Ini UIA”,Perlahan suara ku.


Lantas, perlahan-lahan, aku rasa pegangannya itu longgar. Lantas aku dilepaskan. Tak tunggu lagi, aku terus cabut ke kereta. Beberapa saat kemudian, Kelisa ku iu laju membelah jalan membawa hati yang terluka. Kebetulan pula, lagu


“Kenapa” dendangan Shazzy dan Lah VE berkumandang di radio seolah mengerti kedukaan yang ku alami.


“SHIT!”, Lantas tangan ku laju menukar siaran lain. Kenapa nasib aku macam nih.....?





***************************************

Aku tarik nafas dalam. Setelah kekuatan terasa mengalir di sanubari, baru aku pulas tombol pintu bilikku itu.


“Assalamualaikum...”, Aku terhenti di muka pintu.


“Astaghfirullah.. Pehal nih wei!”, Dek terkejut melihat keadaan bilik yang berserabut dengan pelbagai benda yang dicampakkan, aku terjerit.


Aku segera ke compartment ku. Nasib baik barang-barang aku OK semuanya.


“Sial arr!!”,Burr..., berterabur lagi makhluk Allah dicampakkan.


Aku segera ke compartment Ajib, seorang lagi ahli bilik kami ini, selain aku dan Kimi.


“Pahal?”,


“Tak tau weh! Si Kimi, balik-balik tadi mengamuk macam apa tah! Abis semua barang dicampaknya. Paham-paham la dia tuh...”, Aku menoleh ke compartment Hakimi.


Aik..., kenapa pulak! Bukan tadi tengah bahagia sakan ke...


“Ko pegi la tengok... Aku maleh ar.. tak reti aku handle kepala angin cam dia tuh..”, Aku telan air liur.


“Jom ar sekali.. Takkan aku sorang kot...”, Akhirnya, Ajib bersetuju untk turut sama.


“Kimi...”,Aku sekadar memanggil dari luar.


“Budak Ayu tuh memang cam sial kau tau!”,Aku rasa kerongkong ku tersekat.


Ayu lagi? Takkan Kimi pun kena...


“Dia panggil aku, nak cakap dia dah bertunang! Bitch arr.. Main-mainkan perasaan aku..”,


Dia bagitau dah bertunang? Hah?? Maknanya, pertemuan tadi...


“Bila pulak budak tuh mainkan perasaan dia. Selama nih, setau aku, memang budak tuh bo-layan dia... Dia je yg syok sendiri...”,Ajib berbisik. Aku masih lagi di awang-awangan.


“Kimi..., dia cakap apa lagi?”,Aku tau soalan bodoh untuk keadaan sekarang, tapi, aku tak kira, aku nak tau gak. Ajib memandang aku pelik.


“Dia ingat dia banyak lawa agaknya. Dia cakap dia tak leh terima aku. Dia taknak aku kacau dia lagi.... Ayat cam sial. Ayu tanak orang lain selain dari tunang Ayu..”,Dia mengajuk kata gadis itu. Semakin aku tak bernafas. Namun, aku sedar, bibirku mengukir senyum.


