Dialah Di Hati

DIALAH DI HATI

Suasana kelas hingar-bingar. Almaklum sahajalah, hari terakhir persekolahan. Selepas ini, masing-masing akan meneruskan pembelajaran ke peringkat menengah pula. Entahkan berjumpa lagi, entahkan tidak. Pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang lepas, mungkin akan melanjutkan pelajaran ke asrama penuh atau MRSM. Yang lain pula, tidak juga semestinya di sekolah yang sama.
“Cepat lah wei..! Kita amik gambar sekelas. Cepat! Semua masuk!”,Nana, selaku ketua kelas, dan pelajar paling becok dalam kelas itu menjerit-jerit memanggil sahabat yang lain. Tidak susah memanggil sahabat-sahabat sekelasnya itu. Sekejap sahaja, semuanya telah berkumpul di hadapan kelas.
Basyirah lantas mengambil tempat berdiri di belakang.
“Tak muat la.. . Rapat-rapat sikit..”,Pelajar kelas sebelah yang diminta untuk mengambil gambar itu mengomel.
“Budak laki naik atas kerusi la.. . Cepat-cepat..”,
Lantas semuanya bergerak mengubah kedudukan.
“Wei., kau tepi! Aku sini...”,Dalam kekecohan itu, salah seorang daripadanya, Khairul Adha, menolak sahabatnya ke tepi sedikit.
“Aku sampai dulu.. . Kau carik tempat lain...”,
“Tak paham-paham? Aku je boleh duduk belakang Syirah! Dia kan awek aku!”,
Zamri yang dihalau ke tempat lain itu membebel sendirian. Dengan cebik di mulut, dia beralih. Syirah menoleh ke belakang. Adha sengih. Kenyit mata. Syirah jeling.
“Mengada!”,Maria di sebelah tersengih-sengih. Apa tidak, satu kelas dah sedia maklum, si Adha, budak nakal hensem tuh, memang gilakan si Syirah. Tak abis-abis menyakat si Syirah. Sesapa kacau Syirah, memang carik pasal dengan Adha dan konco-konconya! Pernah dulu Andrew, budak kelas 6 Aman mengusik Syirah, dapat penumbuk free sebijik dekat mata.
“Ok...ok, ready semua! Satu, dua, tiga!”,KLIK!
“ADHA!”,Syirah menjengilkan matanya yang tak berapa nak bulat. Adha sengih comelnya. Suka melihat gadis idamannya itu marah kepadanya.
Hehe.., sah-sah dia mengamuk. Mana tak, dalam gambar tadi, sempat aku letak muka aku sebelah dia! Rapat plak tuh!! Baru le nama gambar boypren-girlpren!
“Nana.., nanti kau cuci gambar tadi untuk aku sedozen tau!”,Afiq dan Man, kawan baik Adha yang sekepala hantu dengannya gelak kuat. Dan selamba, dia berlalu meninggalkan Syirah terpinga-pinga kegeraman. Terkebil-kebil matanya menahan marah. Ei, tak boleh jadik! Tak puas ati gini!
“Ei Adha! Kenapa kau buat macam tuh!”,Dia menarik lengan baju Adha yang dilipat kemas sampai ke siku.
“Jangan la marah cayang! Biasa le tuh... . Kenangan..”,
Syirah menjeling tak puas hati.
“Syirah, kau jangan jeling-jeling aku cam tuh la. Terasa lemah lutut nih.. . Manis sangat!!”,
“Ei, budak gila!”,
Lantas dia berpaling ingin berlalu. Tetapi, entah mengapa, jauh dalam hati kecilnya, dia terasa berbunga.
“Eh Syirah!”,Tangan Syirah ditarik cepat.
“Apa nih! Lepas la..”,Dia cuba tarik tangan daripada pegangan kejap lelaki itu.
“Syirah..., kalau kita tak jumpa lagi lepas nih, kau rindu kat aku tak?”,
“Dalam mimpi kau la!!”,Kasar Syirah menjawab. Namun ternyata, di hatinya, lain jawapannya.
Rindu? Mm.., buat apa nak rindu budak singkat pikiran ni! Nanti jumpa jugak dekat-dekat ngan umah tuh! Bukannya jauh umah aku dengan dia...
Dia lihat wajah Adha berubah. Masam. Ini bukan wajah biasa Khairul Adha.
“Maknanya, kau tak rindu aku la?”,
Syirah pandang lama wajah itu. Kenapa pulak dengan budak nih?
“Tak! Tak paham bahasa ke?!”,
Lantas ditarik kuat tangannya dan berlalu pergi. Sempat dia menoleh ke belakang semula. Adha memandangnya sayu, kemudian tunduk memandang lantai. Kecewa!

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

KRINGGG!!!!!! Loceng jam itu berbunyi kuat. Aku lantas terjaga. Duduk!
“Wei, nak kasik aku mati ke kejut cara itu?!!”,Dengan belum gosok gigi lagi, aku menjerit memarahi adik perempuanku yang tergelak-gelak sambil menutup ‘jeritan’ jam loceng yang hampir membunuhku tadi.
“Bangun lah! Kau nih tidur macam orang mati tau!”,
Aku merengek perlahan. Menggaru-garu kepala yang tak gatal. Membuatkan rambutku yang sememangnya dah cukup serabai menjadi lebih serabai.
“Pukul bape dah ni?”,
“Pukul 12 tengah hari tuan puteri Basyirah! Bangun! Banyak kau punya lawa! Tidur sampai tengah hari buta!”,Adikku membising lagi.
Aku lantas menyelak gebar. Mencebik.
Dengki la tuh! Kasik can la..nak qada’ tidur..
Sememangnya, sejak aku pulang dari kampus tiga hari lepas, kerja aku tak lain, daripada membute. Kononnya, menggantikan tidurku yang tidak cukup selama aku mengambil peperiksaan akhir universiti lepas. Memikirkan pasal universiti, selepas ini, aku bukan lagi bergelar penuntut. Dengan berakhirnya sem itu, maka berakhirlah kehidupanku sebagai penuntut universiti. Bila ingat-ingat, rasa sedih pulak nak meninggalkan campus’ life... . Lepas nih, aku bukan penuntut lagi, tapi, pekerja, eh..cop, belum lagi, sekarang ni, aku penganggur!
“Ya Allah minah ni! Dah le bangun lambat, dah bangun, berangan plak! Sambung mimpi ke apa nih!”,Adikku membising lagi.
“Ei!! Blah la! Menyibuk je kau nih...”,Lantas aku bangun mencapai tuala ungu ku yang tergantung kemas, dan aku melangkah ke bilir air.
“Akak!”,Aku dengar adikku menjerit pula dari luar.
“Pemenda? Aku nak mandi la nih!”,
“Aku nak kuar dengan Johan ni! Kau duduk rumah tau! Ibu nak balik awal hari ni! Karang tak ada orang kat rumah, dia marah! Jaga umah tau!”,
Cepat-cepat aku membuka pintu bilik air.
“Dira!!”,Selamba, adikku keluar dari bilikku sambil melambai-lambai.
Kurang asam punya budak!! Nak keluar dating rupanya! Patutle bau wangi je minah tuh tadik!
Biasanya, dia memang pemalas mandi pagi. Sejenak, aku terkenang pula Johan yang adik aku maksudkan itu. Teman lelaki adikku itu, bukannya asing lagi di kalangan keluargaku. Ibu dan abah memang dah kenal. Iye le.., budak tuh gentleman, datang rumah, bagitau ibu dan abah aku dia suka dengan Dira. Kagum gak aku dengan ke’macho’an mamat tuh! Tak silap aku, Johan itu senior adikku setahun di Sekolah Sains Kota Tinggi dulu. Sekarang, dia menuntut di UITM.
Aku geleng-geleng perlahan. Budak-budak kecik dah pandai nak bercinta!
Eh..., kecik ke? Apa lak kecik, tahun ini Dira dah berusia 21!
Hakikatnya, kakaknya ini aje yang dah tua, tapi, masih jugak tak ber’boypren’! kira-kira, dah banyak jugakle umur aku nih. Tahun ini, genap umurku 23. Ibu dah banyak kali berkias-kias. Agaknya, ibu risau anak dara yang sorang ni jadik andartu agaknya. Ye lah, zaman sekarang nih, umur-umur aku nih sepatutnya dah berdua. Kalaupun belum berkahwin, sekurang-kurangnya, calonnya dah ada. Tapi aku?
Entahlah, aku sendiri tak mengerti mengapa sukar benar hati ini untuk membenarkan rasa cinta itu hadir. Bukan tak pernah, pernah juga. Sekali di MRSM Pengkalan Chepa dulu, tingkatan lima, aku main cinta dengan presiden maktab. Hebat tak hebat! Namun, cinta kami tak berkekalan, masuk ke Universiti, masing-masing dengan haluan masing-masing. Aku ke UTM, membuat ijazah pertamaku dalam bidang chemical engineering, dia pula, ke UIA, mengambil perundangan. Alih-alih, dia main kayu tiga dengan coursemate nya. Pedih jugak rasanya masa tuh, tapi, tak lama mana pun, kerana aku sendiri rasa, kami tak serasi! Di UTM pun, bukannya tak ada yang nak ngan aku nih, ramai aje yang menawarkan diri menjadi teman. Maklum aje lah, course aku tuh memang ramai budak lelaki! Tetapi, entah mengapa, hati tak terbukak pulak!
GRENGGG!!! Aku tersentak. Mengurut dada perlahan. Hish.., ada aje yang nak mengejutkan aku! Nasib baik tak kena heart attack!
Mendengar bunyi aktiviti ‘drilling’ itu, aku mengeluh perlahan. Pasti tak aman rumah hari nih... Orang sebelah renovate rumah lagi...

