Aku ada (Extended Version) - Part 1

Assalamualaikum n Selamat Sejahtera semua..,


Satu hari aku tak ada kerja (sangap yang sebenarnya..), jadi aku baca cerpen-cerpen yang lama.. Tiba-tiba aku rasa aku nak panjangkan (extend dalam bahasa jawanya..) untuk panjangkan cerpen Aku Ada. Ala-ala novel lah gitu.. Jadi aku dah start sikit. Harap-harap aku ada masa sambung lagi.. Kalau tak sambung pun, semua pun dah tau ending cerita. Jadi tak ada lah tensi sangat kan.. Hahaha.. (Memang tak ada tokoh jadi penulis novel berkarisma!)

Jadi, enjoy lah ye... :)

AKU ADA
Bab 1

“AUCHH!”.
Sakit. Confirm sakit! Sekali lagi, aku cibit pipi ku kuat-kuat.
“Aduh....”,
Satu tindakan paling bodoh dalam dunia. Itu lah yang sedang aku lakukan sekarang. Sebenarnya, aku cuma mahu memastikan, yang aku di alam nyata. Bukan di alam mimpi, mahu pun di alam yang mana, bila pipi, lengan, mahupun perut ku dicubit, dipukul ataupun ditumbuk, tak lagi rasa sakitnya.
“Aduhai....”,Kesekian kalinya, aku mengeluh. Lantas, aku membaringkan diri ke atas katil queen size di dalam bilik bujang ku ini. Memang dah sampai ke penghujung hidup aku nih agaknya!
Sejenak, terbayang wajah abah, dan ibu, serta Kak Long dan Abang Long, serta situasi paling menakutkan selama aku 23 tahun aku hidup dalam dunia fana ni.
“Jangan buat lawak bodoh petang-petang ni bu...”,Aku jojolkan mata memandang ibu ku yang berlagak selamba menuang air Teh O dari teko ke dalam cawan-cawan kecil di atas meja.
“Apa pulak lawak bodoh nya.. . Tak pandainya ibu berlawak bodoh dengan kau!”, Aku telan air liur. Memandang pula abah, sedang khusyuk membaca Berita Minggu dengan cermin mata yang terlurut ke hidung itu. Sekali pandang, memang tak percaya abah nih bergelar “Datuk” di luar sana.
“Tak de lawak bodoh nya Fiq... Ibu dengan abah serius tuh... . Hari tuh, Kak Long ngan Abang Long pun ada sekali ke Kedah..”, Kak Long aku yang sedang sarat mengandungkan anak sulungnya menyampuk mengiyakan. Aku segera tersandar ke sofa.
“Aje gila abah ngan ibu nih! Kau pun sama Kak Long... . Abang Long, pe nih? Tak rock ar..”, Mengharap abang ipar kesayangan ku itu akan membela satu-satu nya adik ipar lelaki nya di rumah ini. Abang Long memandang aku dengan wajah simpati.
Alahai....pandangan tik tok sedetik simpati. Ala-ala lagu rap dendangan Ahli Fikir tuh...
“Kami dah bincang Fiq. InsyaAllah, minggu depan, kami hantar cincin tunang ke sana. Ibu suka benar dengan budak Ayu tuh. Baik, cantik, sopan santun pulak tuh... Elok betul budak nya..”, Ibu bicara tentang gadis yang tiba-tiba, tanpa memo, akan menjadi tunangan aku!
Eh...eh...ibu nih! Tengok la muka dia tuh! Bahagia dia kumain lagi... Macam dia pulak yang nak bertunang.
“Ibu..., jangan la buat Afiq camni bu.. Apa la dosa Afiq kat ibu sampai ibu buat Afiq camni...”,
Aku lihat Kak Long tersengih. Mungkin geli hati melihat adiknya yang macho ini tiba-tiba buat ayat jiwang tahap terbaik. Minah tuh bukan boleh, pantang ada kesempatan aje nak kenakan aku... Dengki!!
“Ish, kau nih! Dosa apa nya... Ibu buat semua nih untuk kebaikan kau.. Bercakap tuh macam ibu nak hantar kau kat rumah anak yatim pulak...”, Aku garu kepala yang tidak gatal.
“Kalau cam ni la gayanya, lagi baik ibu hantar Afiq kat umah anak yatim bu...”,
“Eh budak nih! Ke situ pulak dia mengarut! Abang, tengok la anak abang nih. Menjawab bukan main...”,
Abah menjeling melalui cermin mata yang terlurut itu. Alamak, ini yang aku lemah. Bila dia dah pandang macam tuh....
“Jangan nak melawan Afiq. Our decision is final...”,
“It’s unfair la bah.... . I have my own life.., my own decision..”,
“Don’t we have right on it? Kau keluar dari perut ibu kau tuh. Yang angkut kau sana sini. Tangan abah nih yang carik rezeki bagi kau makan... . Tak layak abah ngan ibu buat decision untuk Afiq?”,