Aku lihat, Ajib gelak kecil. Aku rasa, dia mentertawakan sikap Kimi yang macam budak 4tahun tuh..
“La..., mm, kalau macam tuh, biar la Kimi... . Tak de rezeki kau la tuh..”, Aku dengar dia gelak kacil. Tak lama, dia muncul di ruang masuk compartment nya.
“Kau ingat aku apa, budak hingusan camtuh, bersepah la aku boleh dapat...”, Aku hanya diam.
Hingusan tak hingusan, janji aku dapat... . Jaga hati member punya pasal, aku pendamkan kebengangan memanggil tunangku dengan nama itu.
“Tapi, tak la terkilan sangat...”,Aku pandang Kimi, menanti butir bicara seterusnya. Entah kenapa, dada aku berdebar semacam.
“Sempat gak aku peluk budak tuh skali. Berani sangat gamaknya. Ajak aku kuar sorang-sorang. Hah, amik! Rasa abis sume wa cakap lu. Kuat tuh...”, Telinga terasa merah. Hidung aku rasa dah jadik cerombong asap. Itu la yang tak kena tadi. Mata Ayu sembab. Aku rasa dia menangis. Sah, memang dia menangis sebelum jumpa aku.
“Kurang Ajar!”,Buk!! Free free, mamat kelantan itu dapat penumbuk aku sebijik.
“Woi Afiq! Apa nih!”,Kimi menjerit. Ajib juga terkesima melihat tindakan ku.
“Rasa abis ek! Meh sini aku bagi kau rasa..”,Lantas kolar bajunya aku tarik.
“Budak yang kau rasa abis tadi...., tunang aku sial!”,Buk! Sekali lagi, aku menumbuk. Kimi lantas bangun. Ditolaknya aku kuat ke dinding macam lembu gila.
Lantas, terjadi satu sejarah baru di dalam bilik ini, kami berkelahi sakan. Ajib yang cuba meleraikan, turut mendapat hadiah sebijik, ditendang Kimi. Lama juga kami bergusti. Kehadiran Ipin dan Azim juga tak banyak membantu. Hanya setelah budak-budak bilik sebelah datang meleraikan, dan presiden blok turut masuk campur, barulah perkelahian itu berakhir.
Sakit. Tapi, aku puas hati. Kerana aku pasti, Ayu memang milikku... *************************************

“Auchhh!! Sakit la... Pelan-pelan la...”, Aku menjerit kuat, apabila Wina menuamkan ais di hujung mata yang semakin membengkak.
“Sakit, tau sakit! Tapi, buat jugak kan! Kau ingat kau hero hindustan agak nya. Bergaduh macam apa...”,Ibu yang risau sejak tadi membebel
“Budak tuh kurang ajar..”,
“Kalau kurang ajar, diajar, bukan ditumbuk!”, Aku sengih.
“Nasib baik tak jadi kes polis tau! Kalau tak, sia-sia kau duduk kat uia tuh 4 tahun. Tak dapat ijazah...”,Kak Long pula menambah. Aku lantas diam.
“Dah la Wina. Biar abang wat sendiri...”,Lantas aku amik kain tuaman itu dari tangan Wina. Lantas aku bangun dari sofa di ruang tamu itu lagi.
“Naik dulu bu..”,
“Tengok tuh, bila orang bercakap, lari...”, Tidak aku pedulikan, lantas aku berjalan naik ke bilik. Aduhai..., rasa sengal satu badan. Nak-nak lagi belakang ni. Kena hempas ke dinding tadi. Aku lihat jam. Pukul 130 pagi. Aku buka radio yang terletak di sisi katil lantas aku baring ke katil.
Lepas kejadian tadi, Ipin terus hantarkan aku balik ke rumah. Takut-takut, bersambung lagi. Kelakar lak ase, dah lama tak bertumbuk camtuh. Fit lagi aku ni.
Aku mengeluh. Tarik nafas dalam. Apa la kena dengan aku nih... Bertumbuk dengan kawan sendiri pasal perempuan. Aku keluarkan telefon daripada poket seluar ku. Ada mesej yang masih belum ku baca.

Ko nih mmg sial la.nape xbgtau aku budak tuh tunang ko!ko biar aku dah syok gle ngan dia.sampai ati ko wat aku cmni..

Mesej daripada Kimi itu buat aku mengeluh panjang. Terasa bersalah di kalbu. Memang tak patut aku buat Kimi camtuh. Tapi, bukan niat aku nak mainkan perasaan Kimi. Aku sendiri pun tak tau yang aku dah jatuh cinta dengan dia..

Sorry Kimi!pjg citenya.ssh aku nk explain skang.kalo ko masih anggap aku kwn ko,n ko nak denga explaination aku,kite jumpa nnT.setel cara baik.papepon,aku mntk maaf blasah ko tadik!I lost control..

