Aku Ada 2

Pipi gebu kemerahan si kecil itu aku usap perlahan. Jari telunjuk ku yang digenggamnya aku biarkan. Tersenyum sendiri.
Sungguh, itu lah ajaibnya si kecil ini, apa sahaja tindakannya membuahkan rasa bahagia.
Sesekali, dia seolah tersentak dan bergerak-gerak, kala itu cepat tanganku menepuk perlahan.
“Syhhh....Syhhh..”,Pujukku agar dia lena semula.
“Comelnya baby kita...”,Entah bila Abang Afiq wujud di belakang, aku sendiri tak pasti. Aku lantas kerut kening.
“Thanks sebab bagi abang baby comel...”,
Aku pandang dia sejenak, sebelum tergelak kecil.
“Ada..ada je..! perasan! Bukan baby awak la...!!”,Marah ku dalam nada berbisik. Kerana tak mahu, Nur Athirah, cucu sulung keluarga Abdullah itu terjaga.
Alhamdulillah, seminggu lepas, Kak Long telah selamat melahirkan bayi perempuan comel ini.
Hari ini, untuk pertama kalinya, rumah keluarga itu menerima cucu. Oleh itu, Aunty menjemput aku untuk turut sama ke rumah meraikan kegembiraan mereka menyambut Nur Athirah.
Bermakna, baby yang comel nih, sah-sah bukan dia punya! Perasan! Dia hanya ketawa.
“Tak puas lagi tengok baby ke..?”,
Aku sengih. Geleng-geleng.
“Comel la dia... Tak jemu mata tengok..”,
Dia hanya angguk-angguk sambil tangan dah mengusik tangan gebu Athirah.
“Macam Mak Ngah dia la..”,Walaupun perlahan, dapat ku tangkap bicaranya itu. aku tersenyum sendiri.
“Ish.., cuba jangan kasar-kasar... Sakit la dia..”,Lengannya aku pukul perlahan. Ye lah, dia dok cubit-cubit tangan budak tuh! Tau la geram, tapi, jangan la cubit! Sakit la dia..!
“Amboi... Garangnya Mak Ngah nih... Baru anak sedara, anak sendiri tah cane plak agaknya.. Tah, tah, terus abah nya tak leh pegang...”,Dia mencebik. Buat muka manja la tuh konon..
Aku ketawa perlahan sambil perlahan-lahan menjauhi katil Nur Athirah yang diletakkan di ruang tamu itu. Lantas aku menghenyakkan punggung ke satu sofa mewah di ruang tamu banglo itu.
Dia menurut. Mengambil tempat bertentangan denganku.
“Abang tuh mana layak nak jadi abah lagi...”,
“Eh.., apasal plak.. Selain daripada handsome, abang nih ada ciri-ciri kebapaan tau...”,
Aku ketawa lagi.
“Henti kan le... Tak ada maknanya..! perangai macam budak tadika, ada hati nak jadik bapak budak...”,
Dia turut ketawa kali ini.
Sejenak, aku pandang wajah bersih yang sedang asyik tergelak itu. Tampak lebih menyenangkan dipandang bila dia ketawa begitu. Memang cute! Tapi, tak pernah lah aku bagitau kat dia yang dia cute... Sedangkan tak payah cakap pun, dia memang sejak azali perasan yang dia handsome, kalau aku cakap agaknya, menjadi-jadi penyakit perasan dia tuh..
Memang tak pernah aku sangka, wajah yang mula aku kenal 6 bulan lepas itu, akhirnya menjadi raja di hati aku. Aku ingat lagi, masa mula-mula Baba cakap yang ada rombongan datang nak meminang aku, memang aku gelak gila. Ingat Baba main-main. Rupa-rupanya, memang betul! Tak ke ketar lutut aku. Sepanjang hari aku berkurung dalam bilik! Macam-macam aku fikir. Tapi, hingga ke sudah, aku memang tak berani langsung nak cakap tak mau. Aku takut Baba kecik hati..
Sudahnya, sampai ke hari bertunang tuh, aku tak kata apa. Mengangguk aje. Pulak tuh, rombongan datang naik kereta BMW dengan Toyota Wish. Lagi lah aku rasa nak pitam. Orang kaya meh!!!
“Afiq tak dapat datang.. Dia tengah sibuk dengan kerja university.. Jadi, kami aje lah hari nih.. Kalau dia ada sama, leh jugak kita kenalkan budak berdua nih...”,Itulah kata-kata yang aku dengar daripada dalam bilik. Masa tuh, aku punya la lega, tak payah jumpa dengan ‘tunang’ aku tuh depan keluarga. Terima kasih aje lah.. Saya pun tak sedia nak jumpa dengan dia lagi..
Biarlah aku ambil masa aku sendiri untuk menghadapi semua nih. Lagipun, aku nak masuk belajar masa tu. Aku dah cakap dengan baba siang-siang. Apa-apa hal pun, aku nak habis belajar dulu. kemudian baru fikir pasal kawin semua tuh! Baba bersetuju. Jadi, aku anggap, aku ada masa kurang lebih 4 tahun untuk fikirkan hal tunang-tunang nih! Tiba-tiba..
“Tak apa lah... Nanti di UIA diorang boleh berkenalan. Afiq kan UIA jugak...”,
WHAT?!!! Aku terus tunduk. Hancur musnah lah..., harapanku...
Mahu tak mahu, selepas aku dah mendaftar ke UIA, tak dapatlah dielakkan berjumpa dengan manusia bernama tunang itu. pertama kali jumpa dengan dia, buat aku nak gelak gila! Tah hape-hape dia nih.. ada ke patut, first time jumpa, dah cakap pasal berak-berak..! tak senonoh! Pastu, siap nak lawan mata tuh! Buat aku nak gelak je.. Ingat aku tak perasan agaknya, dia siap adjust cara duduk nak lawan mata dengan aku... Hari itu juga, aku sedar, yang di hatinya, sudah ada ratu. Kalau tak, masakan terus terlopong je mamat tuh, bila tiga gadis tuh lalu. Sempat juga aku lihat, siapa yang dia tengok. Aku tak pasti yang mana, tapi, ketiga-tiganya memang cun-cun belaka. Jadi, tak hairan lah kalau si dia terlopong macam tuh sekali.
Masa tu, aku memang tak de perasaan. Aku suka jugak kalau dia dah ada pilihan hati. Kemudian hari, tak susah kami nak putuskan ikatan yang diaturkan itu.
Namun, hari demi hari, aku mula senang dengan kehadiran dia. Teringat-ingat pulak. Bila dengan dia, rasa nak ketawa je. Tapi, aku cuba elak-elak untuk selalu bersama dengan dia. Aku tolak bila dia nak hantar aku ke Pudu tiap kali nak balik kampung. Alasannya mudah, sebab aku tak mau jatuh cinta dengan dia. Kan mencari penyakit namanya, jatuh cinta dengan dia, padahal dia dah ada Mira di hati. Tapi, lepas dia temankan aku balik ke Alor Star ketika Baba koma dulu, hati aku memang dah tak boleh ditahan-tahan lagi mencintai dia. Selepas itu, aku terus membuat keputusan untuk berjumpa dengan Abang Kimi, untuk terangkan segala-segalanya. Biar dia jelas, yang hati aku dah dimilikki.

”Woi makcik!!”,Aku tersentak. Ya Allah..., jauhnya aku mengelamun... Bikin malu saja...”
Aku pandang dia di hadapan ku terkebil-kebil memandang aku.
”Ingat dah koma dah tadik... Tak respond pon abang panggil-panggil...”,
Aku sengih. Tudung di kepala, aku betulkan sedikit. Aduhai..., malu aku!!
”Nasib baik dah sedar... Abang dah ready dah nak bagi CPR...”,
Lantas tawa ku terhambur keluar. Agak kuat.
“Ehek...ehek...”,Terdengar rengekan Athirah yang dah terjaga daripada lenanya. Mungkin diganggu tawa ku tadi.
Segera aku bangun ke katil Athirah.
“Syhh.....Syhh... Ala..cian dia..”,
“Ha..ha..tak tau! Mak Ngah buat Thirah bangun!”,Masih tak sudah mengusik aku. Dia juga sudah berada di sisiku.
“Kenapa..?”,Kala itu Aunty sudah terkocoh-kocoh datang. Almaklum aje la.., cucu sulung.. Dengar merengek sikit pon, dah sibuk..
Lantas kami berdua memberi ruang kepada Aunty melihat cucunya di tengah-tengah.
“Mak Ngah dia bising bu..”,
“Eh, dia pon sama!!”,Aku tak mau kalah. Kala itu, Athirah sudah pun didukung Aunty.
“Ala...ala cucu nenek... Tak mo nangis la.. Pak Ngah kacau ye...”,Pujuk si nenek sambil membawa cucu nya ke ruang tamu depan.
Kala itu aku sengih. Dia pandang aku tak puas hati.
“Bu.. Ayu yang buat..!”,
“Babab Pak Ngah tuh ye...”,Aunty bicara lagi. Kala ini, aku tertawa. Abang Afiq lantas berhenti. Bercekak pinggang. Memandang aku.
“Nih tidak ‘adil!!”,
Aku jelir lidah dan berlalu meninggalkan dia seorang dengan keadilan yang cuba ditegakkan....
Padan muka...!


‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Gadis itu aku tenung lama. Namun, aku tahu, dia tak sedar pun aku tengah memandang. Aku sengih sendiri. Geleng-geleng. Orang perempuan, kalo nampak aje yang makhluk Tuhan yang berkilau-kilau tuh, memang ralit!
Sejenak, aku pandang satu arah lagi. Melihat ipin dan Fifi sedang khusyuk melihat pilihan-pilihan cincin.
Hari ini, aku, Ipin, Fifi dan Ayu, keluar bersama-sama. Double date orang kata. Almaklum aje la, aku dengan Ipin teman sehidup semati. Nak keluar date pon, kena sama-sama..
Namun, di luar jangkaan aku dan Ayu, rupa-rupanya, Ipin dan Fifi ada perancangan yang lebih besar hari itu. Terkejut beruk jugak kami mendengar berita yang disampaikan Ipin.
Mana tak, tup-tup Ipin bagitau yang dia dan Fifi dah merancang nak bertunang 2 minggu akan datang. Jadi hari ini, alang-alang dah keluar, nak ajak kami teman carik cincin sekali.. Dah le baru bagitau tadi! kalau bagitau awal, leh jugak aku carik dalih tak mau join sama. Ye lah! Nih urusan penting beb! Biarkan le diorang luang masa bersama. Agar jadi kenangan nanti. Cewahh, pandai lak aku bercakap. Padahal, aku sendiri tak ada kenangan pilih cincin tuh!
“Sorry la Fifi! Sumpah aku tak tau korang ada plan jumbo cam nih.. Ipin nih memang sengal! Pergi ajak aku plak..”,Dek kerana rasa bersalah menyibuk hal besar mereka berdua, aku memohon maaf kepada Fifi. Dengan Ipin buat hape! Dia punya pandai la nih, jadik camnih! Ceh!
“Ala...relax la Fiq! Tak ada apa lah...”,
“Cam nih la.. Korang gi beli cincin tunang korang.., aku ngan Ayu lepak tempat lain.. Kang nak makan, kita jumpa balik? Leh?”,
“Tak sudi la tuh! Tak nak teman aku.. Takpe la..., takpela.., Camnih la kawan..!”,Aku tergelak.
Alamak, Ipin merajuk! Siap mencebik-cebik lagi tuh. Aku lihat, Ayu dah tertawa sama.
“Tengok Fiq! Gayfriend ko nih dah merajuk dah!”,Fifi menambah.
“Ala kau nih nyah! Nyampah mak! Asik nak merajuk je... Ok la... Ok la.., aku ikut la kau nyah...”,
Lantaran ketegasan Ipin dan Fifi itu lah, aku dan Ayu turut sama duduk di kedai emas Poh Kong di Sogo ini. Pe nak wat, orang dah pelawa..
“Abang...”,Panggilan si Ayu itu membuat aku tersentak daripada lamunan.
“Cincin nih sama dengan cincin Ayu... Tapi Ayu punya emas kuning, yang tuh emas putih...”,Dia tunjukkan jari ke satu cincin di dalam rak yang ditutupi dengan gelas kaca itu. aku pandang sejenak jari manisnya. Aku angguk-angguk. Membenarkan. Kala itu, baru aku tersedar yang aku sendiri tak pernah tau rupa cincin tunang yang disarungkan ke jari manis Ayu itu. ya lah, masa tuh kan, tunang paksa...
Jadi, jangan kata rupa cincin, rupa tunang aku pon aku tak berminat nak amik tau masa tuh. Namun, sekarang tidak lagi... Sekarang nih, kalau sehari tak tengok wajah tuh, ase tak best aje.. Terpaksala aku curi-curi amik gambar dia, save dalam handphone. Bila aku rindu sementara nak tunggu hujung minggu, boleh la tengok gambar..
Almaklum aje lah, sejak aku mula bekerja di syarikat milik abah, susah betul nak carik masa nak jumpa Ayu. Kalau masa cuti lepas belajar tuh, hari-hari aku datang bertenggek kat UIA tuh.. Ada aje alasan, nak gi swimming la, nak main bola la, main tennis la, yang sebenar, aku nak jumpa tunang aku tuh.. Main nya sekejap aje, dating yang lebih!
Namun, detik-detik indah tuh bertahan sebulan je, sebelum aku dipaksa abah pergi interview kat syarikat dia. Abah memang main tipu! Ye la, aku kan dah sibuk nak mintak kawin dengan Ayu. Konon-konon, lepas convo, dah nak nikah. Tapi, abah melarang. Katanya, nak bagi makan apa anak orang tuh? Ye jugak, tapi, kalau aku tinggal dengan ibu dan abah lepas kahwin, leh la aku bagi Ayu makan apa yang ibu masak kat rumah. Wakakaka!
Namun, malang nasibku, abah menentang keras. Dia kenakan syarat, kerja dulu, minimum 6 bulan. Kumpul duit hantaran 10ribu untuk Ayu. Dah la duit hantaran tuh, dia yang letak. Cam anak dia plak! Uncle Karim tak kata apa, abah plak yang lebih!
“Ok, if you really want to get married, abah izinkan...!”,Masa itu, aku dah sengih sampai ke telinga. Yay, yay! Nak kawin...
“Tapi, one condition...”,Whatever la abah, asalkan abah kasik kawin...
“Abah nak, Afiq kumpul duit hantaran untuk Ayu 10k...”,Terus aku tercengang.
“What?? 10k? La bah.., cakap aje la tanak kasik kawin!! Bila kurun nak cukup 10 k...”,Aku merungut.
“Duit gaji Afiq, you simpan untuk kawin. Tak payah bagi ibu abah, duit minyak kereta abah tanggung. You save untuk kawin je..”,
Disebabkan aku begitu bersemangat nak mengambil Ayu menjadi isteri yang sah, jadi, aku sahut cabaran abah. Pergi interview kat company dia dan bertekad untuk kumpul duit 10ribu itu.
Ingatkan senang aje, ye lah, anak bos, rupanya, abah dah perintah supaya pemilihan aku dibuat mengikut prosedur biasa, malah lagi susah! Tiga kali interview plak tuh! Mula-mula dengan HR, lepas tuh dengan manager department yang aku ditempatkan, yang paling tak tahan, stage terakhir dengan board of directors syarikat, yang diketuai oleh abah aku. Dengar kata, calon-calon sebelum nih, mana pernah kena interview dengan board of directors. Unless untuk hi-level position la.. Kalau setakat engineer nih.., manager je.. Tapi, dah diaturkan, untuk aku lain sikit! Mungkin, abah nak sahabat-sahabat yang lain tahu, yang dia bukan masukkan anak dia tanpa kelayakkan.
Akhirnya aku diterima bekerja sebagai engineer di situ. Masuk bulan nih, dah hampir 3bulan aku bekerja. Oleh itu, sejak itu, susah mencari masa untuk aku berjumpa si comel aku nih. Jadi, bila dapat jumpa, seperti sekarang nih, aku memang gunakan masa sehabisnya untuk tengok dia. Buat bekalan sehingga kami dapat bertemu semula di hujung minggu akan datang.
“Nak tengok yang tuh..., boleh?”,Pintanya kepada salah seorang pelayan di kedai emas itu. cepat-cepat budak perempuan tuh keluarkan cincin yang ditunjuk oleh Ayu.
“Ayu nak carik cincin ke...?”,Dia geleng-geleng tanpa memandangku. Matanya masih ke arah susunan cincin-cincin itu.
“Tengok-tengok aje... Mana ada duit nak beli... Test-test je la..”,
Aku angguk-angguk. Melihat wajahnya sejenak.
“Ayu suka cincin camana?”,
Dia pandang aku dengan muka pelik. Agaknya, pelik kenapa aku tanya soalan tuh kot!
“Kalau ikut Ayu, sume dalam nih Ayu suka...”,
“Amboi... Belilah semua... Pastu kita dok atas pokok..”,Dia ketawa lagi.
“Tak ada lah.. Tengok-tengok aje.. Cuci mata..”,Ujarnya sambil memulangkan semula cincin yang digayakan tadi kepada gadis kecil molek yang melayannya sejak tadi.
“Cane dik? Boleh? Design baru nih.. Harga boleh runding lagi..”,
“Tak pe la Kak.. Tengok-tengok je.. Terima kasih ek..”,
Gadis yang digelar kakak itu hanya senyum kelat. Kecewa mungkin, kerana tak berjaya memancing Ayu untuk membeli. Mata ku menurut cincin yang disimpan semula ke dalam rak itu. sejenak, aku memandang Ayu yang telah pun duduk di sisi Fifi. Membantu Fifi dengan memberi pendapat mungkin. Dan akhirnya, aku mengeluh perlahan...
Mm.., tak dapat buat apa la..