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

“Adoi!”,Aku menjerit apabila minyak yang digunakan untuk menggoreng ayam itu melompat ke tanganku.
“Hish, kena sikit dah menjerit-jerit!”,Dira mengejek.
“Banyak cakap, buat la!”,Dira gelak-gelak. Ibu yang sedang menyiang ikan siakap yang hendak dibakar menggeleng-geleng.
“Korang nih, bukannya menolong ibu tau! Pening lagi ada! Kalau dua-dua kat kampus, ibu tenang je masak sorang-sorang!”,Aku tahu, ibu sengaja berkata begitu. Hakikatnya, memang dia rindu dengan dua orang anak daranya nih! Mm.., bagus jugak idea kerajaan ‘standard’ kan masa cuti semua IPTA seluruh negara. Boleh la, adik-beradik yang menuntut di lain-lain universiti cuti bersama.
“Kalau macam tuh, Dira ngan akak tak yah tolong ibu lah! Ibu buat sorang ek? Tenang sikit!”,Adik aku mengusik.
“Itu namanya cekelat! Dah ada kat umah kena la tolong ibu!”,
Aku dan Dira sengih-sengih.
“Ibu.., betul ke Kak Long pregnant lagi bu?”,Aku buka mulut bertanya tentang kakak iparku, isteri kepada abang sulung kami, kini menetap di Klang.
“Ha’ah.. . Tu yang abang Long kamu nak datang tuh..”,
“YehYeh! Tak lama lagi dapat anak sedara baru lagi...”,Dira bersorak gembira. Memang dia rapat benar dengan Hakim, anak sedara sulung kami. Kalau balik ke sini, melekat si Hakim dengan Acu nya ini. Dengan kehadiran anak sedara baru ini, pasti keadaan makin ceria.
“Abang Long dah nak masuk dua dah anak.... . Anak ibu yang sorang tuh entah bila pulak..”,Aku sedar, ibu memerliku. Lantas aku sengih.
“Sapa bu? Dira? Mm..., kawinkan dia ni cepat bu! Dah gatal sangat dah!”,
“Eh..hello! Tak sedar ke ibu tengah cakap pasal kau!”,
Aku gelak-gelak. Gelihati melihat wajah Dira yang cuak juga, takut disuruh kawin segera.
“Ala bu..., relaks la.. . Akak baru abis belajar! Nanti-nanti la..”,
“Kau jangan nanti...nanti, akak! Umur tuh bukannya makin sikit! Kurang-kurang, kenalkan la dengan ibu, kawan kau! Tak le ibu nih susah hati kau tuh tak ber’boyfriend’!”,
Aku mencebik.
“Biar bu! Dia nak jadik andartu agaknya!”,
“Hei, mulut tuh jangan celupar!”,Dira jelir lidah kepadaku, kemudian gelak kecil.
“ADIK!”,Dari depan, terdengar abah melaung memanggil Dira. Di rumah ini, Dira dipanggil dengan dua nama. Aku dan ibu, memanggilnya Dira, tetapi, lain pula dengan abah dan Abang Long yang memanggil dia adik.
“Hah..pegi depan tuh! Abah panggil! Semak je kau kat dapur nih..”,
Dira merungut sendirian, sambil berjalan ke abah yang sedang mengemas tamannya di hadapan. Aku sengih. Padan muka!
“Akak.., ingat tak kawan ibu, Aunty Hani tuh..”,
Aku kerut kening sedikit, mengingat orang yang ibu maksudkan.
“Yang mana bu?”,
“Yang duduk kat Taman Permata tuh.. . Anaknya kawan kau masa form 1 kat sekolah sini dulu..”,Aku diam sejenak. Membayangkan wajah sahabat ibu. Hani? Taman permata?
“O..., mak si Apiz?”,
“Ha..., baru ibu ingat, Hafiz nama anaknya..”,
“Ingat..ingat! Kenapa, bu?”,
“Hafiz tuh, baru balik dari UK. Dia belajar kat sana, amik engineering jugak tak silap ibu..”,
Dalam tak diam, aku sudah dapat menangkap maksud ibu. Aku lantas diam. “Esok dia ada buat makan-makan sikit, raikan Hafiz. Akak ikut ibu pergi ye? Boleh jumpa Hafiz sekali..”,
Aku mencebik. Hafiz, mm, aku bukannya kenal sangat dengan budak tuh. Sekejap aje kami sekelas masa form 1. Lebih kurang dua minggu, dia ditawarkan ke MCKK.
“Buat apa akak ikut? Malas la bu... . Segan la akak. Dah tua-tua pun.., ikut ibu sana-sini. Ibu pergi ngan abah je la..”,
Ibu yang sedang membuka api untuk membakar ikan siakapnya memandang ku tajam.
“Ok..la..ok la..! Orang ikut...”,
Kalah dengan pandangan ibu, terus sahaja aku bersetuju dengan ajakan ibu.
Sejak bila pulak.., ibu nih jadik match-maker...

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Aku mengeluh perlahan. Tudung yang aku sarung, aku tarik dari kepala, dan aku gantung elok di tempat sepatutnya. Lantas tubuh aku baringkan ke atas katil di bilik ku itu.
Lapar la plak perut nih...
Ada ke patut aku nih, baru balik kenduri, boleh lapar lagi! Mana tak lapar, tadi kat kenduri tuh, bukannya aku makan sangat! Tak lalu nak makan... . Kalau aku tau, gitu jadiknya, sumpah aku tak nak pergi!
“Amboi..., cantik berseri-seri anak dara you, Imah..”,Kala itu, aku hanya mampu tersengih tersipu. Ye le, kena puji cantik.. . Hehe...nih kalau Dira ada best nih! Dia mesti tak dapat terima hakikat aunty nih puji aku cantik, walaupun sebenarnya memang ternyata aku lebih cun dan anggun daripada dia! Ceh, perasan!
“Biasa aje lah Hani! Kat mana yang cantiknya...”,Nampaknya ibu tolong merendahkan diri untuk aku.
“Dah abis study ye? Study kat mana ye?”,Aunty Hani memulakan perbualan denganku.
“Dekat UTM aunty. Baru je abis..”,Penuh sopan-santun aku menjawab. Sejak kecik memang kami telah dididik supaya bersopan di hadapan orang yang lebih tua.
Dia angguk-angguk.
“Ambik apa?”,
“Mm.., chemical engineering..”,
“Really.. . What a coincidence! Hafiz, anak aunty pun ambik engineering jugak dekat UK. Baru je balik seminggu lepas. Itu yang aunty buat makan-makan sikit nih..”,
Aku senyum. Angguk-angguk. Start dah...start dah...
“Tak iye Hani. Dari tadi I tak nampak your son! Mana dia?”,
Aku mula rasa gugup. Ibu nih.... . Biar le tak yah jumpa..
“A’ah pulak! Kejap ye.., I panggilkan!”,
Mahu sahaja aku tahan aunty itu kala itu. Eh tak payah la susah-susah aunty. Dia sibuk, biarla.. . Malangnya, kata-kata itu hanya tersekat di kerongkong.
“Jangan sombong-sombong dengan si Hafiz tuh nanti..”,Sempat pulak ibu membisik ‘petua’ kepadaku.
Tidak lama, Aunty Hani kembali dengan anak terunanya itu.
“Hafiz, nih kawan mama, Aunty Imah, this is her daughter, Syirah. Remember?”,Aku lihat Hafiz bersalaman dengan ibuku. Kemudian memandangku dalam.
“How can I forget this beautiful face, ma..”,WHAT? Di hadapan ibu dan emaknya, boleh dia cakap macam tuh?
Aku lihat, ibu dan Aunty Hani senyum bermakna.
“So, Syirah, how’s life?”,
“Great, Alhamdulillah..”,Aku jawab ringkas. Memandang dia sejenak. Hafiz banyak juga berubah. Seingat aku dulu, orangnya kecik aje. Sekarang dah tinggi. Muka pun dah lain. Dah macho la sket! Tak dinafikan, memang kacak juga mamat nih!
“Imah, come! I want to show you the latest nutrimetrics’ products yang I cakap kat you tuh..”,
“Oh ya! Lupa pulak I. Come!”,
Aku mula kalut dengan keadaan. Takkan ibu nak tinggal aku dengan mamat nih!
“Hafiz, entertain her ok? Mama nak tunjuk aunty something..”,
Dia senyum. Angguk-angguk.
“Tunggu ibu kat sini ye?”,Aku tak sempat menggeleng, ibu sudah berlalu.
Waghh.....sampai hati ibu!!
“Lama kita tak jumpa kan? Rasanya, last masa form 1, before Hafiz pindah MCKK..”,Aku sengih, angguk-angguk. Hafiz? Alamak, aku-kau dah le.. . Geli lak rasa telinga nih dengar dia gelar nama dia sendiri.
“Syirah masih tak berubah ye? Cantik macam dulu jugak!”,
Hm.., nih yang aku menyampah ni! Tak ada ke perkataan lain nak sebut! Cantik...cantik! tau dah aku memang cantik, tak payah cakap banyak kali!
“Syirah dah abis study kan? Mama kata, Syirah baru abis study? Study kat mana?”,
Mama kata? Maksudnya, mama dia memang dah pernah bercakap-cakap pasal aku dekat dia before this? Adoi..., masak cam nih, masak! Pemenda la yang ibu dengan mama dia rancang nih..
“Mm..., baru abis study! Kat UTM..”,Dia angguk-angguk.
“Hafiz pun baru abis..”,
“Mm.., tadi mama kau..arr..awak, ada cakap!”,Rasa tidak sopan pulak ber’kau-aku’ kala orang tuh menggelar namanya pada ku, aku segera mengubah kata ganti nama yang sesuai.
Aku lihat dia sengih.
“Syirah malu dengan saya ke?”,
“Malu..? Tak ada lah! Mana ada..”,
Dia senyum.
“Iye ke? Muka awak nampak cam tak selesa je cakap dengan saya..”,Nampaknya, dia juga mengubah kata ganti nama. Aku gelak kecil.
“Mana ada! Ngarut ahh awak ni..”,
Dia turut ketawa. Seketika, suasana sepi. Aku lebih selesa melihat orang di sekeliling daripada berbual. Tapi, pelik pulak rasa, duduk berdua macam nih, tapi tak bercakap.
“Awa...”,Tak jadi aku meneruskan kata apabila aku melihat dia merenung aku. Terkedu. Sejak bila dia memandang aku macam tuh?
“Ke..kenapa awak pandang saya macam tuh?”,Agak gugup. Tak tahu mengapa. Kerana renungannya? Dia senyum.
“Saje!”,Aku telan air liur kali ini.
“Suka tengok awak!”,
Wo,wo..., memang mamat nih selamba giler! Kan baru je jumpa, boleh pulak dia cakap macam tuh!
“Syirah, let say, our parents nak satukan kita, what do you think?”,

TIT! TIT! Aku tersentak daripada lamunanku yang panjang dengan bunyi handset yang berdering. Aku mengeluh perlahan. Mengangkat telefon bimbitku. Melihat pemanggilnya. Nana? Apa lak minah ni nak malam-malam nih..
Tidak ramai rakan-rakan sekolah rendah yang masih aku hubungi. Kebetulan, aku bertemu dengan Nana di UTM, membuatkan aku dan dia berhubung semula.
“Hello Assalamualaikum..”,Lemah aku menjawab panggilan itu.
“Waalaikumussalam! Wei cik kak, kau dah tidur ke?”,Tak berubah, Nana tetap kecoh seperti dulu.
“Belum la..! Hah, kau nak apa malam-malam ni?”,
“Hek e leh.., kaco ko ke? Kalau kaco tak apa le.., aku letak le..”,
Aku gelak kecil.
“Ei, geli bulu idung aku. Gurau je la! Merajuk plak dia..”,Nana turut gelak.
“Eh Syirah, nih aku nak bagitau kau nih! Syed call aku..”,
“Syed? Syed mana plak ni?”,
“Ala kau nih! Syed.., syed yang pakai braces tuh.. . Kelas kita masa darjah 6 dulu..”,
Aku diam sejenak. Syed...syed..., mana ek?
“O..., Syed! Ha.., ingat-ingat..! Dia call kau? Kenapa pulak? Nak ngorat ko ke?”,
Aku dengar Nana gelak besar di corong telefon. Entah apa yang kelakar, aku pun tak tahu.
“Bukan lah! Cam nih, diorang budak-budak boys batch kita standard 6 dulu nak buat reunion. Diorang nak form committee members la.. . Dia mintak tolong aku carik kan empat lima orang girls jadik committee..”,Aku khusyuk mendengar penerangan Nana.
“Mm.., pastu?”,Kerana Nana tiba-tiba menyepi, aku lantas membuka mulut bertanya.
“Lorr.., minah ni! Slow betul la! Aku nak ajak kau jadik committee le! Lagi mau tanya..”,Aku sengih. A’ah le.., iye tak iye.., kalau tak buat apa dia bagitau aku!
“Sorry...sorry, aku blur sket malam ni! Mm.., aku tak kisah je! Boring gak tak ada buat apa kat umah ni!”,
“Alhamdulillah, dapat dua orang! Kau dengan Nancy. Nak carik lagi dua orang..”,
“Bila meeting?”,
“Amboi semangat nampak! Nanti aku inform ko lah ek!”,
Aku gelak kecil. Terlebih semangat plak aku ni!
“Ok..!”,
“K la weh! Sorry kacau ko malam-malam ni.. . Bye! Assalamualaikum..”,
Belum sempat aku menjawab, talian telah diputuskan. Aku geleng-geleng perlahan.
Mm.., reunion plak dah! Kenapa sekarang ni asik nak jumpa kawan-kawan masa kanak-kanak riang nih.. . Tadi Hafiz, ni kawan darjah 6 pulak... .
Tiba-tiba, fikiran ku terlukis satu wajah. Agak-agak, dia ada tak nanti...?

