Dialah Di Hati II

cane? ok tak citer dialah di hati...?hehehe...
nih sambungan citer dialah di hati...

*******************************************

Dialah di hati 2

Tang! Tang! Tang! Satu-satu bunyi paku diketuk tukul ke dinding di ruang tengah apartment ku itu. Aku intai daripada dapur, melihat cik abang ku itu khusyuk menukul. Aku sengih sendiri.
“Dah siap dah air nya kak?”,Tiba-tiba Dira muncul di dapur.
“Ish kau nih! Tak reti-reti nak bagi salam? Terkejut aku...”,
Dira sengih. Memandang ke hadapan semula.
“Owh.., nih kerja kau ye.. Patutla dari tadi air nya tak siap-siap... Cakap dengan ibu..”,Sengaja dia mengusik ku. Aku gelak kecil.
“Sibuk la kau! Suka la..., kalau aku tengok pon, tunang aku...”,
Dira gelak kali ini. Pantas tangannya mencapai beberapa ketul gelas dan membilas di sinki.
“Gatal! Dah la, cepat la buat air tuh... Kesian boypren aku haus tuh...”.
Lantas aku jelir lidah. Air orange juice yang sudah siap aku buat aku letakkan di atas dulang yang ditatang Dira.
Hari ini, hari gotong royong sedunia. Abah, ibu, Dira dan Johan, dan juga tunang ku tersayang, Adha, datang ke rumah baru ku untuk membantu aku mengemas rumah. Memang sejak semalam lagi, kami semua sampai ke bumi Kerteh ini untuk memindahkan barang-barang. Abang Long dan keluarga sahaja tak dapat datang. Itu pun cancel last minute kerana ibu mertua Abang Long khabarnya kurang sihat. Jadi Abang Long sekeluarga bertolak balik ke Johor pagi semalam.
Hari ahad ini, aku akan memulakan hari pertama sebagai engineer di syarikat besar itu. 2 minggu lepas,aku berjaya ditawarkan untuk bekerja dengan pelantar minyak Petronas di bumi Kerteh ini. Alhamdulillah, aku bersyukur, rezeki aku dapat bekerja di situ, walaupun, ramai juga mencanang-canang, bukan mudah untuk seorang perempuan dapat bekerja sebagai engineer di Petronas. Gaji yang ditawarkan memang cukup lumayan. Rumah yang berhampiran dengan kilang disediakan. Kenderaan juga untuk pergi dan balik disediakan. Itu lah kata orang tua, rezeki bertunang...
Sebut pasal tunang, aku balik ke alam nyata, melihat tunangku masih sibuk bertukang. Lantas aku segera ke depan. Mengambil segelas air, menuju ke arah nya.
“Cik abang oi..., kot iye pun, minum la air nih dulu.. Penat saya buat tau!”,
Dia berhenti. Meletakkan tukul ke lantai, mengesat peluhnya dengan tuala yang tergantung di leher.
“Thank you..”,Gelas bertukar tangan. Lantas dia duduk mencangkung meneguk air sejuk itu.
“Mak aih..., manisnye air nih. Sapa yang buat nih... Ish, ish, ish....”,
“Manis ke? Alamak! Betul ke manis, bah?”,Segera meminta pendapat kedua. Aku tengok, elok aje si Johan meneguk sampai dua gelas tadi. Tapi, tak tahu lah kalau-kalau budak tuh buat-buat ok je. Ye lah, orang tengah nak mengambil hati keluaraga. Hehehehe.
Lantas gelas di tangannya aku capai. Air yang tinggal sedikit itu aku teguk. Aku biarkan lama di kawasan lidah. Nak rasa la kot iye manis sangat...
“Mana ada manis... OK je.. . Manis ke bah?”,Sekali lagi aku ajukan pertanyaan pada abah.
“Air nih ok je... Perangai kau tuh yang tak manis, ada ke minum air orang camtuh? Amik le gelas lain...”,Akhirnya, aku yang kena sound dengan abah. Aku lihat, si dia sudah pun gelak terbahak-bahak. Dira dan Johan juga sama. Ibu hanya tersengih memandangku.
“Ei, menyampah la! Jahat!!”,
Lantas aku masuk ke dalam bilik. Menyampah aku... Di saat-saat akhir ni pon, ada hati lagi nak menyakitkan hati aku... Nanti aku dah duduk jauh nih, barulah nak ingat kat aku. Padan muka, dah tak ada siapa dia nak kenakan. Pegi la kenakan kucing siam kesayangan awak tuh, si Fiona tuh..
Hati aku merungut sendiri. Sambil itu, tangan memintal-mintal bed sheet yang terbentang kemas di atas katil. Benci! Benci!
“Penawar rindu..., pada mu..., saorang...”,Tiba-tiba ada satu suara sumbang yang menyanyikan lagu Penawar Rindu kegemaranku itu.
Aku lihat di muka pintu. Dia bersandar ke dinding, tersengih-sengih.
“Tak malu ke masuk bilik anak dara. Perangai awak tuh lagi tak senonoh.. Cakap dengan abah..”,
“Cakap lah! Abah yang suruh saya pujuk miss universe dia nih..”,Aku menjeling. Menyampah aku tengok dia tersengih-sengih cam berul mak yeh tak cukup makan tuh..
“Pegi lah! Menyampah tengok muka awak kat sini... Asik nak kenakan saya je ari nih..”,
“Betul menyampah? Orang tua-tua kata..”,
“Intai padi..., antara masak, esok jangan..”,
Pulak dah... Dia nak menanyi lagi..
“Ei bising, bising! Benci, benci, benci! Pegi la! Malas nak layan awak..”,
Aku tutup telinga. Menggeleng-geleng. Cara aku menunjuk perasaan yang kononnya aku memang tak sudi dengar dia menyanyi ngan suara lebih kurang katak lombong tuh..
“Aduh...., aduh sakitnya..., tolong....”,Tiba-tiba dia mengerang, duduk mencangkung. Aku lihat wajahnya, seolah-olah dia sedang menanggung sakit yang teramat sangat.
“Eh awak..., awak, kenapa nih? Gastrik ke? Ha..., apa yang sakit?”,Tergesa-gesa aku menghampiri dia. Turut menyangkung di sisinya. Risau nya aku, TUHAN sahaja yang tau.
“Aduh...sakitnya..”,Dia telah pun bersujud ke lantai.
“Pe yang sakit wak..., cakapla..”,
“Sakitnya hati saya ini, awak cakap awak benci saya...”,
Aku terdiam. Terkena lagi aku...
“Awak!!”,Lantas aku pukul-pukul belakangnya berkali-kali.
“Jahat! Jahat!”,Dia lantas duduk dengan susah payah nya dengan serangan penampar yang bertubi-tubi dari ku. Ketawa.
“Tengok, terbukti awak sayang ngan kita. Kalau awak benci, takkan awak risau!”,
“Jahat nye.... Jangan main-main dengan sakit-sakit nih boleh tak...?”,Dia senyum. Memandang ke arah ku.
“Benci ke sayang?”,
Aku pandang dia lama. Sayang la.... Kalau benci, takkan la kita menangis beriya-iya bila ingat awak nak kawin dengan Sheila. Takkan la kita sampai terima terus pinangan si psiko Apiz tuh sebab frust menonggeng dengan awak....
“Menyampah!”,Akhirnya, perkataan itu yang keluar dari mulutku dan lantas aku bangun dan kembali ke ruang tamu. Sempat aku menoleh, melihat dia tersenyum padaku.
Sayang... Hari-hari sayang....

‘ ‘ ‘ ‘

Sayangku Nurul Basyirah...,

Congratulations for your new job! I always know you are among the best to be selected for the job. Congrates for the new house as well..
Take a very good care of yourself. I’ll always pray for your health and safety there.
It’s not easy for me to live, knowing that you are thousand miles away from me. I wish the moment that we can be together will come soon. Really hope that...
No matter how far we are seperated, you are always be my only miss universe... I’ll miss you always. Love you so much....

Sayang selalu,
Abang Adha

Aku kesat air mata membaca kad kecil bersama jambangan bunga yang aku terima 15 minit yang lepas. Entah bila agaknya dia menempah bunga, tiba-tiba ada perempuan cina datang menghantar bunga itu untukku.
Aku tarik nafas dalam. Tak sampai pun 2 jam kami berpisah, rindu sudah terasa.
Memang aku buat muka tak malu menangis di kawasan parking ketika dia akhirnya mambuat keputusan untuk pulang selepas 10 minit abah, ibu, Dira dan Johan pulang. Kira apa aku anak cina yang bawak anak anjing nya jalan-jalan tuh tengok aku macam tak penah nampak orang menangis.
“Dah la tuh... Jangan menangis. Malu la anjing tuh tengok...”,Dia memujuk.
Tidak aku pedulikan. Air mata yang mengalir laju itu aku kesat dengan tisu di tangan. Dari tadi, selai demi selai tisu dihulurkan padaku.
“Kita sedih la... Camana ni, air mata tak mau berenti...”,
Dia diam. Memandang aku dalam.
“Awak tak tutup paip nya, camana air nak berenti...”, Sempat lagi dia berlawak bodoh denganku.
“Awak nih...”,
“Dah la tuh cayang oi... Nanti orang ingat saya dera awak pulak...”,
Aku masih berusaha menghentikan arus airmata yang masih laju. Lantas aku duduk di tembok berhampiran dengan kereta Gen2 hitam itu. Tidak lama, dia datang menyusul. Duduk di sebelah ku.
“Miss universe, you kalau nangis, tak cun la.. Abis hingus-hingus sume kuar...”,
Dia mengusik lagi. Tidak aku pedulikan. Pikir-pikir, sakit hati jugak. Dia nih relek aje. Tak sedih ke nak tinggalkan aku...
“Syirah..., dah la tuh... . Jangan menangis... . Awak nangis-nangis cam nih, saya tak sampai hati la nak tinggalkan... . Saya risau nanti...”,
Mendengar kata-kata seriusnya itu, aku lantas terdiam sejenak. Menoleh ke arahnya. Dia tidak memandangku. Hanya melempar pandangan ke arah padang luas tidak jauh daripada bangunan apartment ku itu.
“Jangan sedih. Tak lama.. . Sekejap je, nanti kita duduk sama. InsyaAllah... . Bagi saya masa...”,
“Lagipun, nih kan cita-cita awak. Nak kerja as an engineer dengan syarikat oil and gas. So, awak kena kuat. Impian awak depan mata, jangan sia-sia kan... Jangan biarkan emosi jadik penghalang... Kan kita dah janji, dalam masa 1 tahun nih, kita nak bagi peluang diri masing-masing kejar cita-cita dalam hidup...”,
Aku tunduk mendengar nasihatnya. Memang begitulah perjanjiannya. Walaupun pada mulanya, abah dan ibu, juga keluarga dari pihak Adha tidak bersetuju dengan keputusan kami untuk bernikah ketika berusia 25 tahun, bermakna, lebih kurang setahun lebih dari majlis pertunangan, namun, berkat usaha kami memujuk, akhirnya, kedua-dua pihak bersetuju.
“Sekarang nih, saya nak Syirah hantar saya dengan senyuman awak yang paling manis. Bagi saya senang hati tinggalkan awak kat sini...”,Aku lihat dia tarik nafas dalam, sebelum berpaling memandangku.
“Boleh?”,Wajah kacak itu aku tatap lama, sebelum bibir ini mengukir senyuman, dan terangguk-angguk.
Dia lantas senyum. Pantas telefon bimbit Nokia N73 nya dikeluarkan, dan wajahku itu di’snap’ cepat. Dia gelak-gelak kecil.
Melihat skrin telefonnya itu.
“Cun, cun, tapi, kalau tak ada hingus yang terkeluar sket tuh lagi cun..”,
“Adha!!”,

Aku tersentak dek suara Once mendendangkan lagu Dealova daripada telefon bimbitku itu. Aku senyum. Segera aku menjawab telefon.
“Hello Assalamualaikum...”,
“Waalaikumussalam...”,Suara garau yang ku rindu itu kedengaran. Agak bising suasana di sana.
“Awak..., awak dah sampai mana?”,
“Sampai hati awak la...”,Aku gelak kecil.
“Betul-betul la..”,
“Dah sampai Maran... Berhenti jap. Minum-minum...”,
“Sorang?”,
“Ish tak lah.... Ramai nih cewek-cewek dari seberang teman saya...”,
“Ha...., ha..., mula la tuh...”,Dia gelak.
“Dengan ibu abah awak nih. Dira ngan Johan pon ada. Abah awak tepon tadi, soh berenti sini. Makan sekali..”,
“Owh.... . Dah makan ke?”,
“Mm... dah. Tak lalu sangat la awak tak ada. Saya makan dua pinggan je mee goreng...”, Aku gelak kuat kali ini.
“Dua pinggan tak lalu ke namanya? Kalau lalu camana pulak...”,
Dia turut gelak.
“Man..., i already miss your voice...”,Tiba-tiba kata-kata itu keluar dari mulutnya. Aku terdiam. Sepi sejenak.
“Syirah..., k lah... Nanti saya tepon lagi ek. Nak berak la..”,
Aku lantas gelak lagi.
“Ei, tak senonoh punya budak. Anak sapa la nih...”,
“Anak pakcik rahman, tunang cik basyirah..”,Aku ketawa lagi.
“Ok ek yang... Kang terberak kat sini susah pulak... Bye..”,
“Bye. Jalan baik-baik. Kemsalam sume..”,
“Luv you... Bye. Assalamualaikum..”,
Dan talian terus mati. Aku tersenyum sendiri.
Tak senonoh... Nak berak pon nak bagitau...