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

“Cantik tak B...?”,Untuk kesekian kalinya, aku dengar Kak Fifi bertanya tentang cincin yang digayakan. Aku hanya senyum. Memandang abang Ipin yang duduk bertentangan.
“Ayu.., kau ada kira tak berapa kali dah Kak Fifi ko nih tanya cantik ke tak cincin dia tuh...?”,Akhirnya abang Ipin kurang sabar. Lantaran itu, dia memerli Kak Fifi dengan caranya. Aku hanya gelak kecil.
“B....!”,Aku lihat Kak Fifi dah mencebik. Bertambah galak tawaku. Melihat gelagat kedua pasangan nih memang buat aku ketawa. Lawak! Yang seorang terlebih manja, yang seorang pulak, terlebih selamba. Padan sangat la tuh...
“Cantik kak Fifi... Jangan risau... dah boleh simpan dah.. Kang takut tak sempat pulak mak abang ipin sarung kat jari, dah ilang...”,Sengaja aku menakut-nakutkan dia.
“Kalau hilang, I soh mama sarung nut basikal je kat jari you B..”,Dia mengusik lagi. Kala itu, Kak Fifi pun tertawa. Menjelir lidah kepada bakal tunang nya itu.
“Eh, mana aje si Afiq nih! Berak batu agaknya...”,Menyedari ketiadaan sahabat baiknya itu, Abang Ipin merungut sambil berdiri menoleh-holeh mencari kelibat Abang Afiq.
Aku sengih. Ye tak ya gak.. Dah dekat 30 minit dia menghilang daripada food court Maju Junction nih.
Selepas selesai Abang Ipin dan Kak Fifi membeli cincin tadi, kami terus sahaja ke Maju Junction untuk makan tengahari. Belum sempat makan apa-apa, dia dah hilang. Katanya nak ke jamban. Tah iye, tah tidak dia nih... Belum makan lagi, dah nak berak ke...
“Call je la B... Iso lak Fi..”,Kak Fifi mencelah. Terus sahaja Abang Ipin mengeluarkan telefon bimbitnya. Aku hanya memandang Ipin. Menanti reaksi.
“Hah bai..., kat ane nih? Naik kembang dah mee aku tunggu ko nih..”,Sengaja Ipin mereka cerita. Yang sebenar, dia bukan order mee pon.. Aku sengih, memandang Kak Fifi. Kelihatan Kak Fifi juga turut sengih dengan penipuan kekasihnya itu.
“Ok.., Ok.. Cepat sikit...”,Tah apa yang dijawab Abang di corong belah sana, hanya balasan Ipin yang dapat aku dengar.
“Dia kat ane Abang Ipin?”,
“On the way... Carik jamban kat mana tah.. Jauh sangat...”,
Aku kerut kening. Mustahil abang tak tau kat mana letaknya jamban. Rasa-rasa aku, dia tahu kat mana toilet paling dekat dengan food court kat sini.. Sebab aku ingat, masa kami keluar mencari hadiah birthday untuk ibu nya dulu, dia hilang sekejap sebelum meneruskan perjalanan kerana ke tandas. Tak le lama gini...
Kot iye berak batu tak...?
Aku berkira-kira sendiri.
“Sorry..... Lambat...”,Mendengar suara itu, aku tersentak.
“Ko berak batu ke beb?”,Aku pandang dia yang nampak kemengahan sedikit mengambil tempat di hadapanku. Dia sekadar sengih memandang aku kemudian berpaling kepada Abang Ipin semula.
“Tak berapa nak batu la.. Ala-ala jeli tuh la..”,
“Uish.., macam yummy gak tuh...!”,
“Yeww!!! Baby!! Afiq!! Stop it!”,Marah Kak Fifi yang tergeli dengan bicara dua sahabat itu. aku sekadar ketawa.
Abang dengan Abang Ipin nih, memang tak boleh berjumpa... Ada aje idea diorang nak mengarut.. Pastu, leh synchronize lak tuh! Kalau tak dihentikan, sampai ke sudah menjadi mengarut depa nih..
“K la..., k la.. Makan, makan... Aku nak gi beli bahan-bahan jeli aku..”,Sekali lagi dia mengusik.
“Ei!! Belah! Belah!”,Marah Kak Fifi lagi. Abang Ipin sekadar ketawa.
Aku tertawa melihat telatah 3 sahabat itu.
“Jom Ayu..”,Kala itu aku bangun membontoti dia ke gerai-gerai makanan. Sebenarnya tadi, aku offer nak belikan makanan dia siap-siap. Dia kata, dia tak mau. Nanti dah sejuk. Sudahnya, dengan aku-aku sekali kena tunggu dia sebelum order makanan.
“Abang gi mana tadi? Lama nya..”,Dia tunduk sedikit apabila mendengar aku mula berbicara. Nak mendengar lebih jelas agaknya.
“Gi jamban arr..”,
“Tipu! Takkan lama sangat.. Kata berak ala-ala jeli je..”,
Dia ketawa.
“Uish, nak hasilkan jeli yang berkualiti yang tuh lagi lama...”,Ujarnya diiringi tawa nya.
“Ei, pengotor!”,Marahku, namun diselangi senyuman.
Lantas aku lajukan langkah ke gerai nasi ayam yang berhampiran.
“Ayu nak makan nasi ayam ke?”,
“Ye kot! Abang?”,
“Sama je la.. Abang nak ayam BBQ..”,Aku sekadar mengangguk.
“Abang gi beli air.. Nah duit..”,Dia hulurkan not 10, dua keping kepadaku.
“Tak pe la... Ayu belanja pulak.. Asik abang je belanja..”,
“Ish.., tak mo.., tak mo.. Abang nih gentleman, mana leh biar awek belanja..”,
“Then Ayu tak suka abang jadi gentleman...”,Lantas selamba aku membelakangkan dia dan order makanan untuk kami.
“Ei, degil la budak kecik nih!”,Kala itu terasa kepala diketuk perlahan. Lantas aku berpaling memandangnya semula. Menjelir lidah.
“Ayu nak air apa? Abang gi beli..”,
“Limau ais..”,Dia angguk lantas aku perhatikan dia hilang ke gerai minuman.
Kemudian, menoleh semula. Melihat minah indon itu terkial-kial menyediakan makanan kami. Baru agaknya...
Tiba-tiba, terlintas di fikiran, ke mana agaknya dia menghilang tadi... Betul ke dia gi toilet..? takkan lama sangat..
Entah kenapa, hati aku bersarang ragu..

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘


Skreet!! Kereta Toyota Vios hitam itu berhenti betul-betul di hadapan gate kolej. Perasan juga ada dua tiga pasang mata memandang. Paham-paham aje la.., Vios kan tengah glamour skang nih...
Mula-mula aku nampak Abang keluar daripada kereta nih sebulan lepas pun, macam ikan buntal mata aku membulat. Tah bila pulak dia ada kete Vios. Setahu aku, Uncle bawak BMW, kereta Aunty pulak Honda Accord. Wina pulak ada Kelisa, sama macam abangnya. Cuma warna je berbeza. Dan ada satu lagi kereta Perdana terletak kat garaj rumah tuh. Kata abang, kereta tuh Uncle beli untuk jadi kereta keluarga. Kot-kot ada antara mereka menghadapi masalah dengan kereta, boleh la pakai Perdana tuh..
Jadi, memang confirm lah, tak pernah nampak Cik Vios nih kat umah dia sebelum nih..
Kisahnya, member bawak kereta baru. Baru nak rasmi masa dia bawak ke UIA nak jumpa aku tuh.. Katanya, abah dia hadiahkan kereta tuh.., sempena dah abis belajar dan dapat kerja. Aku telan air liur je masa tuh.
Hai.., dapat kerja pun leh dapat hadiah kereta. Dah la kerja kat syarikat bapak dia sendiri.. Tapi, diamkan aje.. Buat apa aku nak campur, harta diorang...
“Ok abang... Thanks bawak Ayu jalan-jalan...”,ujarku sambil membuka pintu kereta barunya itu. Menjulur sebelah kaki bersedia untuk keluar.
“Eh Ayu... Jap!”,Panggilannya itu membuat aku tak jadi keluar. Aku hanya memandang dia yang seolah-olah mencari sesuatu daripada kocek seluarnya.
“Nah...! Untuk Ayu...”,Kala itu aku nampak satu kotak kecil dihulurkan. HAH?!!! Aku kenal sangat dengan kotak rupa nih..! nih kan. Kotak cincin!!
“Apa nih abang...”,
“Hadiah... Amik la...”,
Aku terkaku di situ. Hanya melihat kotak itu di telapak tangannya.
“Aik..., tak mau plak..”,Kala itu dia buka kotak itu, dan tika itu memancarlah kilauan daripada cincin gelang rotan diperbuat daripada emas putih itu.
“Ab..Abang.. Err..”,Aku dah tergagap-gagap. Sungguh, aku tak tahu macam mana nak menghadapi situasi tuh. Aku telan air liur pula kali ini.
“Masa kita tunang dulu, Ayu tak dapat pilih pun cincin Ayu.. Beli pun, bukan pakai duit abang... So yang nih, kira replacement la... Abang mintak maaf tak dapat beli yang mahal-mahal... Almaklum aje la.., abang awak nih sengkek...”,Dia gelak-gelak kecil.
“Tap..tapi abang...”,
“Amik la... Please... tanda hati abang untuk Ayu... Walaupun murah..”,
Aku pandang anak matanya. Dan kala itu, aku rasa mata aku mulai panas. Dan tak lama, terasa air jernih itu jatuh ke pipi. Entah kenapa, hati aku terasa sayu sangat mendengar kata-katanya.
Abang....


Alamak! Apahal lak minah nih nangis plak! Aku cakap salah ke...? aduh...
“Eh Ayu.., eh, kenapa nangis nih? Abang cakap salah ke..? I’m so sorry..”,Alamak, memang sah! Ilmu jiwang aku memang di tahap yang mengecewakan. Baru nak start ayat, member dah menangis.
“Sorry Ayu... Abang tak berni..”,Belum sempat aku habis cakap..
“Thanks abang.... Ayu terharu sangat...”,
Kala itu barulah perasaan gelabah dan cuak ku reda. Ya Allah, ingatkan apa tadi..
“Ayu tak mintak semua nih..”,
“Abang tau.. Ayu takkan mintak punya.. Sebab tuh abang hadiahkan pada Ayu...”,
Dia diam. Kala itu aku hulurkan sekali lagi kotak itu.
“Kalau Ayu sayang abang, amik nih... Jaga baik-baik... Pakai sentiasa... Anggap aje, cincin nih pengganti abang.., yang sentiasa ada dengan Ayu..”,Ceh, boleh tahan jugak ayat aku...
Huluran ku kali itu, disambut perlahan.
“Thanks a lot abang... Ayu tak tau nak cakap apa..”,
“Just say that you’ll marry me tomorrow..”,
Dia kelihatan agak terkejut. Memandang aku. Bulat matanya. Kala itu aku ketawa lagi.
“Abang!”,Marahnya manja.
“Cuba pakai.. Abang nak tengok. Takut saiz tak kena.. Abang suruh budak kedai tuh amik saiz yang sama dengan Ayu dok try tadi..”,
Teragak-agak, dia sarungkan cincin itu di jari manis kanannya. Yang kiri dah ada cincin tunang official yang ibu belikan dulu. Dia angkat tangannya, diletakkan sebelah muka, sambil senyum comel.
Aku sengih.
“Comel... Cam beruang koala pakai cincin!”,
“Abang nih...”,Kala itu dia pukul lengan aku perlahan. Aku hanya tertawa.
“Thank you abang... Ayu akan pakai sentiasa...”,
“Mm.., kalau Ayu perlukan kat abang, pegang je cincin tuh, seru nama abang tiga kali...”,
Dia dah tersengih-sengih.
“Pastu?”,
“Pastu.., dial la nombor phone abang!”,Kala itu aku sendiri gelak. Betul apa! Pastu apa pulak.. Aku bukan super hero leh datang je bila orang pegang cincin aku bagi...
Dia juga turut tertawa.
“Ceh!! Ingat kot abang leh dengar kalau Ayu seru nama abang...”
Aku sengih.
“Kalau Ayu panggil dengan hati..., abang leh dengar..”,
Dia mencebik kala itu. mengejek aku la tuh!!
“Dah... Gi masuk, kang mak guard jealous plak abang tak jumpa dia pon.. Asik jumpa Ayu je..”,
Dia sekadar gelak.
“Mm..., thanks a lot... Again...”,
“Kasih mu diterima... Ok la.. G masuk.. Abang balik dulu k..”,Dia yang sudah pun berdiri di luar kereta mengangguk. Aku masuk gear dan lepaskan hand brake.
“Eh abang!”,Mendengar suara itu, tak jadi aku tekan minyak. Dia berjalan laju ke sisi kereta bahagian aku.
“Pe dia..?”,
“Ayu sayang abang.. Sayang sangat...”,Dan dia cium cincin pemberianku itu mengakhiri ucapannya. Kemudian dia terus berlalu, meninggalkan aku dengan hatiku yang berbunga-bunga kala itu.
“Abang sayang Ayu juga..”,Perlahan, aku ucapkan balasan kalimah cinta itu. kala itu, dapat aku rasakan, hati ku semakin sayang kepadanya....

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Dari jauh, dia melihat pasangan itu. Hati terasa panas membakar. Apa yang dipandangkan sangat dengan budak mentah nih berbanding dengan aku??
Sejenak, terkenang perbualan dengan Fifi itu. setelah lama tak bertemu, Ahad lepas, Fifi datang ke UIA melawatnya. Bersembang panjang dengan sahabatnya itu. Namun, melalui perbualan itulah, dia mengetahui satu berita yang mencabar ego nya.