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Jam di pergelangan tangan aku belek sekali lagi. Sudah hampir 15 minit aku tercongok di hadapan kedai ‘Hush Puppies’ ini menunggu cik Nana yang berjanji denganku untuk pergi bersama ke tempat meeting masih tak sampai-sampai. Aku mengeluh.
Sebenarnya, memang aku dah maklum, tempat kami berkumpul di Burger King di KLCC itu, namun, segan pula aku nak ke sana sendiri. Ye lah, dah lama betul aku tak berjumpa dengan budak-budak tuh. Lagipun, entah mengapa, sejak dari rumah tadi, hati nih berdebar-debar semacam. Tuh yang tunggu jugak minah sekor tuh kat sini!
“Syirah!”,Aku segera berpaling mendengar namaku dipanggil. Nana datang terkocoh-kocoh menghampiriku.
“Jam kau rosak ke? Berjanggut aku tunggu kat sini tau!”,Dia sengih-sengih.
“Sorry..., adik aku hantar aku lambat ke stesen putra tuh tadik.. . Berjanggut ke kau? Mana, tak nampak pun!”,Aku mendengus perlahan. Menjeling. Saje je sebenarnya, buat gimik.
“Sorry la.. . Ok..ok, jom! Aku belanja kau makan hari nih ek?”,Sambil menolak badanku berlalu, dia mula menjanjikan aku macam-macam. Aku akhirnya ketawa.
“Diorang dah sampai dah! Kita yang paling lambat ni! Si Syed call aku dua kali dah..”,Aku hanya menyepi, kerana debaran makin terasa. Kenapa plak nih...
“Hah..tu pon diorang! Jom!”,
Perlahan, aku turut Nana ke sudut yang diduduki lebih kurang 5 orang lelaki dan 3 orang perempuan.
“Sorry....lambat...”,
“Ei..minah..minah nih! Dua ketul dah burger aku telan tunggu korang!”,
Kami segera mengambil tempat. Bersalaman dengan Aliah, Nancy dan Huda yang sudah ada di situ.
“Ok..ok..., jom start!”,Nana segera minta majlis dimulakan, tidak mahu bertangguh lagi.
“Tadi kitorang dah memperkenalkan diri. Korang je yang blom!”,Aku hanya menyepi. Berpandangan dengan Nana.
“Mm.., takpe, si Syirah ni pemalu plak hari nih, biar aku start! Aku Mazliana, panggil Nana. Korang ingat aku lagi tak?”,
“Mulut kau aku ingat Nana..”,Satu suara lelaki kedengaran membuatkan kami bersembilan yang lain ketawa. Namun, tidak berani aku memandang siapa pemiliknya. Yang aku perasan tadi, rasanya Syed, dan Zamri. Kerana mereka berdua yang duduk menghadap kami. Tiga lagi yang sederet, aku tak perasan.
“Ei.., jahatnya! Siapa tuh?”,Nana berpaling ingin melihat tuan punya suara.
“Citer le study kat ane, amik apa..”,Syed menyambung.
“Mm.., aku baru je grad dari UTM, amik TESL. Lagi, pe nak tau?”,
“Dah kawin ke Nana?”,Ketawa lagi.
“Belum! Tapi calonnya dah ada.. . Nanti aku kawin jangan lupa datang!”,Selamba Nana mengumumkan. Nana memang macam tuh. Outgoing! Ye la, nama lagi amik TESL. Kena le banyak cakap kan..
“Next!”,Aku diam. Nana menyiku lenganku.
“Mm.., hai! Aku Basyirah! Panggil Syirah je.. . Sama ngan Nana, graduate UTM, chemical engineering..”,
“Peghh...engineering beb!”,Ada lagi yang mengusik.
“Syirah..., ingat abang tak?”,Mereka ketawa lagi. Suara siapa, aku tak pasti. Aku hanya gelak, sambil tertunduk malu.
“K lah..., kita pun dah berkurun tak jumpa, mungkin cik adik kita dua orang nih dah lupa siapa yang ada kat sini. Meh aku tolong kenalkan diorang..”,
“Aku Syed. Nih sebelah aku nih, Zamri. Sebelah Huda tuh, Azam, sebelah dia Danny. Last sekali, orang jauh, Adha..”,
Aku terkedu. Lantas aku angkat muka. Memandang wajah itu. Dia memakai cap hari itu. Seolah tahu, aku mahu melihatnya, dia terbalikkan cap Tropiciana yang dipakainya. Entah mengapa, aku terpempam melihat wajah itu. Kacak! Memang kacak! Kalau dulu, wajahnya baby face, kini, dah dewasa.
“Cayang.., rindu ngan abang ek!”,Aku tersentak. Lantas aku kalih pandangan. Adha...
“Syirah, takkan tak ingat boyfriend lama kau nih! Jauh nih, dari States nak jumpa kau..”,
Aku sengih malu.
“Mengarut korang nih!”,Cover line beb! Dalam hati, tuhan sahaja yang tahu, betapa jantungku berdegup kencang. Aku masih ingat, kata-katanya
“Syirah..., kalau kita tak jumpa lagi lepas nih, kau rindu kat aku tak?”,Fikirku tika itu, dia hanya bersenda. Rupanya, memang betul, kami tak bertemu lagi selepas itu.
“Cayang.., abang ni!”,Aku kenal sangat dengan suara di corong telefon itu.
“Ei, cayang, cayang, geli lah!”,
Aku dengar dia gelak di talian sana.
“Kau nak apa telefon ni?”,Kasar, tanyaku. Biarkan! Memang selama ini pun, aku berkasar aje dengan mamat ni! Tapi, dia memang tak pernah serik mengacau aku.
“Aku nak kau!”,Kemudian dia gelak lagi.
“Aku letak telepon karang! Baru kau tau..”,
“Aku telepon balik! Susah apa!”,
Ei.., dasar budak nakal kepala dungga! Geram aku!
“Eh Syirah, aku nak sembang-sembang dengan kau boleh tak?”,
“Tak nak! Sapa nak sembang dengan kau tuh!”,
“Ala.., boleh la Syirah! Mana tau, nanti, tak dapat dah..sembang dengan kau! Nanti kau rindu dengan aku nanti..”,
“Sudah la kau! Perasan! Tak ada keje aku nak rindu kau!”,Diam.
“Hello..., nak cakap apa-apa lagi tak?! Kalau tak ada, aku nak letak..”,
“Syirah.., nanti aku mesti rindu nak kacau kau, nak tengok kau, buat kau marah..”,
Aku terdiam mendengar dia berkata begitu dengan seriusnya.
“Kacau la orang lain, tengok la orang lain, buat la orang lain marah...”,
Dia diam lagi.
“Syirah..., nanti.., aku...”,Dia diam lagi. Aku mula hilang sabar.
“Kau nih, sejak bila gagap! Abiskan lah cakap tuh..”,
“Family aku nak pindah Amerika Syarikat. Ayah aku kena kerja kat sana. Kalau aku balik Malaysia pun, lama lagi! Mungkin, terus duduk sana..”,Kala itu, lidah ku terkelu. Sepi.
“Pagi-pagi esok, aku dah nak bertolak dah!”,Entah bila jatuhnya, tiba-tiba aku rasa ada air di pipiku.
“Eh asal kau diam ni? Kau nangis ek? Janganlah nangis! Izinkanlah abang pergi..”,Dia berlawak lagi. Lantas aku tertawa dalam tangisku.
“Eh Syirah, nanti, aku tak ada, kau jaga diri sendiri tau! Kalau ada orang kaco kau, kau belasah je diorang tau!”,
Aku gelak lagi.
“Gila! Memanglah selama ni aku jaga diri sendiri! Aku bukan macam kau lah, suka belasah orang!”,
Malam itu lah, kali pertama dan akhir, aku bersembang dan bergelak ketawa dengannya. Bila gagang telefon aku letakkan, aku rasa seolah, sebahagian hatiku telah dibawa pergi. Dan akhirnya, aku tertidur berendam airmata hinggalah ke esok hari.
“Syirah!”,Untuk kesekian kalinya, aku tersentak.
MasyaAllah...., jauhnya aku mengelamun!
“Dah sampai ke mana dah miss universe?”,Aliah mengusik. Aku tunduk. Mak aih...., malunya!!
“Sibuklah kau! Sorry..sorry.., sampai mana dah korang nih?”,Buat muka tebal, aku bertanya. Mereka ketawa. Ada yang menggeleng-geleng.
Gila aku nih.... . Tengah meeting pulak teringat memori zaman kanak-kanak ribena!! Tolonglah Syirah! Jangan malukan diri sendiri..