‘ ‘ ‘ ‘

Aku tarik nafas dalam. Angin sepoi-sepoi bahasa itu sedikit sebanyak memberi aku sedikit ketenangan. Bagai terdengar-dengar suara tawa manjanya. Wajah nya yang tersenyum dengan mata yang masih bersisa tangis di skrin telefon bimbit ku itu aku tatap lama.
Syirah..., saya dah rindu dengan awak...
Yang sebenarnya, memang dari tadi, hati berbelah bahagi samada nak menelefon atau tidak. Kalau aku telefon, takut aku yang tak kuat, tapi, kalau tak telefon, hati pulak rasa tak tenang. Memang benar aku singgah di Maran dengan keluarganya. Abah nya menelefon mengajak aku makan malam bersama. Namun, dua pinggan mee yang aku war-warkan tadi hanya tipu semata-mata. Yang sebenarnya, sebutir nasi pun rasa susah nak telan. Nasi goreng yang aku tempah hanya dua tiga sudu berkuak. Itu pun lepas bakal mak mertua aku tu menegur.
Nak gi berak pun, tipu jugak. Nak berak apa, makan pun tidak. Hakikatnya, hati terasa lemah mendengar suaranya. Kang aku menangis pulak, jatuh la saham.. Mau minah tuh menangis bergelen-gelen pulak. Tak pasal...
Kesekian kalinya, aku tarik nafas dalam.
“Abang Adha...”,Tersentak aku dengan teguran Dira. Pantas aku berdiri tegak memberi perhatian pada butir seterusnya.
“Menung nampak. Takkan dah rindu kot...”,
Aku hanya sengih.
“Abah kata dah nak gerak dah...”,
“Ha.., ok, ok...”,
“Abang ada nak singgah mana-mana lagi ke?”,
“Tak ada lah. Saing lah... Jalan dulu.. Abang susul belakang...”,
“Ok...”,Lantas dia berlalu ke kereta abah dan ibu nya selang beberapa kereta dari kereta ku. Tidak lama, aku lihat semuanya sudah bersedia untuk bergerak. Aku turut masuk ke dalam kereta. Enjin aku hidupkan. Telefon bimbit aku keluarkan daripada poket kiri ku.

Cayang, abang pergi dulu.. Doakanlah perjuangan abang menyelamatkan negara selamat dan berjaya...

Laju tangan menaip mesej dan segera aku hantarkan kepada no nya. Sekali lagi, wajah manis itu aku tatap sekejap.
“Love you sayang... Love you forever...”,Pantas aku kucup telefon itu. Tersenyum sendiri lantas menggerakkan kereta untuk pulang ke Kuala Lumpur...

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Untuk kesekian kalinya, aku melihat cermin. Sejak sebulan bekerja di Terengganu, ini kali pertama aku balik ke Kuala Lumpur. Dan hari ini, ‘date’ pertama aku dengan tunangku sejak aku mula bekerja. Oleh itu, aku mahukan yang paling sempurna. Aku mahu pastikan aku cukup cantik berdepan dengannya hari ini. Puas hati dengan penampilan ku, lantas aku mengambil beg tangan yang terletak di atas meja solek. Sebelum melangkah, aku tersenyum pada diri ku sendiri di hadapan cermin.
Selamat dating Syirah! Have fun...

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Majalah keluarga itu aku belek-belek. Melihat-lihat baju pengantin yang digayakan model.
Nih kalau Syirah yang pakai nih, confirm cun giless...
Sejenak, aku tersengih sendiri.
“Hai, sengih sorang-sorang nampak! Apa yang kelakarnya dalam majalah tuh...”,
Aku tersentak dek sapaan bakal ibu mertuaku itu. Hanya sengih malu.
Cess, kantoi la plak!
“Assalamualaikum...”,Aku lantas angkat muka mendengarkan suara itu. Senyum.
“Waalaikumussalam...”,Jawabku perlahan. Entah mengapa, mungkin kerana dek lama tak berjumpa, mata nih macam nampak bidadari turun daripada langit pulak. Cun gila!! Anak sapa la nih...
“Sorry... Dah lama tunggu?”,
“Dah.... Sejak azali lagi...”,Sengaja aku bergurau.
Aku lihat dia tertawa. Ibunya turut tertawa.
“Nak ke mana dating ari nih?”,Ibu bertanya.
“Entah... Mana tah orang nih nak bawak...”,Si manis ku itu manjawab.
“Ingat nak jalan-jalan KLCC aunty.. Gi tengok kawan-kawan Syirah kat aquaria...”,
“Ye ke wak? Nak gi Aquaria ek? Ei...., bestnye...”,Dia menepuk-nepuk tangan gembira. Macam budak 4 tahun bila ayahnya bagitau nak gi makan kat KFC. Aku sekadar tersengih.
“Mm..., elok lah. Makan malam di rumah ke tak?”,
“InsyaAllah. Kalau tak ada apa-apa, kat rumah la..”,jawab ku sopan. Aku lihat, aunty mengangguk-angguk.
“Kalau tak ada apa, kami bertolak dulu la aunty...”,
“Ha.., ye lah... Elok-elok jalan ye...”,
Dia menghantar kami sehingga ke pintu.
“Gi ibu... Assalamualaikum...”,Lantas tangan ibunya itu dikucup ketika bersalaman. Tidak lama, pedal minyak ku tekan menggerakkan Gen-2 ke tengah jalan.


‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Aiskrim McFlurry Oreo kegemaranku itu makan sedikit demi sedikit. Di sisi ku, dia sedang berusaha keras menghabiskan aiskrim sundae coklatnya. Aku tergelak kecil.
“Awak...”,Perlahan aku memanggil. Tisu daripada beg tangan aku keluarkan.
“Lap mulut tuh... Makan macam budak kecik, comot-comot...”,
Dia sengih. Lantas tisu itu bertukar tangan.
“Saje je... . Biar orang nampak. Kang smart-smart sangat, ramai pulak awek-awek nih nak ngorat...”,Sambil itu matanya sahaja difokuskan kepada satu minah tak tau malu yang berjalan di hadapan kami. Pakaiannya, MasyaAllah, seksi gila. Tak ada ke skirt yang labuh sket. Nih, nampak semua peha tuh. Kot kecik peha cam Paris Hilton, tak apa jugak, ini tak..
“Ei, mata tuh....”,Pantas tangan ku mencubit pehanya membuatkan dia terjerit sedikit. Kemudian, dia gelak-gelak kecil.
“Cuci mata la... . Petua untuk elak rabun... Tak tau ke?”,Giliran aku pula tertawa kali ini. Tah dari mana dia belajar petua tuh, entah lah..
“Ye lah tuh. Suka sangat la tengok yang seksi seksa tuh... Kalau suka sangat, nape tak carik aje tunang yang macam tuh... Yang carik saya yang bertudung nih nape..”,
Dia sengih.
“Tah la... Agaknya, memang kita dah ditakdirkan bersama kot.... Sejak pertama kali tengok awak, saya dah rasa, awak lah teman hidup saya... Mungkin, dalam kelahiran lepas, kita dah bersama... Deja vu...”,
Aku gelak besar kali ini. Mula lah dia tuh... Mengarut tahap cipan.... Tak larat nak layan...
“Ye la tuh....”,
Dia turut gelak. Kemudian, menyambung suapan aiskrim ke dalam mulut.
“Pasnih nak gi mana?”,Dia bertanya tanpa memandangku. Aku diam sejenak.
“Tengok wayang jom!”,
Segera dia memandang aku.
“OK.... Dengan satu syarat..”,
“Apa dia?”,
“Saya pilih cite...”,Aku gelak lagi. Hahaha... Confirm dia serik menonton wayang dengan aku. Pertama kali kami keluar bersama selepas kepulangannya dari States, aku bawak dia tengok wayang cite ‘Eifel, I’m In Love..’ . Nasib baik tak tido je mamat nih dalam panggung. Mungkin nak jaga hati aku kot. Tapi, aku nampak la, sampai berair-air mata menguap. Haha, padan muka... Sapa suruh ajak aku tengok wayang...
Sejenak, aku terkenang satu wajah. Memikirkan wajah itu sahaja membuatkan bulu roma ku tegak berdiri. Hafiz. Di hari yang sama juga, Hafiz meluahkan cintanya. Hari yang sama, dia sound Adha yang kononnya aku nih ‘girl’ dia.. Ei, tak kuasa aku dengan mamat gile seks tuh...
“Oit, cik kak!”,
Aku tersentak.
“Nape?”,
Aku sengih. Terberangan la pulak...
“Tak ada apa-apa.... So camana? Boleh tak tengok wayang?”,
“Ok..., tapi saya pilih cite.. Kang awak yang pilih, cite tah hape-hape... Tak berkembang otak...”,Dia membebel-bebel sambil bangun dari bangku di Taman KLCC itu.
Aku hanya memandang sambil tersengih panjang.
“Apa lagi tuh? Jom la..”,Menyedari ke’statik’an aku di bangku itu, dia lantas menegur. Aku bangun. Berjalan di sebelahnya. Sambil itu, kami berbincang-bincang filem yang bakal ditonton.
“Cite hindustan nak? Kabhi Alvidar tuh... Kawan-kawan kat kilang kata best.......”,
Aku lihat dia tepuk-tepuk dahi sambil merungut-rungut. Aku tertawa.
Adha....Adha... Tak pernah berubah......

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Suara gemersik Siti Nurhaliza, mendendangkan lagu ‘Biarlah Rahsia’ berkumandang dari corong radio menemani kesepian antara kami di dalam kereta. Aku jeling ke arahnya sejenak. Melihat dia menyanyi perlahan mengikut irama lagu itu. Aku senyum sendiri.
“Wak, nape diam je nih? Marah ke, tak dapat tengok cite ular tuh?”,Tidak lama selepas itu, dia membuka mulut bertanya. Aku sengih. Gaduh punya gaduh, akhirnya, kami menonton cerita Rempit. Aku nak tengok cerita ‘Snakes in the Plane’, dia pulak, sibuk nak tengok cite Hindustan tuh. Katanya, tak mau tengok ular. Nanti dia tak leh tido pulak... Geli.. Sudah-sudah, aku beli tiket Rempit. Puas hati. Tak yah bising-bising.
“Tak ada lah...”,Aku lihat senyum kembali mekar di bibirnya.
“Ok gak cite tuh... Tak ada lah cam cite melayu biasa..”,
Aku sekadar mengangguk. Tak ada mood untuk mengulas panjang.
Yang sebenarnya, ada perkara lain yang aku fikirkan. Perkara yang berlaku selepas menonton wayang tadi bermain-main semula di fikiranku.
“Sejuknya....”,Syirah memeluk tubuh sendiri sambil berjalan menyusuri terowong setelah keluar daripada panggung.
“Sejuk? Nak abang pelukkan?”,sengaja aku mengusik. Dia hanya menjeling. Namun ada senyuman di bibir. Lantas aku tertawa.
Sampai sahaja di luar, dia hulurkan beg nya padaku.
“Pegang jap.. Saya nak pi toilet...”,Tersengih-sengih menghulur beg. Lantas aku ambil. Melihat dia berlari-lari anak ke toilet. Aku sengih. Tak tahan sangat la tuh...
Aku lantas menuju ke bangku kecil menghadap kawasan tengah KLCC itu. Dari atas, pelbagai ragam manusia boleh aku lihat. Budak-budak kecik zaman sekarang nih, dah pandai dating dah. Aku lihat anak-anak remaja, yang aku agak baru berusia 12-15 tahun berpegangan tangan berjalan-jalan di kompleks ternama ini. Ada plak yang advanced sket tuh, siap peluk-peluk lagi. Hai budak-budak nih....
Sejenak, mata tertancap pada satu couple tidak jauh daripada ku. Mak aih..., nih lagi samseng. Boleh pulak dia main kissing-kissing di khalayak ramai nih...
Kumain asyik lagi pasangan sejoli nih bermain asmara kat KLCC nih. Tak tahu malu ke.. Kot iye dah kawin, buat kat rumah sudah.... Tak yah tunjuk-tunjuk dengan orang lain..
Aku geleng-geleng perlahan. Kesal aku ada anak-anak melayu yang jadik camnih...
Aku kalih pandangan. Buat tumbuh ketumbit je nengok budak-budak nih buat maksiat kat sini. Namun, entah mengapa, mata seolah teringin memandang sekali lagi. Mujurlah, aksi 18SX tadi dah tamat. Aku lihat ada pak guard yang datang menghampiri pasangan itu. Haha, padan muka. Kan dah kena sound. Aku amati lagi wajah-wajah tak tau malu itu.
Alamak! Aku tajamkan pandangan.
“Dibah...”,ucapku perlahan. Aku tepuk dahi.
Dibah, anak Mak Ngah aku. Sepupu aku!
Tepuk dahi lagi.
Memang nak kena silambam budak nih. Umur baru 18 tahun, dah pandai buat keje-keje tak senonoh nih....
Aku lihat pula pasangan nya. Aku jumpa budak nih lain kali, jaga la aku kerjakan. Memang pantang aku tengok budak-budak laki mengambil kesempatan pada perempuan nih.
MasyaAllah...
Terjojol bijik mata aku apabila melihat lelaki itu. Hafiz! Lelaki yang pernah mencuba mencabul kehormatan Syirah. Lelaki tuh lagi!!
Terasa rahang bergerak-gerak menahan marah. Tanpa sedar, penumbuk telah ku genggam erat. Kurang ajar betul mangkuk nih..... Kenapa la mesti buat hal dengan orang-orang keliling aku....
“Awak...”,
Ku lihat, Syirah sudah ada di sisi. Aku tarik nafas dalam. Menenangkan diri.
“Sorry.... Ramai orang kat toilet tadi... Kena beratur plak...”,
Aku sekadar mengangguk. Mengukir senyum. Patut ke aku bagitau dia? Namun, terkenangkan wajahnya yang ketakutan selepas peristiwa itu, aku jadi tidak sampai hati. Trauma betul dia. Inikan pulak aku nak bagitau pasal ni.
Lantas aku batalkan hasrat.
Tak apa lah.... Aku boleh handle kot..