“Ha??!!! Awak...., serius?? Awak nak tunang dah..?”,Sekalipun kedengaran pelik untuk seorang dewasa ber’awak-awak’ dengan sahabatya, namun, bagi 3 sahabat ini, bukanlah sesuatu yang luar biasa. Memang gelaran itu lah yang mereka gunakan sejak berkenalan. Malah, ketika belajar dulu, mereka mula dikenali ramai dengan geng ‘awak-awak’.
Fifi hanya tersenyum malu-malu. Kemudian mengangguk perlahan.
“La awak.. Congrats... Tahniah honey...”,Lantas dia hadiahkan pelukan kepada sahabatnya itu.
“I’m so happy for you...”,
“Ala awak nih.. Baru nak tunang la.. No big deal..”,
“Awak!! Bertunang is a big step ahead for a couple ok.. lepas tunang jangan nak pandang-pandang lelaki lain tau!”,
Fifi hanya menjelir lidah. Alah, tapi, kalau tak diingatkan pun, dia tahu, Fifi takkan sesekali curang dengan Ipin. Dia tahu, sahabatnya itu memang bersungguh sayangkan Ipin. Kalau tak, masakan mereka dah putus satu masa dulu, Fifi yang pergi mencari Ipin untuk berbaik semula.
Ipin.. Entah apa la yang Fifi suka kan sangat dengan mamat tuh.. Nak kata, handsome, tak la handsome mana.. Tapi, manis tuh ada la.. Kata Fifi, Ipin macho. Mm.., macho la gak kot....
Kalau ikut pandangan mata dia, memang sikit tak pandang dengan si Ipin. Tapi, hati manusia lain-lain, sudahnya, sahabatnya yang diberikan gelaran awek paling cun dalam Kulliyyah of engineering jatuh ke tangan Ipin. Tak pelah, apa-apa pun, dia tetap doakan sahabatnya ini bahagia.
“Mesti Maya sedih tak dapat datang your engagement day...”,
“Ha’ah la awak... Mm, tak pelah, nanti saya leh emailkan gambar..”,
“Rindu la ngan Maya....”,
Mira angguk-angguk. Mengenangkan sahabat yang dah selamat ke UK itu untuk melanjutkan pelajaran itu. memang Maya dah merancang sejak tahun tiga lagi yang dia akan melanjutkan pelajaran sampai PhD di luar negara.
Lain pula hal nya dengan dia sendiri, bila difikir-fikir, macam susah je kerja engineer, leceh dan memenatkan, akhirnya, dia mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran sahaja di UIA itu.
“Ok.. Enough about me.. Awak plak? Camana? Apa kabar Faris?”,
Mira hanya tersengih. Menggeleng-geleng.
“Dah putus dah wak..”,
Dia pandang wajah Fifi yang seolah terkejut dengan berita yang disampaikan.
“Awak....! La.., bila? Tak bagitau saya pun..”,
Dia senyum.
“Ala, takde hal la wak.. Saya bukan serius pun dengan Faris tuh.. Awak pun tau kan.. Tak kuasa saya dengan mamat perasan handsome tuh..”,
Kali ini, Fifi ketawa.
“Tuh la pasal awak. Mula-mula, saya macam terkejut jugak awak dengan Faris tuh... Dia tuh terlampau care pasal appearance dia la.. Gaya mengalahkan artis you...”,
“Awak.., dia tuh.., kalau tengok cermin, lagi lama daripada saya wak... Macam bukan lelaki sejati je... Tak kuasa!”,Mereka ketawa galak.
“Tuh la awak.. Degil cakap saya... Dah dapat si Afi..”,Tiba-tiba Fifi hentikan kata-katanya.
Mira hanya menunduk. Sengih sambil menggentel-gentel telinga teddy bear nya yang bersaiz XL itu.
“Apa citer dia skang wak..?”,Perlahan tanya nya.
Dia lihat, Fifi agak cuak.
“Ish awak nih! Tanya saya pulak.. Mana la saya tau..”,
“Awak... Tak payah la awak nak kelentong saya.. Saya tau awak mesti tau..”,
Fifi masih sepi.
“Ala wak.., come on lah.. We are sisters right? Lagipun, saya nak tau je perkembangan dia.. Dia kan kawan saya jugak...”,
Fifi pandang dia lama, sebelum mengeluh perlahan.
“Dia dah bertunang dah...”,
Kala itu, terasa seperti ada batu yang menghempap kepala. Terasa kaku.
“Be...bertunang? dengan sapa wak..?”,Dia kerah juga lidah bekerja unutk mengungkap kata-kata.
“Budak junior...”,
“Junior kita?”,
Fifi angguk-angguk.
“Masa kita 4th year, dia 1st year...”,
“Macamana bleh kenal...?”,
“Family arrangement... Ipin cakap, budak tuh, agak susah jugak la.. His dad, bestfriend ayah Afiq masa belajar dulu.. Now, uncle tuh sakit... Maybe sebab tuh parents Afiq tunangkan diorang.. Macam nak do a favor la for his sick friend.. Tapi, lama-lama, Afiq memang sangkut kat budak tuh... So, bercinta sambil bertunang sampai sekarang...”,Panjang lebar cerita Fifi.
Dia diam. Family arrangement...?
“Awak kenal ke budaknya? Sapa nama dia..”,
Fifi pandang dia lama.
“Eh awak nih..., berminat sangat nak tau nampak... Awak jangan nak wat tak tentu pasal plak wak.. Mampus saya kena belasah dengan Afiq tuh..”,
Mira ketawa. Control perasaan yang tak menentu kala itu.
“Hish...awak nih! Ke situ plak. Takkan la wak... Sumpah saya nak tau je... Tah, macam excited plak nak tau... Dengan sapa ex-boyfriend saya tuh tunang dengan sapa... Ex ok...! No heart feelings...”,Sedaya upaya, dia berlakon supaya Fifi terpedaya.
Fifi pula tertawa.
“Nama dia Ayu...”,
Mira diam. Lama. Apa yang Fifi katakan selepas itu, langsung tidak masuk ke dalam telinga. Ayu?? Macam pernah dengar nama tuh....
Setelah puas dia cuba mengingati, barulah dia ingat, Ayu, budak yang Afiq tolong kat KL masa mereka keluar untuk mencari hadiah mama nya dulu...
Mungkinkah, masa tuh lagi mereka dah ditunangkan...??? no wonder la Afiq beriya nak menghantar budak hingusan tuh sampai ke Pudu!!
Maknanya...., selama ini, yang menjadi dalang hubungan kami..., budak Ayu nih la.. Patutla Afiq dah tak layan aku... Sebab ada Ayu....

Sejak dia mengetahui kebenaran itu, dia dan menyimpan dendam kepada gadis bernama Ayu. Melihat kemesraan Afiq dengan si bedebah itu, membuatkan marah di hati semakin meluap-luap.
Aku akan amik balik hak aku!!!

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘


Aku betulkan sedikit kerusi agar duduk ku selesa. Buku tebal yang terbentang itu aku buka ke muka surat yang telah aku tandakan. Radio kecil yang terletak di atas meja itu aku buka perlahan. Tidak mahu mengganggu room-mates yang lain pulak.
Setelah Bismillah aku ucapkan, aku mulakan membuat assignment yang diberikan lecturer dalam kelas semalam.
Sebenarnya, tarikh akhir untuk menghantar assignment itu, minggu depan. Tetapi, sengaja aku siapkan cepat. Dah ada masa, buat apa nak lengah-lengah. Masa itu emas. Cewahh, poyo je...
Namun, memang itu cara yang aku amalkan sejak dulu. Baba didik aku begitu sejak kecik. Almaklum aje lah, baba kan cikgu. Ada je kerja rumah yang kena buat, dia gesa aku selesaikan segera. Cuba untuk selesaikan sendiri. Dengan cara itu, lebih cepat aku paham dan ingat apa yang cikgu ajar kat kelas. Jadi, bila ada test, tak lah menggelabah baru nak pahamkan semua. Senang la nak score..
Untuk dapatkan result yang bagus pada aku, bukan satu pilihan, tetapi kemestian. Kerana dengan result itu, mungkin aku boleh dapatkan biasiswa. Intel ke, Proton ke, telekom ke.., mana la tau, ada rezeki. Dapat lebih sikit, boleh aku gunakan untuk perbelanjaan rumah dan kos perubatan Baba.
Hutang aku dengan Uncle Dollah pun tak setel lagi. Pembedahan Baba hari tuh, dia yang tanggung semuanya. Walaupun, insyaAllah, aku bakal menjadi menantu keluarga itu, namun, tak bermakna aku boleh menggunakan kelebihan mereka itu untuk kepentingan aku. Aku bukan bertunang dengan Abang, sebab nak hidup senang, tapi, sebab aku memang sayangkan dia.. Walaupun pada mulanya, aku hanya nak menjaga hati Baba yang sedang sakit la..
Mengingatkan tunang ku itu, segera aku belek jari manis yang masih tersarung cincin yang dia hadiahkan kepada aku. Rupa-rupanya, kehilangan dia kat Maju Junction tadi tuh, nak membelikan makhluk tuhan nih la untuk aku. Pergi berak konon!
Sejenak, aku tersenyum sendiri.
“...Anggap aje, cincin nih pengganti abang.., yang sentiasa ada dengan Ayu..”,Terkenang bait kata-katanya tadi. Aku kucup cincin itu untuk kesekian kalinya. Terima kasih abang, sebab sentiasa ada dengan Ayu....
Tit! Tit! Bunyi telefon itu membantutkan niatku untuk berangan lebih jauh.
Lantas aku tekan-tekan punat di telefon itu untuk membuka mesej yang masuk.

Hah,berangan kan abang la tuh...!buat asgnmnt la..!

Aku kerut kening, sebelum tergelak sendiri. Eh dia nih! Cam tau-tau pulak aku tengah ingatkan dia..
Segera aku balas.

Yeww!Tlg sket tuan!Tak ada maknanye..Tak berkembang otak kalo berangankan abg tuh...

Cewah, tanak mengaku konon. Padahal memang aku tengah ingatkan dia. Rasa pelik pulak, sampai ke petang berjalan dengan dia, malam nih, aku dah rindu...
Oi cik abang,minyak pengasih apa yang awak pakai bagi hati kita nih ingat kat awak je ek...
Kala itu, ada satu lagi mesej masuk.

‘Tak ada’ maknanye,don’t have or not at home..Buat apa nak kembangkan otak tuh!kang cam alien plak,kepala besar dari badan!wakakaka..

Aku gelak kuat kali ini. cess dia nih, ada je modal loyar buruk tuh.
“Oi cik kak! Gelak sorang-sorang nampak! Tengah bercinta dengan abang la tuh...Kata nak wat assignment...”,tak semena-mena, aku dengar suara Milin, teman sebilik aku itu melaung memerli aku daripada compartment nya. Aku gelak lagi.
“Baik..”,Ringkas jawabku. Terdengar tawa rakan-rakan sebilik yang lain. Lantas aku angkat pen yang dah terletak tadi. Memandang gambar si dia di handphone ku itu. aku jelir lidah.
Sibuk je...!! uwek!
Dan aku tersenyum semula..


‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Cuaca yang agak panas hari itu membuatkan kami berjalan agak laju ke kelas. Tak tahan dek terik matahari yang terasa perit membakar kulit.
“Eh, aku dengar Mdm Qursiah dah bersalin tau.. Ari ahad ari tuh..”,Shima, sahabatku yang memang kaunter informasi, memberitahu.
“Ha ye ke? Abis tuh? Ada kelas ke tak ari nih..?”,Zura pula bertanya. Aku sengih. Yang sebenar, bukan dia kisah Mdm dah bersalin ke belum, yang lebih penting, kelas ada ke tidak..
“Ada.. Ada assistant lecturer akan replace Mdm sampai hujung sem..”,Aku hanya berdiam diri. Siapa aje, aku tak kisah..

Dewan kuliah itu agak bising berbanding biasa. Mungkin berita tentang Mdm Qursiah, lecturer ku yang berasal daripada Nigeria itu, sudah selamat melahirkan dan sedang dalam maternity leave, sudah tersebar.
“Assalamualaikum..”,Tiba-tiba satu suara lelaki menerpa.
“Waalaikumussalam..”,Jawabku perlahan tanpa memandang pemilik suara.
“Lecturer baru..”,Bisik Shima perlahan. Kala itu aku angkat wajah, berniat melihat wajah lecturer baru itu.
WHAT???!!
Aku tercengang. Abang Kimi?!!
Terus aku jadi tak betah duduk. Dalam kekalutan itu, tak sengaja, aku tertolak pencil box aku jatuh ke lantai, maka bingit la dewan kuliah itu dengan bunyi hentakan pencil box aku ke lantai.
“Pahal ko nih Ayu...?”,Bisik Shima dengan nada agak marah. Segera aku tunduk mengangkat barang-barang yang berterabur di lantai, dibantu Shima dan Zura.
Kala itu, dia alihkan pandangan kepadaku. Memandang aku lama, sebelum tersenyum.
“Hi everybody... I’m Hakimi. I’m a new assistant lecturer here. So, from today onwards, i’ll be replacing Mdm Qursiah teaching this subject since she’s in maternity leave.. So, i’m looking forward to work with you guys for this subject. Hope we can help each other..”,Pengenalan ringkas tentang dirinya samar-samar ditangkap telinga ku.
“Handsome la lecturer baru nih...”,Terdengar Shima dan Zura berbisik sesama sendiri. Handsome tak handsome.., masalahnya, dia Abang Kimi...
Entah kenapa, rasa lain macam. Bukan tak pernah aku belajar dengan dia. Iye lah, dia kan pernah jadi tutor aku. Tapi, kali ini, rasa berbeza pulak. Rasa lain macam..
Oh no...

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘


Ais di dalam gelas itu aku main-main kan dengan straw. Kemudian, aku angkat wajah melihat rakan-rakan ku yang sedang khusyuk makan. Aku mengeluh.
“Ayu.., betul ke tak nak makan...?”,
Aku sedakar menggeleng menjawab soalan Shima itu.
“Mm..., takkan teringat Abang Kimi sampai tak lalu makan kot...”,Mendengar sahaja usikan Zura itu, segera keningku berkerut. Tanda aku tak suka dengan apa yang baru diperkatakan.
Sejenak, aku terkenang peristiwa selepas kelas tadi.

Sebaik sahaja kelas berakhir, aku cepat-cepat kemaskan barang dan bangun keluar.
“Ayu!”,Mendengarkan sahaja ‘lecturer handsome’ itu memanggil nama aku, maka bulatlah mata sahabat-sahabat ku itu memandang aku.
“Dia kenal ko...?”,Perlahan tanya Zura.
Aku hanya berkerut kening. Kala itu, aku lihat Abang Kimi sudah pun datang menghampiri kami.
“Err Ayu..., kiterang chow dulu la..”,Teragak-agak Zura pohon kebenaran berlalu.
“Jangan!! Stay with me...”,Pantas aku capai tangannya. Agar tidak berganjak jauh daripada ku.
“So.., we meet again...”,Ujarnya teragak-agak sambil tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.
“Mm..yeah..”,Perlahan jawabku. Sendiri rasa kekok dengan situasi itu.
“Err.., my friends, Shima and Zura...”,Tak tahan dengan kesepian itu, akhirnya aku bukak mulut mengenalkan sahabat-sahabatku kepadanya.
Aku lihat Zura dan Shima sekadar senyum kekok sambil menunduk sedkit, tanda hormat kepada Hakimi.
“Nak gi mana lepas nih...?”,
“Balik kolej..”,
“Tak mau lunch dulu...? Abang belanja...”,
Abang pulak....!!! rasa macam nak silambam je dia nih... Tiba-tiba guna abang la plak.. Aku kan student dia skang nih...
Aku pandang wajah Zura dan Shima. Seperti yang aku jangkakan, budak-budak tuh dah tercengang dengan apa yang berlaku.
“Err..., tak pe lah..sir!!”,Sengaja aku tekankan sikit nada bab Sir tuh bagi dia paham, aku tak rela nak ber’abang-abang’ dengan dia kat sini.
“Kiterang makan kat kolej je.. Lagipun, kul 2 ada kelas lagi...”,Sengaja aku mencari helah. Padahal, mana ada! Hari nih memang kelas tak banyak. Pagi je penuh, petang, ada satu kelas tutorial je. Tuh pon pukul 330 karang... Tapi, takpe.. Tipu sunat...
“O ye ke.. Ok lah kalau camtuh.. Maybe next time..”,
Aku angguk-angguk, lega.
“So, kiterang gerak dulu sir. Assalamualaikum...”,Lantas aku tarik tangan kawan-kawan aku yang berdua itu berlalu daripada situ.
“Ayu!”, Allah hu akbar!! Apa lagi nih...
Terhenti langkahku.
“Abang mintak maaf, for what i’ve done last time..”,Aku hanya tunduk mendengar kata-katanya.
“Hope, we can still be friends...”,Permintaan nya itu, terdengar tulus. Namun, susah hatiku membuat keputusan kala itu.
“Pergi dulu... Assalamualaikum...”,
Aku pantas berlalu meninggalkan dia.
Kala itu, otak ligat berfikir. Macamana agaknya aku nak belajar dalam kelas dia. Patut ke aku maafkan je dia, and terima dia as friend, atau, buat dono je..