Start dah..., dia buat cerekarama. Alahai.....
“But, kenapa Kak Long dulu can choose her own partner.. Abah dengan Ibu tak campur pun soal jodoh Kak Long dulu..”, Aku menjawab lagi. Aku tau, memang aku kurang ajar kala itu, tapi, mana boleh buat diam beb! Ni soal teman sehidup semati ok...
Aku lihat mata Abah dah membuntang memandang aku. Ibu pula dah bersinar-sinar anak mata dek air mata yang mula bergenang. Kecewa dengan sikap ku mungkin.
“Afiq.., camni la.. . Abang Long rasa, Afiq jumpa dulu dengan Ayu tuh. Berkawan dulu, kenal-kenal dulu hati budi... . Jodoh maut di tangan Tuhan. Kalau bukan dengan dia jodoh Afiq, tak ke mana jugak... . Bertunang tak semestinya naik pelamin...”, Dek kerana suasana semakin hangat antara kami, Abang Long lekas-lekas cuba mengedurkan keadaan. Memang lah sedap jugak mendengarnya, tapi...
Aku tunduk. Serba-salah dibuatnya. Sepanjang aku hidup dalam keluarga ini, memang aku dimanjakan, terutamanya dari abah. Walaupun caranya tak ketara, tapi, berbanding dengan kakak dan adik perempuanku, aku yang paling mudah untuk mendapat sesuatu. Kata abah, aku yang akan memimpin dan membawa nama keluarga kelak. Rasa tak adil pulak aku menolak permintaan abah dan ibu.
Tapi, permintaan tu, aku rasakan terlalu tak logik untuk aku tunaikan. Bertunang, dengan manusia yang tak pernah aku kenal? Ayu ke ape tah namanya. Yang aku tahu, budak tuh, anak gadis tunggal teman baik abah yang terpisah sejak lama. Masa kecik-kecik dulu, adalah aku jumpa uncle Karim tuh, dengan arwah isteri dan anak nya. Tak silap aku, masa tuh aku baru darjah 4. Anaknya itu, darjah satu. Muka pun dah tak ingat.
Kata ibu, lepas arwah isteri nya meninggal, uncle Karim membawa diri ke mana tah. Abah terus lost contact dengan dia. Nak dijadikan cerita, 2 bulan lepas, masa abah pergi meeting di Kedah, terserempak dengan kawan lama. Menerusi kawannya itu lah, dia dapat mencari Uncle Karim. Dan tak sangka, dalam masa dua bulan ini juga lah, abah dan ibu tersayang ku itu, boleh tertimbul idea untuk meminang anak gadis Uncle Karim tuh untuk aku!
Aduhai..., memang aku nih mangsa aniaya... Kalau macam ni lah gayanya, aku nak pergi membawa diri ke batu belah batu betangkup la..
            Hai batu belah, batu betangkup, telan lah aku, makan lah aku, aku merajuk, kena tunang paksa.... Huwaaa...
“Hujung minggu ni, Fiq ikut kami ke kedah. Jumpa dengan tunang you..”, Sedang aku asyik melayan hati yang duka, tiba-tiba Abah menggegar suasana. Heh?? Terasa seram sejuk tubuh badan bila Abah sebut tang tunang tu. Aku memandang wajah ibu dan abah bersilih ganti. Mengeluh.
“Sukati ibu abah la nak buat apa..., tapi, Afiq tak boleh pergi. Banyak keje kat campus...”, Lantas aku angkat punggung dan berjalan longlai naik tangga untuk ke bilik.
Gasak la... Mungkin agak biadap cara ku tadi.. . Tapi, aku tak tipu, memang aku  tengah sibuk dengan Final Year Project ku. Selepas cuti yang hanya akan berakhir kurang dari 2 minggu ini, aku merupakan siswa sem akhir yang akan graduate.
“Afiq...”,Abah memanggil. Aku berhenti di anak tangga ke lima banglo keluarga kami itu.
“Next week Ayu daftar ke UIA. Dia apply masuk situ, lepas form 6..”, Aku tercengang.
WHAT?? Baru aku terfikir nak redha dengan apa yang terjadi skang. Sekurang-kurangnya, dalam satu sem akhir nanti, sebelum bekerja dan dipaksa berkahwin, boleh la aku fikirkan aturcara untuk menyelamatkan diri. Berita yang disampaikan abah tadi bagaikan panah petir yang membuatkan wayar-wayar dalam kepala otak aku ni ‘short circuit’ semuanya.
Apa lah nasib diri... Sudah la jatuh, ditimpa tangga...
            ‘                      ‘                      ‘                      ‘                      ‘                      ‘