“Wak!”,Tersentak aku dek teguran itu. Nasib baik tak terlepas stering.
“Lampu merah depan tuh... Laju sangat nih..”,
Astaghfirullah....
Lantas aku tekan brek. Usap wajah.
“Jauhnya mengelamun.... Ingat apa?”,Tanyanya lembut. Jelas kelihatan di wajahnya, dia risau.
“Tak ada apa... Sorry... Teringat kerja pulak....”,
Dia hanya memandang sangsi. Tidak lama, dia menoleh ke hadapan semula.
“Macam something wrong je... Kalau ada apa-apa, bagitau la...”,
Aku hanya tersenyum.
“Tak ada apa la.. Ok je.. Yang sebenarnya, saya tengah pikir nih, kita nak honeymoon kat mana ek... Redang ke, Tioman ke, ke kita nak gi Hawaii... Mana yang paling romantik..?”,
Lantas dia ketawa galak.
“Gatalnya...”,Untuk kesekian kalinya, lenganku dicubit. Aku mengaduh perlahan. Dan kemudian kami ketawa lagi.
Kala itu, wajah Mak Ngah dan Dibah berlegar-lagar di kotak fikiran.

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

“Barang semua dah cukup dah?”,
Sambil meninjau-ninjau beg tangannya, dia mengangguk.
“Tiket mana?”,
“Tengah carik la nih...”,
“Ei makcik nih... Bak sini beg tuh.. Kata tadik sume dah ada...”,
Aku lihat dia hanya tersengih. Aku tarik beg dari tangannya. Mencari tiket flight. Hari ini, dia akan pulang semula ke Kerteh. Hanya aku sahaja yang dapat menhantar ke KLIA. Abah dan ibunya ada kenduri di rumah saudaranya di Perak. Memang sengaja aku menyuruh dia mengambil flight balik ke KL dan balik semula ke sana. Walaupun sebenarnya dia boleh sahaja drive Kereta Iswara Aerobik yang abahnya belikan sebelum dia berpindah, balik ke KL. Aku yang tak kasik. Risau aku dia drive sorang dari sana. Kalau ada orang temankan tak apa jugak. Biarlah naik flight. Kurang-kurang, aku sendiri yakin melepaskan dia pergi balik.
“Nah! Pegang nih... Beg nih macam beg doraemon, sume benda ada, mana lah barang tak hilang...”,
“Biarlah...”,Jawabnya manja.
“Tengok tuh... Menjawab...”,Dia jelir lidah kali ini.
Aku gelak kecil. Lantas beg dan tiket itu ku hulurkan padanya.
“Sampai sana kang, cane nak balik umah?”,Memang banyak tanyaku dari tadi. Iye lah, nih kali pertama dia balik sejak bekerja di sana. Nak pastikan aje semuanya selamat.
“Abang Dol amek...”,Bersahaja ujarnya.
“Eh, abang Dol mana pulak nih...? Awak jangan carik pasal, tumpang-tumpang orang tak kenal. Nih yang saya tak suka nih....”,
Aku lihat dia hanya tertawa, memandangku.
“Abang Dol taxi... Saya pergi airport hari tuh dengan dia. Saya dah tempah untuk balik sekali...”,Lega sedikit aku mendengar jawapannya.
“Abang Dol tuh cane orangnya?”,
“Warak sayang... Jangan risau... InsyaAllah..., selamat...”,Aku tau dia memerli dengan sikapku yang ‘over-protected’ ni. Aku sengih. Tah la, risau pulak aku. Ikut hati, nak je aku hantar sampai ke sana. Tapi, esok aku kerja. Kang dah penat drive, tak larat pulak kerja esok.
“Ok la wak... Saya masuk dulu la.. Sian ngan awak. Nak rush balik umah lagi. Kata ada urusan keluarga yang penting...”,
Aku senyum. Hari ini, aku berjanji dengan Dibah nak keluar makan. Aku nak sound sket budak kecik nih..
Memang aku tak berbohong dengannya. Cuma, maklumat yang aku sampaikan kurang lengkap la. Aku tak bagitau la aku nak keluar makan dengan Dibah berdua. Muncung makcik nih sedepa karang...
“Ok... . Take care ok..”,Untuk kesekian kalinya, aku berpesan.
Dia angguk-angguk.
“Nanti dah sampai call saya tau...”, Dia angguk lagi. Tersenyum-senyum.
“Gi ek... Kemsalam ngan umi ngan ayah awak...”,Aku angguk. Dia lantas menarik beg ala-ala pelajar AF tuh berlalu. Entah kenapa, berat betul rasa hati melihat dia berlalu kali itu.
“Syirah...”,
Lantas dia berhenti. Berpaling semula. Aku melangkah merapatinya.
“I love you... Forever...”,Serius ujarku.
Dia terkebil-kebil memandangku. Pelik agaknya. Tiba-tiba aje...
Aku lantas garu kepala yang tak gatal. Malu sendiri. Apahal la plak aku nih.. Tiba-tiba cakap jiwang plak...
Sejenak, dia tersenyum.
“I know... I love you too... Bye.. Assalamualaikum...”,
Lantas dia berlalu untuk kesekian kalinya. Aku memandang dia melambai-lambai sebelum hilang dari pandangan mata.
Tah kenapa, hati rasa sebak semacam. Seolah-olah, bagai ada sesuatu yang akan terjadi. Sesuatu yang menghalang kami dari bersama.......
Aku tarik nafas dalam. Ish...., perasaan aku je kot...

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Suasana sepi antara kami. Aku mengeluh perlahan. Melihat gadis berusia 18tahun yang sudah ku anggap adik itu bersahaja di hadapanku. Kalau bukan kerana ada orang lain di sekeliling, memang dah sah-sah kena pelempang minah ni dengan aku. Menjawab mengalahkan apa..
“Ok lah Abang A’a, Dibah nak balik... Ada hal ni..”,Tengok tuh. Selamba aje. Dah la pakaian tuh macam apa. Tak cukup kain gamaknya. Padahal, mak bapak dia ni sikit punya kaya la. Takkan nak beli kain pun tak cukup..
“Nanti dulu. Abang A tak abis cakap lagi..”,Memang di kalangan keluarga, aku dikenali dengan nama A’a sahaja.
“Apa nih Abang A... Dibah tau la jaga diri sendiri... Tak payah la Abang A nak sibuk-sibuk...”,
“Kenapa degil sangat nih! Macam ni cara kau dress up, pandai jaga diri namanya...”,
“Ikut suka Dibah la.. Dibah beli guna duit Dibah.. Bukan mintak Abang A..”,
Ei lancangnya mulut dia... Cilikan baru tau!
“Dengar nih Dibah... Abang A tak suka kau kawan dengan budak jantan, si Apiz tuh, Abang A kenal dengan dia tuh. Perangai tak senonoh... Kang lain jadik nya..”,
Mata yang dicelak tebal itu aku lihat memandang ku tajam.
“Abang A.., that’s it.. Dibah tak leh terima la.. I’m no longer a 7 years old girl yang Abang A leh ajar-ajar apa nak buat ek... Suka Dibah la nak kawan dengan sapa. Some more, Hariz tuh boyfriend Dibah, kalau abang A nak tau la... Bukan setakat kawan biasa je... . OK?”,
Dia lantas meletakkan napkin yang digunakan ke atas meja.
“So, can you please excuse me... My boyfriend is waiting outside...”,
Lantas dia bangun meninggalkan aku. Berderaunya darah aku, TUHAn sahaja yang tau. Dasar budak kurang ajar. Ada ke cara itu bercakap dengan aku..., yang pangkat abang dengan dia. Padahal, masa kecik, kami nih sket punya rapat. Umi ngan abah aku sket punya sayang la ngan dia nih. Almaklumlah, kami nih tak ada adik beradik perempuan. Lelaki semuanya. Jadik, anak tunggal Mak Ngah ni lah yang menjadi anak perempuan kesayangan Umi. Namun, sejak kami berpindah ke States, perhubungan mula terputus. Balik sahaja ke Malaysia, dia dah besar panjang. Tah apa yang terjadi sepanjang kami tiada, aku sendiri tak pasti. Ada juga ibu bercerita, Dibah dah tak macam dulu. Mungkin akibat sikap Pak Ngah dan Mak Ngah yang terlampau manjakan dia. Anak tunggal la katakan. Hari ini, aku sendiri menyaksikan kebenarannya.
Aku tarik nafas dalam.
Tiba-tiba, telefon bimbit berbunyi.
Pantas aku keluarkan dari poket seluar jeans ku. Syirah...
“Hello... Assalamulaikum...”,
“Waalaikumussalam... Awak..., busy ke? Sorry kacau... Syirah sampai dah...”,Halus suaranya.
“Dah sampai rumah ke?”,
“Dah...”,
“Abang dol hantar?”,
Aku dengar dia ketawa. Mendengar suara tawa itu, sedikit sebanyak, hati yang bengkak tadi terubat.
“A’ah... Abang dol hantar..”,
Aku pula ketawa kali ini.
“Awak kat mana tuh? Ada bunyi lagu-lagu pulak..”,
Alamak aih..., kantoi. Kedai makan ni pasang lagu la plak..
“Saya kat bilik nih... Bunyi radio...”,
“Owh... Mm, dah setel family matters tuh?”,Tanyanya prihatin. Tak setel... Budak nih kepala batu...
“Mm...dah... Alhamdulillah..”,Aku berdusta lagi.
“Ok lah.. Saya nak freshing up. Pastu nak kemas barang...”,
“Ok... Nanti saya dah sampai rumah, saya call awak balik. Setelkan dulu apa-apa yang patut...”,Sepi.
“dah sampai rumah? Aik, awak bukan kat rumah ke?”,
Aduh... Aku tepuk dahi. Bodohnya... Apahal aku nih..
“I mean, err..., saya nak gi kedai jap pasnih, lepas dah sampai rumah balik..., dari kedai.., saya telefon awak, ok?”,Tergagap-gagap, aku mereka cerita.
“Ok... Jalan gi kedai tuh elok-elok...”,
“Ok yang... Bye...”,
Segera aku matikan talian. Bersandar ke kerusi di restoran mewah itu. Picit-picit kepala sendiri.
Sorry Syirah... I didn’t mean to lie...

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Rambut yang basah aku lap-lap dengan tuala yang memang aku khaskan untuk rambut itu. Setelah itu, aku sisir perlahan rambutku di hadapan cermin. Entah mengapa, hati rasa lain macam. Teringat Adha. Ada sesuatu yang dia sembunyikan dari aku.
“Ok... Nanti saya dah sampai rumah, saya call awak balik. Setelkan dulu apa-apa yang patut...”,
Aku terdiam sejenak. Bukan ke tadi dia bagitau aku dia ada kat bilik. Kalau kat bilik, memang kat rumah la... Nape nak balik rumah pulak...
“Dah sampai rumah? Aik, awak bukan kat rumah ke?”,
“I mean, err..., saya nak gi kedai jap pasnih, lepas dah sampai rumah balik..., dari kedai.., saya telefon awak, ok?”,
Aku tarik nafas dalam. Adha tak pernah teragak-agak menjawab apa-apa sebelum ini. Kan dia tuh memang mamat selamba. Ikut suka dia je nak cakap apa. Tapi, kali ini, terasa seolah-olah, dia berhati-hati sangat dengan kata-katanya.
Kenapa ek?
Dari cermin, aku lihat wajahku berkerut.
Tak ada apa la kot...
Tiba-tiba telefon bimbit berdecit menandakan ada mesej yang sampai.

Askm. Saya dah sampai rumah. Pegi beli gula. Hai, carik gula pon susah skang nih. Kat sana banyak gula tak? Pos sket kat sini.. Hehehe.......

Aku sengih membaca mesej itu. Nih baru Adha aku.....

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Aku lihat umi mengurut-urut dada. Terkejut dengan berita yang aku sampaikan barangkali. Ayah tenang duduk di kerusi malasnya. Diam-diam ayah, aku tau, dia berfikir.
“Kenapa lah jadik sampai macam tuh sekali.. Dibah, Dibah....”,Umi merungut lagi. Aku hanya diam. Bersandar ke sofa di bilik bacaan abah itu. Setelah lebih kurang seminggu aku diamkan hal itu, akhirnya, aku mengambil keputusan untuk menceritakan pada Umi dan Ayah.
“Pe nak buat nih bang? Patut ke kita bagitau Abang Ngah? Mah bukan apa, Abang Ngah tuh ada sakit jantung. Terkejut pulak orang tua tuh kang.... Takut jadik apa-apa je..”,
Aku nampak, wajah Umi yang risaukan keadaan abang nya. Memang aku tahu, Pak Ngah memang menghidap sakit jantung yang agak kronik.
“Sabar... Bagi la saya pikir dulu... Hai, itu lah, dari dulu saya dah pesan dengan abang ngah, anak perempuan jangan dibiasakan manja-manja dengan harta benda. Susah jadiknya..”,Ayah juga akhirnya meluahkan rasa hati.
“Tak apa lah umi, ayah... Nanti A’a cuba nasihatkan lagi si Dibah tuh...”,Melihatkan Umi dan ayah juga jadik tegang dengan berita itu, aku lantas mengambil keputusan untuk mencuba lagi. Aku rasa, kali ini, mungkin aku patut sound terus kepada bohjan tuh!
Tak insaf-insaf lagi gamaknya mamat nih....
Tiba-tiba, telefon aku berbunyi. Nada dering ini menunjukkan, pemanggilnya, bukanlah seorang yang biasa menelefonku. Bukan syirah. Entah kenapa, dada berdebar semacam. Aku lantas menjawab.
“Hello, Assalamualaikum...”,
“Abang A.....”,Suara itu memanggilku dengan esak tangisnya. Tiba-tiba, memori terkenang kembali pada malam itu. Begitu jugalah Syirah memanggil namaku. Dengan esak tangis.
“Dibah... Dibah ke tuh?”,Aku lantas berdiri. Umi dan abah segera datang menghampiri ku sebaik sahaja aku menyebut nama itu.
“Abang A....., tolong Dibah...”,
Aku rasakan, macam gugur jantung aku mendengar dia kata begitu. Apakah, Dibah juga berkeadaan yang sama dengan Syirah tika ini?
Aku mengeluh, menenangkan diri sendiri.
“Dibah kat mana? Bagitau abang.... Dibah kat mana?”,
“Bukit Bintang... Abang.... Tolong Dibah....”,Gadis itu merayu lagi.
“Tunggu! Abang datang sekarang..”,
Talian telefon aku matikan. Lantas aku berlari ke bilik. Menyalin pakaian sekadarnya. Lantas aku berlari ke kereta.
“A’a, hati-hati....”,Umi berpesan dari tingkat atas rumah. Aku sekadar mengiyakan di dalam hati. Tidak lama, Gen 2 hitam ku membelah jalan.
Ya Allah...., moga selamat semuanya...