“Ayu!”,Tersentak aku daripada lamunan.
“Ya Allah apa aje la hampa dua ekoq nih.. Awat nya?”, Ha kan dah terkeluar dialek kedah aku.
“Jauhnya berangan...”,Zura memerli.Shima hanya tersengih-sengih. Aku lihat pinggan mereka dua dah kosong. Uish.., leh tahan jauh aku berangan! Mana tak, dah siap makan dah budak-budak nih...
“Eh Ayu..., cepatla citer, cane ko leh kenal ngan Sir Hakimi tuh...?”,
“A’ah la Ayu.. Diam-diam je..”,
Kedua-duanya menggasak aku untuk menerangkan duduk perkara sebenar. Aku mengeluh perlahan.
“Dia tuh tutor C aku la sem lepas..”,
“La ye ke...? menyesal tak amik tutorial class sama dengan ko...”,Shima seolah kesal. Siap mencebik-cebik lagi tuh! Tindakan nya itu membuat aku tertawa.
“Tapi, takkan setakat tutor.. Abis, yang tadi dia mintak maaf tuh nape? Hope nak jadik kawan la.. Nih mesti ada apa-apa.. ko skandal ek...?”,Zura menyerkap jarang.
“Skandal pak hang! Mana ada la...”,
“Nih mesti dia syok kat ko.., tapi, dia frust ko dah ada Abang Afiq, pastu wat something stupid... Kan?”,Tekaan Shima lebih mengenai sasaran nampaknya.
Aku hanya senyum.
“Mm...sukati la nak wat assumption apa-apa cik kak cik kak sekalian... Aku nak balik bilik..”,Kala itu aku telah bangun mengangkat beg aku dan berlalu pergi daripada cafe itu.
“Oi Ayu...., betulkan...?”,Shima masih tak puas hati. Aku tertawa melihat kesungguhannya.
“Apa-apa aje la...”,

‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Burger KFC yang agak besar saiznya itu aku gigit dengan penuh hati-hati. Kang tak pasal-pasal baju aku kotor dengan sos. Hari ini, aku ber’lunch’kan burger je. Sempat aku pesan pada budak technician yang nak ke KFC berhampiran dengan pejabat kami itu. malas pulak nak keluar. Lagipun, banyak pulak kerja tadi..
Telefon yang aku letakkan berhampiran itu aku pandang sekali lagi. Menunggu panggilan yang bakal masuk.
Abg,Ayu nk bgtau abg sumtin.ayu kol abg jap agi leh..?ke abg bz..?
Confirm la boleh.. Buat-buat tanya pulak dia nih.. Nyampah..! tuh yang aku berkepit dengan telefon nih daripada tadi.
Tak lama, telefon itu berdering. Aku jenguk pemanggilnya, nombor public UIA. Aku sengih sebelum menjawab panggilan itu.
“Hello sayang...”,Talian itu sepi sejenak sebelum terdengar suara perempuan ketawa. Terus hilang senyuman yang aku ukir tadi.
“Sapa nih...?”,
“Bukan sayang la.., Baby...”,
Hah??!! Patutlah aku macam kenal suara ketawa tuh tadi... Minah nih rupanya....
Terasa kerongkong rasa tersekat. Lantas aku berdehem perlahan.
“M..mira..”,



Tut, tut, tut! Sekali lagi, bunyi talian sibuk itu kedengaran. Aku mengeluh perlahan. Kenapa engage plak nih....??
Agak-agak, dah hampir 5minit aku tercongok kat public phone nih cuba menelefon Abang Afiq. Dia busy kot... Tapi, tadi dia yang suruh aku call pukul 3..
Aku mengeluh perlahan. Lantas perlahan-lahan, gagang itu aku letakkan kembali ke tempatnya.
Dengan sapa pulak dia bergayut nih.....!

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Jalan yang penuh sesak dengan kereta-kereta itu aku pandang kosong. Mengeluh perlahan. Bila la jalan nih tak jam gamaknya...
Lantas aku kuatkan sedikit radio. Terdengar lagu Tattoo yang dipopularkan Jordin Sparks itu mengisi kesunyian kereta ku itu.
“You’re in my heart, just like a tattoo. I’ll always have you...”,
Bait-bait lagu itu membuatkan aku terkenang peristiwa tadi.
Entah mimpi apa, tiba-tiba, kekasih lama itu menelefon kembali. Sungguh, setelah berpisah, aku tak pernah membayang yang aku akan bercakap lagi dengan dia.
Namun, aku tak pasti, kenapa, ketika dia menelefon tadi, tak pula aku segera letak telefon, atau meminta untuk talian diputuskan segera. Hampir 20 minit jugak la kami bersembang.

“Bukan sayang la...., Baby...”,
Kata-kata itu membuat jantung aku berdegup kencang tak semena-mena. Macam nak buat presentation pulak nervous nya tuh...
“M..mira..”,Akhirnya, berjaya juga aku sebutkan nama itu.
“Hi Afiq! Ingat afiq dah tak ingat Mira dah...”,Aku hanya menyepi kala itu. aku tak pasti kenapa, aku tak cakap,
“Kenapa call nih?”, atau..
“Kau nak apa..?”,
Tetapi, aku hanya menjawab
“Mana ada tak ingat....”,
Mengingatkan jawapan yang aku berikan tadi buat aku rasa nak ketuk ketampi menghukum diri sendiri. Pahal kau nih Afiq!!!
“Afiq sihat ke..? lama tak dengar cerita.. Dengar Afiq dah keje ek..?”,
Soalan bertalu-talu itu sudahnya aku jawab satu-satu. Macam dah terkena pukau pulak, aku menjawab aje semua yang ditanya. Yang lagi tak boleh blah, aku pulak bertanya tuh, dia buat apa skarang..
“Mira apa citer? Dah keje..?”,
“Mira sambung belajar... Sebab tuh la ada kat UIA nih.. Amik master...”,
Kisahnya.. Patutla naik nombor UIA. Aku ingatkan Ayu..
Mengingatkan nama itu, aku lantas tepuk dahi..
Shit! Ayu nak call pukul 3....
Aku tengok jam di pergelangan tangan. 320. Sekali lagi aku tepuk dahi.
“Ok lah Fiq... Kalau Fiq ada datang UIA.., jangan lupa jenguk Mira... Mira still dok kolej lama.. Sama dengan tunang Afiq...”,Sesudah dia habiskan bicara, aku dengar dia ketawa kecil.
“Ok...”,
“Ok apa? Ok nak datang jumpa Mira ke..?”,
Aku terdiam kala itu. tak terjawab soalannya itu. terdengar dia ketawa manja lagi.
“Mira main-main je la.. Ok.. Good luck and see you..”,
“You too...”,
“Bye..”,
Ketika talian aku matikan, aku lihat jam sudah pun menunjukkan jam 327. Kala itu, aku lihat ada mesej yang masuk.

Abg,ayu try call abg,engaged!ayu nk g klas dah..xpela.later..

Aku masih ingat, ketika itu, aku mendengus agak kuat, kerana kesal dengan perbuatan aku sendiri yang tidak menepati janji ku dengan Ayu.
Maafkan abang Ayu....

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘


Baju kurung sutera cina itu aku gosok dengan teliti. Kain baju nih, agak sensitif. Seterika tuh, tak boleh panas sangat. Tak pasal-pasal buat lubang pulak! Tapi, kalau sejuk, tak licin pulak. Tapi, aku memang suka pakai kain jenis nih.. Selesa..
Disebabkan kerja menggosok baju nih, sedikit leceh, jadi, aku ‘iron’ siap-siap malam nih. Esok kelas pagi. Jadi, kalau baju dah siap-siap iron, tak ada la kelam kabut esok.
Tiba-tiba, lagu “Big Girls Don’t Cry” sayup-sayup kedengaran. Abang!!
Segera aku letak iron panas itu ke tempat nya dan berlari masuk ke dalam bilik.
“Hello Assalamualaikum...”,
“Waalaikumussalam.. Hi sayang!”,
Aku sekadar gelak kecil.
“Tengah buat apa?”,
“Iron baju...”,Jawabku ringkas. Punggung telah pun aku labuhkan ke atas katil.
“Owh.. iron kan baju abang sekali...”,
“Boleh... 50sen satu helai..”,
Terdengar, dia pula ketawa. Sepi sejenak.
“Ayu, abang mintak maaf tadi ye..”,
“Mintak maaf? Nape?”,
“Ala tadi.. Ayu cakap nak call abang...”,
“Owh..., mm takpela.. Ayu dah lupa pun.. No big deal..”,
“Betul?”,
“Betul la.. Takkan tipu plak... Ayu paham abang sibuk..”,Dia diam lagi.
“Abang..?”,
“Ayu..., Ayu tukar nama je lah..”,Aku kerut kening.
“Tukar nama? Kenapa?”,
Terdengar dia gelak kecil kali ini.
“Tukar nama jadi fahmiah.., or fahamwati ke...”,
Kali ini, aku pulak tertawa. Dapat menangkap subab musabab dia suruh aku tukar nama.
“Terlalu memahami sangat... Tukar je nama...”,
Aku masih tak berhenti ketawa. Ada-ada aje la dia nih...!
“Apa la abang nih! Ada lak camtuh...! Kalau camtuh, abang pon tukar nama... Jadi Ahmad Lawaq..”,Di corong telefon itu, aku dengar dia ketawa.
“Lawaq sebab abang lawa kan? Lawa tuh, merangkap handsome la kan... Memang la... Yang tuh, kalau tak tukar nama pun, memang orang tau... Anugerah semulajadi kan..., nak wat cane...”,
Hmm, dia nih..! kalau bab perasan tuh, memang nombor satu! Bagikan! Macam la hensem sangat! Setakat cute sket daripada pelakon Syed Aiman, merangkap suami Linda Rafar tuh.., tak payah la..!
Aku sengih sendiri.
“Perasan! Ingat muka awak tuh, banyak hensem ke..?”,
“Iye lah... Kalau muka kita tak banyak handsome, cane leh dapat tunang, yang banyak cun macam awak!”,
Kala itu, hati aku berbunga. Tanpa dia nampak, muka aku sedikit kemerahan. Eh, eh, blushing la plak aku nih!
“Mengada!”,Ceh, marah la konon. Padahal, hati suka...
Dia gelak lagi.
“Tadi Ayu cakap, ada menda nak bagitau abang.. Apa dia..?”,
Oh ya! Aku hampir terlupa nak bagitau dia tentang perkara tuh..
“Ayu ada lecturer baru...”,



Bola tenis kesayangan ku yang memang aku letak di atas meja kecil di sebelah katil aku itu aku ambil. Bola tuh bola keramat aku tuh. Bola yang aku gunakan pertama kali aku menang lawan tenis dengan abah. Masa tuh, tak silap umur aku 12 tahun. Abah memang cukup bangga dengan aku masa tuh. Siap tulis, “You rock, Son!” kat bola tuh. Lepas tuh, kalau nak pergi lawan tenis mana-mana, aku mesti bawak bola tuh dalam beg.
Aku lambung-lambung bola di tangan. Aku kalau tengah bergayut telefon, memang nih la kerjanya. Tangan tak boleh duduk diam.. Main bola tenis la, lukis-lukis la. Habit...
“Ayu ada lecturer baru... Ganti Mdm Qursiah.. Dia dah bersalin..”,
“Oh ye ke...?”,Bola itu aku lambung sekali lagi dan tangkap semula.
“Mm..., abang nak tau sapa?”,
Aku baling pula ke dinding berhampiran. Bila bola itu melantun, aku tangkap semula.
“Mm.., sapa?”,Dia nih memang suka main teka-teki camtuh.. Selagi aku tak tanya ‘siapa’ tu kang, memang sampai ke sudah dia tak jawab. Mesti paksa aku tanya jugak. Kala itu aku baling bola tenis kesayangan ke dinding sekali lagi. Agak laju kali ini.
“Abang Kimi...”,
Ha??!! Kimi??? Kala itu bola yang sudah pun melantun bukan lagi perhatianku.
BUK!
“AUWW!!!”,Aku menjerit, kala bola sebijik itu dah pun menumbuk dahi aku.
“Abang...? kenapa tuh..?”,Cemas suaranya.
Adui..... aku gosok-gosok dahi yang terasa sakit. Bodoh punya bola!! Tak pasal-pasal bola keramat itu yang mendapat gelaran bodoh free daripada aku!
“Abang... Abang ok ke..?”,
“Tak.. Adoi...”,Aku mengeluh lagi.
“Kenapa? Ha, abang jatuh ke?”,
“bertelur dahi!!”,
Dia diam sejenak.
“Bertelur dahi..? kenapa..?”,
Aku diam. Tak berminat menjawab soalannya.
“kenapa Kimi pulak...?”,Yang sebenarnya, sakit kat hati, mendengar berita yang tiba-tiba disampaikan itu lebih sakit rasanya berbanding benjol kat dahi nih..
Entah kenapa, rasa cemburu! Entah kenapa, rasa tak suka...
“Abang ok ke..?”,
“Ok je.. Jawab la soalan abang.. kenapa Kimi pulak?”,
Dia sepi. mungkin masih risaukan aku.
“Ayu tak tau... Tiba-tiba dia je masuk ganti kelas Ayu... Dia jadi assistant lecturer kat UIA..”,
Aku ketap bibir. Aduhai. Geramnya rasa hati..
Bermakna, Kimi akan berada lebih dekat dengan Ayu berbanding aku sendiri. Hari-hari leh jumpa Ayu..
“Abang...? sakit lagi ke..?”,
Aku diam.
“Sakit...”,
“Sakit...? alahai..., gi la letak ubat... Risau la Ayu... Kenapa sebenarnya..?”,
“Sakit hati camana nak letak ubat...”,
Dia sepi. agak lama.
“La..., pasal abang kimi tuh ke?”,
Aku diam kali ini. ye lah! Dah tau buat-buat tanya plak! Mesti la pasal mangkuk tuh...
“La abang nih... Jangan nak mengarut la.. Takkan abang tak percaya Ayu..”,
“Bukan tak percaya Ayu.. Tak percaya mangkuk tuh... Kang dia buat macam-macam kat Ayu macam dulu tuh... Abang risau...”,
Aku dengar dia mengeluh perlahan.
“Tak ada la abang... InsyaAllah... Abang jangan risau.. Dulu, Ayu yang carik penyakit pergi keluar dengan dia berdua..”,Perlahan aje suaranya kedengaran. Mungkin menyesali tindakan yang sudah.
Kami sepi sejenak.
“Abang jangan risau k! Ayu dah pandai jaga diri dah... Kalau dia buat apa-apa, Ayu tumbuk batang hidung dia tuh..”,setelah menyepi agak lama, dia kembali berbicara. Lantas aku tergelak kecil.
“Ha’ah.., ye lah tuh... Tumbuk batang hidung konon.. Jangan nak jumpa-jumpa dia luar kelas! Cakap dengan dia pun bila perlu je...”,Aku mengeluarkan titah perintah.
“Amboi... Banyak nye tak boleh... Abis kalau Ayu nak tanya dengan dia apa-apa pasal study? Kena gak gi bilik dia..”,
Kala itu, aku terasa telinga aku macam berasap aje mendengar suara comel tuh bercakap bersahaja.
“Nak sangat pergi jumpa dia ke??!! Gi lah! Kalau apa-apa jangan carik abang!”,
Lantas aku matikan talian. Entah kenapa, emo terlebih pulak aku. Padahal, aku tau dia bergurau. Sakit betul hati aku bila membayangkan Ayu dan Kimi bergelak-tawa seperti yang pernah aku nampak satu ketika dulu.
“Ahh!!!”,Aku mendengus kuat.
Lantas aku tekup muka dengan bantal.
Tak lama, terdengar bunyi telefon aku berdering. Aku pandang lama telefon itu sebelum aku angkat.
“Hello.... Abang..”,
Aku sepi.
“Abang..., jangan lah marah Ayu...”,Kala itu aku dah dengar suara kecil itu mula bergetar. Dapat aku agak dia menangis. Kala itu, terpadam sudah api kemarahan tadi.
“I’m sorry... Ayu salah cakap..”,
Aku masih sepi. yang sebenar, aku tak tau nak cakap apa. Sebab tiba-tiba hati rasa sayu, aku dah buat gadis kesayangan hati nih menangis dek kata-kata kasar ku tadi.
“Ayu janji Ayu tak jumpa dengan dia.. Jangan marah Ayu...”,Bicaranya lagi dalam esak tangisnya.
“Ok... Ok... Dah..dah.. Jangan nangis la..”,Lembut suaraku memujuk.
“Sorry..”,
“Dah la tuh.. Abang cam pompuan lak merajuk.. Sorry k.. Tak ada apa..”,Kala itu, aku gelak-gelak sendiri. Biar keadaan tak tegang.
“Abang marah Ayu..?”,
“Tak lah... Mana ada marah.., sayang aje...”,
Kala itu aku dengar dia gelak kecil.
“Kan comel bila ketawa tuh.. Nangis-nangis tak cun la..”,
Dia ketawa lagi.
“Sorry..”,Sekali lagi dia memohon maaf.
“Dah la tuh... Tak ada apa.. Tadi tuh saje je nak test Ayu sayang abang tak..”,
Dia diam kali ini.
“Ayu..?”,
“Ayu takut sangat kalau abang marah Ayu.. Kalau abang tinggalkan Ayu.. Ayu tak dapat bayang kalau, hidup Ayu tak ada abang..”,Kala itu, aku dengar esak tangisnya menjadi semula.
Aku tarik nafas dalam.
“Ayu..., sayang..., abang takkan tinggal ayu.. Jangan takut.. Abang dah janji kan.. Abang akan ada untuk Ayu...”,
“Dah tuh..., jangan menangis.. Kang abang pon nangis kang... Susah nak pujuk...”,Aku berjaya membuat dia ketawa semula.
“Bagi aje patung ultraman kesayangan abang tuh! Berenti la nangis.. Abang kan budak tadika, peluk patung lagi nak tido...”,
Aku pula tertawa. Tengok tuh! Baru tadi dok jiwang-jiwang, dia dah mula menyakat aku balik...
“Boleh... Tapi, mengamuk plak ibu kang..”,
“Aik, kenapa nak ngamuk?”,
“Patung kesayangan abang kan Ayu.. Kang kalau abang peluk bawak tido kang.., lain pulak jadiknya.. Mengamuk ibu!! Terpaksa kawin malam nih..”,
Dia diam sejenak. Kala itu aku dah gelak dekah-dekah.
“Ei gatal!!”,
Lantas talian mati lagi kala itu. aku masih ketawa. Haha, dapat aku bayang muka si Ayu tuh kemerahan dek malu diusik aku. Ha.., tuh la.. Bijak sangat mulut tuh nak mengusik aku, kan kena balik! Tau malu....
Tit, Tit! Kala itu ada mesej yang masuk.