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Lauk asam pedas yang dimasak ibu itu terasa enak benar. Beriya-iya aku makan. Mana tidak, sejak pagi, aku belum makan lagi. Tengah hari pun lepas. Dek kerana gugup untuk ke temuduga kerja di Petronas siang tadi, sebutir nasi pun tak boleh nak masuk.
“How was the interview going, akak? Ok?”,
Aku telan nasi yang telah ku kunyah perlahan. Untuk menjawab pertanyaan abah.
“Mm.., Ok kot! Entah la, bah! Tapi, rasanya dapat InsyaAllah. Petronas susah nak lepas budak-budak yang they sponsor..”,
Sememangnya, pengajian ku ditanggung penuh oleh Petronas. Nasib menyebelahi ku, aku berjaya mendapatkan scholarship daripada organisasi besar itu. Telah termaktub di dalam surat perjanjian, aku terikat dengan Petronas selama 7 tahun selepas tempoh pengajianku, melainkan aku diberi kelepasan khas. Abah dan ibu aku lihat mengangguk-angguk.
“Akak..., tadi si Hafiz call rumah. Katanya call handset akak tak dapat. Ibu bagitau dia akak ada interview hari nih. Karang akak call dia balik ye?”,
Aku mengeluh perlahan. Hish..., dia nih, malam tadi kan dah sembang. Takkan call lagi!
Namun aku tahu, maksud ibu ku, ‘akak call balik ye?’ bukan lah satu pilihan untuk ku, tapi satu arahan yang mesti dipatuhi. Entah apa yang ibu berkenan benar dengan si Hafiz tuh, aku pun tak tahu.. .
Aku angkat wajah. Melihat adikku tersengih-sengih mengejek. Hish.., budak nih, aku sepak kang!
“Akak, abang Hafiz tuh handsome betul kan kak? Kalau jadik kau dengan dia.., best la.., dapat abang ipar handsome. Nanti anak kau mesti comel-comel..”,
Aku kerut kening.
“Sibuklah kau! Kau nak ke dia tuh? Amik lah!”,Lantas aku angkat pinggan ke dapur. Membasuh pinggan ku sendiri kemudian mengangkat barang-barang ku yang masih belum ku bawa naik ke bilik.
“Akak! Jangan lupa call si Hafiz tuh.. . Ibu dah cakap kau call dia nanti..”,Aku pandang ibu sejenak.
“Yes boss! Akak naik dulu, abah, ibu, penat lah! Suruh Dira kemas hari nih..”,Aku lantas mendaki tangga. Terdengar adik ku merungut-rungut kerana terpaksa berkemas malam itu. Aku sengih. Dapat kau sekali...
Tiba aku di bilik, aku hempaskan badan ke katil.
Penat!
Sejenak, aku keluarkan handset daripada beg yang ku bawa ke temuduga tadi.
1 message received
Lantas aku menekan butang yang sepatutnya untuk membaca mesej itu.
Syirah, saya try call awak banyak kali. Ibu awak kata awak ada interview. Miscall me when u’re free. I’ll call u.Ok? :)
Aku mengeluh. Lantas aku menekan kekunci kecil di telefon aku itu untuk membalas.
Askm. Hafiz, saya baru balik. Mm.., saya penat la. Anything important ke? Kalau tak ada apa-apa, call lenkali bleh? Nak
Belum sempat aku menghabiskan mesej yang ingin ku hantar, tiba-tiba telefon ku berbunyi. Ada panggilan yang masuk. Aku melihat nombor yang terpapar di skrin.
0325643211
Aik! Sapa pulak nih?
Segera, aku menjawab.
“Hello assalamualaikum..”,
“Waalaikumussalam.. . Boleh saya cakap dengan miss universe?”,Aku diam sejenak, mengamati suara yang kedengaran di corong telefon itu. Lantas aku tersenyum. Adha!!
“Mm..., miss universe sibuk lah. Saya make-up girl dia, any message?”,Aku dengar dia gelak di hujung sana.
“O.., sibuk ye? Tolong cakap dengan dia, her husband dengan anak dia 7 orang kat umah nih dah kebulur. Suruh dia balik masak nasi ayam!”,
Kala itu, terhambur tawaku. Aku dengar dia juga tertawa.
“Oit makcik! Kau tengah watpe tuh?”,
“Tak ada buat apa. Baru sudah makan..”,
“Lor ye ke? Patutlah aku dengar bunyi orang sendawa kuat tadi!”,Aku gelak lagi.
“Kau dengar sebab kau yang sendawa! Memang le dengar kuat..”,
Entah mengapa, terasa hilang semua penat di badan. Hati terasa berbunga bila mendengar dia ketawa. Dan tiap butir katanya, boleh membuat aku tertawa.
“Akak..”,Tiba-tiba wajah ibu terpacul di muka pintu. Aku terdiam. Memandang ibu sambil telefon melekap di telinga. Kala itu, sengihku masih belum padam dengan lawaknya yang mengarut-ngarut tadi.
Melihat aku yang sedang seronok bercakap di telefon, ibu lantas sengih, kemudian, menutup pintu bilikku semula. Alamak, mesti ibu ingat aku tengah seronok sembang dengan Hafiz..
“Nape?”,
“Mm.., tak de! Ibu aku..”,
“Ibu kau? Oh..ibu mertuaku. Sihat ke dia?”,
“Ei, perasan la kau! Ibu mertua konon..”,Dia sepi sejenak.
“Eh Syirah, aku nak ajak kau keluar la. Nak tak?”,
Aku terkedu. Keluar? Mm.., macam dating ke? Kita dua je ke?
“Arr..kita-kita aje?”,
“Ye le! Pastu? Nak ajak satu bas? Bleh gak, kita buat rombongan cik Kiah!”,
“Eh..tak nak! Tak nak!”,Tanpa sedar, aku terus menyuarakan hasrat hati yang tidak mahu ada orang lain keluar bersama kami.
“La.., kau tak nak ke keluar berdua dengan aku? Mm.., kalau macam tuh ajak le sesapa! Aku nak discuss pasal accommodation reunion kita tuh! Kan kita kena settle pasal tuh berdua..”,
Teringat yang kami berdua telah ditugaskan untuk in-charge bahagian penginapan kami untuk projek reunion besar-besaran itu, aku tepuk dahi sendiri.
Camana aku boleh ingat dia nak ajak aku keluar dating?! Syirah, what are you thinking?
Lantaran itu, aku sengih sendiri.
“Mm.., kalau macam tuh Ok la! Kita dua je pun tak apa..”,Hambar suara ku kali ini.
“Weekend nih kau free tak? Hari Ahad...”,
“Free kot, InsyaAllah..”,Dia sepi sejenak.
“Mm.., kalau cam tuh, pukul 12 lebih aku amik kau kat rumah. Bleh?”,
Kala itu aku terdiam. Jemput kat umah? Kalau ibu nampak, dia kata apa pulak nanti! Tapi, ahh...pedulik lah! Adha kan kawan aku..
“Ok..., kau ingat lagi ke umah aku?”,
Mengenangkan sudah berbelas tahun, kami tidak berjumpa, dia pula sudah menetap di US lama, sangsi juga aku masih ingat ke dia rumah aku ni!
“Ingat la! Jangan risau cayang, kalau abang sesat, abang mintak tolong polis tunjuk jalan..”,
Dia mula dah perangai dia...
Tapi, aku patut tanya hati aku, apa perasaan aku sebenarnya bila dia berbicara gaya itu. Meluatkah aku? Bencikah aku? Atau, sukakah aku......?
Kami terus berborak. Bicara tentang dirinya, bicara tentang diriku. Kala talian dimatikan, di bibirku ada senyum. Mata terpandang jam yang tergantung di dinding. 1245 malam.
Mak aih.., lamanya kami gayut!
Aku bangun mencapai tuala ku ingin bersiram. Namun, tiba-tiba, aku terkenang sesuatu.
Alamak!! Hafiz!!!

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Aku mencatit segala butir-butir penting perbincangan kami tadi ke dalam diari yang aku sediakan khusus untuk projek reunion ini.
“Pamphlet-pamphlet ni semua, kau simpan la! Masuk dalam file kau tuh! Nak rujuk ke apa ke, senang nanti..”,
Aku angguk dengan arahannya itu. Memang mudah bekerja dengan Adha. Tak sangka, budak nakal yang suka main-main dulu, dah jadi secekap ini menguruskan sesuatu. Kerjanya professional. Teratur dan lengkap. Terasa macam aku ni personal assistant dia pulak, kerana hal-hal yang penting, seperti mencari info tentang resort-resort yang mungkin untuk kami adakan reunion itu telah diuruskan. Siap dengan nama person in-charge dan contact number nya sekali. Aku cuma perlu menghubungi beberapa resort yang telah kami short-listed kan dan berbincang tentang tempat dan harga.
“Banyak sangat ke kerja kau? Kalau banyak, aku ambik dua tiga resort dari kau punya..”,Yang dia maksudkan, resort-resort yang aku patut hubungi.
“Eh..., tak pe..tak pe.., just nice! Kau lagi banyak tuh..”,
Dia sengih. Sejenak, dia mengeliat perlahan setelah berbincang agak serius sejam setengah yang lepas. Aku sengih, melihat gelagatnya. Comel...
Air 7-Up yang berbaki di dalam bekas ku itu, aku hirup perlahan.
“Eh Syirah, kau ada nak pergi mana-mana ke lepas ni?”,Aku menggeleng-geleng. Nak pergi mana lagi! Balik la..
“Mm.., jom gi tengok wayang nak?”,Aku terkebil-kebil dengan ajakannya itu.
“Kalau tak nak tak apa.. . Ajak je..”,Kala itu, dia tarik muka sedihnya.
“Eleh.., buat muka seposen pulak dah! Citer apa?”,
Dia sengih.
“Citer hantu! Best! Nak gak dengar kau jerit dalam panggung!”,
Aku pandang dia dengan pandangan garang ku. Lantas dia gelak.
“Ok la..ok la.., ikut kau lah..”,Kala itu, aku pula sengih. Ikut aku...? Hmm...


“Waghhh..., ngantuknya!”,
Aku gelak melihat Adha mengeliat beriya-iya selepas keluar daripada panggung.
Hehe, nak sangat ikut aku! Amik kau, aku bawak tengok citer jiwang, ‘Eiffel, I’m in love’...
“Lain kali kalau tengok wayang, biar aku pilih cerita!”,Aku masih ketawa dengan muka sememehnya itu.
“Tu la.., nak sangat ajak aku tengok wayang!”,
Dia sengih. Aku lihat dia membelek jam.
“Uishh, pukul 5 dah! Kita semayang asar dulu, baru balik ek?”,
Aku senyum. Mengangguk. Dalam hati, aku kagum benar dengan ingatannya terhadap suruhan Yang Maha Esa itu.
Kalau keluar dengan Hafiz, aku yang kena ajak dia pergi semayang.. . Tapi Adha..
Hish.., tak baik aku compare-compare mamat dua orang ni! Dua-dua pun baik dengan aku!
Memang aku tak nafikan, setelah hampir 2 bulan berkawan dengan Hafiz, aku mula rasa selesa berkawan dengannya. Dia caring jugak orangnya, baik! Tapi, tiap kali bersama Hafiz, tak sama rasanya dibandingkan dengan Adha. Kenapa? Walaupun Adha lebih suka menyakat aku, buat aku mencebik tiap kali dia membuka mulut.
Tanpa sedar, aku tersenyum sendiri. Memandang Adha yang berjalan tidak jauh di hadapanku. Dia menguap lagi. Adha....Adha...