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘
Aku sepi di dalam kereta. Perasaannya sama dengan apa yang aku rasakan ketika aku megambil Syirah di Hilton dulu. Namun, kali ini, terasa lebih berat. Kerana kisah yang aku dengar tadi, jauh lebih berat.
Ketika aku menjumpai gadis itu di stesen bas itu, dia menangis tersedu-sedu. Turun sahaja aku daripada kereta, dia terus memelukku erat.
“Abang....”,Aku jadi terkedu. Lantas aku biarkan. Hanya mampu mengusap-ngusap rambut lurusnya.
“Sabar Dibah.... Sabar... Apa jadik nih... Cerita dengan abang...”,
Dia terus menangis. Lantas aku papah dia perlahan masuk ke dalam kereta. Mencari tempat yang sedikit sunyi, agar dia boleh berasa lebih tenang.
“Dibah..., apa jadik ni...”,
“Dibah...., Dibah...., Apiz...”,Mendengar sahaja nama itu, aku jadi seram sejuk. Takut aku ingin mendengar butir seterusnya.
“Dibah kena rogol...”,
Aku lantas tepuk dahi.
“Astaghfirullah......”,Aku beristighfar panjang. Berair mata aku menahan marah kepada lelaki bangsat tuh.
“Kita report polis....”,Aku lantas hidupkan enjin.
“Jangan abang...... Dibah takut. Dibah tak sedar. Dibah tengah high....”,Bulat memuntang mataku memandangnya.
“Kau amik apa sampai high?!”,Gadis yang teresak-esak itu aku tengking. Menambahkan esak tangisnya.
“Ecstacy..... Apiz bagi Dibah ecstasy..... Dibah mintak ampun....”,
PANG! Lantas stering aku tumbuk kuat.
“SHIT! Shit!”,Kata carut itu aku jerit lantang. Tangisan Dibah menjadi. Aku usap muka.
“Dibah tanak balik rumah.... Dibah takut...”,
Aku mengucap panjang di dalam hati. Memupuk kesabaran. Ikut hati, mahu sahaja aku lempang budak bertuah nih.... Dah tau menda tuh bahaya, yang kau pegi amik tuh buat apa...
Aku bersandar. Berfikir apa yang patut aku lakukan. Kala itu, telefon ku berdering. Daripada nada dering nya sahaja, aku tahu Syirah yang menelefon. Aku tarik nafas dalam.
Not now Syirah....
Mahu tak mahu, aku matikan talian. Terus sahaja aku off kan talian telefon.
Pantas, aku lepaskan hand break, dan menekan pedal minyak. Terus sahaja pulang ke rumah ku.
Sampai sahaja di rumah, umi dan ayah menunggu di ruang tamu rumah.
“Umi.....”,Terus sahaja Dibah mendakap Umi. Aku memandang dari jauh. Umi juga menangis. Seolah tahu apa yang telah terjadi. Aku tarik nafas dalam.
Tak boleh jadik... Budak nih mesti diajar...
Lantas aku mencapai kunci kereta semula. Tak kira ceruk mana, aku carik mamat ni... Tadi Dibah ada memberitahu, dia ikut jantan tuh balik ke apartment nya di Berjaya Plaza di Bukit Bintang. Kalau aku bernasib baik, dapat aku cari apartmentnya.
“A’a... Nak ke mana tuh?”,Ayah menjerit sambil terkocoh-kocoh mengejar aku.
“A’a!!”,Tidak aku pedulikan. Lantas memecut kereta ke Bukit Bintang.
Tak kira ceruk mana, aku carik buaya nih!!

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Sekali lagi aku mencuba mendail nombor Adha. Terus ke mesej box. Entah mengapa, hati berdebar lain macam. Kenapa tak dapat nih. Bateri kong ke.... Tapi, kalau bateri kong, mesti dia dah caj....
Dalam kereta kot...
Aku menyedapkan hati sendiri.
Tapi..., dalam kereta dia kan ada charger... Aku ingat aku pernah guna sekali.
Aku mengeluh lagi. Melihat gambar tunang yang tergantung di ruang tamu rumah ku itu.
Awak...., awak kat mana.....

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Buk! Buk! Buk! Penumbuk tiga serangkai aku hadiahkan kepadanya untuk santapan otot-otot perutnya.
Mujur, sampai sahaja aku di hadapan pintu apartment nya itu, dia membuka pintu. Mahu keluar mungkin. Lantas aku sedekahkan terajang sulung aku ke perutnya, membuatkan dia jatuh terlentang ke lantai. Selepas itu, bertubi-tubi aku mengentamnya. Ada jugak lah aku kena, 2, 3 penumbuk yang terlepas.
Puas hati membelasah, aku lantas bangun. Mencekak kolarnya agar berdiri sama denganku.
“Ini balasan untuk kau! Sebab kau kacau adik aku! Balasan untuk Syirah jugak!”,BUK! Penumbuk bongsu aku serahkan dan membiarkan dia longlai ke lantai.
“Aku takkan lepaskan kau!!! Kau jaga!”,Aku biarkan dia menjerit-jerit. Selamba, aku keluar dan menutup pintu semula, dan berlalu pergi.
Hati terasa puas. Biar dia tahu, tinggi ke rendah langit nih......

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Kertas pelan yang terbentang di atas meja aku tatap kosong. Sekadar memandang, namun, fikiran ku melayang entah ke mana. Dua tiga hari ini, fikiran berserabut gila. Kepala rasa berat gila memikirkan semua benda. Tiba-tiba, semua benda terbeban atas kepala aku.
Ugutan yang aku terima semalam, memang benar-benar meletakkan aku di persimpangan dilema. Entah apa dosa aku, tiba-tiba terpaksa menanggung semuanya. Salah ke aku membantu sepupu ku sendiri? Salah ke aku mengajar orang yang memang bersalah?
Tuhan, kenapa aku yang harus menanggung semuanya.
Pagi semalam, ketika aku sampai di pejabat, ada satu envelope bersaiz A4 berlipat di atas meja ku. Entah kenapa, melihat sahaja bungkusan itu, hati rasa berdebar semacam. Perlahan-lahan, aku melihat isi nya. Ada sekeping cd dan surat di dalam nya. Segera aku buka lipatan kertas itu.


Hai mr adha,

I believe you can guess who i am... I sent you a very intresting ‘movie’ for you to watch...
Actually, I was planning to commercialize it... But, let’s make the process a bit intresting, ok? And i want you to participate...
Your task is watch the movie, then tell me, whether i need to commercialize it or not. If you like it and you think it can makes money, say yes by keep contacting your beloved fiancee. Or, if you think you are kind of superhero or sumtin’, to save your beloved baby sister, let go Nurul Basyirah. Atau dalam bahasa melayu kita, ‘PUTUSKAN PERTUNANGAN’ between you and her. Tak susah kan? Buat lah pilihan....
Jangan pikir kau boleh tipu aku tentang hubungan kau dengan Syirah. Mata aku sentiasa ada dengan dia. Aku tau apa yang terjadik pada dia siang malam... She wasn’t really happy with her breakfast meal today... If you are intrested to know la...
Aku dah warning kau, aku takkan lepaskan kau! Sekarang kau pilih. Dibah atau Syirah.. Oh ya, aku dengar, Dato’ Syukri sufferred from a cronic heart disease kan? Mm, kesian.. Aku tak rasa dia boleh absorb too much pressure kan? Satu lagi aku nak ingatkan, kalau Syirah tau pasal semua-semua nih...., kau cuba main kotor..., tau lah apa yang akan terjadik.... Dia pon sorang-sorang kat sana.. Tak susah rasanya... Hahaha..
Now, aku rasa the game will be very intresting... I give you 1 whole week to think. Make your decision....


Aku tarik nafas dalam. Mengucap panjang. Menenangkan hati yang gundah. Terasa ada sedikit kekuatan, aku lantas meletakkan cd ke dalam ruang cd di komputer. Tidak lama, keluar windows kecik berisi kiraan count down bermula daipada nombor 5. hati berdebar melihat apa yang bakal aku saksikan. Tiba sahaja nombor 1, skrin gelap sejenak. Aku mula dengar bunyi-bunyi yang tidak enak. Jantung berdengup kencang, Tuhan sahaja yang tahu. Agaknya, kalau lah kat jantung nih ada pintu untuk keluar masuk, degupan jantung nih je dah boleh bukak pintu tuh seluas-luasnya. Sedikit demi sedikit, kegelapan kian hilang. Aku dapat saksikan dua pelakon utama. Seorang lelaki, seorang perempuan. Lokasi aksi, di dalam bilik. Di atas katil. Tak susah untuk aku mengagak, bentuk ‘drama’ yang akan terpampang. Aku dekatkan wajah ke skrin. Hanya untuk melihat pelakonnya.
Damn it! Meja aku ketuk kuat. Mengusap muka yang terasa panas. Shit!
Dibah.....
Lelaki nya pula, tah budak lelaki mana. Aku sendiri tak kenal..
Segera aku matikan monitor.
Sial betul dia nih.... Dia dah dadah Dibah, lepas tuh dia bagi kat jantan tah mana-mana.. Buat filem lucah... Memang sial!
Mata terasa merah-merah menahan marah. Aku beristighfar lagi. Bersandar ke kerusi pejabat ku itu. Tarik nafas dalam.
Apa yang aku nak buat nih... Kalau btol dia publish movie sial nih, memang malu Dibah seumur hidup. Pak Ngah? Mak Ngah? Mana diorang nak sorok muka... Tapi, takkan aku pulak yang kena berkorban.... Takkan aku kena lepaskan Syirah... Betul ke dia tau semuanya pasal Syirah. Kalau aku buat bodoh je.... ?
Telefon segera aku capai.
Message. New message.

Askm. Cayang, morning! Sihat pagi nih? Breakfast apa pagi nih? Sedap tak?

Laju aku menaip dan menghantar kepadanya. Cepat Syirah.... Balas cepat....
Aku lantas duduk. Mengetuk-ngetuk meja.
Berbunyi sahaja telefon ku menandakan ada mesej yang masuk, kelam kabut aku membukanya.

Wslm. Hai awak! Sihat je.. Breakfast kuih pagi nih. Beli kat kantin. Awak tau tak..., kuih lopis saya beli dah basi.... nasib baik gigit sket je... Ei..... Geli... Kurang ajar btol diorang nih jual makanan yang dh tak elok..

Nafas terasa berhenti. Memang dia tak berdusta. Dia tahu semuanya. Sapa pulak yang jadik spy dia kat sana.. Aku tepuk dahi.
Takkan aku terpaksa memilih. Antara keluarga dan kekasih... Syirah langsung tak bersalah dalam hal nih. Kenapa aku? Kenapa dia? Kenapa kami?
Tanpa aku sedar, ada air yang jatuh ke pipi....