 Bab 2

            Tennis ini mlm.. Ada bran?
Aku sengih membaca mesej ‘Whatsapp’ yang dihantar oleh Ipin, sahabat baik ku sejak dari zaman matrikulasi. Ada hati nak cabar-cabar aku pulak..
            Set... Don’t forget to bring your lucky charm with u.. Kalah jgn nangis!
Peluh terasa mengalir di ‘side burn’ aku. Aduh.., berapa lama lagi kena tunggu ni..!
            “Abah, berapa lama nak jadi orang-orang kat sini ni... Panas arr...”,
Aku tak faham kenapa, Abah dan Ibu sibuk sangat nak bersama-sama meraikan hari ‘tunang-ekspres’ ku itu mendaftar masuk ke UIA hari ini. Dia bukannya budak darjah satu. Kenapa nak kena tunggu pulak.. Leceh la..
            “Ahmad Afiq.., behave!”,
Aku mendecit.
Sang tunang masih di dalam dewan. Kata Abah, kami bertiga beranak kena hadir kerana Ayu keseorangan hari ini. Uncle Karim tak dapat hadir bersama kerana kurang sihat. Jadi disebabkan tidak mahu anak dara nya itu berseorangan, dia meminta ihsan Abah untuk menemankan.
Namun begitu, aku masih tidak faham kenapa aku harus diheret bersama! Cess...
Abah membuat arahan yang jelas dan tepat yang tidak mahu tidak, aku harus juga hadir! Walaupun aku dah terlewat kerana terlewat bangun yang disengajakan, Abah tetap berkeras dengan arahannya dengan menelefon aku berjuta kali dan memaksa Bibik Susanti mengganggu lena ku dengan mengetuk pintu berkali-kali. Akhirnya, Ahmad Afiq tertumpas juga, dan oleh itu, berdirinya aku di luar dewan ini dalam kepanasan menunggu tunang ekspres ku siap mendaftar. Aku tak sempat berjumpa dengannya sebelum dia masuk mendaftar tadi. Hanya ibu dan abah yang menemankan si dia pagi tadi. 
Jadi, hari ini akan menjadi hari pertama aku bersua muka dengannya setelah kami kedua-dua akil baligh. Ye lah, yang dulu masa kecik-kecik tak kira...
            “Bang, itu Ayu..”,Suara Ibu menyentak lamunanku. Aku lihat Ibu melambai-lambai ke satu arah. Aku pandang ke arah itu. Yang mana satu Ayu? Ramai sangat budak perempuan di situ. Jujurnya, aku memang dah tak ingat paras si Ayu itu. Dah lama kot!
Tak lama, aku lihat seorang gadis datang ke arah kami sambil tersenyum-senyum.
            “Aunty.., uncle.. Sorry kena tunggu Ayu lama.... Line panjang.. Mintak maaf sangat menyusahkan..”,
Aku pandang gadis kecil molek itu. Hmm.., boleh tahan! Ayu.., seayu namanya.
            “So Ayu, kenalkan.., your fiance.., anak uncle, Ahmad Afiq..”,Abah memaut bahu ku. Aku lihat wajahnya berubah. Mungkin dia sendiri pun tak perasan aku ada di situ.
Tiba-tiba aku sendiri jadi gelisah. Awkward! Rasa janggal.
            “Err....hi! Afiq..”,Aku kenalkan diri. Dia pandang aku sejenak, senyum kemudian menunduk sedikit, tanda hormatnya.
            “Ayu.., Nur Idayu..”,
Aku angguk-angguk. Aku lihat Abah dan Ibu hanya tersenyum memandang kami. Pelik! Memang pelik. Biasanya, si anak yang akan perkenalkan bakal tunang pada Ayah dan Ibu. Tapi situasi kami terbalik, aku pulak diperkenalkan dengan tunang aku sendiri.. Dunia semakin pelik!
Aku garu-garu kepala yang tak gatal.
            “Mm..., Ayu kena daftar ‘mahalah’* lepas ni.. Nak hantar barang-barang sekali kat bilik.. Ada bas kat sana pergi mahalah. So, Aunty ngan uncle, and...err..Ab..abang Afiq, balik lah dulu.. Ayu naik bas je..”,Dia bicara perlahan. Aku lantas tersengih mendengar dia tergagap memanggil aku dengan gelaran ‘Abang Afiq’.
            “Eh, macamana Ayu nak naik bas, barang banyak ni... Tak pa, tak pa, we’ll send you off ok?”,Ibu cepat-cepat menolak usul Ayu.
            “Tak apa Aunty... Ayu boleh sorang-sorang..”,
            “Jangan macam tuh.. Uncle dah janji dengan Karim nak make sure you are safe and sound, not a single scratch.. So, kami hantar.. Jom!”,
Ibu lantas menarik tangan Ayu berjalan seiring dengannya. Aku lihat Ayu terkebil-kebil. Aku berjalan sama ke parking lot. Ok, selesai sudah sesi orientasi bersama tunangan. Jadi boleh pulang sekarang.
            “Ok la Bu, Abah.. Afiq chow!”,Tiba di kereta Abah, aku suarakan niat ku untuk berlalu.
            “Chow ke mana nya? Ayu naik dengan Abang Afiq.. Uncle dengan aunty follow belakang, bawak your luggage..”,Selamba Abah memberi arahan sebelum masuk ke dalam BMW nya.
            “Hah?!”,Aku pandang Ayu. Dia juga menunjukkan riak terkejut. Lantas aku berjalan hampir ke bahagian pemandu.
            “Apa ni Bah... Abah je la hantar dia.. Kenapa nak ramai-ramai pulak...”,Aku bisik perlahan kepada Abah. Sejahat-jahat aku, aku tak mau lah Ayu terdengar pulak yang aku tak sudi menghantar dia ke kolej. Kecik hati pulak nanti...
            “This is your time to get to know her.. Dalam kereta boleh sembang-sembang..”,
Aku tepuk dahi.
            “Abah..., I have the entire semester to get to know her ok... Nanti lah...”,