Budak tadika tak malu!! Kita bukan patung ultraman awak la!!Uwekk!!;p Nway,goodnite!sweet dreamz..


Aku sengih. Geleng-geleng. Tak mau konon... Yang tadi dok nangis-nangis takut kita tinggalkan dia tuh apa?? Eleh... Jual mahal..
Aku tarik nafas dalam. Masih tersenyum. Tiap hari dengan Ayu semakin membahagiakan. Memang dia suri hidup yang aku impikan selama ini... I love you Ayu..
Tetapi, terkenang berita yang disampaikan sebentar tadi, buat senyuman ku hilang. Terkenang lelaki yang pernah menjadi sahabat baik ku itu. tak sangka, dia muncul semula. Lebih rapat dengan Ayu. Aku mengeluh.
Sejak aku bergaduh dengan Kimi kerana Ayu dulu, memang terputus sudah hubungan kami. Mesej yang aku hantar memohon maaf dan permintaan aku untuk bertemu face-to-face agar dapat aku terangkan duduk perkara sebenar tidak dilayan Kimi. Ternyata, Kimi begitu marahkan aku. Dan ternyata, Kimi betul-betul serius sayangkan Ayu. Kalau tak, masakan dia sampai buang kawan kerana seorang budak perempuan yang memang dia tak dapat pon! Selama nih, awek-awek dia tuh, dia tak de heran pun...
Aku mengeluh lagi. Hatiku dirundung bimbang. Risau Hakimi akan bertindak bodoh terhadap Ayu. Dah la aku tak ada kat sana kalau apa-apa jadi..
“Sempat gak aku peluk budak tuh skali. Berani sangat gamaknya. Ajak aku kuar sorang-sorang. Hah, amik! Rasa abis sume wa cakap lu. Kuat tuh...”,
Terkenang kata-kata Kimi yang membuatkan darah aku terus sampai ke kepala dan seterusnya membawa aku dan Kimi bergusti malam itu.
Tanpa sedar, aku menggenggam penumbuk.
Kimi, kalau kau buat apa-apa kat Ayu, aku pastikan kau tak dapat bangun dah lepas nih!!!


‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Aku lemparkan pandangan ke luar tingkap. Angin malam bertiup lembut. Tarik nafas dalam. Aku pandang handset di atas meja. Masih tiada mesej daripada Abang. Tapi, memang dia maklumkan kepada aku tadi, yang dia balik lewat hari nih. Banyak kerja. Tak apa lah. Aku pun tak mahu mengganggu. Semenjak dia kerja, memang aku jarang mulakan contact dia. Kalau dia yang mesej aku dulu, baru aku reply. Ataupun dia yang telefon. Bimbang akan mengganggu masa kerja, atau masa rehat nya.
Namun, hati membentak ingin bertanyakan sesuatu yang mengganggu fikiran aku sejak tengahari tadi.


“Abis la aku... Confirm dapat teruk quiz tadi... Susah la..”,
Aku hanya tersengih melihat sahabatku, Zura mengeluh tentang ujian tadi.
“Ada dalam nota dia la.. Dr Mahmood tuh kan memang suka tanya balik apa yang ada dalam nota dia...”,
“Ye lah.., tapi nota tuh aku tak paham... Ingat tak masuk..”,
Aku khusyuk menjamah mihun sup yang aku beli sebagai makanan tengahari aku itu.
“Hi Ayu...”,Aku tersentak apabila tiba-tiba ada orang menegur aku. Lantas aku angkat muka pada si dia yang telah pun berdiri di sisi meja. Bulat mata aku melihat gadis yang berdiri di situ. Tersenyum memandang aku.
“Kak Mira...”,Perlahan aku menyebut nama gadis cantik itu.
“Ingat lagi kat I?”,
Aku lantas telan air liur. Rasa berdebar pula. Dalam debaran itu, aku paksa bibir mengukir senyum. Mana la tak ingat! Ex girlfriend tunang aku, mesti la ingat!!
“Kak Mira buat apa kat sini.., err.., i mean, UIA..?”,
“Eh.., takkan Afiq tak bagitau you... I amik master kat UIA...”,Kata-kata itu buat aku rasa lemah lutut.
Afiq? Apa kaitan Afiq? Abang tau kat Mira amik master kat UIA? Emm, mungkin daripada Kak Fifi. Aku berbaik sangka.
“Afiq sekarang kerja kat Serdang kan..? Ari tuh dia ada bagitau I..”,Jawapannya itu sekaligus memusnahkan segala tanggapan baik yang aku buat tadi. Bermakna, memang pasti, dia dan Abang ada berhubung baru-baru ini.
“A’ah... Dia kerja kat Serdang...”,Dia hanya senyum mengangguk.
“K lah Ayu.. See you later...”,Aku angguk. Rasa lega jugak dia dah nak berlalu.
“Oh ya Ayu..., you pesan sikit dengan Afiq tuh.. Kerja-kerja jugak.., tapi, jangan la sampai kesihatan diabaikan.. Makan tengahari pon pukul 3.. Sakit nanti... You kan tunang dia.. Kena la jaga dia..”,Sebelum dia berlalu pergi, dia hadiahkan senyum sinis nya membuatkan aku terus tak lalu makan.
“Ayu..., sapa tuh...? Lain macam je gayanya... Tapi, cun betul. Cam model lak aku tengok..”,
“Cun pemendanya.. Mulut cam haram! Ayu lagi cun...”,ujar Zura pula.
Terus sahaja aku angkat beg dah fail dan bangun.
“Aku gi dulu ye...”,Dan aku berlalu. Fikiran aku rasa serabut kala itu. perasaan macam-macam datang.
Mungkinkah.., Mira dah kembali dah hidup Abang....?


Tit! Tit! Tersentak aku kala telefon ku berbunyi.

Salam.ayu,abg baru blik keje.ayu watpe?penat ari nih..picit sket bahu abg nih.. ;p.

Aku tersenyum sedikit ketika membaca mesejnya. Membaca sahaja perkataan penat itu membuatkan aku terus batalkan niat untuk bertanya tentang hal yang menghantui aku sejak tadi. Tidak mahu menambahkan lelah nya. Biar lah dia berehat malam ini.
Dan kala itu, tangan laju menekan butang-butang telefon bimbit ku itu membalas mesej seolah-olah tiada apa yang berlaku. Biar aku pendamkan sahaja apa yang bergolak di hati. Kerana aku tidak mahu beranggapan yang bukan-bukan tentang abang. Aku percaya abang. Kala itu, cincin yang aku sarung di jari manis ku itu aku kucup perlahan...

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘
Aku pandang sekeliling. Rasa bosan dengan kesepian itu. mengeluh perlahan. Sejenak, timbul rasa menyesal bersetuju dengan pertemuan ini. kalau bukan kerana dia mengata Abang dalam mesej-mesej nya, takkan ada aku nak duduk dengan dia kat sini. Itu pun, aku ajak Zura dan Shima turut sama menemani aku. Diorang berdua duduk di meja sebelah.
Geram betul aku dengan mamat nih bila dia fitnah abang kononnya abang dah burukkan nama dia pada aku, sebab tuh aku tak mau berkawan dengan dia lagi. Padahal, memang aku sendiri tak mau berkawan dengan dia. Mana tak, kepercayaan aku sebagai kawan yang pernah aku berikan pada dia dulu, dia sendiri yang hancurkan jadi debu bila dia memeluk aku dalam kereta yang disewa dulu secara paksa. Dah la dibawak aku jauh ke Titiwangsa nuh...! Tak ke kelam kabut aku lari carik teksi yang boleh membawa aku ke UIA semula.
“Ayu...”,Kala itu aku dengar dia memanggil aku. Aku pandang Abang Kimi yang ada di hadapan ku itu.
“Kata nak selesaikan apa-apa yang patut... Cepat lah! Ayu nak balik bilik...”,Geram dengan kesunyian sejak tadi, lantas aku bersuara. Memang jarang aku berkasar dengan orang. Tak kena pulak dengan nama aku! Tapi, dengan mamat nih, memang aku tak mampu nak bertahan untuk cakap kasar. Dalam kelas, aku hormatkan dia sebagai lecturer aku, tapi di luar, mintak sorry ye nak baik-baik!!
“Ok.. Apa sebenarnya yang Ayu tak puas hati dengan abang? Apa yang Afiq cakap dengan Ayu buat Ayu benci sangat dengan abang??”,
Eh, eh mamat nih! Tengok tuh! Tak sudah-sudah nak menuduh abang aku! Padahal, dia yang hantu.
“Kalau abang Afiq tak cakap apa-apa pun pasal awak, tak susah Ayu nak tau perangai sebenar awak tuh Hakimi...”,Akhirnya aku memutuskan untuk tidak berabang-abang dengan dia.
“Sampai hati Ayu tuduh abang sampai macam tuh! Abang dah mintak maaf atas apa yang abang pernah buat kat Ayu...”,Dia memohon simpati.
Aku pandang dia sejenak. Kemudian tunduk.
“Ayu Cuma nak cakap, lepas nih, jangan kaitkan abang Afiq dengan masalah diri awak sendiri... Abang tak pernah cakap apa-apa pun pasal awak! Yang nak fitnah dia tak tentu pasal kenapa...?”,
Dia sengih sinis kala itu.
“Iye ke dia tak pernah cakap apa-apa? Susah abang nak percaya.. Pembelit macam dia tuh!”,Dia tunjukkan muka bengang dia.
“Abang memang tak sangka Afiq akan tikam abang daripada belakang. Padahal, sebelum nih memang abang dah bagitau dia yang abang sukakan Ayu..”,
Aku terdiam kala itu. memandang anak matanya yang merenung aku. Lantas aku tunduk. Tarik nafas dalam.
“Bukan salah dia tak bagitau yang kami dah bertunang. Kami bertunang pun diaturkan keluarga. Asalnya, memang kami kawan biasa je. Tak berniat nak teruskan pertunangan nih.. Tapi.., lama-lama, kami.., jatuh cinta..”,Aku perlahankan suara mengucap kalimah-kalimah akhir dalam ayatku itu.
“Jatuh cinta? Ayu, abang bagitau dengan Ayu, pada Afiq, kalimah cinta tuh, is Samirah... Abang kenal dengan Afiq lagi lama dari Ayu kenal Afiq! Dia cinta mati dekat Mira tuh sejak kami second year lagi.. Mustahil, sekejap aje, dia dah boleh lupakan Mira... Sedar la Ayu... Afiq tuh..”,
“Diam!!! Ayu tak nak dengar lagi!!”,Kala itu aku tinggikan suara. Peduli apa aku kalau ada orang perasan. Marah betul hati aku dengan kata-kata mangkuk nih!
Zura dan Shima dah memandang aku dengan riak terkejut. Mana tak, memang aku tak pernah mengamuk sebelum nih!
Aku lihat Hakimi terkebil-kebil memandang aku.
“Ayu percayakan Abang Afiq. Ayu tau dia takkan tipu Ayu.... Dia sayangkan Ayu..”,Kala itu, mata ku mula berair.
“Sejak bila dia sayangkan Ayu? Sejak Mira tinggalkan dia? Pergi kat jantan lain? Sejak tuh dia sayangkan Ayu....??”,Kala ini, suara dia meninggi.
Aku pandang dia dengan mata tajamku. Dalam. Lama. Airmata yang mengalir ke pipi aku biarkan.
“Ayu tak kira sejak bila dia sayangkan Ayu, pokoknya, dia sayangkan Ayu....”,Satu-satu aku ungkapkan kalimah itu. biar jelas. Biar nyata maksudku kepada lelaki yang satu ini.
Aku lihat dia tunduk. Mengeluh. Berat terasa keluhannya itu. kemudian, dia angkat muka semula. Memandang aku.
“Ok.. Kalau itu decision Ayu.. Abang terima. Abang doakan Ayu bahagia dengan Afiq... Tapi, abang nak Ayu tau..., abang sayang Ayu.. Abang ikhlas dengan Ayu.. Sebab tuh.., abang nak Ayu bahagia.. Kalau Afiq orang yang Ayu pilih, ok, abang terima.. tapi, Abang akan tunggu Ayu...”,
Kala itu dia bangun perlahan dan berjalan meninggalkan aku dengan airmata ku. Esak tangis yang aku tahan-tahan sejak tadi aku lepaskan semahuku.
“Ayu....”,Kala itu sahabat-sahabatku telah pun di sisi memujuk.
“Sabar Ayu...”,
Ya Allah, kuatkan hati ku... Itu semua dusta...