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Airmata yang jatuh aku kesat dengan lengan. Sudahlah wahai hati.., jangan lah kau menangis lagi...
Aku memujuk diri sendiri. Mengelamun menghadap ke luar jendela.
Masuk hari ini, sudah 3 hari aku terputus hubungan dengan Adha. Tiap kali aku menelefon, tak pernah berangkat. Kadang-kadang, dia matikan terus talian. Bila telefon ke rumah, memanjang tak ada.... Aku tanya dengan umi, katanya, Adha tak ada apa-apa. Semuanya ok. Macam biasa. Tiada perubahan. Aku pun tanak susahkan hati orang tua tuh...
Kenapa? Apa yang terjadik. Tiba-tiba, dia menjauhkan diri daripada aku..
Mesej pun satu pun tak berbalas. Kenapa dengan dia? Aku buat dosa apa? Dia marah aku ke? Kalau marah, kenapa tak bagitau, kat mana aku buat silap....
Ding Dong! Tiba-tiba loceng berbunyi. Aku diam sejenak, berfikir-fikir, agaknya siapa yang datang malam-malam buta macam nih..
“Assalamualaikum.... Kak Syirah..., amy nih..”,Perlahan aku dengar suara itu.
Aku segera mengesat airmata. Segera, aku bangun ke pintu. Membuka pintu.
“Sorry kacau akak malam-malam macam nih...”,Aku hanya tersenyum. Membuka pintu luas membolehkan dia masuk.
“Masuk lah...”,Aku ukir senyum. Sekadar berbahasa. Tak baik pulak buat muka orang datang.
“Amy ada bawak bubur untuk akak.... . Amy masak sendiri.. Bubur speacial untuk akak.. Kakak kan demam...”,Dengan selamba, dia masuk ke dapur meletakkan bekas yang dibawanya ke atas meja. Aku sengih. Budak nih memang sweet. Ramah pulak. Melihatkan dia, membuatkan aku teringat pada Dira. Umur pun sebaya dengan Dira. Katanya, dia datang dari kampung. Marang. Anak kedua, daripada 6 adik beradik. Ibu nya dah meninggal. Ayah pula, dah ada keluarga lain. Mereka adik beradik dibesarkan kakak mereka yang sulung di kampung. Lepas je SPM, dia sambung belajar dalam peringkat sijil, dalam bidang kesetiausahaan. Kemudian, terus dia datang ke Kerteh, mencuba nasib di sini. Memang dia bernasib baik, tika itu, ada kerja kosong, sebagai admin assistant di kilang, di department aku ditempatkan. Memandangkan, di tempat aku bekerja itu, kaum hawa, hanya beberapa kerat sahaja, membuatkan, aku jadi rapat dengan nya. Mendengar kisah hidupnya pula, menjadikan aku jatuh sayang pada gadis tabah ini. Keceriaannya, walaupun hidupnya penuh dengan duka lara, membuatkan aku cukup kagum.
“Susah-susah aje Amy ni...”,
“Apa yang susah nya kak... Akak kan demam.. Mesti akak belum makan lagi kan...”,
Cekap kerjanya menyediakan bubur itu untuk ku. Sekejap sahaja, makanan itu dah terhidang di atas meja. Siap dengan airnya sekali. Terbalik dan pulak, patutnya, aku lah yang hidang dia makan. Diakan tetamu aku...
Memang aku bercuti pun hari ini. Pagi-pagi tadi, aku rasakan badan lemah semacam. Aku gagahkan ke klinik panel syarikat, dan memohon MC. Sampai ke malam, aku berkurung aje dalam rumah.
Aku sengih.
“Meh sini kak... Makan nih...”,Lantas dia menarik kerusi untuk ku. Aku senyum. Mencuit hidungnya sebelum aku duduk. Dia sengih, lantas mengambil tempat di kerusi sebelah. Perlahan-lahan, aku mula menyuap bubur nasi itu. Ikutkan hati, memang aku tak lalu makan apa-apa. Tapi, nak menjaga hati Amy yang susah payah buatkan aku bubur nih, aku lalukan jugak la...
“Akak nih, pucat je muka... Kenapa tak bermaya je nih?”,
Aku diam sahaja. Sekadar tersenyum.
“Tak ada apa lah Amy. Demam sket. Biasa la...”,Dia hanya menggeleng.
“Nih cik abang dah tau blom akak demam nih? Kalau dia tau, mesti dia risau gila..”,Ujarnya bersahaja sambil tergelak-gelak kecil. Sudu yang separuh jalan aku angkat untuk menyuap, lantas berhenti di situ. Tidak lama, aku jatuhkan semula ke dalam mangkuk. Terus pahit rasa tekak untuk menelan lagi. Sememangnya, dengan Amy lah aku selalu berkongsi cerita tentang Adha. Aku ceritakan kisah kami sejak dari kecil lagi. Dia cukup setia mendengar. Kata nya, kami sweet sangat...
Dia dah tau Amy... Akak dah mesej dia pagi-pagi lagi..., akak demam hari nih... Tapi, sampai ke malam..., dia tak buat apa pun.... Reply mesej pon tidak..
“Akak...”,Menyedari ada air yang menitik dari mata, segera aku kesat mata ku. Menolak mangkuk bubur itu ke tepi.
“Sorry la Amy. Sedap bubur Amy nih, tapi, tekak rasa kelat la...”,
Dia hanya memandang aku. Dalam ke anak mata.
“Akak..., kenapa nih? Kenapa akak menangis? Akak ada masalah ke?”,Dia merapatkan kerusi denganku. Lantas tangannya mengusap lembut bahu ku.
Entah mengapa, kekuatan yang aku pupuk sejak dua hari lepas, seolah-olah runtuh sekelip mata. Nasib baik lah, mamat nih buat hal masa weekend. Kalau lah hari bekerja, alamatnya seminggu aku MC..
“Kak Syirah...., ish..., kenapa nih...? Apa masalah akak...”,
“Akak tak tau la Amy.... Adha.., entah kenapa..., dia tak contact akak langsung. Dah tiga hari dah. Akak try mesej dia, dia tak reply. Akak call.., dia tak angkat. Akak tak paham.. apa salah akak... Tiba-tiba dia buat akak macam nih....”,Teresak-esak, sakit yang ku simpan tiga hari lamanya, aku lepaskan.
Amy hanya memandang. Aku lihat, ada air yang bergenang dalam matanya.
“Akak..., sabar lah... Mungkin..., mungkin dia sibuk kot...”,
“Dia tak pernah macam nih... Sibuk macamana pun dia..., dia takkan buat akak macam nih... Kurang-kurang, dia akan bagitau akak yang dia sibuk...”,
Amy seolah hilang kata. Dia memandangku sayu. Aku lihat, dia juga menangis. Akhirnya, dia tarik aku dalam dakapan nya.
“Sabarlah kak....”,
“Kenapa dia buat akak macam ni... Dia dah tak sayang akak ke....”,Aku meratap sendiri. Kalau lah aku boleh berinteraksi dengan Adha melalui radar yang macam ikan dolphin tu buat, soalan itu juga yang akan aku tanya....
Awak dah tak sayang saya ke.....

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘
Angin yang bertiup menampar halus wajahku. Aku dapat lihat kemeriahan malam Kuala Lumpur dari situ. Aku duduk di atas rumput itu menghirup udara malam. Sejenak, aku mengeluh.
Begitulah adilnya ALLAH, sekalipun dia turunkan pelbagai dugaan, dia datangkan juga angin, yang sedikit sebanyak, memberi ketenangan pada hati yang lara.
“Laila ha illallah....”,Aku mengucap perlahan.
Telefon bimbit di tangan, aku belek lagi.

Askm.Awak,awak bz sgt ke?Sy try cntct awk,asik xdpt je.Saya demam...Tak larat pegi keje.Kalau awak dapat mesej saya,awak call la saya.At least reply msg saya... Mm,saya rindu sangat dengan awk.. L

Aku mengeluh lagi. Aku dapat rasakan mataku panas. Umi pun ada memberitahu, Syirah banyak kali menelefon ke rumah. Mencari aku.
Aku tarik nafas dalam. Ahh Tuhan, rasa tak tertanggung penderitaan nih...
Sejenak, aku lihat wallpaper di telefon ku itu. Wajah itu tersenyum, dalam tangisannya. Memang aku paling suka gambar yang itu. Cantik sangat rasa nya dia di mata aku. Aku nampak, kehalusan jiwanya dari gambar itu. Entah macamana dia agaknya sekarang. Macamana sakit dia? Sapa yang jaga dia...? Dah makan ke? Dia menangis ke? Dia tersenyum ke?
Aku tarik nafas dalam. Hati membuak-buak nak bertanya khabar. Hati teringin sangat nak menjenguk dia. Aku rindu tawa nya. Aku rindu marah manja nya... Aku rindu segala-segalanya tentang Nurul Basyirah.
Ya Allah.....
“Syirah...., saya rindu awak... Saya rindu awak.....”,Kala itu, airmata aku gugur. Aku tekupkan muka ke lutut. Menangis teresak-esak seorang diri di situ. Hanya bersaksikan Tuhan dan ciptaan-ciptaan indahnya.
Angin..., sampaikan lah pada dia, aku rindu... Syirah.., saya bersumpah, sampai ke akhir hayat pun, hanya awak yang saya cinta....
Maafkan saya....

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Cadar ku genggam erat. Seolah-olah melepaskan tekanan di hati ku ke situ. Telefon itu aku pegang kuat-kuat di telinga.
“Aku tak tau lah Syirah.. Aku serba salah jugak nih nak bagitau kau..”,
“Cakap lah Nana.... Aku dah cukup terbeban dah nih... Tolong lah aku...”,
Aku dengar Nana mengeluh perlahan.
“Hari tuh, aku jalan-jalan dengan tunang aku kat BB.. Malam.. Dalam pukul 12 lebih...”,Dia sepi.
Ok... Kau jalan-jalan dengan tunang kau..., pastuh? Bukan itu yang aku nak tau... Kira apa aku kau nak jalan ngan tunang kau kat mana or bila....
“Aku nampak Adha...”,Terasa degup jantung, kian deras.
“Aku nampak Adha, dengan sorang perempuan...”,
WHAT?!!!!! Rasa nak terlepas telefon di tangan.
“Dia...dia..., dia buat apa Nana...?”,Aku cuba bersikap tenang. Ikutkan hati, memang aku nak campakkan je telefon tuh.
“Dia.., mm..., cane aku nak cite nih...”,
“Nana..., cepat bagitau aku!”,Tak pasal-pasal suara aku naik dengan minah nih..
“Dia peluk budak pompuan tuh, pastuh bawak masuk dalam kereta dia...”,
Mata aku rasanya memang bulat mendengar cerita itu. Aku terpempam. Aku jadi kelu.
“Syirah....”,Aku dengar Nana memanggil lembut.
“Ya Allah...”,Akhirnya, nama Yang Esa itu yang terpacul keluar dari bibirku.
“Syirah..., tapi, ini yang aku ngan tunang aku nampak... Kau cuba tanya dia.. Mungkin dia ada explaination... Aku cakap kat kau nih, sebab kau kawan aku.. Aku harap, kau dapat setel dengan dia baik-baik.... Mungkin...”,
Aku tak dengar apa lagi yang Nana katakan, kerana telefon tidak lagi berada di telinga. Entah bila lepasnya, aku sendiri tak pasti. Pelik, kerana airmata ku setitik pun tak jatuh. Aku hanya terkedu sendiri. Aku ketap bibir. Apa yang aku nak buat? Mungkin ke ini jawapan yang aku perlukan? Penjelasan untuk sepinya selama 5 hari ini... Dia dah ada yang lain? Dia..., dia dah buang aku.....
“YA ALLAH!!!!!!!!!!”,Aku meratap sayu.
Kabur-kabur, aku nampak Amy berlari-lari anak masuk ke dalam bilik ku, sebelum semuanya jadi gelap gelita....

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Suasana sepi antara kami. Aku lihat, dia hanya menunduk dari tadi. Sedikit pun dia tak angkat muka memandang aku. Aku tarik nafas dalam. Selepas apa yang berlaku malam itu, esoknya, aku terus memandu balik ke KL. Aku tak kira apa kata bos. Apa-apa pun, aku kena jugak setelkan hal nih segera... Aku tak sanggup menderita macam nih, tanpa tahu, apa sebenarnya yang terjadi antara kami... Aku nekadkan hati, aku akan bersemuka dengan dia sendiri. Aku nak tau dari mulut dia sendiri...
“Kata ada perkara yang nak dibincangkan... Apa dia..?”,Akhirnya, dia memecah kesunyian. Aku pandang wajahnya. Bersahaja. Sangat bersahaja. Seolah, tiada apa yang berlaku antara kami. Sakitnya hati, Tuhan sahaja yang tahu. Lantas aku palingkan wajah daripada menatap muka itu.
“Saya tak percaya awak boleh cakap macam tuh... Apa dia? Saya yang patut tanya awak, apa dia sebenarnya nih...?”,
Aku lihat dia mengeluh.
“Apa dia apa dia?”,
“Adha, tolong lah! Saya tak main-main, ini perkara serius ok..”,
“Ok fine.. Saya serius la nih... Apa dia?”,Ei mamat nih.. Aku koyak jugak mulut tuh kang..
“Awak sedar tak yang kita dah lama tak contact?”,
Aku lihat dia terkebil-kebil.
“Lama ke? Baru, mm..., what, 6, 7 days? Lama ke tuh...”,
Aku pasti, mulut aku memang terlopong dengan jawapannya itu. Ini bukan Adha yang aku kenal... Ini bukan Adha tunang aku... Adha aku takkan tega walau sehari tidak berhubung dengan ku. Dia takkan tahan walau setengah hari kalau tak dapat bercakap denganku..
“OK... I’m getting scared right now.. I don’t know who you are yang staying in my fiance’s body.., but please la.., get out now.. Pulangkan balik tunang saya...”,
Aku lihat dia gelak-gelak kecil.
“Saya tak buat lawak ok...?”,Serius ujarku. Memandang wajahnya bersahaja. Sejenak, tawanya hilang.
Aku tarik nafas dalam. Mengumpul kesabaran dalam sanubari.
“Nana telefon saya hari tuh.....”,
Dia sepi. Mungkin menantikan hujahku yang seterusnya.
“Dia kata, mm..., dia nampak awak kat BB..”,
Aku lihat dia seolah tersentak dengan bicaraku itu.
“Dia nampak awak peluk-peluk dengan perempuan...”,
Aku lantas sepi. Terus memandang reaksinya. Dia diam. Menekup wajahnya dengan tapak tangannya.
“Say something please....”,Aku bosan dengan kesepiannya. Dia masih sepi.
“Adha...”,
“Abis awak percaya la?”,Segera dia potong bicaraku. Aku diam.
“Saya.. saya nak explainantion dari mulut awak sendiri...”,
Dia sengih. Geleng-geleng.
“Saya tanya awak, awak percaya ke tak yang Nana cakap tuh...? Jawapannya antara ya, atau tidak...”,
Aku lantas mengeluh.
“Saya tak tau... Sebab tuh saya nak tanya awak...”,
“Cakap aje yang awak percaya yang saya ada affair lain..... Kalau tak awak takkan rush balik KL just nak jumpa saya...”,
Terasa hati panas mendengar jawapannya yang bersahaja itu. Seolah-olah, aku pulak yang bersalah.
“Abis, awak bagitau saya, cara apa yang boleh saya bincang dengan awak? Saya call awak tak pernah angkat... Saya mesej tak reti-reti nak reply....”,
Dia geleng-geleng lagi.
“Soalnya bukan tanya atau tak... Soalnya, awak tak percaya dengan saya... Awak memang syak saya...”,
“Kenapa dengan awak nih?”,Suaraku dah mula tinggi dengan sikapnya itu.
“Memang jelas lagi nyata cik basyirah, awak tak percayakan saya....”,
Mata ku mula bergenang dengan air.
“Almost one week plus, you didn’t contact me at all, you ignore me, you avoid me... Tak cukup ke reason saya nak syak awak....?”,
“Itu bukan alasan... Yang penting...”,
“Sudah la Adha!”,Aku tak tahan sabar lagi. Dia terdiam. Memandang anak mata ku dalam.
“Jangan cakap macam tuh dengan saya Syirah!”,
Aku tunduk. Sakitnya dada ni, hanya Tuhan yang tahu. Aku geram. Aku sedih. Semuanya dapat aku rasakan sekali gus. Entah kenapa, tiba-tiba, sekelip mata, aku rasakan, hubungan kami, teramatlah rapuh.....
“Satu soalan je saya nak tanya awak... Awak jawab la seikhlasnya...”,
Aku diam sejenak. Menguatkan hati, mental, emosi, untuk bertanyakan soalan itu, dan menerima, apa juga jawapan yang bakal diberikan. Tarik nafas.
“Awak..., awak... dah tak sayang saya ke? Bukan saya ke kat hati awak lagi....”,Tersekat-sekat dek esak tangis, aku kuatkan hati bertanya soalan yang sering bermain dalam fikiran ku kebelakangan ini.
Dia tunduk. Setunduk-tunduknya.
“Jawablah soalan saya Adha... Bagi saya jawapan... Jangan seksa saya macam nih...”,
Aku tarik lengan bajunya. Menangis semahunya.
Tiada bicara. Hanya kedengaran suara esak tangis aku menemani kesunyian antara kami.