            “Yup, but I want you to start now..”,Sekali lagi Abah buat selamba menaikkan cermin keretanya membiarkan aku tercengang di situ.
            This is sooo unbelievable!!
Lantas aku pandang Ayu yang turut terpinga-pinga.
            “Jom ah!”,Lantas aku ajak dia ke kereta ku yang ku parkir agak jauh dari dewan. Dia hanya membontoti aku. Tiada sepatah perkataan antara kami.
            “Kolej mana?”,
            “Asiah...”,
Aku hidupkan enjin kereta dan mula bergerak. Namun jalan agak sesak. Almaklumlah, hari pendaftaran, memang lah sesak.
            “Mm.., sorry!”,Tiba-tiba aku dengar dia bicara perlahan.
Aku menoleh padanya.
            “Apa?”,
            “Sorry.. Mintak maaf, sebab susahkan..”,Aku lihat wajahnya takut-takut mengucap kata maaf. Buat aku tersengih. Kelakar pulak aku tengok muka budak nih..
            “Buat apa kau yang mintak maaf... Bukan salah kau pun!”,
            “Ye lah.., tapi sebab Ayu.., Ab..Abang susah..”,Sekali lagi, dia gagap, ucapkan kata Abang itu.
            “Kalau tak sudi nak panggil abang, tak yah la paksa diri.. Aku tak kisah pun.. Macam hape je tergagap-gagap...”,Aku mengusik. Dia senyum kali ini.
            “Dah qwak tu lagi tua dari kita, kena la panggil Abang..”,Jawabnya pula perlahan.
Aku tersentak. Hamboi... Boleh tahan! Aku ingat jenis sangap tak reti cakap. Boleh tahan menjawab budak kecik ni...
Aku mengangguk-angguk sambil tersenyum menyedari hakikat tunang ekspres ku ini boleh tahan kerek nya.
            “Sukati kau lah! Ab..abang, pon...ab..abang lah!”, Aku mengusik sekali lagi dengan meniru gaya gagapnya. Dia ketawa kali ini.
            “Tapi aku tak biasa lah ber’abang-abang’ ni.. Jadi, aku guna ‘aku-kau’ je lah.. Ok?”,
Aku curi pandang dia sejenak sebelum menumpukan perhatian semula ke arah jalan. Dia senyum. Angguk-angguk.
Seketika kemudian, kami dah tiba di perkarangan mahalah Asiah. Ayu segera keluar dari kereta. Menunggu Abah dan Ibu sampai dengan barang-barangnya. Aku difahamkan, Ibu dan Abah yang pergi menjemput Ayu di stesen bas awal pagi tadi. Singgah sekejap di rumah kami untuk mandi dan berehat sejenak sebelum terus ke UIA untuk pendaftaran. Aku memang tak sedar langsung lah masa dia singgah ke rumah sebab aku tengah sibuk buat taik mata. Lagipun, aku memang tak ada keinginan pun nak berjumpa dengan dia.
Tak lama, Abah dan Ibu sampai. Barulah aku keluar dari kereta. Membantu Abah memunggah barang-barang Ayu keluar daripada bonet kereta.
            “Afiq tak boleh tolong hantar ke bilik ke?”,Tiba-tiba Ibu bertanya.
            “Eh..aje gila Ibu nih! Ini kolej perempuan lah! Mana boleh!”,
            “Ha’ah aunty... Tak boleh... Diorang dah cakap dah dalam dewan tadi.. Lelaki tak boleh masuk...”,Ayu menambah. Nasib baik dia back up. Tah hape-hape tah Ibu ni.., ada ke suruh masuk bilik orang perempuan...
            “Oh ye ke... Kalau macam tuh Aunty tolong Ayu angkat ok.. Afiq tolong angkat beg-beg ni sampai gate sana...”,
Aduhai.., angkat sampai sana pulak. Ada pulak yang kenal aku ni kang...!
            “Afiq! Apa lagi tercegat tuh! Cepat lah...”,
Lantas aku menurut perintah mengangkat beg-beg cik adik itu ke gate kolej.
Jangan lah ada yang kenal aku... Jangan lah ada yang kenal aku...
            “Eh Afiq!”,
Oh tidak... Doa aku tidak dimakbulkan!
            “Ha...betul lah kau, Afiq!”, Oh lebih menakutkan, yang menegur aku itu adalah Farhana, yang terkenal dengan kekecohannya! Memang D.I.E aku ini hari.
            “Eh...Farhana.... Apa buat sini?”,Aku tahu aku baru sahaja tanya satu soalan yang sangat bodoh.
            “Apa aku buat sini? Ini kolej aku la sengal! Kau lah, apa buat sini? Hantar siapa ni.. Ha.....”,
Mulalah dia nak carik berita panas tuh!
            “Hish..kau jangan buat gosip atas angin eh.. Aku datang sini hantar..err...hantar..sepupu aku lah! Adik sepupu aku...!”,
Aku lihat Farhana mengecilkan matanya mencurigai kata-kata ku.
            “Ya Allah.., tak percaya pulak. Tuh nampak, bapak aku pun ada tu!”,Aku tunjuk pada Abah yang sedang bersandar di keretanya.
            “Alahai.., sweetnya kau nih.. Hantar adik sepupu...!”, Aku hanya sengih.
            “Eh ke kau ni sebenarnya kena kahwin paksa dengan adik sepupu kau tu macam dalam cerita TV tuh?”,
Aku rasa jantung aku berhenti berdegup untuk 5 saat. Sebab aku yakin muka aku memang pucat tak berdarah lepas dengar serkap jarang makcik kepoci ni.
            “Woi..Afiq!”,
Aku lantas telan air liur.
            “Kau nih..., tengok drama banyak sangat la! Tah pape! K lah..., chow!”,
Lantas aku tinggalkan dia di situ terpinga-pinga. Hadoi....., hidup aku semester nih memang akan jadi gila!!!