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Aku mendiamkan diri di dalam kereta itu. Memandang luar tingkap yang laju ditinggalkan.
“Syirah.., sepi je!”,
Aku menoleh, memandang Hafiz yang sedang memandu.
“Awak.., saya tak suka awak buat macam tadi lain kali.. . Nanti orang pikir apa pulak..”,
Dia senyum.
“Ok la baby, lainkali saya tak buat lagi!”,
Aku kerut kening. Mengeluh lagi. Geleng-geleng perlahan. Sedikit sebanyak, terusik juga aku dengan pe’el nya sebentar tadi. Agaknya, apa yang Adha fikirkan.
“Bagi aku drive la! Macam mengantuk sangat je kau tuh!”,
Dia gelak-gelak. Kami berjalan perlahan di parking lot itu.
“Semua kau punya pasal la! Bawak aku tengok cerita mengantuk!”,Aku sengih. Jelir lidah padanya.
“Tak ada lah. Malam tadi tak tidur, aku tengok bola!”,
Aku geleng-geleng kepalaku.
“O..tengok bola, nak salahkan aku pulak, kau mengantuk! Boleh drive tak ni?”,
“Boleh la cayang! Dah biasa dah. Bila bawak kereta, hilanglah mengantuk..”,
Kereta Gen-2 hitam itu berdecit menandakan, kuncinya telah terbuka. Kala aku membuka pintu kereta itu,
“Syirah! Apa buat sini?”,Tiba-tiba ada tangan menarik lenganku kuat.
“Hafiz!”,Terkejut melihat Hafiz di situ, agak kuat suaraku menyebut namanya. Adha melihat daripada sebelah bertentangan kereta.
“Wo..wo.., cool man..cool..!”,Dia cuba mengendur keadaan. Muka Hafiz nampak marah benar.
“Eh jap...jap! Hafiz, let me go please!”,Tidak selesa dengan pegangan kejapnya di lenganku. Dia segera lepaskan, sambil matanya memandang Adha dalam.
“Hafiz, nih kawan saya, Adha! Kami discuss pasal project reunion yang saya cerita dengan awak tuh..”,
“Adha.., ni Hafiz..”,
“Bakal tunang Syirah..”,Hafiz sendiri memperkenal dirinya.
Bakal tunang? Ha.., tahun bila pulak aku cakap nak bertunang dengan dia?!
Aku pandang Adha, melihat reaksinya. Dia diam tanpa reaksi sejenak, kemudian dia ketawa.
“O.., masyaAllah, bakal tunang Syirah ek! Mm.., aku Adha, kawan Syirah masa dia kecik-kecik dulu...”,Dia hulurkan salam. Hafiz pandang Adha lama, sebelum menyambut salam Adha.
“Hafiz!”,
Adha angguk-angguk.
“Arr...Hafiz, I hope you don’t mind aku bawak dia keluar hari ni. Kami discuss pasal reunion tuh... I’m quite sure Syirah had told you something about the event kan?”,
Adha nampak bersahaja sungguh. Aku terkelu, dia antara dua lelaki itu. Kenapa? Hati melonjak ingin menjelaskan pada Adha, yang perkara antara aku dan Hafiz itu tidak benar sama sekali. Tetapi, lidah seolah beku untuk berkata-kata.
“Tak apa lah! I trust my girl..”,Adha sengih. Memandangku. Kala itu, aku hanya mampu tunduk memandang lantai.
“So, I guess, we better get going. Baby, jom!”,Sekali lagi, dia menarik lenganku membawa aku berlalu.
“Bye!”,Aku dengar Adha menjerit sambil melambai. Ada senyum di bibirnya.
Hati terasa terhiris-hiris. Rasa bersalah amat. Kenapa? Sedangkan antara aku dan Adha tiada terjalin sebarang ikatan.
Skreet!! Brek kereta itu membuat aku kembali ke alam nyata.
“Dah sampai, awak!”,Aku berpaling ke sisi. Ya Allah, dah sampai rumah aku rupanya. Aku lantas membuka pintu.
“Syirah..”,Sekali lagi tangannya menangkap tanganku.
“Hafiz, janganlah!”,Dia lantas lepaskan pegangannya.
“Saya nak cakap, yang sebenarnya, saya memang sayangkan awak! Saya cintakan awak. Saya dah bagitau ibu and abah awak...”,Pantas, aku menoleh memandang wajahnya. Apa yang dia buat nih? Bagitau ibu ngan abah? Adoi..., masak aku..
“Kalau awak setuju, minggu depan, saya nak hantar rombongan meminang..”,
Mak aih..., apa nih! Rombongan? Meminang? Apa nih?
“Hafiz..., saya..”,
“Syhh....”,Dia halang aku daripada terus berkata-kata.
“Awak fikirlah dulu. Nanti kasik saya jawapannya.. . Ok?”,
Aku tunduk. Pintu aku ngangakan luas. Dan perlahan-lahan, aku jejakkan kaki ke tanah.
“Good night sayang..”,Sebelum keretanya meluncur pergi, dia ucapkan kalimah itu. Fikiran jadi serabut tiba-tiba. Satu-satu perkataan yang diucap tadi, seolah berlegar-legar di fikiran. Tiba-tiba, muncul pula satu lagi wajah. Wajah si dia.., wajah Adha!

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

“Ok, so far, aku rasa semuanya berjalan lancar. Venue confirm, time pon confirm, yang lain-lain pun rasanya, settle! Yang tinggal, untuk carik ramai lagi orang untuk join kita.. . Setakat sekarang, kita dah ada plus minus 90 participants. Separuh je daripada all students batch kita dulu..”,
“Nak carik diorang tuh yang masalah Syed! Masing-masing dah berterabur ke mana-mana tah.. . Aku rasa, cukup baik dah kita dapat 90 orang tuh..”,
Aku hanya mengangguk, menyetujui Nancy.
“Mm, macam nih, kita try buat promosi through net. Post kan our advertisment kat few sites yang popular. Kot-kot nasib baik, diorang terbaca, maybe dapat tarik ramai lagi..”,Azam pula mencadang.
“Aku setuju!”,Nana semangat menyetujui cadangan itu.
Yang lain mengangguk-angguk turut setuju.
“Sapa boleh buat? Bab-bab komputer, bawak jauh dari aku, memang tak berkebolehan langsung!”,Syed akui kelemahan diri. Aku sengih.
“Mm.., I can do that! Biar aku buat....”,Azam sukarela menawarkan khidmat.
“Good, pastu...”,TIT! TIT! Bicara Syed terganggu dek bunyi deringan telefon bimbit yang entah siapa punya.
“Ops..., sorry!”,
Adha sengih-sengih sambil mengeluarkan handset daripada seluarnya. Aku pandang reaksinya. Melihat skrin, kemudian memandang jam di tangan.
“Arr.., jap ek!”,
Lantas dia bangun meninggalkan kami.
“Hello.., you kat mana ni?”,Sayup-sayup aku dengar dia bercakap sambil berjalan menjauhi kami.
“Awek la tuh! Adha cakap nak blah awal hari nih, dia ada janji lain katanya..”,Tanpa perlu sebarang pertanyaan, Syed sukarela memberitahu kami semua. Aku lihat Huda dan Aliah tersengih-sengih.
Awek? Dia ada awek ke? Tak pernah bagitau aku pon...
Tapi..., apahal pulak dia nak bagitau aku ek! Aku nih bukannya sesapa pon dalam hidup dia tuh!
Jauh dalam sudut hati, terasa luka! Kenapa? Aku tak pasti...
“Tak pe.., kita go on dulu..”,Selepas daripada itu, pemikiranku melayang jauh. Betul ke dia dah ada awek?Agaknya, camana le rupa awek Adha? Mesti cantik..
“Guys..”,Entah bila dia kembali, aku sendiri tak sedar. Leka dalam lamunan jauhku.
“Weh, sorry la.. . I’ve to go now! Nih, tuan puteri dah sampai! Nak gi shopping..”,Aku angkat wajah. Di sisi Adha, ada seorang gadis. Cantik! Memang cantik. Orangnya putih melepak. Rambut lurus paras bahu difesyenkan layered, dan mungkin diwarnakan sedikit, kerana tampak keperangan-perangan. Pakaian nya cukup bergaya, ala-ala Japanese style gitu. Baby-T tidak berlengan itu, dipadankan dengan skirt kembang menampakkan kelangsiangan tubuhnya. Aku telan air liur.
Tak terlawan aku...
“Kot iye pun.., tak nak ke introduce kat kami tuan puteri kau tuh..”,Zamri memerli. Aku lihat Adha sengih.
“Mm.., tuan puteri ni, namanya Marcella, kenal masa aku high school kat States dulu..”,
Gadis itu senyum manja.
“Hi guys! Nice to meet you all..”,
“Hi Marcella..”,
“Call me Sheila. Tergeliat pulak lidah panggil nama penuh nanti..”,Budak-budak lelaki ketawa galak. Eleh..., lawak sangat la tuh...
“Shopping Sheila?”,
Dia senyum. Memandang Adha.
“Mm.., shopping barang kawin..”,GULP! Semacam ada seketul ais besar kat kerongkong membuatkan aku rasa nak tersedak! K...ka..kawin?
“Adha!! Cilakak ko nak kawin tak bagitau!!”,
Aku lihat Sheila pandang Adha sambil kerut kening. Mesti dia tak puas hati buah hatinya tuh tak bagitau oranglain yang mereka dah nak berkahwin!
Aku pandang Adha dalam.
“Ok la beb! Aku chow dulu arr...! Papahal important pasal kerja aku, bagitau Syirah ek! Syirah, I’ll call you later k?”,Selamba, dia bicara. Nafas terasa turun naik. Aku sendiri tak pasti kenapa.
Call you later?! Tak hingin!! Jangan call aku lagi!!!
“Bye....”,
Dan dia berlalu bersama Sheila. Aku pandang sehingga hilang kelibat mereka berdua.
“Syirah! Kau pandang apa? Dah blah dah!”,Nana di sisi menegurku. Aku lantas mengalih pandang. Alamak..., kantoi la plak!
“Pandang apa? Aku tengah pikir ni..”,Cover beb, cover!
Mereka gelak-gelak perlahan.
“Tu la kau! Masa orang tuh nak, kau jual mahal, sekarang dah nak kawin ngan orang lain! Kau jugak yang gigit jari....”,Pedih terasa kata-kata Aliah menusuk ke kalbu.
“Hello.., excuse me! Sapa yang gigit jari? Siapa yang heran dengan dia tuh? Aku pun dah nak bertunang la...”,Laju sahaja mulut menutur kata itu. Alamak...., terlepas cakap la pulak...
Namun aku control selamba. Buat-buat bersahaja. Aduh..., apa yang kau buat ni Syirah?
Kalau lah doraemon tuh betul-betul wujud, pasti aku mintak daripada poket ajaibnya tu mesin masa. Aku nak balikkan masa semula ke 5 minit yang lepas, supaya aku boleh tarik balik kata-kata yang dah terlepas tadi. Eh.., bukan-bukan, aku balikkan masa ke 15 minit yang lepas. Jadi, aku boleh berambus dari sini, dan tak payah tengok aksi getik dua ekor merpati tuh!!
“Syirah, kau dah enganged tak bagitau aku pun!! Kurang asam kau! Dengan sapa..?”,Nana mula kecoh. Sudahnya, tutup cerita reunion, bukak cerita dongeng Nurul Basyirah....

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Angin malam sepoi-sepoi yang masuk melalui jendela bilik yang aku buka itu terasa nyaman menampar kulit muka. Aku mengeluh perlahan. Tarik nafas dalam.
Betul ke keputusan aku ni? Aku betul-betul pasti ke?
Hish.., jangan dibawak main. Ni hal maruah keluarga, hati dan perasaan orang lain ni Syirah!
Apapun, keputusan telah pun dibuat. Aku nampak cerianya wajah ibu bila aku nyatakan aku bersetuju untuk ditunangkan dengan Hafiz petang tadi. Abah yang jarang senyum itu juga tersenyum lebar. Cepat aje berita disebarkan kepada Abang Long. Sebentar tadi juga, bakal tunang ku menelefon, menyatakan betapa dia gembira.
Tapi..., aku gembira ke?
InsyaAllah, rombongan keluarga Hafiz akan datang hujung minggu ini. Selepas daripada itu, aku akan menjadi tunangan orang lain. Terasa sayu benar hati.
Atas dasar apa keputusan itu aku buat? Kerana aku memang cintakan Hafiz? Atau sebenarnya aku terluka dengan hakikat yang baru aku sedari yang aku bukan lagi ratu yang bertakhta di hati Adha...?
Tak mungkin!! Aku anggap Adha tak lebih daripada kawan baik... Itu aje..
Betul Syirah! Memang betul decision yang kau buat nih!
Andai kata kurang cintaku pada Hafiz, selepas ini, kami masih punya waktu untuk tebalkan dinding cintaku padanya. Aku berikan semangat pada diriku sendiri.
Ya Allah, bimbingi lah aku...