Di sudut itu, gadis itu tersenyum sinis. Dia memandang sekali lagi tiga gadis di meja itu. seorang daripada mereka menangis. Yang dua lagi memujuk.
Kala itu, fikirannya ligat memikirkan rancangan-rancangan seterusnya.
Nampak gayanya..., Ahmad Afiq akan balik pada aku jugak..
Dan akhirnya, Mira ketawa galak......
‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

“Uh!!!”,Bola tenis yang datang itu aku pukul sekuat hati. Melepaskan semua yang terbuku di hati. Ternyata, kuat tamparan ku itu kali ini, sehingga lawanku tidak dapat menangkis.
“Woi! Peghh, gila tajam bola. Apa kes bai!!! Lepas geram apa...”,Ipin tak puas hati. Aku sengih.
“Eh, lu yang tak dapat tangkap hantaran maut gua, jangan nak bising!!”,Ujarku bersahaja sambil berjalan perlahan ke bangku yang disediakan di tepi court itu. aku capai tuala kecil putih yang memang aku bawa untuk mengelap peluh, lantas menghenyakkan punggung ke kerusi itu.
Ipin menyusul kemudian.
“Asal kau Fiq? Tak pasal-pasal ajak aku main tenis malam jumahat (Jumaat) nih...”,
Aku tidak menjawab, meneguk air daripada botol mineral yang aku beli tadi.
“Malam jumahat apa.. Nih malam sabtu la..”,Aku perbetulkan. Iye lah, hari nih hari Jumaat, jadi malam Sabtu la.. Apa la Ipin nih..
“Ye lah cikgu.. Maafkan saya, tersalah pulak.. Malam sabtu...”,Ipin membuat suara ala budak-budak membetulkan kata-katanya tadi.
“Tak ada apa.. Esok cuti, saja nak ajak kau main... Dah lama tak main tenis... Lagipun, aku kesian dengan kau.. Kena tinggal dengan Fifi... Aku temankan kau la..”,
Ipin mengesat muka dengan tualanya. Sengih.
Memang iye, dia kena tinggal dengan Fifi. Fifi ke Jepun untuk 2 minggu, atas urusan pekerjaan.
“Tak ada apa-apa? Hmm, sudahlah Afiq, sekilas ikan di air, sudah ku tahu jantan betina nya... Tak pasal-pasal ajak aku main, memang ada la yang tak kena tuh... Sejak kau kerja, berapa kali kau ajak aku keluar? Kalau tak aku yang ajak, takkan ada nya...”,Dia bersungut. Aku sengih.
“Ala kau nih nyah! Sensitip plak! Nih kan mak dah ajak! Aku sibuk la nyah..”,
Dia ketawa kali ini. memang hobi kami meniru gaya-gaya ala mak nyah tuh. Bukan memperolokkan, saja-saja. Nak menghibur hati.
“A’ah ye la tuh... Aku percaya la sangat! Kenapa? Ayu?”,Dia serkap jarang. Memang bukan kerja mudah nak menyembunyikan sesuatu dengan Ipin. Pasti dia akan dapat meneka.
Aku diam. Mengeluh perlahan.
“Pahal dengan dia? Ayah dia sakit lagi ke..?”,
Aku masih diam. Terkenang informasi yang diberikan Mira malam semalam. Lantas, aku ceritakan satu-satu kepada Ipin..


Memang aku bekerja sampai pukul 10 malam semalam. Sekarang tengah ada projek yang harus aku selesaikan. Jadi, sampai ke malam kena kerja...
Tengah aku sibuk-sibuk semalam, tiba-tiba, ada panggilan daripada Mira. Ikut hati tak mau jawab, tapi, entah kenapa, sedar-sedar je, aku dah cakap “Hello” dah...
“Afiq busy ke? Dah makan...?”,
“Tak lagi.. Saya kat office lagi nih.. Ada keje sket nak kena setelkan before tomorrow..”,
“La ye ke.... Mm, sian Afiq.. Mesti penat kan...”,
Aku hanya tersenyum tanpa dia nampak. Aku harap, dia akan faham yang aku tengah sibuk dan akan menamatkan perbualan, namun, Mira tetap Mira.. Memang takkan paham punya...
“Afiq.., Afiq dengan Kimi dah ok ke..?”,
Aku tak tau dari mana dia dapat tahu yang aku dengan Kimi ada pertelingkahan! Yang lebih pelik, kenapa tiba-tiba sekarang selalu sangat nama mamat nih disebutkan?!!
“Tah la Mira.. Biasa-biasa je kot...”,
“Mira dengar, Kimi merajuk dengan Afiq sebab rampas Ayu...”,
Aku hanya diam. Tak mengiyakan, malah tidak pula menidakkan. Sebenarnya, aku sendiri tak tau, yang iya atau tidak, aku merampas Ayu daripada Kimi... Tapi, bukan Ayu tuh nak pun dengan dia.. Maknanya, aku bukan rampas la.. Best man win la bro!!
“Afiq..?!”,Aku tersentak.
“Mana awak tau nih?”,
“Ada la..dari sumber-sumber yang boleh dipercayai...”,Sambil itu, dia gelak-gelak kecil.
“Afiq.., better Afiq jaga Ayu baik-baik... Mira rasa, Kimi tuh ada niat baik-baik dengan Ayu...”,
Yang bab niat tuh aku memang jelas dan nyata! Dah kimi memang sukakan si Ayu, confirm la niat dia nak dapatkan Ayu balik...
Tapi, baik-baik dengan Ayu? Yang ini aku kurang nampak sket! Tang bila pulak Kimi dan Ayu berbaik? Takkan Ayu tak bagitau aku... Tapi..., mustahil.. Mustahil Ayu akan buat camtuh..
“Baik-baik dengan Ayu? Apa maksud Mira..?”,
Dia diam sejenak.
“Alamak...! afiq tak tau ke? Alamak! I’m so sorry to interrupt hal Afiq dengan Ayu...”,
Aku bertambah runsing. Apa yang aku tak tau nih?
“Pe menda nih Mira?? Pe awak cakap nih..?”,Suara dah jadi lain.
“Bukan.. Mira ingat Afiq tau yang Ayu dengan Kimi lunch sama-sama... Nampak jugak diorang kat cafe...”,
Kala itu, aku terasa nadi ku seolah terhenti sejenak. Ayu makan dengan Kimi???
“Err Afiq... Jangan la sebab Mira bagitau nih Afiq gaduh dengan Ayu.. Mira tak de niat pun nak pecah-belahkan korang.. Ayu tuh budak baik.. Mira percaya dia takkan curang dengan Afiq...”,
Aku lantas diam. Tak menjawab. Terasa hati semakin panas.
“Em.., k lah Mira.. Saya ada kerja nak disiapkan nih.. Silap-silap.., kena berkhemah dalam office nih kalau tak siap kang...”,
Aku dengar dia gelak kecil.
“Ok.. Sorry kacau Afiq.. Pasal hal tadi tuh, sorry ye..”,
“K...K... Bye..”,Lantas aku matikan talian dan termenung panjang..

“Cakap arr kau percaya cakap dia..?”,
Aku mengeluh. Bola tenis itu sengaja aku lantun-lantunkan ke lantai court.
“Tah arr Pin.. Aku tak tau...”,
“Kau dah tanya Ayu ke?”,
Aku sekadar menggeleng menjawab pertanyaan Ipin itu.
“Sampai skang nih, aku tak contact Ayu langsung..”,Entah la kenapa, jauh di sudut hati, aku berkecil hati. Kenapa Ayu tak bagitau aku yang dia jumpa Kimi? Kan dia dah pernah cakap, dia takkan jumpa Kimi luar kelas... Dan-dan, pergi makan pulak..
Lantaran itu aku tidak contact tunang ku itu sejak semalam.
Ipin bulatkan mata nya. Tanda terkejut dengan apa yang baru aku beritahu kepadanya. Kemudian dia geleng-geleng.
“Kau jangan buat gila nak percaya cakap dia tuh Fiq!! Papahal, kau bincang baik-baik dengan Ayu... Lagipun, kalau Ayu tau kau ada contact-contact lagi dengan Mira, pe ke hal nya.. Tak ke sama?”,
A’ah ek.. Betul jugak kata Ipin nih! Mana leh aku nak marahkan dia, padahal, aku sendiri pon ada berhubung dengan Mira tanpa memberitahu Ayu. Tapi, aku tak de la sampai keluar makan...
“Walaupun kau dengan Mira tak pernah kuar makan sama lagi, tapi, kalau kau terus melayan dia, lama-lama, jadik jugak tuh....”,
Aku jadi terpana mendengar kata-kata Ipin itu. eh mamat nih, cam tahu-tahu plak apa yang aku pikirkan....?
Kemudian, aku terkenang Ayu pula.
Kenapa Ayu buat camtuh...?

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Aku pandang telefon yang sepi tiada berbunyi sejak dua tiga hari ini. entah kenapa, susah benar nak mendengar berita daripada Abang Afiq sejak dua menjak ini. Dia marahkan aku ke? Atau, dia sibuk dengan Kak Mira??
Memikirkan kemungkinan itu buat aku rasa seram sejuk. Hish..., mengarut lah! Abang takkan buat macam tuh....
Aku mengeluh perlahan.
Mungkin, abang sibuk.. Dia kan tengah final phase project dia skang. Walaupun aku tak berapa mengerti, namun, aku faham la dia memang tengah busy gila. Message pun, jawab ringkas-ringkas je. Tak ada lawak-lawak macam biasa. Memang abang tengah busy...
Aku menyedapkan hati sendiri. Aku tarik nafas dalam. Lantas pen yang aku letakkan sejenak segera aku angkat semula.
Baru sahaja nak mula menulis, tiba-tiba, telefon berdering. Segera aku angkat telefon yang baru aku letakkan.
SweetHome.
Aku senyum.
“Assalamualaikum...”,Ceria suara ku.
“Waaalaikumussalam... Ayu tengah sibuk ke..?”,Terdengar suara Baba yang amat aku rindu itu di talian.
Sengih.
“Dak eh... Kalau Baba yang call, sibuk mana pun, buleh punya cakap...”,Aku dengar dia ketawa perlahan.
“Baba rindu dengan anak Baba nih... Tuh yang call tuh...”,
“Ayu pun rindu dengan Baba... Rasa nak balik kampung la ujung minggu ni..”,Aku merungut manja.
“Aih..., ari tuh kata nak exam dah.. tak dan nak balik.. Nih nak balik plak dah..”,
Aku pula tergelak-gelak.
“Tuh la pasai... Tak dan nak balik.. Tapi..., kalo nak balik.., buleh ja nak usahakan..”,
“Mm, tunggu abih periksa ja la eh! Tak yah balik minggu nih.. Belajaq.. Awak tuh kalau dah balik umah, tak dak bukak buku pun Baba tengok..”,
Aku sengih. Dia dah buat dah ceramah guru terbilang dia. Almaklum je lah, Baba kan bekas guru besar sekolah.
“Baik lah encik Karim! Saya tak balik..”,Baba pula tertawa.
“Abah ngan Ibu hang pa habaq? Abang pon pa habaq? Lama tak call Baba..”,Aku diam mendengar kata-kata Baba itu.
“Aunty ngan Uncle baik-baik je.. Selalu depa soh kemsalam kat Baba...”,
“Waalaikumussalam... Afiq?”,
“Entah...”,Ringkas jawabku.
“Aih..tuh lain macam bunyi tuh... Awat? Gaduh ka..?”,
“Mana ada Ba... Ok je la eh..!”,
“Ye la sangat! Belajaq la tipu Baba.. Tak baik tau!”,
Aku gelak-gelak.
“Sungguh la Baba... Dia sibuk la semenjak dua menjak nih... Nak contact kita pon tak dan...”,
Baba sepi sejenak. Kemudian dia ketawa.
“Hai.., anak Baba nih merajuk la tuh... Cik abang tak contact..”,Dia memerli. Aku sengih.
“Tak da lah merajuk.. Kecik hati sket je..”,Kemudian kami sama-sama tertawa.
“Ok la Ayu... Baba saja nak lepas rindu kat Ayu... Pi la belajaq.. Jangan dok asik ingat kat cik abang je.. Pelajaran jangan lupa..”,
“Hah..., sapa soh Baba tunangkan cepat-cepat... Bukan salah Ayu...”,Kala itu Baba tertawa lagi.
“Baba tunangkan cepat sebab Baba takut tak dan nak tengok muka menantu.. Hat nih, Baba kenai dah mak pak dia.. Baba tau dia baik tak.. Kalau Baba nak pi, lega hati dah.., lepas anak Baba kat orang baik-baik....”,
“Ha.., Baba tuh mula la tuh! Ayu cakap pa? Jangan dok cakap menda mengarut-ngarut tuh...”,Marahku. Memang pantang betul aku bila dia sebut-sebut pasal pergi-mergi nih... Yang sebenar, hati aku takut. Aku tak mau Baba pergi. Aku dah rasa betapa sedih hampir kehilangan dia. Jadi, aku tak sedia untuk merasai nya lagi.
“Ayu....”,
“Ye Ba..”,
Orang tua itu sepi sejenak.
“Ayu jaga diri baik-baik na nak... Pandai-pandai bawak diri... Jangan susahkan orang.. Kita hidup kat dunia nih, biaq berjasa, jangan bagi masalah kat orang keliling...”,
Aku diam. kenapa tiba-tiba Baba nih bagi nasihat ayah-anak nih..
“Nanti dah jadi isteri orang, baik-baik na.. jangan sakitkan hati suami. Jaga hati mentua...”,
Kala itu aku dah tergalak kecil.
“Ba oi.., cek belum nak nikah lagi eh!! Awal sangat bagi nasihat kawin-kawin nih...”,
Dia diam sejenak. Sebelum sama-sama tertawa.
“Ya gak! Lambat lagi.. Ok lah.. Belajaq rajin-rajin na..”,
“ya ba... baba jaga kesihatan! Jangan dok gatai nak buat kerja berat-berat.. Dok rehat..”,
“Ye lah boss!”,Aku gelak besar kali ini. bab-bab kesihatan Baba nih, memang aku garang. Ye lah, dia tuh, suka sangat buat kerja-kerja yang tak tertanggung badan.
“Ok Ayu.. Kemsalam Baba pada depa sume na? Ha.., tok sah dok merajuk la ngan si Afiq tuh!”,
“Ye lah..”,
“Assalamualaikum... baba sayang Ayu..”,
“I love you too... Waalaikumussalam...”,
Dan talian mati. Di bibir ku masih ada senyuman. Sedikit lega hati yang gundah mendengar suara Baba. Sejenak, rasa rindu amat pada Baba.
Teringat pula pesannya supaya jangan merajuk dengan Abang lama-lama. Yang sebenar, mana ada aku yang merajuk. Entah-entah.., dia yang merajuk dengan aku... Tapi, kenapa??

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

“Gimme.., Gimme more..”,Suara Britney Spears memenuhi ruang bilik aku daripada radio di bilik aku itu. sesekali kepala terangguk-angguk mengikut rentak lagu minah gila meroyan itu. Sambil itu mata terfokus pada tulisan-tulisan yang tercetak di atas suratkhabar itu. berita mengenai satu lagi kehilangan kanak-kanak perempuan, Sharlinie itu, menarik perhatian aku. Apalah nasib budak kecik nih. Adakah nasibnya sama dengan arwah adik Nurin Jazmin yang dijumpai dalam keadaan mengaibkan itu? Ya Allah, selamatkan Nini...
Gamaknya, dah ramai orang gila dalam dunia nih... Ada kan budak-budak dijadikan tempat melepas nafsu.. Kalau dah gian sangat, rumah pelacuran kan banyak. Yang jadikan budak-budak mangsa buat hape!! Kalau dapat kat aku, memang aku belasah sampai tak de rupa manusia.
Tiba-tiba, terdengar deringan telefon bimbitku perlahan. Daripada ringtone nya, aku tahu, bukan seseorang yang aku kenal. Aku mengeluh. Sapa aje lah yang nak mengacau aku di hari-hari cuti aku nih! Nak cuti pun tak senang.
Memang hari ini, aku sengaja mohon cuti setelah beberapa minggu bekerja keras. Nak relax-relax kat rumah..
“Hish...”,Aku merungut.
Lantas aku capai telefon di atas katil dan ku tekan satu punat.
“Hello...”,
“Afiq...”,Kala itu aku dengar suara tangisan. Aku terdiam sejenak.
“Mira.... Mira ke tuh?”,Cuak juga aku mendengar tangisan.
“Afiq... Tolong Mira... Beg Mira kena curi... Mira tak ada apa-apa skang nih.. Mira ingat no telefon Afiq..”,Aku diam sejenak. Serba-salah aku dibuatnya. Kalau tak pergi, dikata sombong pulak. Kalau aku pergi, lain pulak masalah yang datang...
“Mira kat ane nih..?”,
“One Utama..”,
Aku mengeluh perlahan. Aduhai..., camana ni..
“Afiq.., duit dah abis.. Mira tunggu Afiq kat pintu mas...”,Tit! Tit! Tit! Talian telah pun terputus. Aku garu kepala.
Aduhai.., camana pulak nih!!
Tapi, kalau aku biar je dia kat situ, tak ke sampai ke malam dia tunggu aku..
Aku melihat jam di pergelangan tangan. 12 tengahari.
Hish dia nih pun! Yang pergi call aku buat apa... Gi la call mak bapak kau ke.. Tapi, mak bapak dia kat Johor sana, bukan leh datang. Hah, balak-balak dia yang lain kan ada...
Aku tepuk dahi.
“Hish!!”,Lantas aku bangun juga, mencapai kunci kereta dan wallet dan berlalu. Ya Allah, aku pergi tolong orang, tolong restui aku...