            ‘                      ‘                      ‘                      ‘                      ‘                      ‘

Suasana sunyi sepi antara kami. Hakikatnya, suasana hingar bingar di cafe itu. Sejenak, aku pandang si gadis yang duduk di hadapanku itu. Dia juga seperti ku dari tadi, sekejap pusing sana, sekejap toleh sini. Macam ayam berak kapur je aku tengokkan!
“Kenapa kau nih? Macam tak selesa je... Nak berak ke? Toilet kat sana tuh...”,Direct, aku bertanya. Bukan apa, rimas aku tengok dia tak diam duduk. Gelisah benar. Macam lah muka aku ni horror sangat sampai si dia gelisah sangat duduk dengan aku.
Aku lihat, merah wajah bersihnya. Mesti dia malu. Nak tergelak pulak aku tengok muka budak perempuan ni termalu.
Saje je tuh.. Taktik... Supaya nanti, dia jadi tak suka dengan aku, boleh dia mintak putus tunang...
“Abang tuh pun dari tadi, berpeluh je Ayu tengok.. Tahan berak tak baik tau!”,
Aduh..... Terkena aku sebijik. Rasa macam kena buku lima, Bob, budak engineering yang paling gemuk dalam batch aku.. Wah, wah, boleh tahan jugak mulut kecik tuh berbahasa ye.. Memang benar jangkaan aku sejak pertama kali bertemu hari tu, dia memang kerek budaknya.
Aku pandang dia dalam. Nak rasa pandangan tajam aku agaknya. Dengan mata Ahmad Afiq Abdullah, jangan dibawak main dik...Bahaya! sudah ramai yang tertewas...
Namun, tidak seperti yang aku sangkakan, dia membalas renunganku dengan mata galaknya itu. Aku pula jadi tak betah. Namun, aku teruskan perjuangan dengan gagah. Tak boleh kalah. Sejenak, aku betulkan kedudukan, untuk memberikan lebih tumpuan pada pertarungan. Mata bertentang mata, sapa kalih dulu, dia kalah.
Come on Afiq..., you can do it!
Tiba-tiba, aku lihat mata itu seolah tersenyum, bersama dengan bibir merah itu, lantas diikuti dengan tawa manja.
“Ya Allah..., abang ni kelakar la..”, Aku kerut kening.
“Ok la.. Abang menang la! Kasik can la this time..”,
Aku termalu sendiri. Bodohnya aku, beriya-iya nak lawan mata. Sampai minah ni perasan pulak! Malu siot!!
Akhirnya, aku sendiri tertawa. Mentertawakan kebodohan diri sendiri.
“Dah la tuh! Jangan la gelakkan aku lama-lama..”,Lantas aku akhirkan sesi ketawa itu. Aku lihat, dia berdehem sedikit, seolah control ayu balik, selepas gelak sakan. Hampeh budak ni.. Boleh tahan juga kereknya..
“Ok lah, actually, aku panggil kau sini, nak bincang sikit...”, Segera aku mulakan perbincangan. Karang lama-lama lagi tangguh, tah apa-apa perkara tak logik akal berlaku. Aku lihat, Ayu angguk-angguk.
“Honestly, aku tak berapa suka la ngan apa yang dah terjadi antara kita nih..”,
“Aku setuju pun, for the sake of respecting my parents. Aku tak nak lukakan hati ibu abah... . So, I was thinking, this engangement would be temporary la.. I’ll think a way to escape. I hope you understand.. Aku ada plan aku sendiri.. Aku bagitau awal-awal, so that...”,
“Jap...jap...”,Tiba-tiba, dia memotong percakapanku.
Ish.., budak kecik nih, cuba tunggu orang tua abis bercakap dulu. Sungguh tidak sopan!
Aku lihat dia senyum.
“Ayu paham masalah abang. Ok, don’t worry...”,
Aku sedikit ternganga. Sejak semalam aku berlatih skrip yang aku tulis untuk pertemuan hari ini, dan-dan kena potong macam itu aje. Tak sampai separuh pun lagi skrip aku ni! Lebih memalukan, aku membayangkan, dia akan menangis teresak-esak, macam cerita dalam drama tuh. Ye lah, kena tolak dengan tunang sendiri. Rupanya, dia macam happy pulak!
“Mm, Ayu tau, sapa pun akan rasa idea bertunang ad-hoc ni macam gila... Ayu tak paksa abang terima Ayu ke, apa ke... . Ayu pun terima pinangan dari parents abang, sebab, Ayu nak happy kan baba. However, I believe, kalau ada jodoh, tak ke mana..”,
Aku jadi terdiam seribu bahasa. Ish, relax nyer minah nih..
“So.., kau tak kisah la kalau aku layan kau, bukan macam tunang?”, Ayu angguk-angguk.
“Kalau abang terima Ayu as kawan pun, syukur, Alhamdulillah...”,Aku pandang wajah itu lama. Dalam hati, terasa lega amat, seolah baru terselamat dari bencana alam. Memang minah ni cool..
“Mm.., Ayu, kata lah, satu hari, kita putus tunang..., kau ok la?”,
“Kan Ayu cakap tadi, ketentuan jodoh tuh, di tangan Tuhan. Kalau tak ada jodoh, nak buat camana..”,
Aku angguk-angguk. Bagus..., maknanya, dia mesti ok kalau tak jadik perhubungan kami ni..
“OK.. kalau camtuh, lega la aku dengar. Aku cuba carik jalan camana nak setelkan masalah nih... Papahal pun, dalam sem nih, kita berlakon dulu. Aku target lepas aku abis belajar nih, kita putuskan tunang.. Caranya.., biar aku pikir dulu..”,Aku membebel-bebel sendiri. Sejenak, aku angkat muka melihat dia hadapanku. Diam. Tanpa reaksi.
“Camana? Deal?”,
Dia pandang aku lama, sebelum senyum, dan mengangguk memberikan persetujuannya. Aku senyum lega.
“Aku nih bukannya apa, terasa macam orang zaman Hang Tuah pulak kena tetapkan jodoh..”,
Aku lihat dia tertawa kecil.
“Hang Tuah pun dah carik girlfriend sendiri bang!”,
“Ish.., dia lain kes..., sebab dia anak yatim piatu...”,
Aku lihat gadis itu tertawa lagi. Entah mengapa, dalam hati, terasa senang dengan gadis itu.
Mm..., bleh wat member. Memang sporting minah nih...
“Satu lagi.., err, pasal hal tunang-tunang nih, kalau boleh, jangan bagitau sapa-sapa la ek? Biar kita-kita aje yang tau...”,
“Abang malu?”,  Aku garu-garu kepala yang tidak gatal.
“Bukan macam tuh... Mm, nanti kecoh la.. Untuk pengetahuan kau, aku nih sebenarnya memang glamour kat UIA nih... Jadik, kalau orang tau aku dah bertunang...,jat..”,
“Jatuh la saham abang...”,Dia sendiri yang menyambung. Ish budak nih.. Memang hobi dia agaknya potong cakap orang...
“OK...OK... Ayu paham...”,
Aku mengangguk lagi.
“Mm, ok la. Aku rasa, sume pun dah clear.. Lepas nih, kita buat cam biasa la.. Tapi, kau anggap la aku senior kau.. And as senior, aku tak kisah kalau kau nak tanya apa-apa dengan aku.. Lagipun, kita satu course.. Nak kata terror tu, tak lah sangat, Cuma hebat je..”, Sengaja aku mengangkat bakul. Aku lihat dia jelir lidah, ala-ala geli dengan kenyataan perasan yang aku buat. Lantas aku sengih.
“Hai Afiq....”,Tiba-tiba satu suara gadis menyapaku. Aku angkat wajah. Alamak....Mira...
Aku hanya tersengih. Tunduk sedikit tanda hormatku. Memandang dia berjalan bersama dua lagi sahabat baiknya, Fifi dan Maya sambil tertawa kecil.
Oh Mira..... Manisnya senyuman mu...
“Ehem...”,Aku tersentak. Lantas aku betulkan duduk ku. Aku lihat dia tersenyum sinis memandangku.
“Apa? Kenapa pandang aku camtuh?”, Dia masih tersenyum.
“Abang syok ngan kakak tuh ek?”,Tanyanya dengan wajah nakal sambil menggerakkan-gerakkan jari telunjuk nya.
“Eh kau nih! Pandai-pandai je... Kau budak kecik apa tau...”,Cepat-cepat aku cover. Menggeleng-geleng kepala.
“Eleh abang.. Nak cover pulak.. meleleh-leleh air liur tengok kakak tuh, ada hati nak deny plak..”, Dia lantas bangun.
“Nah amik tisu nih... Lap. Buruk rupanya...”,Tisu sebungkus diletakkan di hadapan ku. Sambil tertawa, dia berlalu meninggalkan aku. Aku pandang dia berlalu.
Hampeh punya budak! Pekena aku pulak....
Namun, segera aku angkat tisu itu. Mengesat mulut. Mana la tau, kot betul ada air liur meleleh tengok senyuman manis Mira tadi. Sorok-sorok, aku lihat tisu yang ku kesat tadi.
Mana ada! Tipu je....!
Aku kerut kening sambil tersengih. Kerek sey..budak nih!

            ‘                      ‘                      ‘                      ‘                      ‘                      ‘