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Masa yang dinanti akhirnya tiba juga. Penat lelah kami bersepuluh rasa terbayar dengan kemeriahan masjlis reunion yang kami adakan di Cherating itu. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Aku sendiri rasa tak percaya, dapat bertemu kembali, dengan rakan-rakan yang lebih sedekad berpisah. Masing-masing telah dewasa. Tergelak pula rasa mengenagkan wajah-wajah itu ketika di zaman persekolahan dahulu.
“Cik kak! Termenung!”,Aku lantas mendongak. Adha di situ, tersengih, menghulur segelas air kepadaku. Aku senyum, mengambil gelas dari tangannya.
“Thank you...”,Dia angguk, lantas mengambil tempat di sebelahku di kerusi bersantai yang disediakan di keliling swimming pool resort ini. Malam ini, adalah acara kemuncak reunion kami, dinner informal yang diadakan di kawasan swimming pool itu, berdekatan dengan pantai.
“Kau dah makan?”,Aku sekadar menjawab pertanyaannya.
“Sedap BBQ dia kan?”,Aku angguk lagi. Entah kenapa, terasa kekok pula. Sejenak, kami sepi. Hanya melihat gelagat rakan-rakan. Sesekali, aku tersengih sendiri.
“Adha..., ini Adha kan?”,Kami lantas beralih pandang kepada pemilik suara yang menegur.
“Kau ni...”,Adha kelihatan kurang pasti dengan lelaki India itu.
“Aku lah.., Andrew! Andrew yang kau tumbuk dulu pasal kacau Basyirah!”,Fasih, dia berbahasa Melayu.
“La..Andrew! Man, you’re so different! I can’t recognize you! Wassup man?”,Lantas dia berpelukan dengan lelaki itu. Memang Andrew berubah betul. Dulu, lelaki ini gempal badannya, dan bercermin mata, kini, dah kurus tetapi tegap badannya. Smart dah!
Aku gelak-gelak kecil.
“So, amacam? Dah dapat ke Syirah? Kalau dapat, tak sia-sia aku kena tumbuk dulu..”,kata-kata Andrew membuatkan aku terkedu sejenak. Namun, aku lihat Adha ketawa.
“Tak dapat la Andy! Aku ni siapa la.., mana lah dia nak pandang! Daripada kecik, sampai le dah tua ni pun, tak berjaya jugak aku ngorat dia..”,
Aku lihat Andrew ketawa galak. Lantas aku cubit lengan Adha membuat dia terjerit sedikit.
“Padan muka! Mulut tuh..tapis sikit!”,
“So sad, man! Aku ingat kau dengan dia...”,Apa yang membuat Andrew berkata begitu. Aku sendiri tak tahu. Tidak lama selepas itu, Andrew berlalu. Aku geleng-geleng perlahan sambil tersengih sendiri.
“Dengar dek tunang kau Andrew cakap macam tuh, mau berterabur gigi macha tuh agaknya kena penumbuk ek?”,
Aku hanya tersengih. Sejenak, aku terkenang Hafiz, yang kini telah pun bergelar tunang. Cincin tunang aku mainkan. Aku perasan Adha memandang jariku yang tersarung cincin.
“Berapa lama kau dah kenal Hafiz tuh Syirah?”,
“Kenal orangnya, dah lama. Dari form 1 lagi..., tapi, kenal betul-betul, baru-baru ni je...”,Dia lantas berpaling memandang wajahku mendengar jawapanku itu.
“Baru kenal, kau dah terima pinangan dia?”,
Aku mengeluh sendiri. Jangan lah kau tanya Adha...
“Parents aku dah kenal family dia lama Adha...”,
Aku lihat Adha mengeluh, kemudian dia menggeleng sendiri.
“Kau ni kenapa pulak? Macam masalah pulak aku bertunang dengan Hafiz..”,
Adha diam. Dia menggeleng lagi.
“Aku rasa kau tak patut accept pinangan dia without kenal dia betul-betul dulu Syirah...”,
Aku mula rasa tak puas hati. Apa masalah dia? Tiba-tiba nak pertikai pertunangan aku dengan Hafiz!
“Apa point kau sebenarnya nih? Kau nak cakap apa?”,Suara aku mula dingin. Memandang anak matanya.
“Point aku, dia tuh tak sesuai untuk kau!”,
Aku pandang dia tajam.
“What is your problem nih Adha? Abis siapa yang sesuai dengan aku? Kau? Hah? Ini urusan hidup aku, ok? Aku tak rasa kau ada hak untuk masuk campur!”,
Dia pandang aku lama, sebelum berpaling membelakangkan aku.
Aku menggeleng-geleng kemudian pantas aku berlalu balik ke bilik hotel. Sepantas derap kaki aku berlalu, sepantas itu lah, airmata gugur membasahi pipi. Aku semakin tak mengerti, mengapa pula dia harus menganggu hubungan aku dan Hafiz? Bukankah dia sudah punya Sheila?

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Aku kemam mulut meratakan lipstik yang ku sapu nipis. Aku pandang wajahku di cermin itu. Selendang yang dibelitkan di kepala ala-ala Wardina ku betulkan sedikit. Puas hati dengan penampilan ku, aku lantas berlalu semula ke katil dan mengambil beg tangan.
Purse..., handset.., tisu...
Terasa ada yang kurang.
Oh.....perfume..
Lantas botol kecil perfume ‘Escada’ itu aku ambil dan masukkan ke dalam beg tanganku. Memang dah jadi habit aku membawa perfume ke mana-mana. Sekadar persediaan. Almaklum aje lah, orang perempuan ni, macam-macam halnya. Penampilan diri harus dijaga. Lagi-lagi masa tengah lampu merah ni! Kang ada bau yang kurang enak kang, tak sedap la pulak!
TIT! TIT! TIT! Telefon bimbitku berbunyi.
Alamak..., Hafiz dah sampai kot...
Segera aku keluarkan handset Motorola itu daripada beg.
Aik? Adha??
Aku kerut kening sedikit.
“Hello.., Assalamualaikum..”,
“Waailaikumussalam.. . Hai cayang! Buat apa?”,Ceria suaranya di talian. Aku gelak kecil. Dia nih tak berubah....
“Tengah bersiap. Nak keluar...”,
Dia diam sejenak.
“Keluar? Gi mana? Dengan siapa?”,
Aku gelak lagi kali ini.
“Encik polis, saya terlupa pulak nak buat laporan. Saya nak keluar dengan tunang saya, nak pergi Hilton, ada kenduri kawan dia...”,
Dia diam. Agak lama kali ini.
“Hello...., dah bisu ke?”,
“Mm..., takpe lah. Kacau kau pulak! By the way, i just wanna apologize for what happen last week..”,
Aku senyum. Perkara last week yang dimaksudkan mungkin reunion itu.
“Mm.., tak ape lah! Aku pun dah lupa dah...”,
“Sorry ek!”,
“Ok...”,
“K lah Syirah. Kalau sudi, tengah-tengah free, call le aku! Kita still kawan kan?”,Aku gelak.
“InsyaAllah..., kau pun! Mm.., ok la Adha! Kang dia dah sampai, kena tunggu, angin pulak dia..”,
“Ok..ok.. . Mm.., Syirah...”,
“Hah.., pe lagi?”,
“You take care ok! Jaga diri baik-baik..”,Aku senyum mendengar katanya itu.
“You too...”,
“Bye, Assalamualaikum..”,Dan talian mati. Aku senyum sendiri. Geleng-geleng perlahan. Adha...Adha...
TOK! TOK!
“Akak..., Hafiz dah tunggu kat bawah tuh.., tak siap lagi?”,Aku dengar ibu memberitahu kehadiran Hafiz di balik pintu yang bertutup.
“Ok..ok..., coming!”,
Dan aku keluar daripada bilik itu membawa senyuman.

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Majlis diadakan serba mewah. Ternyata pengantin ini datangnya daripada keluarga berada. Makanan yang disediakan juga memang enak. Aku memandang sekeliling, melihat hadirin yang lain. Tiada seorang pun yang aku kenal. Kata Hafiz, kedua-dua pengantin adalah sahabatnya di UK dahulu. Memang mereka telah menjalin hubungan cinta ketika belajar di sana lagi. Aku hanya mengangguk-angguk.
Hafiz kurang bercakap hari ini. Sekadar perlu sahaja. Aku sendiri kurang pasti sebabnya.
“Baby, saya nak pergi toilet jap! Loya tekak la..”,Dia bisikkan di telinga ku sebelum dia berlalu. Aku angguk sambil melihat dia berlalu.
Pulak dah..., loya tekak? Kenapa?