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

“Ok, try to solve this..”,
Kata-kata lecturer dari Iraq itu aku dengan dengan teliti. Tangan laju menulis nota-nota di hadapan. Tiba-tiba, terasa gegaran daripada bawah meja. Aku mengeluh. Sapa pulak yang call time nih!!
Lantas aku seluk tangan ke bawah meja. Meraba-raba mencari telefon di dalam beg. Dah dapat mencarinya, aku lihat pemanggilnya.
Pak Long
Tak semena-mena, hati jadi berdebar-debar. Lantas aku ambil telefon itu dan letakkan ke bawah tudung dan berhati-hati keluar daripada kelas.
“Hello, Assalamualaikum.. Pak Long..”,
“Ayu.. Mak long nih..”,Aku dengar suara serak Mak Long. Aku tahu Mak Long menangis.
“Ayu..., balik la nih nak.. Baba hang dah tenat...”,Dalam tangisannya, aku dengar Mak Long bersuara.
Kala itu, aku seolah terdiam.
Ya Allah...
“Ayu...Ayu... Sabaq la na.. Hang balik la nih.. mak long dah call Uncle Dolah hang..”,
Sayup-sayup aku dengar suara Mak Long.
“Ya Mak Long... Ayu balik..”,Lantas aku matikan talian dah bergegas masuk ke kelas. Mengambil barang-barang aku dan berlalu keluar. Tak sempat nak menjelaskan kepada lecturer yang tercengang melihat aku.
Ya Allah... Baba.., tunggu Ayu... Tunggu Ayu...

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘


Telefon itu ditekan sekali lagi. Sabar mendengar bunyi deringan.
“To leave a message...”,Suara perempuan itu kedengaran lagi. Akhirnya, dia mendengus.
“Ke mana aje lah budak nih! Masa-masa macam nih la tak dapat contact. Dari tadi telefon tak berangkat...”,
Abdullah hanya menyepi mendengar isterinya itu membebel marahkan anak bujang yang seorang. Ikut hati, panas jugak. Daripada 20 minit yang lalu cuba menelefon Afiq, tak berangkat. Kata isterinya, Afiq bercuti hari ini. tapi, entah ke mana perginya. Keluar tak bagitau...
“Macamana nih abang? Sapa nak temankan si Ayu tuh naik flight karang kalau Afiq tak datang airport? Hish..., mana la budak bertuah nih! Geram betul saya...”,
Tiket kapal terbang sudah pun didapatkan. Mujur, ada kapal terbang yang akan berlepas dalam masa terdekat. Jadi, pendek sket masa perjalanan.
“Kalau abang tak datang, biar Wina aje teman kak Ayu bu...”,
Anak bongsu itu sukarela. Zainab memandang Wina di seat belakang kereta.
“Wina rasa, memang tak sempat abang nak datang...”,Ujarnya lagi melihat jam di tangan.
Abdullah mendengus. Afiq..., Afiq, mana kau pergi nih nak!
“Kalau macam itu, biar Wina aje yang temankan Ayu.. Nanti kita datang kemudian dengan Afiq..”,Akhirnya dia mengangkat tanggungjawab sebagai ketua keluarga membuat keputusan.
Datin Zainab lantas mengangguk. Kala itu, dadanya terasa sayu mengenangkan gadis yang bakal menjadi menantu rumahnya itu. memang, pertama kali pandang, dia dah jatuh kasih dengan budak tuh. Lembut nampaknya. Berbudi bahasa. Cantik pun cantik. Namun, dalan wajah cantik itu, tersembunyi derita yang hanya, Tuhan sahaja yang tahu.. Dah lah ditinggalkan ibu dalam usia muda, kini, ayah nya pula sedang berperang dengan maut.
Baru 40 minit lepas, mereka mendapat berita daripada Alor Star, yang Karim dah nazak. Keluarganya di sana mohon pertolongan untuk menghantar Ayu pulang. Lantas dia segera hubungi anak yang sulung bertanyakan tiket flight. Mujur, usaha Atiqah, dapat 2 tiket ke Alor Star untuk flight terawal.
“Nab..., telefon Ayu... Kita dah nak sampai. Suruh dia tunggu depan pagar..”,
Tersentak dek lamunan panjang mendengar suami memberi arahan. Dia lantas angguk. Kala itu, BMW biru itu sudah pun tiba di pagar besar UIA.

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘


Aku melihat sekeliling. Mencari-cari kelibat gadis itu. Dah dekat 10 minit aku tercongok kat pintu masuk One Utama itu. hish.., betul ke pintu yang ni...?
“Afiq!”,Aku lantas berpaling mendengar nama ku dipanggil. Hati terasa lega melihat Mira dah terkedek-kedek berlari menghampiri ku. Tiba-tiba, pinggang ku dah dirangkul si dia. Aku jadi gugup di situ. Hati berdebar, Tuhan aje yang tahu..
“Nasib baik Afiq datang... Kalau tak, Mira tak tau nak buat apa..”,
Aku lantas tarik dia dari terus mendakap aku. Tak ke gila! Aku nih lelaki, tak suka, tak suka pon, hati nih berdebar gak cam nak pecah berderai je dengan tindakan Mira tadi.
“Ok..Ok.. Jangan risau.., saya ada kat sini dah..”,Perlahan aku ucapkan. Dia kesat air matanya. Aku lantas menoleh-noleh sekeliling. Takut-takut ada orang yang dikenali nampak apa yang berlaku tadi. Masak aku!
“Mira ok ke?”,Dia angguk-angguk. Aku lihat, matanya masih bersisa air mata. Hish, memang lemah betul aku tengok air mata perempuan nih..
“Camana leh kena curik?”,
“Tah la.. Mira duduk kat cafe tuh, ada orang lalu, tiba-tiba, lesap aje dah dibawak lari..”,
Aku hanya angguk-angguk.
“Lenkali hati-hati...”,
Dia angguk-angguk. Sepi sejenak antara kami. Aku sendiri jadi macam bengong. Tak tau nak cakap apa.. Tak tau nak buat apa...
“Afiq dah makan ke?”,
Agaknya, melihatkan aku dah macam ayam berak kapur, dia membuka mulut bertanya.
“Err.., makan pagi dah.., makan tengahari blom..”,
“Mira lapar... Leh tak kita gi makan dulu..?”,
“Ha..., makan...?”,Aku garu-garu kepala yang tak gatal.
“Mira tak de duit nak makan sendiri...”,
Ye tak iye jugak...! mana la minah nih ada duit... Semua dalam beg dia tuh..
“Kalau Afiq tak nak takpe la..”,
“Eh..ok..ok.. Jom.. Kita gi makan.. Sekejap..”,
Dia lantas senyum manja.
“Thanks Afiq...”,
Aku sekadar mengangguk.
Aduhai..., apa yang aku buat nih...? dah la keluar tadi tak bagitau ibu... Pakai cabut je..
Lantas, aku raba-raba poket seluar jeans ku.
“Shit!!”,Tak sengaja, aku termencarut.
“Sorry?”,Mira dah pandang aku dengan muka tak puas hati dia tuh.
“Eh bukan...bukan... Phone saya, tertinggal kat rumah..”,
“Rumah..? aik, tak kerja ke...?”,
“Hari nih cuti...”,
Dia gelak kali ini.
“Cam tau-tau plak saya perlukan awak hari nih, Afiq... Macam dah ditakdirkan plak...”,
Kala itu, aku hanya diam. Takdir? Takdir pemendanya.. Kalaulah ibu tau aku buat menda tak senonoh nih gi keluar makan dengan perempuan lain, direbus mahu dalam kawah sudahnya takdir aku!
Dan sejenak, entah kenapa, aku rindu gila dengan telefon aku yang tertinggal di rumah itu.
Aik, tebiat apa aku nih..., rindu dengan telefon!!

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Aku pandang sekeliling. Masih tiada wajah itu. KLIA kurang sesak hari ini. mungkin dek kerana hari ini hari bekerja. Sejenak, aku lihat pula Uncle dan Aunty sibuk di kaunter, menguruskan penerbangan aku dan Wina ke Alor Star.
Aku lihat telefon yang aku genggam di tangan. Panggilan dan mesej ku masih belum dijawab. Lepas dapat berita tadi, aku dah cuba call Abang. Walaupun aku tahu, mungkin, dia juga dah dapat tahu daripada ibu bapanya. Malangnya, tidak berangkat.
Malah, yang datang mengambil aku pun, bukan dia, tetapi, Uncle dan Aunty.. kata aunty, Afiq tah hilang ke mana. Tak dapat dihubungi. Jadi, Wina akan temankan aku terbang ke Alor Star nanti.
Abang, abang kat mana? I need you... Ayu tak kisah hari lain abang tak dapat layan Ayu, tapi, Ayu perlu abang ada hari nih..... Datang la abang...
“..kalau Ayu perlukan kat abang, pegang je cincin tuh, seru nama abang tiga kali...”,Kala itu aku teringat kata-katanya. Lantas aku pejamkan mata. Tangan aku genggam dan letakkan ke dada.
Abang......
Abang......
Abang.....
Dan, airmata ku mengalir lagi....


‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Abang....
Aku seolah tersentak. Macam terdengar-dengar pulak Ayu memanggil aku. Aku mengeluh perlahan. Kala itu, aku sudahpun sampai di laman rumah.
Skreet!! Kereta Vios ku itu aku parking di bawah bumbung garaj. aku bersandar sejenak sebelum keluar daripada kereta. Memang terasa macam suara Ayu memanggil aku. Aku raup wajah perlahan. Tersengih sendiri.
Angau apa kau nih Fiq!! Rindu sangat dah ke dengan budak kecik tuh...
Tau pulak nak rindu! Sejak dua menjak nih, budak tuh contact-contact, aku jual mahal. Kecik hati sebab dia tak bagitau aku dia jumpa dengan Kimi. Tapi, semalam, semuanya dah terjawab. Aku, ditemani Ipin, dah bertemu dua pasang mata dengan Kimi. Ipin yang aturkan. Kata dia, geram tengok perangai aku yang macam budak-budak tak nak tanya betul-betul. Nak merajuk-rajuk konon. Sudah-sudah, dia yang telefon Kimi dan mengatur pertemuan.
“Memang aku ada jumpa Ayu... Dah dia student aku..”,
“Bukan dalam kelas, luar kelas maksud aku..”,Agak tegang suasana di situ.
“Ada! kami lunch sekali...”.Jawapan selambanya tuh dah buat aku genggam penumbuk. Aik mamat Kelate nih memang nak makan buku lima aku lagi sekali agaknya. Kira nasib baik je Ipin ada sebelah. Dah dipegang penumbuk aku tuh di bawah meja.
“Kimi, kau kan tau Ayu tuh tunang Fiq.. Yang kau ngada-ngada ajak dia makan lagi pe kes?”,Ipin sukerela jadi juru cakap aku. Aku bersyukur gak Ipin buat camtuh, sebab masa tuh aku dah memang tak boleh bercakap dah sebab ketap gigi. Terlampau geram tengok muka selamba mangkuk nih! Ei, aku tendang jugak muka tuh kang..
“Bukan aku yang ajak, dia yang ajak!”,
Kala itu aku dah berdiri.
“Kau jangan nak wat sial ngan aku Kimi!! Kat sini jugak kau makan kaki aku nih kang...”,Ipin dah turut sama berdiri. menahan aku daripada terus mara.
Aku tengok Kimi memandang aku. Sengih mengejek. Geleng-geleng.
“Kau nih, dari dulu, sampai sekarang, bila bab Ayu je.., nak melenting aje..”,
Ketenangannya itu buat aku pelik. Mamat nih, terlampau relax je nampak..
“Dia panggil aku jumpa dia, sebab dia nak bersihkan nama kau...”,
Perlahan-lahan, aku duduk semula.
“Maksud kau?”,Jurucakap aku tolong tanyakan apa yang terbuku di hati aku. Eh, macam tau-tau plak Ipin nih!
“Dia nak aku tau, yang bukan kau rampas dia daripada aku.. Dia nak aku tau, yang kau tak pernah buruk-burukkan aku depan dia sebelum nih... Dia nak aku tau, yang memang dia tak suka aku sebab aku, takde kena mengena dengan kau...”,
Aku terus terdiam.
“Aku tak tau apa minyak kau dah kasik sama Ayu bai, tapi aku leh cakap..., dia memang sayangkan kau.. Tak kisah aku try bape ribu kali pun.., memang dia takkan nak dengan aku... Kalau kau dah mati, mungkin dia consider la..”,
Aku sengih. Kala itu, hati dah sedikit lega. Kata-kata Kimi itu aku anggap seperti gurauan.
“Brother, agak kurang hajar kata-kata kau tuh!”,ujarku perlahan. kala itu, dia juga sengih.
“Tak payah la kau nak risau... Aku tau dah, aku memang tak de harapan dengan minah tuh..”,
“Tau takpe...”,
“Nyampah aku! Padahal, aku nih beribu kali lagi handsome daripada kau... Camana dia leh pilih kau... Memang sah kau ada jampi...”,
“Tak bleh blah! Perasan handsome la plak... Kimi, meh sini aku kasi ingat.., perkataan handsome tuh, sinonim nye dalam kamus, Ahmad Afiq Abdullah.. Jadi, sila ingat ya lain kali..”,
Kala itu, kami bertiga ketawa.
“Tapi..., aku kasik ingat kau Fiq, kalau aku tau kau sakitkan hati Ayu..., jaga kau.. Sampai lubang taik aku carik kau!”,
Aku lantas angguk.
“So, are we cool..?”,Aku hulurkan tangan. Dia sengih. Lantas tangan aku disambut.
“Cool!”,Ipin juga turut sama meletakkan tangannya. Aku senyum.
Terkenang gadis itu. thanks sayang... Kerana Ayu, aku dapat rasai kembali persahabatan dengan Kimi yang hampir hilang.
Aku tersenyum sendiri. Dah aku rancang, malam nih, aku nak buat surprise datang ke kolej dia, bawak dia gi makan tempat special sket. Aku dah call dah Kelab Darul Ehsan kat Ampang tuh untuk tempah. Siap suruh diorang buat meja khas untuk aku dengan Ayu. Kejap lagi, dalam pukul 4, aku mesej la makcik tuh. Soh dia siap pakai baju lawa-lawa.. Ala, tapi pada mata aku, Ayu pakai baju apa pun, memang dah lawa...
Dalam keadaan romantik tuh, boleh lah aku berterus-terang tentang apa yang terjadi tadi. aku tahu, cik Fahmiah tuh mesti faham punya keadaan aku. Dia mesti faham yang aku bukan saja-saja pergi jumpa Mira. Dan aku pasti, kalau dia ada tadi pun, mesti dia suruh aku pergi tolong Mira. Ayu aku tuh kan, baik hati, macam angel!
Aku sengih sendiri. Tak sabar nak tunggu malam ni. Lantas aku buka pintu kereta dan keluar daripada kereta sambil bersiul-siul.
Aku lihat, Accord ibu masih ada di tempatnya. Sejenak, terkenang akan malapetaka yang bakal aku terima kalau lah ibu tahu aku keluar berjumpa dengan Mira tadi.
Aduhai, masak la aku kena bambu dengan ibu nih karang...
Aku berjalan perlahan masuk ke dalam rumah.
“Assalamualaikum...”,
Sepi. salamku tak berjawab. Aik, mana sume orang nih..
Aku tengok jam besar yang tergantung di ruang tamu rumah ku itu.
Mak aih..., dah pukul 2 dah... Lama giler aku keluar..
“Ibu...”,Masih tiada jawapan. Ibu solat kot...
Lantas aku berjalan longlai naik ke bilik. Sampai sahaja di bilik, segera aku capai handset yang tertinggal.
40 missed call
Mak aih!! Nih pe kes.., sampai 40 missed call..?
Lantas aku tekan punat untuk membolehkan aku melihat siapakan gerangannya yang menelefon aku begitu banyak.
Ibu. Abah. Wina. Ayu. Kak Long
Aku kerut kening. Aik, kenapa sume sanak saudara pakat-pakat call aku nih?!
Kini, aku melihat pula mesej yang masuk sepanjang ketiadaanku.