Bab 3

Aku berjalan perlahan masuk ke dalam kelas. Mengantuk sebenarnya. Tidur lewat menyiapkan assignment yang harus dihantar hari ini. Kebetulan, subjek selepas kelas ini pula, ada test menanti. Jadi, mau tak mau, aku terpaksa bersengkang mata menyudahkan segala kerja dan bersedia ala kadar untuk menjawab test sebentar lagi. Memang itu strategi ku sejak tahun satu pengajian. Assignment dan quiz, mesti kena score. Supaya carry-mark tinggi. Jadi, masa final exam, tak ada lah teruk sangat nak pulun.
Aku duduk di tempat biasa. rakan-rakan ku sudah ada memenuhi tempat duduk.
“Nih yang muka ketat semacam apa kes?”,
“Mengantuk ar... Tak cukup tidur...”,Aku mengadu sambil mengeliat perlahan.
Tengah aku syok layan mengeliat, tiba-tiba Mira and the gang kelihatan di muka pintu. Segera aku control macho semula. Tersenyum kepadanya.
Hakikatnya, sejak dari second year lagi, aku memang dah syok dengan minah nih. Dan sememangnya, dia dan gang bestfriend-forever (BFF) nya tuh memang agak terkenal juga dengan di fakulti kami. Boleh dikatakan ‘hot babes’ la..
Ramai kawan-kawan aku kata, Fifi yang paling cun, dan aku akui, memang Fifi yang paling menyerlah, tapi, entah kenapa, hati ku ini terpaut pada Mira. Mungkin aku suka dengan caranya. Lembut, malu-malu, dan yang paling aku tertarik, senyuman manisnya tu. Sekali dia senyum, boleh berhenti jantung den ni berdegup beb!
Lagipun, Fifi dah berpunya. Dirembat sahabat baik aku plak tuh. Si Ipin. Entah jampi apa yang Ipin pakai, dalam sem lepas, Fifi dan Ipin mula menjalin hubungan. Aku pun tak tau, tah part mana yang si Fifi sukakan si Ipin. Tapi, apa nak buat, mungkin dah memang   jodoh diorang. Apapun, pantang orang lelaki kacau awek member. Itu prinsip aku...
“Oh Fiq, aku nak tanya kau something nih...”,Ipin memecah lamunanku. Macam tau-tau pulak, aku tengah pikirkan dia.
“Apa hal.. Kalau kau nak tanya soalan last tuh, aku tak tau.. Aku bantai je..”, Jawabku bersahaja, merujuk kepada soalan terakhir dalam assignment yang harus kami hantar pagi ini. Sambil itu, tangan ligat menyediakan perkakas untuk memulakan kelas.
“Bukan la... Semalam Fifi cakap nampak kau kat Kyros.. Dia kata kau dengan awek..”,Aku lantas terbatuk mendengarkan soalan itu. Kalau Fifi yang bertanya, maknanya, Mira juga pasti bertanyakan soalan yang sama. Hish, iye lah, kenapa aku tak perasan semalam yang aku dah terkantoi berdua-duaan dengan budak kecik tu kat cafe ek? Aduhai, apa pulak Mira kata nanti...
“Ha..? Pegh, ini citer panas beb.. Awek mana plak.. Sampai hati kau tak bagitau kiterang pun..”,Azim menyampuk.
“Sapa weh? Tak ada roger-roger pun...”,
Aku geleng-geleng perlahan.
“Korang nih..., kalo bab gosip, memang mencapang je telinga tuh... Tak kuasa mak!”,Sengaja aku ajuk gaya ala-ala mak nyah. Ipin dan Azim lantas tertawa. Aku juga turut tertawa.
“Bukan awek aku la...”,
Kala itu, Kimi yang baru sampai mengambil tempat di sebelahku.
“Awek? Awek mana?”,
“Eh mak, Assalamualaikum... Bagi salam dulu.. Tak reti?”,Ipin pula meniru gaya mak nyah. Kimi kerut kening. Tak paham dengan apa yang terjadi. Aku dan Azim ketawa. Bergegar jugak la kelas tuh ngan tawa kami. Lantas kami menjadi perhatian seisi kelas. Termasuk la gang BFF itu. Aku lantas control tawa ku. Mira memandang ke arah ku. Tersenyum sambil menggeleng-geleng.
“Apa menda la korang nih... Bising je!”,Dengan lagak ketua kelas, aku marah kawan-kawan ku yang lain. Saja la tuh, nak bagi Mira nampak yang sememangnya aku nih berkarisma.. Cewahh!
“Cepat la weh! Abis tuh sapa? Takkan la budak-budak tuh salah nampak...”,
“Itu adik sepupu aku la... Baru masuk. Direct intake...”,Selamba aku menebarkan kata-kata dusta ku. Habis tu, takkan aku nak cakap dia tunang aku kot! Tak pasal kecoh satu fakulti. Budak-budak ni nama je lelaki, tapi bab gosip, sama je macam perempuan!
“Cun tak sepupu kau tuh?”,Pantas Kimi bertanya.
“Ahh kau nih, pantang namanya awek je, tak ada soalan lain! Balik-balik, tanya cun ke tidak. Cuba la kreatif sikit membina soalan tu..”, Sengaja aku mengenakan sahabatku Kimi yang memang romeo terkenal. Kalau tak caya, tengok handset dia, memang nombor perempuan je penuh! Kebetulan pulak, dia ni tutor kelas junior. Memang pantang nampak junior dahi licin sikit, mula la datang sindrom ulat bulu dia tuh!
Ipin dan Azim terkekek mentertawakan Kimi. Kimi pula hanya angkat kening selamba.
Sejenak, pintu kelas sekali lagi terbuka. Dan kali ini, lecturer aku yang berasal dari Sudan itu masuk dengan fail di tangan.
“Assalamualaikum...”,Dia memberikan salam.
“Waalaikumussalam...”,Ramai-ramai kami menjawab salamnya.
“Fiq, nanti tunjuk la kat aku sepupu kau tuh. Mana la tau, leh jadi cinta sejati aku...”,Sempat lagi Kimi membisikkan kepada ku. Aku tersengih. Geleng-geleng. Kalau dah romeo tuh, romeo jugak....

‘               ‘                      ‘                      ‘                      ‘                      ‘