Hampir 15 minit dia pergi, Hafiz masih belum kembali. Aku menjenguk-jenguk mencari kelibatnya.
Mana dia nih.... . Takkan terus balik tinggalkan aku...
Ke..teruk sangat sakitnya...
“Excuse me..., you fiancee Hafiz kan?”,Tiba-tiba seorang lelaki datang menyapaku. Aku teringat, lelaki ini ada bersalaman dengan Hafiz tadi.
Lantas aku angguk-angguk.
“Hafiz pitam kat toilet tadi...”,
“What?”,Panik mula terasa. Pitam? masyaAllah...
Lantas aku bangun.
“Di..dia kat mana?”,
“Relax..relax... . You jangan panik! I bawak dia rest dekat bilik. Jom, I bawak you jumpa dia..”,
Cepat aku angkat handbeg dan berjalan membontoti lelaki itu. Dalam hati mula risau. Apa sakit dia? Sampai pitam.... Ya Allah...
1023
Sampai di bilik itu, sahabat Hafiz itu menggunakan kad yang diberikan sebagai kunci masuk itu membuka pintu. Pintu dibuka lebar.
“Masuklah...”,Aku melangkah masuk. Kala itu, terasa dada berdebar-debar. Perlahan, aku terus melangkah .
“Hafiz...”,Aku panggil perlahan. Sejenak, aku dengar pintu ditutup.
“Eh..”,Aku berjalan semula, ingin ke pintu. Takkan dia nak tinggal aku berdua dengan Hafiz! Papahal jadik.., tak ke susah nanti!
Namun tiba-tiba aku rasa ada tangan yang menarik aku kuat lantas menghumban aku ke katil besar itu.
“HAFIZ!!”,Lantas aku menjerit kuat melihat Hafiz tersengih-sengih dengan kemeja yang tidak lagi berbutang menampakkan susuk tubuhnya.
Ya Allah...
“Hafiz.., apa nih? Kawan awak kata...., awak sakit..”,
Dia gelak.
“Memang saya sakit, honey! Ubatnya awak..”,
Berdebarnya aku kala itu, tuhan sahaja yang tahu. Dia tipu aku...
“Apa ni Hafiz! Saya nak keluar!”,Lantas aku bangun dari katil itu.
“Nak pergi mana!”,
Lantas dia menangkap aku dan merangkul pinggang aku kuat.
“Hafiz!!! Lepas!!!”,Kala itu, bibirnya sudah merayap-rayap di wajahku.
“Hafiz, jangan buat macam ni..”,Aku cuba menolak, namun, seolah tiada daya. Dia terlalu kuat untuk menjadi lawanku.
Abislah aku malam ni....
Airmata gugur meratapi nasib yang bakal aku lalui selepas ini. Aku cuba meronta lagi.
“I love you so much sayang! From the first time I saw you, I already think to have you..”,Dia berbisik. Geli! Jelak, aku mendengarnya!
Tangannya pula mula mengganas.
“HAFIZ!!! Jangan!! Jangan buat saya macam ni..., tolong...”,Aku merayu dalam tangisku.
Aku ditolak kuat ke atas katil semula. Dengan sekali tarik sahaja, semua butang baju kebaya yang aku pakai malam ini terbuka.
“JANGAN!!!!”,
Ya Allah....., bantulah hambaMu ini.... . Tolong..
Kala itu, aku teringat perfume di dalam beg. Lantas aku cuba meronta mencapai beg. Syukur, beg itu tidak jauh. Segera, terkapai-kapai, aku keluarkan perfume itu.
PSTTTT!!!!! Aku semburkan tepat ke matanya
“AGHHHH!!!!”,Dia menjerit kuat lantas peluang itu aku gunakan menolak dia yang menimpa tubuh tadi. Tak tunggu lama, aku lantas berlari ke pintu. Baju yang dah ternganga Cuma aku rapatkan. Tidak punya masa untuk membutangkan semula. Aku berlari laju. Namun, tidak tahu arah tuju. Ke mana?
BUK! Tak sengaja, aku terlanggar dengan wanita cleaner itu.
“Tolong saya....tolong saya! Sembunyikan saya..”,Wanita itu memandang aku yang menangis panik.
“Iya..dik..., mari.., ikut saya..”,Dari gayanya bertutur, aku tahu dia berasal dari Indonesia. Tanganku ditarik ke satu bilik. Tanggapanku, itu bilik yang disediakan untuk ‘room service’ kerana terdapat banyak barang-barang seperti cadar, blanket, dan perkakas-perkakas yang biasa disediakan dalam tiap bilik hotel.
“Emangnya, adik ni di’ngapain’?”,Aku kesat airmata. Dada masih lagi berombak laju. Ya Allah, tak pernah terlintas dalam fikiran selama ini, aku akan menghadapi dugaan seperti ini.
“Ada..o..orang cuba rogol saya..”,
“Ya ampun...! Adik enggak apa-apa?”,
Aku geleng perlahan.
“Syukur Alhamdulillah.. . Waduh.., ngapain sih, manusia nih jahat betul!”,Penuh perasaan dia menyuarakan ketidakpuashatiannya. Sepi. Wanita Indonesia itu hanya memerhati aku menangis.
“Kak..., ada telefon tak sini? ”,Akhirnya, aku memecahkan keheningan.
“Di sini enggak ada. Guna telepon akak dulu la..”,Lantas dia mengeluarkan telefon bimbit Nokia 3315 daripada poketnya. Dia hulurkan padaku.
“Tak apa ke kak?”,Dia geleng-geleng. Lantas dia tarik tanganku dan meletakkan telefon itu di tangan. Aku kesat airmata, lantas menghadiahkan senyumku padanya.
Pantas, tanganku menekan nombor.
0192445252
Terdengar deringan sejenak, sebelum tuannya menjawab.
“Hello..”,Aku diam mendengar suara lelaki itu. Kenapa aku mendail nombor dia? Aku sendiri tak tahu. Kala itu, hanya nombor yang dapat ku fikirkan.
“Adha...”,Dan tangisanku menjadi semula.
“Syirah! Syirah kau ke tuh? What happen? Syirah...”,Cemas suaranya.
“Adha..., aku.., tolong aku..”,
“Syirah are you okay? Hah? Answer me..., are you okay?”,Tak terkeluar sebarang perkataan dari mulutku.
“Kau kat mana nih?”,
“Hilton...”,
“Tunggu, aku datang sekarang!”,TIT! Tit! Talian terputus. Aku serahkan semula telefon itu kepada kakak itu.
“Gimana sekarang?”,
“Kawan saya mau datang... . Terima kasih kak..”,
Dia angguk-angguk. Aku pantas membutangkan baju kebayaku ini. Sumpah, lepas ni aku bakar baju ini! Geli mengenangkan dengan baju ini, Hafiz cuba....
Lelaki jahanam!
“Mari.., akak temankan ke depan sana! Tunggu kawannya..”,
Aku memandang akak itu lama. Syukur, masih ada insan mulia hatinya...

Skreet!!! Gen-2 itu berhenti tepat di hadapan kami. Adha keluar dari perut kereta. Menghampiri ku.
“Syirah.., are you okay? Ha.., kenapa ni?”,Aku pandang wajah Adha kala itu. Riaknya menggambarkan betapa dia risau dan cemas kala itu.
“Tuan.., kawannya ini hampir dirogol tadi! Ketika saya ketemu tadi, dia menangis meminta pertolongan..”,
Adha ternganga. Bercekak pinggang. Aku nampak rahangnya bergerak-gerak menahan marah.
“Kalau enggak ada apa-apa lagi.., saya pergi dulu..”,
“Eh..kak..”,Pantas aku menangkap tangannya.
“Terima kasih banyak-banyak...”,Seperti telah lama berkenalan, pantas aku memeluknya erat. Aku rasakan dia membelai-belai belakang ku perlahan.
“Sudah la.. . Jaga diri baik-baik ya.. . Orang cantik gini, bahaya sih, sendirian gini..”,
Aku angguk-angguk.
“Saya pergi dulu..”,Lantas dia berlalu meninggalkan aku dan Adha. Aku lantas tunduk. Tiba-tiba, terasa malu dengan Adha.
“Hafiz kan?”,Aku diam. Memandangnya sejenak.
“God Damn it!! Aku bunuh jantan tuh!!”,Tayar keretanya itu disepak kuat. aku sendiri terkejut dengan tindakannya.
“Aku dah kata dengan kau, aku tak percaya dengan celaka tuh! Tengok! Apa dah jadi?”,
Aku diam. Memandang lantai. Mata terasa bergerak-gerak menahan tangis.
“Dia tipu aku... . Aku tak sangka boleh jadik cam ni... Aku tak tahu..”,
Dan kala itu, untuk kesekian kalinya, airmata gugur lagi.
Aku dengar Adha mengeluh perlahan.
“Dah tuh..., masuk kereta. Aku hantar kau balik!”,Lantas tanganku ditarik lembut ke kereta. Pintu dibuka, dan aku masuk ke dalam kereta itu.
Sepanjang perjalanan, Adha menyepi. Cuma sesekali, aku dengar dia mendengus. Kami berhenti di stesen minyak Petronas. Namun, tak pula dia berhenti berdekatan dengan tangki minyak.
“Tunggu sini jap...”,lantas dia keluar, dan aku dengar bunyi decitan. Dia mengunci keretanya dari luar. Tidak lama kemudian, dia kembali membawa satu plastik.
“Nah..., tisu, basahkan muka tuh sikit!”,Satu packet tisu dihulurkan kepadaku, bersama air mineral. Aku akur, lantas keluar daripada kereta dan membasahkan wajah yang terasa sembab. Sejenak, aku masuk semula. Dia diam. Menyandarkan kepala ke seat.
“Sorry susahkan kau Adha! Aku...aku tak tahu nak call sapa tadi! Aku takut nak call rumah..”,
Dia masih sepi.
“Kau..., kau...Ok ke Syirah? Tak ada apa ke?”,Aku dapat menangkap maksudnya. Mungkin dia ingin bertanya samada aku masih ‘gadis’. Lantas aku angguk-angguk. Aku lihat dia seperti menghela nafas lega.
“Jangan kasik aku jumpa dengan binatang tuh! Mampus aku kerjakan nanti...”,
Mendengar katanya itu, aku tersenyum sedikit. Teringat, satu tika dulu, dia pernah juga mengucapkan kata itu.
“Jangan aku kasik jumpa dengan si Jamil tuh! Mampus aku kerjakan nanti... . Berani dia ngorat Syirah aku...”,
“Mm..., kau tengah buat apa tadi?”,Risau juga aku, entah-entah kan dia ada hal penting, tak pasal-pasal pulak aku mengacau dia..
“Aku tengah dinner dengan Sheila..”,
Mendengar nama itu, aku terasa seperti mahu menangis semula. Aku angguk-angguk. Lantas menyandar kepala ke seat. Berpaling ke luar tingkap.
“Adha.., aku nak balik..”,
Dia sepi. Sejenak, kereta itu bergerak semula.
Di hatinya masih ada Sheila...
Tanpa dia sedar, airmata ini mengalir lagi.....

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Hampir sebulan sudah perkara hitam itu berlalu. Pertunangan antara aku dan Hafiz telah pun diputuskan. Rupa-rupanya ibu dan abah telah pun diberitahu tentang peristiwa itu oleh Adha sebelum aku dihantar pulang. Patutlah ibu dan abah dah menunggu aku di depan pagar ketika aku sampai. Sampai-sampai aje, ibu dah menangis-nangis memeluk aku. Abah bersembang apa ntah dengan si Adha. Esoknya juga, abah dan ibu ke rumah Aunty Hani memutuskan pertunangan. Nasib baik abah dan ibu tegas, kerana Aunty Hani ada juga ajak berbincang semula. Katanya, Hafiz buat begitu kerana terlalu cintakan aku! Gila apa! Itu bukan cinta namanya, itu psiko, erti kata lain, GILA!
Sesungguhnya, kini aku sedar, Allah itu Maha Penyayang! Diingatkan aku membawa perfume tika itu. Sesungguhnya, perfume itu lah penyelamat maruah ku.
Hish....syukur! entah apa agaknya jadi dengan mata Hafiz kena sembur perfume tuh ek! Hmm.., biarkan! Padan ngan muka dia..
“Akak..., buat apa?”,Ibu terpacul di muka pintu. Aku senyum. Geleng-geleng.
“Ibu masuk boleh?”,
Aku lantas angguk. Ibu masuk ke dalam bilik ku lantas duduk di katil.
“Ibu ada hal penting nak cakap dengan akak..”,
Aku kerut kening sedikit. Di wajah ibu tergambar sedikit gelisah.
“Hal apa ibu?”,
Ibu bangun menghampiriku. Tangan ku dipegang erat.
“Ada keluarga merisik akak.. . katanya, nak hantar rombongan meminang hujung minggu ni..”,
HAH?!!!
“Ibu..., akak tak nak ibu! Ibu pun tau apa je yang baru jadik bu.. . Akak tak mau..”,Ibu memandang wajahku sayu. Dia usap-usap lembut rambutku.
“Ibu dan abah dah setuju dengan pertunangan tuh, sayang! Mereka datang hujung minggu nih sekadar adat je.., hakikatnya, pertunangan tuh memang dah jadik..”,
Aku terlopong.
“Ibu..., apa nih ibu? Kenapa ibu buat akak macam ni...”,Kala itu, perasaan takut mula menyelinap di hati ku. Siapa lagi yang nak dikenenkan dengan aku kali nih? Tak cukupkah pengajaran yang lepas?
“Maafkan ibu sayang! Ibu dan abah terhutang budi dengan dia.., kami tak boleh nak menolak!”,
Kala itu ibu tarik aku dalam dakapannya.
“Akak takut ibu...”,
Adu ku pada ibu.
“Jangan takut. Kali nih, ibu pasti, perkara yang sama tak akan jadik! Dia dari keluarga baik-baik...”,
“Tapi...”,
“Akak sayang abah dengan ibu tak? Kalau akak sayang dengan kami, tolonglah ibu... . Ini aje caranya, kami nak balas jasa dia pada kita..”,
Aku terkedu.
“Percayalah cakap ibu... . Kali nih, InsyaAllah, orangnya baik..”,
Ya Allah, kenapa begini nasibku.. . Aku tersepit, antara kehendak hati, dengan hajat ibu dan abahku. Andai kata ini sahaja cara untuk aku bantu abah dan ibu membalas jasa keluarga itu kepada kami, apakan dayaku?