“Awak..., awak... dah tak sayang saya ke? Bukan saya ke kat hati awak lagi....”,
Pedih. Pedih amat hati aku mendengar pertanyaan itu dari mulut kecil itu. Tiap esak tangisnya, menghiris hatiku. Aku tak mampu bertahan. Tunduk. Membiarkan airmata menitik.
Aku biarkan dia menarik-narik lengan bajuku. Mendamba jawapan.
Camana aku nak jawab? Sumpah, demi Allah, aku takkan tega menjawab tidak.... Sebab hakikatnya, hati ini, tak pernah rela untuk tidak mencintainya.....
“Entah la Syirah.... Saya tak tau.......”,Akhirnya, mulutku bicara perlahan. Aku tolak tangannya yang memegang bajuku.
“Saya tak tau....”,Lantas aku bangun dari bangku itu. Melangkah perlahan, meninggalkan dia yang terduduk ke tanah sejak tadi.
Maafkan aku sayang.... Hanya Tuhan yang tahu, cintaku padamu.., abadi selamanya....

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘


Kepala terasa berdenyut-denyut. Pening kepala aku semenjak dua menjak nih... Dah la hati dah memang serba tak kena dengan apa yang terjadi seminggu lepas. Umi dan ayah pula, asik membising. Dua hari lepas, abah dan ibu nya datang, memulangkan cincin pertunangan. Kata mereka, Syirah dah membuat keputusan.
Umi menangis gila. Dia kata aku kecewakan dia. Ayah mengamuk. Katanya aku malukan keluarga. Adik aku Adam pulak, kata aku tak sedar dek untung. Melepaskan permata pergi.
Ahh..... Aku dah malas nak layan semua... Cakap senang la.. Cuba rasa apa yang aku rasa... Ingat senang nak hidup dalam keadaan sekarang nih..
Tiap saat, aku terkenangkan dia. Dia datang dalam lamunan siangku, menjadi mimpi-mimpi indah malam ku. Aku hidup dengan kenangan dirinya. Senyumannya. Tawanya. Bicaranya.
Tapi, semua orang tak faham. Tak mengerti apa yang aku tanggung kat bahu nih... Tak ada sapa yang tahu, apa yang cuba aku lakukan...
Umi tak tau, betapa aku lagi kecewa dengan diri aku sendiri sebab gagal membahagiakan gadis yang paling aku cintai. Ayah tak tahu, kalau aku tak buat pengorbanan nih, betapa besar malu yang keluarga kami akan tanggung.... Adam tak tau, betapa aku menderita, melepaskan satu-satunya intan yang aku sanjung sekian lama daripada hidupku.. Semua orang tak tau...
Ya Allah, hanya Kau yang Maha Mengetahui... Kau berikan lah aku kekuatan untuk terus hidup... Kau tunjukkan lah aku jalan yang benar...

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Dia termenung jauh. Pelbagai perasaan bermain dalam fikirannya.
“Akak tak tau kat mana salah akak.... Apa dosa akak, dia buat macam nih pada akak...”,
“Hidup akak takkan sama tanpa dia, Amy...”,
“Macamana akak cuba untuk hapuskan dia dari ingatan akak, takkan pernah berjaya, sebab, akak terlalu sayangkan dia... Sayang sangat-sangat....”,
“Kalau ini yang ditakdirkan Tuhan, akak redha... Cuma, akak harapkan..., dia bahagia dengan siapa pon... Itu je harapan akak....
Bermain-main kata-kata itu di kotak fikirannya. Terbayang wajah sayu gadis itu. Betapa dia terseksa dengan apa yang terjadi.
Amy jadi sebak. Hari demi hari, dia memerhati Kak Syirah gagahkan diri bekerja seperti biasa. Dia tersenyum, dia ketawa, dia cuba bersahaja, namun, semuanya, palsu belaka. Kerana luka di hati perempuan itu, jelas kelihatan, masih berdarah.
Kenapa, semuanya harus terjadi pada Kak Syirah yang baik hati itu...
Kejamnya dunia... Kejamnya.. Mungkinkah, aku sebahagian dari dunia yang kejam itu.
“Kerja kau tak susah... Aku nak kau report je apa-apa yang terjadi pada Basyirah tiap hari. Apa cerita terbaru dia. Aku nak kau amik tau, perkembangan dia dengan tunang dia... Apa-apa kepincangan yang terjadi antara diorang, kau bagitau aku... Sehari pon aku tanak kau terlepas..”,
Itulah kerja yang diberikan padanya oleh seorang lelaki yang berjanji akan menanggung penuh perbelanjaan untuk pembedahan Aqillah, adik bongsunya yang menghidap penyakit jantung berlubang sejak kecil lagi. Dia tak pernah tahu, siapa lelaki itu. Apa niatnya... Namun, yang pasti, lelaki itu tidak berniat baik kepada Kak Syirah dan tunangnya, Abang Adha.
Tapi, aku terpaksa.... Aku terpaksa... Tanpa duit itu, aku takkan dapat selamatkan Aqillah....
Dia kesat airmata yang mengalir. Sanubari terasa berdosa amat.
Maafkan Amy Kak Syirah..... Maafkan Amy....

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

“Jom lah Syirah... Abang belanja...”,
Aku hanya tersengih. Geleng-geleng perlahan. Hai, mangkuk ayun nih...., menjadi-jadik pulak gatalnya sejak dua menjak nih... Tau-tau aje aku dah putus tunang..., lebih-lebih pulak... Tak sedar diri, anak dah 4....
Nasib baik dia pangkat bos aku je.., kalau tak, mau tercabut telinga menadah sumpah seranah aku....
“Tak apa la bos... Saya banyak kerja nih...”,
“Kerja Syirah, kan abang yang bagi... Tak apa.. Nanti saya assign kat Mail tuh...”,
Tengok tuh... Mana lah budak-budak lain tak angin ngan aku... Malaun nih la punya kerja. Kerja aku, pandai-pandai je dia bagi kat orang lain yang tak tau apa..., just nak soh aku setuju keluar makan dengan dia.... Ada ke patut...
Terpaksalah aku bersusah payah mengambil hati yang lain-lain.
Tiba-tiba, terdengar kecoh orang berlari-lari. Aku lihat, dari jauh, Amy berlari-lari dengan beg di tangan, menghampiri kami. Menangis.
“Bos..., saya..., saya perlu balik kampung... Adik saya...”,Dia tidak menghabiskan bicaranya. Aku lantas bangun dari kerusi ku. Mendekatinya.
“Kenapa nih Amy?”,Lembut tanya ku. Mengusap lembut bahunya, menenangkan dia.
“Adik kamu kenapa?”,Encik Azman bertanya.
“Adik saya sakit tenat.....”,
“Ya Allah....”,Berdebar jantungku.
Encik Azman juga nampak terkejut dengan berita itu. Lantas segera dia menurunkan tandatangan pada form yang dibawa Amy tadi.
“Amy balik kampung naik apa?”,
“Saya tunggu bas...”,
“Tak pe..., Kak Syirah hantar..... Bos, boleh bos?”,
Terpinga-pinga, dia mengangguk. Segera aku mengambil beg di dalam laci di meja ku itu.
“Mail, tolong aku setelkan projek tank tuh...”,
“Ok...ok, no problem... Drive elok-elok...”,
Aku mengangguk. Lantas menarik Amy keluar dari ofis. Sambil berjalan ke tempat parking, aku pegang erat tangannya.
“Sabar Amy... Kak Syirah ada...”,

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

“Sayangku mungkir..., pada.., kejujuranmu....”,Dia menyanyi perlahan mengikut irama lagu di walkman nya itu. Sambil itu, tangan lincah mengelap meja di sisi katil bilik Adha itu. Memang semenjak peristiwa hitam itu, Dibah lebih selesa tinggal di rumah Umi nya. Dia tak tahu, muka apa yang harus ditunjukkan pada Mama dan Papa nya. Dia tak sampai hati, melihat wajah-wajah itu. Oleh itu, dia lebih selesa tinggal dengan Umi di sini.
masyaAllah, bersepahnya bilik orang tua nih...
Terkenangkan wajah abang nya itu, dia rasa sayu. Kesian Abang Adha. Entah apa masalah dia, terjadinya semua nya. Jauh di dalam hatinya, dia tahu, Abang Adha memang terlalu sayang dengan Kak Syirah. Dia masih ingat wajah Abang Adha tika ditunangkan dengan Kak Syirah. Betapa muka dia bercahaya. Senyum, sampai ke telinga. Dia bahagia sangat tika itu. tapi, entah mengapa, tiba-tiba, begini akhirnya.
Ada jugak dia terdengar, Umi bertanya pada Abang Adha, apa penyebab terputusnya hubungan pertunangannya dengan Kak Syirah. Abang Adha hanya menjawab, “Dah tak ada jodoh, nak buat camana...”.
Dia geleng sendiri. Dia kemas-kemas barang-barang yang bersepah di atas meja kecil itu. CD-CD dikumpulkan sekali. Dia buka laci untuk menyimpan semuanya ke dalam laci itu. Asyik dia menyusun CD itu, sambil itu, melihat-lihat tajuk-tajuk CD itu. Namun, ada satu daripada yang lain-lain itu, menarik perhatiannya.
CD apa pulak nih...
Covernya hanya hitam. Tiada sebarang cover page. Lantas dia buka CD itu.
Aik..., ada surat...
Hati terasa berdebar. Rasa macam nak baca. Tapi, takut pulak nak baca rahsia Abang Adha. Namun, hati yang memberontak ingin mengetahui isi kandungan CD itu, membuatkan dia terus membuka lipatan kemas itu.

Hai mr adha,

I believe you can guess who i am... I sent you a very intresting ‘movie’ for you to watch...
Actually, I was planning to commercialize it... But, let’s make the process a bit intresting, ok? And i want you to participate...
Your task is watch the movie, then tell me, whether i need to commercialize it or not. If you like it and you think it can makes money, say yes by keep contacting your beloved fiancee. Or, if you think you are kind of superhero or sumtin’, to save your beloved baby sister, let go Nurul Basyirah. Atau dalam bahasa melayu kita, ‘PUTUSKAN PERTUNANGAN’ between you and her. Tak susah kan? Buat lah pilihan....
Jangan pikir kau boleh tipu aku tentang hubungan kau dengan Syirah. Mata aku sentiasa ada dengan dia. Aku tau apa yang terjadik pada dia siang malam... She wasn’t really happy with her breakfast meal today... If you are intrested to know la...
Aku dah warning kau, aku takkan lepaskan kau! Sekarang kau pilih. Dibah atau Syirah.. Oh ya, aku dengar, Dato’ Syukri sufferred from a cronic heart disease kan? Mm, kesian.. Aku tak rasa dia boleh absorb too much pressure kan? Satu lagi aku nak ingatkan, kalau Syirah tau pasal semua-semua nih...., kau cuba main kotor..., tau lah apa yang akan terjadik.... Dia pon sorang-sorang kat sana.. Tak susah rasanya... Hahaha..
Now, aku rasa the game will be very intresting... I give you 1 whole week to think. Make your decision....

Hatinya bergelojak. Matanya panas.
Ya Allah... Apa nih...
Terketar-ketar, tangannya mengeluarkan CD itu dari bekasnya. Dia letakkan ke dalam CD player di dalam bilik Adha itu.
PLAY.
Terbuntang matanya melihat isi kandungan CD itu. pelakon utamanya, adalah.., dia....
Maknanya, Abang Adha, Kak Syirah....
“YA ALLAH!!!!!!!!”,Dia meratap kuat....