Cuma itu yang aku mampu lakukan. Meminta maaf. Apa lagi yang boleh aku lakukan? Terpulang kepada Kimi untuk maafkan atau pun tidak. Kalau dia masih mahu berkawan dengan aku, akan aku terangkan perkara yang berlaki daripada awal. Kalau dia membuang aku daripada list kawan-kawan nya, apakan dayaku? Tiba-tiba, telefon ku berdering. Terpapar no public uia di skrin. Aku kerut dahi sejenak. Kimi ke..?
“Hello, Assalamualaikum...”, Sepi.
“Hello...”,sekali lagi aku menyapa. “Hello...”,Perlahan, kedengaran suara itu.
“Ayu...”,Lantas aku duduk.
“Ayu ke tuh?”,Diam sejenak.
“Abang...”,Alamak aih. Terasa dah baik semua sakit mendengar suara manja itu memanggilku abang.
“Kak Fifi bagitau...., abang bergaduh ngan abang kimi.... Betul ke?”,
“Owh..., mm.., gaduh sikit! Biasa la, budak laki! Kena la pandai gaduh! Tak de menda lah..”,Aku melawak. Dia hanya sepi.
“Abang ok ke? Bertumbuk ke? Ayu risau...”, Entah kenapa, terasa hati ini bagai berbunga-bunga, mengetahui dia risaukan aku. Padahal, bukan tak pernah dia risaukan aku sebelum nih...
“Ok je. Abang kan kuat... Ada la dapat hadiah saguhati dua tiga..”,
Abang? Eh.., aku gelarkan diri aku abang dengan dia..
Dia sepi kembali. Mungkin dia juga terkejut dengan cara aku menggelar diri ku itu.
“Ayu datang umah abang esok boleh? Ayu nak tengok abang..”,
“Datang la.. tapi, jangan terkejut pulak. Abang kurang hensem sket la skang...”, Terdengar dia ketawa perlahan.
“Selama nih abang bukan hensem pon..”,Aku gelak sendiri. Sepi sejenak. “Ayu.., mm..., abang mintak maaf pasal tadi.. Abang.., mm..”,
“Takpe.. Ayu dah lupakan. Ayu tau, abang tengah marah...”,Macam biasa, dia patahkan butir bicara ku. Aku diam. “Ayu nak tanya boleh?”,
“Tanya la..”,
“Kenapa abang marah sangat Ayu gi jumpa abang kimi?”,aku tersentak. Budak bijak nih.., dia nak kenakan aku gamaknya.
“Ish, sudah tahu, bertanya pula...”,Aku jawab malu-malu.
“Jawab la...”,
“Sebab..., mm..., sebab..., abang kenal Kimi tuh... dia tuh tak boleh percaya tau! Kaki perempuan... abang tak mo..”,Belum sempat aku menghabiskan ayat, talian terputus. Aik... aku pandang telefon di tangan.
“Kenapa letak pulak? Ke syiling abis?”, Lekas, aku mendail nombornya dari cordless phone di bilik bujang ku itu.
“Hello...Ayu, syiling abis ke? Ke Ayu letak tepon..”, Sepi. Tiba-tiba, kedengaran halus suara esakan. Eh, minah nih menangis ke? “Ayu...., err...Ayu.. Kenapa nih?”,Makin kuat kedengaran. Aku semakin cuak. Angin tak, ribut tak, menangis pulak tiba-tiba. Apa kes?
“Ayu ingat, abang marah Ayu kuar dengan Abang Kimi sebab abang jelous.. . Rupanya..”,Tidak dihabiskan ayat itu.
“Makin lama, Ayu makin takut. Ayu bertepuk sebelah tangan ke? Memang ikatan kita nih tak ke mana ke?”, Aku diam. Tarik nafas dalam.
“Ayu tak tau, sejak bila, Ayu, mm.., mula sayangkan abang. Makin Ayu buang, makin kuat perasaan tuh.. Makin Ayu cuba menjauh, makin dekat Ayu dengan abang... Ayu rasa selamat dengan abang.. Sebab abang sentiasa ada untuk Ayu. bila abang kata “aku ada”, Ayu rasa dunia Ayu lengkap. Hidup ayu sempurna dengan adanya abang....”,