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Aku pandang wajah di cermin bilikku itu. Dengan pakaian serba biru lembut itu, make-up sederhana, aku tampak berbeza daripada biasa. Kak long kata aku cantik hari nih. Sekali lagi, aku akan menghadapi saat ditunangkan. Yang berbeza kali ini, aku akan ditunangkan dengan lelaki yang memang aku tak pernah kenal. Malah, namanya juga aku tak mahu bertanya pada ibu dan abah. Biarlah selepas ditunangkan sahaja kami berkenalan.
Aku redha tuhan.., Cuma, aku harap, biarlah kali ini, bakal tunangku ini, orang yang patuh padaMu..
“Akak...”,Dira masuk menghampiriku. Dia peluk aku dari belakang. Aku senyum. Memandang adikku itu daripada cermin.
“Cantik kau hari nih...”,Aku senyum, kemudian tunduk. Terasa sebak pula tiba-tiba.
“Akak..., janganlah menangis...”,Cepat betul Dira sedar, mataku yang berair.
“Betul ke apa yang akak buat nih Dira? Akak takut....”,Aku lihat, mata Dira juga berkaca.
“Akak..., insyaAllah... . Doalah.., supaya akak bahagia dengan dia..”,
“Akak orang baik, pasangannya mestilah baik jugak...”,Sejak bila pula adikku pandai berkata-kata begitu, namun mendengar katanya, aku terasa lega amat. Lantas aku dakap dia kuat. selepas aku lepaskan, dia kucup pipi aku. Aku dan dia akhirnya sama-sama gelak.
“Hish.., kau nih! Tengok, abis make-up! Marah Mak Uda nampak ni kang..”,Sememangnya Mak Uda yang bertanggungjawab menghiaskan aku hari ini.
Dira kesatkan mukaku dengan tisu lembut.
“Ok lah.., aku nak pergi tolong ibu kat dapur tuh kejap! Nanti aku datang balik ek?”,Aku angguk-angguk. Melihat adikku itu keluar dari bilik.
Aku mengeluh perlahan. Sejenak, aku memandang handset di atas katil. Patutkah aku memberitahu dia?
Pantas, tangan mencapai handset. Aku tarik nafas dalam. Lantai nombornya ku dail.
“Hello, Assalamualaikum! Miss universe..”,
Ceria suaranya. Aku senyum.
“Waalaikumussalam..”,perlahan aku menjawab.
“Oit, asal mendung je bunyi ni! Kau ok tak?”,
“Ok... . Mendung mana ada bunyi lah!”,Aku dengar dia gelak.
“Eh Adha!”,
“Ye cayang.., apa dia..”,
Aku diam sejenak. Mengambil masaku sendiri.
“Aku..., mm.., aku nak bertunang hari nih...”,
Sepi. Tiada respond daripadanya.
“Bertunang...? Oh.., arr.., congrats..”,
Sepi.
“Thanks..”,akhirnya aku pecahkan kesepian.
“Mm.., aku doakan kau bahagia..”,perlahan suara nya. Sayu benar rasa hati mendengar kata mendoakan bahagia ku.
“Kau pun.., semoga bahagia dengan Sheila..”,
Aku terdengar dia gelak kecil.
“Apa pulak aku yang bahagia dengan Sheila...”,Aku kerut kening.
“Maksud kau?”,
“Sheila tuh nak kawin dengan cousin aku la..”,
BUP! Terasa macam ada batu yang menimpa kepala. Maknanya, selama ini, dia memang tiada sebarang hubungan dengan Sheila? Aku salah paham?
“Abis...ari tuh, dekat KLCC..”,
“Masa meeting tuh? Mm.., aku keluar bertiga dengan cousin aku sekali! Pilih barang-barang. Budak berdua tuh tak reti..”,
Aku diam. Ya Allah..., kenapalah baru sekarang aku tau....!
“Aku ingat, kau yang nak kawin dengan dia..”,
Dia gelak lagi.
“Aku kan tunggu kau! Kau lupa ke? Tengok sekarang, kau pulak yang tinggalkan aku... . Sakit hati...”,Dia menyanyi entahkan lagu siapa. Airmata mula gugur kembali. Aku letakkan tisu di mata.
“Eh.., Syirah! Kau menangis ke?”,
“Kenapa kau tak bagitau aku awal-awal! Aku betul-betul ingat kau dengan Sheila... . Ya Allah...”,
Dia diam.
“Syirah..., jangan menangis cam nih! Kau buat aku panik la..”,
“Aku dah nak bertunang dah nih! Kalau aku tau...”,Entah dari mana dapat kekuatan, aku berkata begitu. Dia diam.
“Mak..maksud kau?”,
“Aku sukakan kau la selama nih! Kau tak sedar ke? Tapi.., aku ingat kau nak kawin dah.., sebab tuh, aku terima pinangan ni..”,
Dia diam. Sepi. Lama. Hanya esakan airmata aku yang kedengaran dalam talian sunyi itu.
“Camana nih...”,Aku seolah mengadu.
“Syirah...”,Serius intonasinya.
“Kau terimalah pinangan tuh! Jangan malukan keluarga kau, keluarga bakal tunang kau! Aku sayangkan kau sampai bila-bila...”,
TIT! TIT! TIT! Talian putus.
“Adha...”,
Aku menangis teresak-esak, memeluk telefon bimbitku itu.
“Akak...kau da..”,
“Ya Allah, akak! Kenapa kau menangis nih! Dah la tuh....”,Adikku duduk mencangkung di hadapanku.
“Dira...”,
“Akak..., jangan macam nih! Kalau ibu nampak kau macam nih, dia susah hati!”,
“Dah tuh... . Orang dah nak masuk sarung cincin ni...”,
Adik aku kesat airmata di wajahku dengan tisu.
“Dah tuh akak...”,
Aku tarik nafas dalam. Menahan diri.
Syirah...., kawal diri kau! Jangan malukan keluarga...
Adik aku tempekkan apa-apa yang patut cover make-up asal yang dah rosak dek airmata ku tadi.
“Jangan menangis lagi akak... . Lepas nih, kau cerita dengan aku ok.. . Sekarang tahan sikit... . Kesiankan ibu dengan abah..”,
Sekali lagi, aku tarik nafas dalam-dalam. Sebak di hati aku pendamkan jauh-jauh.
“Dah siap dah Dira? Orang nak masuk dah..?”,Ibu terkocoh-kocoh di muka pintu. Lantas dia hampiri aku. Memandang aku dalam. Aku ukir senyum untuk ibuku.
“Anak ibu ni dah besar..”,Lantas ibu kucup dahiku.
Ibu..., kalaulah ibu tahu apa yang ada kat hati akak nih...
“Assalamualaikum...”,
Seorang wanita, yang agak, lebih kurang sebaya dengan ibuku masuk, diikuti dengan beberapa orang di belakangnya. Aku tunduk. Terasa berdebar, tuhan sahaja yang tahu.
“Basyirah..”,Wanita itu memanggil aku lembut. Lantas aku hulurkan tangan ingin bersalaman. Tangannya aku kucup perlahan.
Dia lantas duduk di sisiku.
“Sebelum umi sarungkan cincin ni, umi nak tanya Syirah, Syirah betul-betul setuju ke dengan engangement ni?”,
Aku tersentak. Memandang wajah lembut di hadapanku ini. Kenapa dia tanya macam tuh? Seolah dia tahu apa yang berlaku selama ini.
“Apa-apa yang ibu dan abah Syirah rasa baik untuk Syirah, Syirah ikut aje, makcik..”,Itu aje jawapan yang terbaik yang dapat aku pikirkan kala itu. Segan pulak nak panggil dia umi, walaupun dia sendiri meletakkan nama umi untuk dirinya.
“Kalau macam tuh, umi ada pesanan dari anak umi. Dia nak Syirah terima ni..”,
Satu plastik kecil dihulurkan pada ku. Aku pandang ibu dan Dira. Ibu senyum, sambil mengangguk-angguk.
Perlahan-lahan, aku keluarkan barang daripada plastik bag itu. Frame gambar. Lantas aku terbalikkan untuk melihat muka depan frame itu.
“Ya Allah....”,
Aku terpaku melihat gambar itu. Gambar kelas aku darjah 6 dulu yang diambil pada hari akhir persekolahan dulu.
Airmata ku gugur lagi. Melihat wajah Adha tersenyum lebar di sisiku.
Sayang.., sudilah kiranya menerima huluran cinta ku ini.. – Adha –
Begitulah kata-kata yang tertulis di kad kecil yang terlekat di frame itu. Aku tutup mulut menahan esak.
“Anak umi.., Khairul Adha ikhlas sayangkan Syirah. Dari dulu, sampai sekarang, hanya Syirah yang ada dekat hati Adha... . Syirah sudi tak, terima Adha..?”,
Aku pandang wajah umi di hadapanku itu. Dalam tangis, aku mengangguk-angguk.
Aku lihat umi senyum. Dia tarik aku dalam dakapannya.
Ya Allah...., aku bersyukur....
“Hah.., mana cincinnya. Kang dah menangis-menangis, cincin lupa nak sarung...”,Sambil mengesat airmata di pipinya, umi lantas berbicara. Semua yang menyaksikan ketawa. Aku turut tertawa. Lantas aku sendiri mengesat air mata.
“Anak dara saya yang ini memang suka menangis sikit, Ana..”,Mereka ketawa lagi. Aku tunduk termalu.
“Adam! Cepat amik gambar umi dengan Kak Syirah sarung cincin ni..”,
“OK..Ok..., ready..., one two three..”,KLIK! Kala itu, cincin telah pun tersarung di jari manisku.
“Alhamdulillah...”,Umi hadiahkan kucupan di dahiku. Aku senyum.
Ya Allah.., sungguh aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan padaku...
“Adha ada kat luar tuh hah! Dia tunggu kat taman belakang sana..”,
Mendengar nama itu, aku rasa geram amat! Kurang asam btul mamat nih! Dia kelentong aku bulat-bulat!
“Kak Syirah...”,Aku lihat remaja yang digelar Adam oleh umi tadi menghulur telefon bimbitnya kepadaku.
“Abang A’a nak cakap..”,
Tersipu-sipu, aku mengambil telefon itu.
“Moh le kita ke depan Cik Ana, biarkan budak-budak ni bercakap telefon! Kita makan dulu!!”,Ibu pula berseloroh. Mereka ketawa lagi. Tidak lama, keadaan kembali sepi.
“Hello...”,
“Hello..awak!”,
Aku gelak kecil. Namun, terasa selesa mendengar dia menggelarkan aku dengan gelaran itu.
“Jahat la awak nih! Tipu kita...”,
Aku dengar, dia pula ketawa kali ini.
“Saje je.., buat gimik sikit! Tau..cuak!”,Dia mengusik lagi.
“Awak..., terima kasih sebab sudi terima kita dalam hidup awak..”,Aku senyum mendengar kalimah itu. Terima kasih untuk apa?
“Kasihmu diterima...”,perlahan, aku ucapkan rasa hati.
Kala itu, terasa bagaikan ada melodi cinta mengiringi suasana.
Oh tuhan..., terima kasih! Apa lagi yang lebih bahagia daripada menjadi milik orang yang dicintai.
Tak sangka..., rupa-rupanya..., selama ini, dialah di hati.......

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Jumaat, 8 Jun 2007 di 10:41 PG

1 Comment to "Dialah Di Hati"

hai penulis...saja drop by, tgk tarikh akhir entry pun dah tahun lepas...eheheh

klu blog nih ada org, cuma nak bagitau, saya add link ke blog nih ye...ehehehe

sgt sgt nice karya...teruskan berkarya ye???eheheh