Suasana agak riuh rendah di cafeteria. Almaklum aje lah, waktu makan tengahari. Dan memang ini pusat student dan lecturer bertandang untuk mengisi perut sebelum meneruskan aktiviti masing-masing.
Aku berjalan perlahan dengan tangan penuh. Sebelah memegang memandang pinggan nasi, sebelah lagi memegang air. Fail aku kepit di ketiak. Habis, nak buat camana, tak cukup tangan. Terpaksalah dengan ketiak-ketiak sekali bertugas.
“Fiq..., meh saya tolong awak...”, Tiba-tiba satu suara menyapa. Aku lihat Mira di sebelahku.
“Ha?”, Dek kerana tersentak, sikit lagi aku nak terlepas pinggan nasi aku. Nasib baik tak jatuh. Kalau tak rugi RM 2.50.. Fuuhh, selamat!
“Meh saya tolong awak bawak fail tuh. Berterabur pulak kang...”,Aku jadi gugup sendiri. Rasa-rasanya, muka aku ni dah kemerah-merahan. Alamak, takkan aku blushing pulak kot! Tak macho la macam ni!
“Ar, takpelah. Kalau nak tolong, tolong bawakkan air nih... Fail nih dah letak kat ketiak. Busuk plak nanti...”,Mira tertawa perlahan dengan kata-kata ku.
“Ada-ada je awak nih...”,Sambil itu, dia mengambil cawan air sirap daripada tanganku. Lantas kami berjalan beriringan ke meja yang diduduki sahabat-sahabat yang lain. Sahaja aku lambatkan langkah. Ish, kalau ikut-ikut hati ni, memang aku nak ajak dia duduk meja lain je. Makan berdua, romantik sikit!
Semenjak Ipin dan Fifi berpacaran, memang kami semua selalu makan tengahari bersama. Terutama hari Selasa dan Khamis. Oleh sebab itu untuk sem nih, aku memang tak akan ponteng kelas hari selasa dan khamis.
“Ewahh.., tolong belikan abang Afiq air ke?”,Maya mengusik. Mira hanya tersenyum. Meletakkan air di hadapanku.
“Thank you... Sorry, susahkan awak plak...”,
“Eleh Fiq.. Selama nih aku angkatkan kau punya air tak pernah pun cakap camtuh...”,Kimi pula mengusik. Budak-budak nih memang nak kena pelangkung aku agaknya. Saja la tuh.... Nak bagi aku malu...
Memang di kalangan sahabat-sahabat ku, kisah aku menjadi ‘secret admirer’ Mira bukan lah rahsia lagi.
“Buat apa.. Kau tuh angkatkan air aku ada niat. 3 suku dari air nya kau yang rembat..”,Ketawa berdekah lagi antara kami. Aku lihat, Mira turut ketawa galak. Sukanya dia. Tengok dia suka, aku pun suka gak... Hikhikhik...
“Korang makan kebab je ke?”,Soalan diajukan kepada BFF.
“Diet la tuh.... Ada ke makan mee baru sepinggan dah sibuk tanya aku pipi dah tembam ke tak...”,Ipin tukang jawab.
“B.... Ei you nih! tak leh simpan rahsia langsung...”,Sambil itu, tangan memukul Ipin manja. Ala, bukan aku tak tau, tak sakit pun kena pukul tuh.. Ye la, awek yang pukul. Nak manja la konon... Lain la kalau kena pukul dengan cikgu sekolah dulu.
Aku hanya melihat mereka bergurau. Diselang-seli dengan gurauan sahabat yang lain.
Kala itu mata mencuri-curi pandang gadis yang duduk di hujung sebelah sana. Aku paling suka tengok dia ketawa atau senyum nampak gigi. Nampak comel betul..
Namun, kala itu dia angkat muka. Memandang aku. Kemudian tersenyum malu dan tunduk. Alahai.... Berdobar jantung den!
Tiba-tiba terasa peha ku bergegar. Alamak, sapa pulak yang call time nih! Orang tengah nak main mata nih... Potong stim btol la...
Dengan tangan kiri, aku keluarkan handphone daripada poket.
Ibu
“Weh...syyhhhh, syhhh.... Bonda...bonda...”,
Lantas aku tekan satu butang untuk menerima panggilan itu.
“Hello Assalamualaikum..”,
“Waalaikumussalam... Ha Afiq... Kat mana tuh?”,Lembut suara ibu bertanya.
“Tengah lunch nih bu... Baru abis klas..”,
“Owh... Lunch dengan Ayu ke?”,
Hai..., semenjak dua menjak nih, tiap 5 patah perkataan yang keluar daripada bibir ibu yang tersayang itu, pasti ada terselit nama Ayu. Kadang-kadang, naik bosan juga aku.
“Tak lah... Dengan my friends la..”,Perlahan aku jawab.
“Tuh ibu dengar ada suara perempuan tuh... Sapa pulak? Afiq makan dengan budak perempuan mana lak? Jangan buat pasal Fiq...”,
Aduh.... Aku tepuk dahi. Si Fifi nih, kot iye pun bergurau-senda dengan boyfriend tercinta tuh, jangan la gelak kuat sangat. Kan dia dah dengar.... Free je kena sound!
“Kami makan ramai-ramai nih....”,
“Kenapa tak ajak Ayu lunch skali... Kesian dia, kot tengah lunch sorang...”,
“Hish, tau la dia bu... dia bukannya budak kecik nak kena jaga sentiasa...”,aku bagi alasan. Tapi, logik apa..
“Hish, nama lagi tunang. Kena la jaga. Apa benda la kau nih!”, Aku diam kali ini.
“Mm, nih, ibu nak bagitau nih. Esok malam, bawak Ayu datang umah. Ajak dia makan kat umah kita... Kau pun balik!”,
“Ha?? La.., nih yang tak gemar nih bu.. last minute punya planning nih...”,
“Ibu dengan abah belum jumpa dia lagi sejak register hari tu...”, Yang mana hanyalah seminggu yang lepas.
“Dah, dah, besok bawak dia.. No excuse!”, Tegas Ibu memberi arahan. Tanpa sedar, aku muncungkan bibir. Ala-ala budak-budak merajuk tuh...
“Nanti Afiq bagitau dia ek.. Lepas maghrib..”,
“Ibu telefon la dia sendiri. Bagitau dia... Orang sibuk la.. Ok la bu.. Nak makan nih.. Jap lagi ada kelas lagi...”,
“Eh, kan tunang awak! Apa salahnya call sekejap bagitau.... Apa budak ni!”, Ibu membebel lagi. aku mengeluh.
“Ok la..., ok la.. Nanti saya bagitau dia cik puan...”,
Terdengar ibu tertawa.
“Ok... Makan elok-elok. Bye...”,
Lantas talian aku matikan. Rupa-rupanya, masing-masing dah memandang ke arahku. Selamba, aku suapkan nasi ke dalam mulut. Malas nak layan. Setelah keadaan agak kendur, aku pandang ke arah Mira semula. Menyedari aku memandangnya, dia tersenyum manis.
Hai Mira..., tengok awak senyum camtuh, hilang gundag gelana hati saya. Jangan kata saya, orang kat ICU pun boleh sihat...
Alangkah bagusnya kalau aku boleh memiliki pemilik senyuman manis itu. Aku dapat merasakan masanya kian hampir dengan detik gembira itu, memiliki Mira. Kerana, sedikit sebanyak, aku dapat rasakan yang dia juga menyimpan hati terhadapku. Tetapi, kalau lah si manis ku ini tahu tentang kewujudan Ayu yang tiba-tiba itu dalam hidupku, apa yang mungkin terjadi?
Kesekian kalinya, aku mengeluh.