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Umi menangis teresak-esak. Ayah picit kepala. Aku, diam. Tunduk.
“Abang ingat abang sapa? Hero? Apa yang abang buat nih...”,
Aku diam. Biarkan sekecil itu memaki hamunku.
“Dibah tak penah mintak abang korban untuk Dibah...”,
“Kau diam Dibah! Kau budak-budak lagi... Aku tau apa yang aku buat....”,
“Abang yang diam!! Dibah bukan budak-budak lagi..... Dibah lagi kenal dunia dari abang. Apa yang abang belom buat, Dibah dah try dah sume.... Buat apa abang nak sibuk-sibuk protect Dibah lagi....”,Lancang mulutnya membahasakan aku.
“Sudah la tuh Dibah....”,Umi lantas menarik dia yang menangis dalam dakapan.
“Kenapa Abang A buat sume nih Umi.... Cakap lah dengan dia tuh...., jangan buat macam nih pada diri dia... Tak payah tanggung kesalahan Dibah... Dibah tak mintak....”,
Umi memandang aku.
Shit!
Airmata ku jatuh lagi. Setelah aku bersumpah pada diri sendiri, yang aku takkan menangis lagi.
“Pak Ayah, tolong bawak Dibah pergi balai polis.. Dibah nak buat report..”,Akhirnya, dia meminta kepada ayah dalam esaknya.
“Tapi Dibah...”,Umi cuba berkata sesuatu.
“Ini salah Dibah Umi.... Biar Dibah tanggung semua nih. Biarlah Dibah yang malu.. Memang Dibah deserve.... Dah tak ada apa pada Dibah yang Dibah nak malukan..”,
“Dibah, kau jangan buat keje gila!”,Aku marah lagi budak kecik itu.
“Sapa yang gila! Dibah ke abang? Kalau abang tak kesiankan diri abang yang gila tuh, kesiankan lah kak Syirah... Dia langsung tak berdosa..... Abang ingat abang guardian angel Dibah ke..., nak buat semua nih...?”,
“DIBAH!! Jaga mulut kau tuh!”,
Ei, ikut hati nak ke aku pelempang mulut lancang dia nih...
Tapi, bila aku fikirkan, memang betul jugak apa yang dia cakap.. Bukan aku tak pernah fikir.., tapi, aku rasa.., ini tindakan yang terbaik untuk semua... Aku tau, Dibah kesiankan aku. Sebab tuh dia marahkan aku... Tapi...
“Sudah tuh... Jangan bergaduh...!”,Ayah akhirnya membuka mulut.
“Dibah nak pegi balai. Kalau pak ayah tak nak hantarkan, Dibah pegi sendiri..”,Lantas dia bangun masuk ke biliknya. Ayah aku mengeluh perlahan.
“Mah..., siap.. Awak ikut ke balai...”,Memberi arahan pada Umi. Lantas umi terkocoh-kocoh bangun masuk ke bilik.
Tinggal aku termangu-mangu sendiri. Aku lantas bersandar ke sofa. Aduh...., makin sakit kepala aku...

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Perjalanan yang mengambil masa hampir sejam lebih itu aknirnya membawa aku ke rumah usang itu. Sampai sahaja kereta ku ke tapak rumah itu, aku lihat, ramai di sekitar rumah. Hati ku berdebar. Segera aku parking kereta. Tak tunggu enjin dimatikan, Amy dah bergegas keluar. Berlari menuju ke rumahnya. Setelah aku matikan enjin, perlahan, aku berjalan ke rumah itu. Aku sedar, banyak mata yang memandang ku. Mungkin kerana aku orang asing di situ. Aku langkah berhati-hati memanjat tangga rumah itu.
“Qillah!!!! Ya Allah..., Qillah......”,Amy sedang meratap sayu, di sisi satu jasad kaku. Terbujur kaku. Bertutup dengan kain batik, hingga ke kepalanya. Berpinar rasanya mataku melihatkan keadaan itu. Kami terlewat....
Perlahan-lahan, aku terduduk di muka pintu itu. Aku pandang wajah Amy yang menangis. Meratapi pemergian adik bongsunya, yang baru berusia 7 tahun. Yang telah menyahut panggilan yang Maha Esa...
Di belakangnya, aku lihat, seorang wanita, yang aku agak kakak sulungnya lemah longlai dalam pangkuan seorang wanita yang lebih tua.
Ya Allah, berbanding dengan apa yang aku rasakan..., dugaan yang aku hadapi, terlalu jauh lebih sakitnya apa yang dilalui mereka-mereka ini..
Sungguh, aku mengucap syukur pada Allah, kerana, dugaan yang aku hadapi, tidak sesakit apa yang Amy rasakan.......

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Buat Kak Syirah yang Amy kasihi...,

Pertama-tamanya, Amy mohon seribu keampunan dari Kak Syirah dari hujung rambut hingga hujung kaki.... Amy berdosa pada Kak Syirah... Amy berdosa sangat...
Bertahun-tahun lamanya, adik Qillah menderita dengan sakit jantung berlubang tuh. Tak ada apa yang Amy mahu, selain melihat adik Qillah sembuh. Agar Amy dapat tengok dia bermain macam kanak-kanak sebaya dengan dia.. Dia nak berlari dengan kawan-kawan dia. Main kejar-kejar. Main lompat getah. Tapi, dia tak pernah mampu untuk buat semua tuh... Tiap kali melihat dia menangis tak dapat main dengan kawan-kawan dia, Amy sedih dalam hati. Amy rasa terhiris.

Sebab tuh..., Amy berusaha keras carik rezeki, untuk carik jalan pulihkan Qillah. Doktor penah cakap, kalau Qillah jalani pembedahan, kemungkinan besar, dia boleh pulih seratus peratus nya. tapi, kos untuk pembedahan tuh, terlalu tinggi. Memang Amy tak pernah bermimpi, Amy akan dapat duit sebanyak tuh... Itulah hakikat dunia yang tak adil untuk kami orang miskin. Amy rasakan, kenikmatan dunia, hanya untuk orang berduit. Untuk kami, semuanya susah. Tapi, sejak tau, Amy tekad, untuk berusaha membolehkan Qillah jalani pembedahan tuh. Tak kira apa cara sekali pun...

Pada masa-masa Amy memang mencari-cari peluang, tiba-tiba, ada lelaki datang. Katanya, dia boleh bantu Amy... Katanya, dia boleh tanggung perbelanjaan pembedahan tuh.. Tapi, ada kerja yang Amy perlu lakukan untuk dapatkan ganjaran tuh... Kerjanya, tak susah. Hanya perhatikan seseorang dan bagitau tiap tindak tanduk dia, apa yang terjadi dalam hidupnya seharian, kepada lelaki tuh... Orang yang Amy kena perhatikan tuh.., adalah Kak Syirah...

Amy memang tak tau apa niat lelaki tuh.. Tapi, Amy tau.., memang dia berniat tak baik pada akak. Sebab, dia banyak kali pesan, kalau ada perubahan dalam perhubungan kita, seolah-olah tahu sesuatu tentang ini dan cuba jauhi Amy, atau akak seolah-olah berhati-hati dan rahsiakan apa-apa dari Amy, dia suruh bagitau cepat. Katanya, ada pengajaran yang harus diberi pada Abang Adha... Tiap kali Amy bagitau, akak ada masalah dengan Abang Adha, dia akan ketawa. Dia kata dia puas hati.. Itulah kerja Amy. Tiap hari, Amy rapat dengan akak, Amy tanya apa yang terjadi dalam hidup akak. Amy dengar luahan hati akak. Dan malam hari, semuanya, Amy ceritakan pada dia... Dia kata, kalau dia tahu, walau sikit pun Amy tipu dia, atau cuba sembunyikan apa-apa, dia ugut untuk tarik balik bantuan pembedahan tuh..

Amy tau, akak mesti takkan dapat maafkan Amy setelah dengar apa yang Amy buat. Tapi, kalau ada ruang, Amy nak mintak ampun pada akak. Amy terdesak. Amy terdesak untuk menyelamatkan nyawa Qillah...

Tapi, setelah apa yang terjadi, Amy sedar, mungkin, ALLAH tak berkati cara Amy selamatkan Qillah. Dia ambil Qillah dari kami semua, sebelum sempat pun, dia jalani pembedahan tuh.. Membuka mata Amy, nyawa Qillah, bukan di tangan lelaki tuh, tapi, TUHAN penentu segalanya. Sekarang, Amy dah berdosa dengan Kak Syirah dan Abang Adha, tapi masih tak dapat selamatkan nyawa Qillah... Amy rasa, dalam satu masa, Amy dah hilang dua orang yang Amy sayang.... Qillah, dan Kak Syirah...

Amy tak mintak Kak Syirah maafkan Amy. Sebab Amy tau Amy terlalu hina untuk kemaafan tuh, tapi, Amy mintak, Kak Syirah binalah semula hubungan akak dengan Abang Adha... Amy tak tau apa yang sebenarnya, tapi, Amy tau, Abang Adha tersepit. Dia sayangkan Kak Syirah, Cuma, dia terpaksa memilih yang lebih penting... Bagilah peluang untuk bina kembali mahligai impian akak dengan Abang Adha..

Kalau lah ada sesuatu yang Amy mampu buat untuk tebus kesalahan Amy untuk masa sekarang nih, ialah mendoakan kebahagiaan akak hingga ke akhir hayat akak.... Amy rela, kalau TUHAN ambil semua kebahagiaan yang tertulis untuk Amy dalam hidup nih, dan turunkan semuanya kepada akak... Sebab, satu yang tak palsu, Amy memang anggap Kak Syirah macam kakak Amy sendiri..

Maafkan Amy..


Salam sayang,
Amy


Aku kesat airmata yang meleleh laju ke pipi. Surat yang baru aku terima itu benar-benar menyentuh hati ku. Office boy yang menyerahkan surat tadi juga memberitahu, Amy dah berhenti kerja. Dia hantarkan surat peletakan jawatannya, sekali dengan surat yang mahu disampaikan kepadaku.
Aku tak pasti, apa perasaan aku kala ini. Marah kah? Benci kah? Sedih kah?
Terbayang-bayang, senyumannya. Bicara manjanya. Juga terkenang ratapannya di jasad kaku Aqillah. Wajahnya yang mengukir senyum ketika menghantar aku ke kereta, setelah jenazah selesai diuruskan hingga ke liang lahad.
Amy....
Lantas, aku ambil handset di atas meja.

New message.

Askm.Amy,akak dah dapat surat Amy.. Aku tak tau nak kata apa.. Sedih hati akak.. Akak rasakan dugaan yang akak alami,memang menyakitkan.Kehilangan seseorang yang kita sayang, memang menyakitkan.. Sangat sakit. Untuk hidup dengan hakikat, yang dia bukan lagi sebahagian dari hidup,adalah penyeksaan yang tertahan rasanya.Kan?Sebab tuh, akak nak bagitau Amy, cukuplah sekali kita kehilangan. Akak tak mampu kehilangan sekali lagi.Amy ingat selalu,bila-bila Amy perlukan seseorang,akak sentiasa ada di sisi Amy.Walaupun kita jauh..,akak sentiasa ada di hati Amy.Amy tak pernah hilang akak.. Amy tetap adik akak..Ingat tuh selalu..

Setelah selesai mesej itu aku taip, aku tekan butang untuk menghantar mesej itu kepada nya. Sejenak, aku tersenyum. Rasa tenang, dengan tindakan ku itu. Biarlah, yang lepas, biarkan lepas. Aku tak mahu menyimpan dendam.
Tiba-tiba, wajah itu muncul dalam fikiranku.
Adha.......

... Amy tak tau apa yang sebenarnya, tapi, Amy tau, Abang Adha tersepit. Dia sayangkan Kak Syirah, Cuma, dia terpaksa memilih yang lebih penting... Bagilah peluang untuk bina kembali mahligai impian akak dengan Abang Adha..

Kata-kata Amy dalam warkah itu membuatkan aku berfikir panjang.
Patutkah aku memberi peluang? Yang lebih penting, adakah dia masih lagi di hati ku?

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

“Sadaqallah al azim....”,Lantas aku cium perlahan surat Yassin yang aku bacakan di sisi Pak Ngah di dalam ICU itu. Aku memegang erat tangan Pak Ngah yang kaku tak sedarkan diri.
Memang semuanya seperti yang aku jangkakan dari awal, Pak Ngah tak akan dapat menerima. Akibatnya, sebaik sahaja Dibah menceritakan apa yang berlaku pada Mama dan Papa nya, terus sahaja orang tua itu diserang strok. Hingga ke hari ini, Pak Ngah koma. Aku tarik nafas dalam. Serabut fikiranku. Aku kah yang bersalah..?
Walaupun Hafiz telah berjaya diberkas polis melalui laporan Dibah. Menanti hari perbicaraan. Kata ayah, mungkin aku juga akan dipanggil ketika hari perbicaraan. Tak kiralah, asalkan si bangsat tuh mendapat balasan yang setimpal. Tapi, keadaan takkan sama.. Sebab kelalaian aku, Pak Ngah jadik maca nih...
Silap aku kerana meletakkan CD tuh merata-rata... Ahh..., bodoh!
Aku bangun perlahan. Menolak pintu ICU itu dan keluar. Ingin mengambil angin, menenangkan hati yang gundah dan gelisah.
Aku lihat, Mak Ngah duduk tenang di kerusi yang disediakan. Matanya mengamati televisyen yang tergantung di atas itu. Tapi, aku tahu, fikirannya melayang entah ke mana.
Hati jadi sebak melihat wanita itu. Langkah aku atur, untuk meninggalkan dia bersendirian. Tetapi, hati ingin berbicara dengannya. Menyatakan betapa aku rasa bersalah atas apa yang terjadi. Ingin aku cium kaki nya memohon keampunan. Lantas, aku berpatah.
“Mak Ngah....”,
Mak Ngah seolah baru tersedar dari lamunan yang panjang. Dia lantas membetulkan duduknya. Tunduk.
“Mak Ngah dah makan? A’a nak turun bawah jap.. Nak pesan apa-apa..?”,Lembut tanyaku.
Dia sekadar menggeleng.
“Tak pe lah A.. Mak Ngah tak lalu... Kau pegilah makan...”,
Aku tarik nafas dalam.
“Mak Ngah..., A’a...”,Teragak-agak aku untuk meneruskan kata. Aku lihat Mak Ngah mamalingkan tubuhnya menghadap aku. Aku lihat wajahnya, terasa berat amat.
“A’a... mintak ampun Mak Ngah.... A’a yang bersalah... I’d failed to fulfill my responsibility... A’a kecewakan semua orang... A’a buat semua orang sedih... A’a buat Pak Ngah jadi macam nih... A’a mintak ampun Mak Ngah...”,
Lantas tangan tua itu aku capai dan aku tunduk mengucup tangannya. Aku dengar Mak Ngah teresak-esak menangis.
“Ampunkan A’a Mak Ngah....”,Aku ucap sekali lagi. Aku tahan airmata daripada jatuh. Setelah apa yang terjadi dalam hidupku beberapa ketika ini, hati terasa kebal gila daripada menitiskan airmata. Aku lelaki, aku kena kuat... Kalau aku menangis, sapa yang akan jadik kekuatan untuk yang lain...
“Kalau lah Mak Ngah boleh buat wish, Mak Ngah mintak pada Tuhan, bagi Mak Ngah anak lelaki macam kau Adha....”,Dan Mak Ngah tarik aku dalam dakapannya. Kala itu, aku kalah lagi. Terasa panas pipi ku tika setitis air jatuh dari mata.
“Thanks for everything you’ve done for us... Mak Ngah bangga beranaksedara kan kau..... Terima kasih...”,
Kala itu, rasa beban yang aku tanggung selama ini, terasa seperti terbang melayang-layang ke langit. Sebagaimana DIA turunkan dugaan untuk aku, terasa seperti itu juga lah, dia angkat satu-satu daripada bahu ku. Terima kasih ya Tuhan... Terima kasih atas RahmatMu.....
Aku diam dalam dakapannya. Terasa tenang duduk dalam dakapan ibu itu.
“Syirah....”,Tiba-tiba dia longgarkan dakapannya. Tersentak aku mendengar nama itu disebut Mak Ngah tiba-tiba. Aku pandang Mak Ngah. Aku lihat dia memandang ke satu arah. Lantas aku berpaling.
Aku terus berdiri. Melihatkan dia di situ berbaju kurung. Cepat-cepat aku mengesat mata yang basah.
Aku lihat, dia teragak-agak memandang aku. Perlahan, dia berjalan melepasi aku. Bersalaman dan berpelukan dengan Mak Ngah.
“Boleh Syirah tengok pakcik, makcik?”,Mak Ngah mengangguk-angguk. Mak Ngah menolak aku perlahan. Aku faham maksudnya, mengarahkan aku menemani Syirah. Lantas aku berjalan ke wad ICU itu. Dibontoti Syirah.
Ya Tuhan, apa pula percaturanMu kali ini..