“Tiap-tiap hari, Ayu mintak pada TUHAN, jangan putuskan ikatan kita... Ayu mintak, Tuhan buat abang sayang dengan Ayu camana ayu sayang abang... Sehari pun Ayu tak mau hidup Ayu tanpa abang.. Ayu sayang sangat dengan abang.... Kalau abang ada, Ayu takkan hidup sorang... Kalau abang ada, Ayu tak takut baba tinggalkan Ayu....”,susah payah, dalam esak tangisnya, dia meluahkan perasaan. Aku ketap bibir.
Ya Allah betapa selama ini, dia mencintaiku. Rupa-rupanya, selama ini, aku ini, tunjang kekuatannya. Aku ini, raja di hatinya. Tetapi, aku masih tega meragui. Aku yang tak pasti. Aku yang tak tahu.
“Abang ada, Ayu.... Abang ada... Jangan takut... Abang ada untuk Ayu sampai bila-bila...”, Laju sahaja aku mengukir kata.
“Abang bertumbuk dengan Kimi tadi sebab dia kata dia peluk Ayu. Dia kata dia dah rasa Ayu. Pantang Ahmad Afiq barang dia diusik orang...”,Aku sambung lagi.
“Mak..maksud abang?”,
“You’re mine dear.. I won’t consider sharing you with others... Jangan berani sentuh....”, Dia diam. Kala itu, aku masih dengar esak tangisnya.
“Ingat orang anak patung ke?”, dalam tangisnya itu, dia bersenda. Aku senyum. Nasib baik bukan depan mata, kalau tak confirm aku dah kesat airmata nya. Usap-usap wajahnya, memujuk supaya dia tak menangis lagi. Tapi, berdosa...., sebab belum halal..
“Kalau abang budak tadika, elok sangat la Ayu menjadi patungnya.. Ayu jadi patung ultraman abang ek?”,Aku pula bergurau. Dia ketawa kali ini.
“Tak mau la ultraman.... Tak comel la..”,
“Kalau macam tuh, jadi cicak man la.. Ok?”,
“Lagi tak mau....”,
“La.., abis tuh.. Takkan nak jadik barbie plak.. Abang kan budak laki, mana main barbie... Pelik pulak rupanya budak laki ada patung barbie...”,Dia ketawa lebih kuat kali ini. Mendengar dia ketawa dengan sepenuh hati itu, aku juga turut tertawa. Walaupun sebenarnya, sengal di wajah kian terasa tiap kali aku ketawa.
“Eh abang!”,
“Ye sayang...”,Dia ketawa kecil mendengar aku memanggilnya begitu.
“Abang Kimi camana?”,Aku diam mendengar tanyanya itu.
“Tah la.. Dia bengang ngan abang kot... Dia ingat kita pakat-pakat tipu dia...”,
“La..., ye ke? Mm, takpe.., biar Ayu cakap dengan dia.. Kot-kot hilang marah dia...”,
“Eh jangan!”,Cepat sahaja aku menjawab.
“La, kenapa plak?”,
“Jangan abang kata.... Abang tak suka Ayu pujuk-pujuk dia lak.. Pujuk abang sudah...”,Dia ketawa lagi.
“Heleh..., memang dasar budak tadika! manja-manja plak..”,Dia perli aku. Aku sengih. Memang lah! Tunang aku..., mana leh pujuk orang lain... Marah la I...
“Ayu..., Ayu...”, sengaja buat suara manja.
“Ye abang..”, Ish..., perempuan ni memang tau cara nak letakkan dirinya dalam hati aku...
“Lepas abang convo, kita kawin ek?”, “Hah? Mana boleh... Ayu tak abis lagi..”,
“Ala..., tak pe la.. Ada je orang kawin sambil belajar..”,
“Duit nya dah ada? Ayu nak hantaran banyak tau...”, Aku sengih.
“Lor, skang Ayu pilih. Nak duit ke, nak abang?”,
“Mesti la nak.....”,
“Budak tadika yang kerek tuh....”,Dan kesekian kalinya, talian putus. Aku sengih.
“...Aku ada, kerna kau pun ada...”,Kala itu, dari radio, berkumandang lagu kumpulan Radja, Aku Ada Kerna Kau Pun Ada, seolah memelodikan kisah cinta aku dan Ayu.. Aku senyum. Kala itu, aku terbayang senyuman tunang ku yang tersayang itu.
Hish, tak leh jadi.. Confirm lepas convo nih aku kawin! Tak kira...
Abah..., Fiq nak kawin!!





*************TAMAT**********************************

Jumaat, 8 Jun 2007 di 11:24 PG , 2 Comments