            ‘                      ‘                      ‘                      ‘                      ‘                      ‘

Bab 4

Angin sepoi malam menampar perlahan wajahku. Aku tarik nafas dalam. Aku lihat jam di tangan untuk kali yang ke-7. Dah genap 15minit aku jadi pak pacak kat depan Guard Post kolej ku itu. Mak Guard pun dah pandang aku semacam je..
Mana pulak la mamat ni... Petang tadi kata pukul 8 malam sharp. Sekarang dah pukul 8.17 malam. Takkan lah aku terlambat 2minit, dia dah tinggalkan aku.
Sejenak, terkenang kata-katanya tika menelefon aku memberitahu yang ibunya menjemput aku ke rumah.
            “Tepat pukul 8malam aku jemput kau kat depan kolej. Jangan lambat. Malas tunggu kat depan kolej tu lama-lama. Kang kantoi pulak...”,Terus-terang katanya.
Heleh! Poyo! Jangan lambat konon! Dia yang lambat. Punya la kelam kabut aku bersiap lepas solat tadi. Kalau aku tau dia datang lambat camnih, lebih baik aku lepak kat bilik dulu. Ceh!
Tak sedar, aku mencebik sendiri. Kala itu mata ku melilau-lilau melihat kawasan pagar. Mana la tau, dia dah ada menunggu, aku yang tak perasan. Maka aku tumpukan perhatian pada nomor plat kereta-kereta yang bersusun di hadapan kolej ku itu. AFQ 8356... AFQ 8356..
Pin! Pin! Tersentak aku dek bunyi hon yang tiba-tiba berbunyi. Lantas perhatian ku tertumpu pada kereta Kancil betul-betul di hadapan pagar kolej. Tak lain, tak bukan, kereta ni la yang bunyikan hon tadi. Terkejut aku!
            “Cepat la cik kak!!”,Pemandunya yang dah menurunkan tingkap kereta melaung. Lantas aku menoleh ke satu arah. Ada satu gadis terkocoh-kocoh berlari anak dengan bag-pack biru lembut ke arah kereta itu. Lantas dia terus masuk ke seat sebelah pemandu.
            “Sorry B.... Terlambat...”,
            “Kau nih Fi! Telur ayam kalau kena eram pun dah jadi anak ayam tau tunggu kau!”,Seorang lagi penumpangnya bersuara agak kuat.
            “Ye la... Ye la... Sorry... Ei, kecoh la you guys nih!”,
Ralit aku melihat keadaan di situ. Kala itu, aku terpandang seorang lagi penumpang di dalam kereta kancil itu. Eh, nih apa kes pandang orang macam nak telan je...
Lantas aku larikan pandangan. Konon-konon, aku tak perasan la dia pandang aku. Sejenak, aku jeling lagi ke arah kereta itu. Matanya masih tajam memandangku.
Eh mamat nih, ada jugak yang jadi kassim selamat malam ni kena cucuk mata...
Namun, syukur, tak lama selepas itu, kereta itu berlalu. Aku pandang sejenak. Kala itu, aku nampak si dia berpaling dan melihat aku dari cermin belakang kereta.
Ceh, psiko betul! Apa masalah tah pandang orang cam nak terjojol bijik mata!
Aku mengeluh perlahan. Hish, nih psiko sorang lagi nih, pukul berapa baru nak mai?
Segera aku keluarkan telefon bimbit daripada beg kecil yang aku bawa.
Message.
Aku pegang dagu sejenak berfikir. Apa nak tulis ek...?
Beberapa saat selepas itu, aku tersenyum sendiri, kemudian jari jemari laju menaip mesej untuk dihantar kepada si dia.

            ‘                      ‘                      ‘                      ‘                      ‘                      ‘

Handbrake aku lepaskan. Baru sekali pusingan tayar kereta ku bergerak, telefon yang aku letakkan di atas dash board berbunyi tanda ada mesej yang masuk. Ayu?
Salam.Agak-agak,pukul 10 leh sampai kolej?
Aku berkerut sedikit. Ceh, tak guna, perli aku la tuh! Aku sengih sendiri.
Lantas kaki kanan ku menekan pedal minyak laju membawa Kelisa aku laju membelah jalan.
Lima minit kemudian, aku dah berada betul-betul di hadapan kolej nya. Aku lihat dia dah terpacak di pondok pengawal. Sengih. Lantas aku hon sedikit. Tak lama, dia sampai ke kereta.
            “Assalamualaikum..”,
            “Waalaikumussalam.. Masuk lah..”,Aku mempelawa dia masuk ke dalam kereta.
Aku lihat dia hanya tersenyum dan berjalan ke arah seat penumpang. Membuka pintu, masuk dan menutupnya semula lembut.
            “Lama tunggu?”,
Dia hanya diam. Menjawab soalan ku dengan senyuman.
            “Sorry, terlambat sikit...”,
Sambil menarik tali pinggang keledar dia menggeleng-geleng.
            “Tak apa, Ayu paham..”,
Aku sengih. Betul ke budak ni, relax semacam je.. Aku terus memandu meninggalkan kolej itu.
            “Lagipun, lewat 30 minit je...”,
Kan aku dah kata... Takkan ada dia nak senyap je.. At least mesti kena perli seayat dua. Huhu..
            “Aik, marah ke...?”,Tanya ku selamba. Menjeling dia di sisi sejenak. Masih tersenyum.
            “Tak ada lah. Nak marah kenapa pulak. Abang nak ambik pun kira bagus sangat..”,
Aku angguk-angguk. Bagus... Aku malas kalau banyak-banyak hal ni..
            “Ayu paham, orang tak handsome macam abang, memang kena siap lama sket..”,
Tersentak aku dek kata-katanya. Lantas aku menoleh padanya. Aku lihat dia memandang ke arah luar. Namun aku nampak dia seolah ketawa.
            “Pegh...ayat gila direct..”,
            “Kenakan aku ye... Tak apa, ini hari aku kasi kau can.. Lain kali aku balas...”,
Terdengar gelak tawanya. Akhirnya, kami sama-sama tertawa.
Kurang hasam punya budak.. Ada ke patut dengan selamba dan tanpa segan silu, dia cakap aku tak handsome... Kerek ek!

            ‘                      ‘                      ‘                      ‘                      ‘                      ‘


Sabtu, 21 April 2012 di 9:22 PG , 2 Comments