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Surat Yassin yang selesai aku baca aku letakkan semula ke meja berhampiran. Aku lihat wajah Pak Ngah yang pucat di atas terbaring kaku di atas katil itu. Dengan wayar-wayar yang bersirat tersambung ke tubuhnya.
“Pakcik, Syirah datang.... Pakcik cepat sihat ye... Banyak yang Syirah nak mintak pendapat pakcik...”,
Sememangnya aku pernah berbincang-bincang dengan Pak Ngah Adha ini. Kerana, dia juga dari aliran engineering. Jadi, banyak pendapat dari pengalamannya yang boleh aku jadikan iktibar. Aku lantas mengangkat beg, meletakkan di atas bahu. Sejenak, aku lihat, lelaki yang duduk di sisi bertentangan dengan ku ini asyik memandang aku. Dada jadik berdebar kencang.
“Mm..., saya balik dulu lah...”,Seolah baru tersedar dari lamunan, dia lantas berdiri.
“Ar..., ok.. Saya hantarkan awak ke bawah...”,
“Eh, tak apa lah... Saya turun sendiri je..”,
“Tak ape lah...,saya memang nak ke kantin pun. Belikan makanan untuk Mak Ngah, dari pagi tadi dia tak makan...”,
Aku sekadar mengangguk. Kalau begitu katanya, apa lagi yang boleh aku katakan. Lantas kami keluar daripada bilik itu.
Terasa janggal pula berjalan dengannya. Hati nih dok berdebar macam nak terkeluar jantung...
“Syirah datang sorang je ke?”,Akhirnya dia memecah kesunyian.
Aku hanya mengangguk-angguk. Aku pandang wajahnya sejenak.
“Mm..., kalau awak tak keberatan, saya nak bercakap dengan awak sekejap...”,Kata-kata itu membuatkan jantung rasa nak gugur. Alamak, camana nih.. Aku tak bersedia lagi nak berkonfrontasi dengan dia..
Tapi, ajaibnya, kepala aku hanya mengangguk. Aku telan air liur.
Aduhai..... Tuhan, Kau tunjukkan aku jalan yang benar...


Kami berjalan perlahan ke taman yang seciput di kawasan HUKM itu. Dari tadi, dia hanya mengikut aku dari belakang.
Ok, relax Adha... Hari nih, kau kena setelkan semuanya... Terima dengan hati yang terbuka.. Ingat...., semua yang terjadik tuh..., ada hikmahnya...
“Kita dok sini bleh?”,
Aku lihat, dia mengangguk lagi. Aku lantas senyum. Mengambil tempat di bangku berhampiran. Perlahan-lahan, dia duduk di sebelahku. Aku tarik nafas panjang.
“Bila balik KL?”,Cuba memulakan perbualan. Kang terus-terus masuk tajuk kang..., kekok pulak rasanya... Kita bagi mukadimah dulu..
“Jumaat...”,Aku angguk-angguk dengan jawapannya yang ringkas.
“Syirah..., sebenarnya, banyak benda yang terjadik..”,
“Saya dah tau semuanya... Umi awak dah ceritakan pada saya...”,
Aku tersentak. Ok, sekarang, point aku nak cakap dah tak de. Menda yang patut aku cakap, umi aku dah ‘tolong’ cakapkan..
“Owh.... Bila jumpa umi?”,
“Semalam, umi awak datang rumah...”,
Aku mengangguk lagi.
“Saya..., mm..., saya mintak maaf dengan awak atas apa yang berlaku... Saya tak tau apa yang patut saya cakap. Saya tau, awak mungkin takkan maafkan saya.. Menjadikan awak mangsa untuk semua nih... Saya rasa, itu yang terbaik yang boleh saya buat untuk menyelamatkan keadaan. Saya kena pikir dari semua pihak... Jadi, saya pikir, saya terpaksa berkorban... Saya mintak maaf sekali lagi. Saya tahu, selepas apa yang saya buat, memang saya tak layak untuk awak....”,Panjang berjela aku berceramah. Mulut asyik bercakap, tanpa melihat langsung reaksinya.
“Sakit kan, Adha..?”,Tiba-tiba suara halus itu memotong percakapanku.
Aku lantas terkedu.
“Arr...?”,Memandang wajahnya. Aku lihat matanya dah basah dengan airmata. Alahai, nih yang aku lemah nih... Aku memang tak boleh nak tahan kalo tengok makcik nih menangis..
“Mesti sakit rasanya tanggung semua nih sorang-sorang kan?”,
Aku ternganga mendengar pertanyaan itu. Tiba-tiba, pertahanan diri yang aku bina selama ini hancur sekelip mata. Sebaknya hati, tak terkata. Tak tertahan-tahan rasanya.
Lantas aku menekup wajah dengan tapak tangan. Aku menangis lagi. Sejenak, aku mengangguk-angguk.
“Kesian awak..., tanggung semua nih sorang...”,
Aku dapat rasakan tangannya memegang hujung lengan baju ku. Seolah memujuk aku.
“Sakit.... Sakit sangat.. Saya rindu dengan awak... Macam nak mati saya rindu dengan awak... Tapi, saya tak mampu buat apa-apa... Saya tersepit.. Kalau boleh saya bunuh si Apiz yang buat saya terpaksa berpisah dengan awak, berjauhan dengan awak, melukakan hati awak, saya nak buat... Tapi, tak boleh... Tak boleh... Saya tak tau apa patut saya buat.... Saya rindu dengan awak......”,Macam budak darjah satu, aku menangis tersedu-sedu meluahkan apa yang aku rasa. Meluahkan apa yang aku pendam. Sepanjang terjadinya tragedi hitam ini, inilah kali pertama aku dapat meluahkan apa yang aku rasakan pada seseorang. Inilah pertama aku tak perlu menjadi kuat. Tak perlu berpura-pura.
Aku dengar, dia juga tersedu menangis.
“Saya mintak maaf.... Saya mintak maaf sebab biarkan awak hadapi semua sorang diri... Saya mintak maaf sebab pentingkan diri sendiri.... Saya mintak maaf sebab tak ada di sisi awak, ketika awak perlukan saya....”,
Bertambah sayu hati ku mendengar bicara dia itu. lantas aku kalih memandangnya.
“Saya sayang awak Syirah... Tak pernah sedetik pun dalam hidup saya, saya berhenti sayangkan awak... Saya tak pernah rela lepaskan awak... Saya sayang awak, sangat-sangat....”,Genggaman nya kian kuat.
“Saya tau sayang... Saya tau... Salah saya tak paham dari awal.. Saya mintak maaf.... Saya sayang awak jugak... Lepas nih, saya akan sentiasa ada di sisi awak... Saya takkan biar awak hadapi masalah sorang-sorang... OK...? Syhh....”,Dia memujuk aku..
“Tolonglah...., jangan tinggalkan saya... Maafkan saya...”,Aku merayu lagi.
“Saya takkan tinggalkan awak... Saya tak pernah tinggalkan awak... Saya ada kat sini.. Kat hati awak...”,Aku pandang anak matanya. Melihat keikhlasan cintanya. Ya Allah, sungguh, aku bersyukur kerana Kau ciptakan si Hawa ini untuk ku....
“Sudah tuh, jangan menangis... Tuh kucing tuh tengok tuh.. Malu lah..!”,Dia mengusik aku. Aku lantas tertawa. Mengesat airmata yang mengalir macam paip pecah sejak tadi.
Dia turut tertawa. Mengeluarkan tisu daripada beg nya.
“Nah..., lap hingus tuh... Buruk!”,
Aku ketawa lagi. Dah lama rasanya tak ketawa dengan sepenuh hati macam nih...
“Eleh..., cakap orang.., dia pun sama!”,Dia jelir lidah.
“Kita Miss Universe..., tak apa. Dalam rupa apa pon..., orang nampak cantik...”,Sempat lagi nak loyar buruk dengan aku tuh...
Aku senyum. Lantas handset aku keluarkan daripada poket. Sekali lagi, menangkap wajahnya yang sembab menangis, tapi ada senyuman manis di bibir. Dia sengih. Turut mengeluarkan handsetnya dari beg, dan snap gambar aku.
“Nih hantar kat internet best nih...”,Ujarnya mengusik aku. Aku sengih.
“Syirah.....”,
“Mm...”,
“Terima kasih...”,Aku pandang wajahnya dalam. Dia senyum.
“kasihmu diterima.....”,
Aku lantas tersenyum bahagia. Syukur Tuhan... Syukur...

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

“Aku terima nikahnya, Nurul Basyirah binti Basri dengan maskahwinnya lapan puluh ringgit, tunai...”,
“sah?
“Sah...”,
“Sah....”,
“Alhamdulillah.....”,
“Bismillah...”,Semua yang hadir, mengangkat tangan berdoa, bersyukur dengan izin-Nya menyatukan dua hati ini.
Selepas tiga bulan peristiwa berdarah yang hampir memutuskan hubungan kami itu berlalu, akhirnya, kami membuat keputusan untuk bernikah. Abah dan ibu, juga umi dan ayah, tidak mahu berkompromi lagi. Kata mereka, nanti jadik macam-macam lagi, kalau bertunang lama sangat...
Aku terus sahaja bersetuju, bukan apa, aku memang tak sanggup, kehilangan Adha dari hidupku..
Dira kesat airmata yang jatuh dari bibir mataku.
“Kau nih, tak abis-abis menangis lah...”,Aku gelak kecil. Mengangkat wajah, memandang suami kesayangan ku itu menunaikan solat sunat seorang diri di bahagian depan masjid. Aku senyum sendiri.
Selesai sulat sunat selepas nikah, dia dan ditemani beberapa orang ahli keluarganya, datang menhampiri kumpulan kami. Dada bertambah berdebar. Aku hanya mampu tunduk, memandang baju nikah putih yang aku gayakan hari ini.
Bila dia betul-betul berada di hadapan, aku angkat wajah. Entah mengapa, rasa takut benar, macam tak pernah lak jumpa dia..
Lantas, salam yang dihulur segera aku sambut, dan kucup perlahan tangan itu. terasa ada sesuatu yang mengalir di sanubari. Rasa dimilikki. Rasa memilikki. Ketika aku angkat wajah selesai bersalaman, lantas dia memegang kedua belah pipiku, sebelum mengucup dahiku lembut.
“Stay, stay... Amik gambar...”,
Aku tersengih malu. Hampeh betul... Suruh stay dalam gaya-gaya gini pulak.... I tak biasa lah..
“I love you..., miss universe..”,Tiba-tiba aku terdengar bisikan halus itu di telinga. Aku pantas mengalih wajah memandangnya. Tersenyum. Cepat-cepat dia tarik aku semula untuk gaya tadi. Bagi peluang ‘wartawan-wartawan’ hiburan tuh amik gambar....
“Love you too, three, four....., forever..”,Lantas aku bula bicara perlahan.
Sungguh, aku bahagia... Alhamdulillah, akhirnya, aku dapat menjadi isterinya yang sah...Betul lah kata orang tua-tua, kalau dah jodoh, tak ke mana... Biarlah badai yang datang menganggu... Kalau itu jodoh yang Tuhan tentukan, dia jugak akhirnya..
Abang, semalam, hari ini, esok, bila-bila pun, hanya abang di hati......


THE END.

Jumaat, 8 Jun 2007 di 10:53 PG

1 Comment to "Dialah Di Hati II"

Posted by Tanpa Nama ( 5 Ogos 2007 pada 3:48 PG )

Besh..memang besh..
Layan jerr citer neh..