Abg,xsmpat.wina tman k.ayu naik flight.abg dtg kmdn..

Aku kerut kening. Teman Ayu naik flight..? kenapa? Nak ke mana? Hati aku rasa tak sedap.

Abg,where d hell hv u been?ucle karim nazak now.meet u at KLIA.flight 120.hurry up..

What???!!! Ya Allah... Kala itu, aku terduduk di atas katil empuk itu. kemudian, aku buka satu lagi mesej.

Abg,baba ayu sakit tenat.bleh abg teman ayu balik?i need u 2 b wif me.. L

Aku terasa, sendi-sendi ku lemah semuanya. Ya Allah.. Apa yang aku buat nih!!!! Rasa nak menangis! Rasa nak menjerit!
Kala dia sangat-sangat perlukan aku, aku tak ada.. Sedangkan, aku memang cuti hari nih...! tak ada sebab aku tak ada dengan dia... Tak ada sebab aku tak boleh temankan Ayu..
Dan suara yang aku dengar tadi. Agaknya, memang benar dia memanggil aku...
Ya Allah... Apa aku buat nih...? aku tak dapat bersama Ayu.., kerana, aku...pergi pada Mira...
Ayu..., maafkan abang..

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Aku bersandar ke seat kereta BMW abah itu. ibu dan abah masih di dalam rumah. Apa lagi yang belum selesai, aku tak tahu. Ikut hati, memang aku nak pecut ke Alor Star sendiri. Tapi, abah melarang. Katanya, alang-alang, pergi sekali.
Telefon itu aku tekan-tekan. Lantas aku tekan satu butang, dan letakkan ke telinga. Walaupun aku tahu, dah pasti panggilan ku itu masuk ke Mail Box.
“..Leave your message after the beep..”,
Aku terdiam. Tidak pula matikan talian.
“Ayu....”Itu sahaja yang mampu aku ucapkan, lantas aku matikan talian. Sungguh, rasa bersalah menular ke setiap alir darah aku kini. Hanya Tuhan yang tahu, betapa aku rasa tak guna..
Aku biarkan sahaja ibu dan abah membising setibanya mereka ke rumah daripada menghantar Ayu dan Wina ke KLIA.
“Dah Afiq.. Let’s get moving..”,Entah bila abah dan ibu masuk ke kereta, aku tak sedar. Aku mengangguk. Tali pinggang keledar itu aku tarik. Tak lama selepas itu, BMW biru itu aku bawa membelah jalan, menghala ke utara. Menuju kepada kekasihku.., Ayu...

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘


Wajah pucat Baba itu, aku tatap dalam. Tangannya aku genggam erat. Bacaan Yassin masih berkumandang dibacakan saudara mara yang datang.
Baba..., bangun la Baba... Ayu ada sini...
Sejenak, rambut Baba aku usap perlahan. Ayu ada sini baba... Bangun la baba..
Namun, masih tiada reaksi. Aku hampa. Mengeluh perlahan. Dalam hati, tak putus berdoa, Allah selamatkan baba aku, seperti Dia menyelamatkan baba satu masa dulu. doktor kata, keajaiban yang berlaku kali itu. kerana, jarang-jarang pesakit boleh survive dengan serangan sebegitu. Dalam kes Baba, syukur, Baba selamat malah, boleh bercakap seperti biasa. Walaupun selepas pembedahan itu, Baba perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Tekak terasa haus. Lantas perlahan-lahan aku angkat punggung daripada kerusi itu. Baru sahaja aku bangun daripada kerusi, aku terasa, tangan aku yang memegang jari jemari Baba seolah digenggam sedikit.
“Baba..!”,Lantas aku seolah menjerit sedikit.
“Awat Ayu...?”,Mak Long dah datang mengampiri.
“Mak Long, Ayu rasa Baba genggam tangan Ayu Mak Long..”,
“Ha..?”,Kala itu, semua terdiam. Tak lama,
Tit! Tit! Tit! Tit!. Mesin itu mula berbunyi tak terkawal.
“Ya Allah... Panggil doktor!!”,Mak Long menjerit.
Aku jadi kaku di situ. Kan baru sahaja tadi Baba menggenggam tangan aku.
“Baba...”,
“Karim.., mengucap Karim..., Allah..., Allah...”,Pak Long membisikkan kalimah agung itu di telinga Baba.
Aku masih terdiam. Ya Allah.., sudah tiba kah masanya, Engkau ambil Baba...?
“Excuse me...”,Aku ditolak ke belakang sedikit dek doktor yang mahu memeriksa Baba. Kala itu, segera aku menyelitkan diri ke sisi Pak Long.
“Ajaq pak hang mengucap Ayu...”,Lantas Pak Long tolak aku ke depan. Paling hampir dengan Baba. Dengan nafas yang tertahan-tahan dek tangisan.
“Baba..., mengucap Baba... Allah... Lailahaillallah.... Mengu..mengucap Baba..”,Aku letakkan bibir aku betul-betul di telinga Baba.
“A..All..ah..”,Aku dapat lihat bibir itu bergerak perlahan dengan suara perlahan.
Tit......................!!!!! mesin itu tidak menunjukkan apa-apa lagi, kecuali satu garis mati.
“Innalillah...”,Doktor melayu itu mengucap perlahan.
Aku kaku. Melihat wajah bersih Baba yang amat ku cintai itu.
“Karim..”,Aku lihat Pak Long di sisi menangisi pemergian adik nya.
Betul ke nih? Baba dah pergi tinggalkan aku untuk selama-lamanya..? Bukan mimpi?? Realiti ke nih?? sekarang..., aku.., anak yatim piatu...?
Kala itu, pandangan aku semakin kelam. Bunyi tangisan itu semakin berdengung kedengaran di telinga ku.
“Ya Allah..”,Kalimah itu yang sempat aku ucap sebelum aku tumbang ke lantai.....


‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘


“Sadaqallah hul azim...”,Surat Yassin itu aku cium perlahan. Aku mengangkat tangan berdoa, agar roh dicucuri rahmat. Jenazah masih terbujur kaku di tengah rumah. Masih belum diselesaikan, memandang, arwah hanya dilepaskan balik ke rumah jam 8 malam tadi. Jadi, jemaah masjid telah bersepakat untuk selesaikan jenazah awal pagi esok. insyaAllah, aku dan abah akan membantu sama..
Aku memandang-mandang ke arah kawasan perempuan. Sejak dari tadi, aku masih tak nampak Ayu. Aku dengar, Wina bagitau Ibu tadi, Ayu pengsan ketika Baba nya baru sahaja meninggal dunia petang tadi. Mungkin, dia masih berehat.
Aku mengeluh perlahan. Tiap nafas yang sedut terasa perit dan pedih mengingatkan kesedihan Ayu. Entah macam mana agaknya Ayu... Apa yang harus aku katakan kepadanya..? bersabar? Redha?
Kalau ditanya ke mana hilangnya aku tadi, sehingga tak dapat menemankan dia, di saat-saat dia paling perlukan aku, apa yang harus aku jawab?
Akhirnya, aku mengeluh lagi.
tak lama, aku dengar suara kecoh-kecoh daripada satu arah.
“Baik-baik Ayu...”,
Mendengar sahaja nama itu, aku lantas berpaling. Aku lihat, Ayu dipapah Mak Long dan ibu berjalan perlahan menuju ke jenazah baba nya. Pucatnya wajah dia. Sedihnya riak dia..
Kala itu, aku lihat, wajah itu memandang aku. Aku pandang mata yang bengkak itu sekejap, kemudian terus aku alih.
Ya Allah, sungguh, aku tak sanggup melihat mata itu lebih lama... Kerana aku dapat rasakan betapa hati pemilik mata itu sedang berduka. Dan mengetahui dia sedang berduka, membuatkan aku rasa, betul-betul tak berguna kala itu...
Tanpa aku sedar, titik jernih airmata ku sudah pun mengalir. Lantas aku terus bangun dan keluar daripada rumah itu.
Ya Allah, hanya satu pinta ku..., ubati.., hati Ayu yang berduka itu....

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘


Bunyi plastik bergerak-gerak perlahan dek tiupan kipas yang agak kencang itu terdengar kuat dalam kesunyian itu. aku kalih ke belakang. Melihat Mak Long yang tidur di sisi aku telah pun lena.
Aku mengeluh perlahan. Aku masih rasa tak percaya dengan apa yang terjadi hari ini. sejenak, aku beristighfar. Menarik nafas dalam. Baru dua hari lepas aku bersembang dengan Baba. Baru dua hari lepas aku bergelak ketawa dengan Baba. Hari ini, dia dah pergi menyahut panggilan Ilahi. Meninggalkan aku.
Berdoalah Ayu.. Berdoa.., semoga arwah baba dan mama ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya soleh...
Detik hati menyuntik semangat. kala itu, baru aku teringat telefon yang masih belum aku buka sejak tadi. Maka, telefon aku keluarkan daripada laci. Lantas aku picit butang untuk menghidupkan telefon itu. ada beberapa mesej yang masuk. Daripada Shima yang risau keadaan aku yang meninggalkan kelas begitu sahaja. Sahabat-sahabat ku ini masih belum aku beritahu.
Lantas aku berniat membalas mesej Shima itu, untuk memaklumkan kepadanya. Dan memohon pertolongannya untuk memberitahu hal ini kepada pensyarah-pensyarah ku supaya mereka tak tercari-cari apabila aku tak hadir ke kelas. Sedang aku menaip mesej untuk Shima. Ada satu lagi mesej yang masuk. Aku buka pula mesej itu.

1 voice mail

Aku lantas menekan nombor yang tercatat di dalam mesej itu. diam mendengar voice mail itu. Namun, yang aku dengar hanya lah sepi. sehinggalah, aku terdengar..
“Ayu...”,
Kala itu, tembok kekuatan yang aku bina terus runtuh berderai dan aku menangis teresak-esak.
Abang......
Sungguh, aku inginkan dia ada dekat dengan aku saat-saat ini. dan katakan pada aku, yang dia ada untuk aku..
Abang...., Ayu sedih abang.. baba dah tinggalkan Ayu... Ayu anak yatim piatu... Ayu dah tak ada sesiapa lagi... Janjilah dengan Ayu abang ada untuk Ayu...
Abang....

“Ayu...”,Rupa-rupanya Mak Long dah terjaga mendengar esak tangisku.
“Sabaq la nak... Ini semua ketentuan Tuhan...”,Dia tarik aku dalam dakapannya.
“Sabaq Ayu... Banyak-banyak ingat Tuhan na...”,
“Istighfar...”,
Aku menangis semahunya dalam dakapan Mak Long.
Ya Allah..., aku pohon kekuatan. Ya Allah, aku pohon kudrat, untuk aku redhakan pemergian Baba... Ya Allah.., bantulah hamba Mu ini....

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘


Aku pandang kota Alor Star daripada tingkap bilik hotel yang kami sewa itu. mengeluh perlahan. Aku lihat, abah dah pun lena tidur. Entah kenapa, sekalipun letih memandu ke Alor Star tadi, tak berjaya aku pejamkan mata untuk tidur.
Fikiran aku masih terbayang-bayang wajah Ayu. Matanya yang bengkak, keadaannya yang lemah, wajahnya pucat. Ahh.., hati aku terasa sakit. Apa lagi yang boleh aku lakukan untuk Ayu..?
Macam tak sangka, sekelip mata, Uncle Karim dah menyahut panggilan Ilahi. Menurut Wina, mujur, Ayu sempat untuk bersama dengan Baba nya di saat-saat sebelum Uncle Karim menghembuskan nafas terakhir. Semoga arwah uncle dicucuri rahmat...
“Afiq, terima kasih sebab jagakan Ayu selama nih... Baba bersyukur sangat, Afiq boleh terima Ayu sebagai pasangan Afiq.. Si Dolah tuh, antara kawan Baba yang paling nakal, tapi baik hati dan bertanggungjawab..”,
“Sebab tuh, Baba yakin, Afiq pun macam abah, mulia hati dan bertanggungjawab. Boleh jaga dan bahagiakan anak Baba...”,
Aku masih ingat lagi kata-kata arwah yang menggelarkan dirinya Baba kepada ku satu tika dulu. Selepas tamat belajar, ada aku mengikut Ayu balik ke Alor Star. Kebetulan, masa itu, Ayu juga dah mula cuti semester. Masa itu lah aku mengenali Uncle Karim. Dan sejak pertemuan itu, aku selalu juga menelefon bertanya khabar bakal ayah mertua ku itu.
“Ayu tuh tak ada lebihnya Afiq.. Tapi, sebagai anak, dia memang yang terbaik.. Dia yang jaga Baba lebih dari Baba jaga dia.. Kesian Ayu.., muda-muda, dah rasa macam-macam penderitaan..”,Kala itu, dia mengeluh perlahan. Aku lihat, ada air di dalam kelopak matanya.
“Afiq boleh tolong Baba...?”,Kala itu tangannya yang terketak-ketar itu, memegang jari-jemariku. Lantas cepat aku sambut tangannya.
“Apa dia ba..?”,
“Tolong janji dengan Baba, lepas Baba pergi nanti.., Afiq akan jaga Ayu.. Janji dengan Baba, Afiq takkan biarkan dia menderita lagi..”,Aku diam sejenak. Melihat anak matanya yang mengharap.
“InsyaAllah Baba... Saya buat yang terbaik untuk bahagiakan Ayu...”,Itulah janji aku kepada arwah. Ketika itu, Uncle Karim tersenyum sambil menggenggam erat tangan aku.
Bahagiakan Ayu?? Camana kau nak bahagikan Ayu sedangkan masa yang paling dia perlukan kau, kau tak ada di sisi Ayu? Atas alasan apa? Pergi tolong Mira??
Suara hati seolah memarahi diri sendiri. Aku mengeluh. Rasa macam nak hantuk je kepala ke dinding kerana tertinggal telefon kat rumah tadi. Atau kerana aku beriya-iya membantu Mira tadi..?
Ahh!!! Kesimpulannya, aku memang tak berguna!!
Aku raup wajah perlahan, disaingkan dengan nama Tuhan yang Agung itu.
“Ya Allah....”
Baba...., Afiq mintak maaf....

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Orang ramai yang turut datang ke majlis pengebumian Baba beransur pulang. aku masih diam di hadapan pusara Baba. Kayu berikat kain putih yang dijadikan nisan sementara itu aku pegang. Seboleh-boleh, aku tahan diri daripada menangis.
Aku masih ingat pesan Mak Long, tak baik meratapi arwah. Redhakan pemergian, supaya mudah jalannya nak menuju Tuhan. Oleh itu, aku kuatkan hati, dan lidah tak berhenti menghadiahkan Al-Fatihah pada Baba buat bekalannya di alam sana.
Aku tarik nafas dalam.
“Ayu... Mai kita balik nak..”,Mak Long memegang lembut bahu ku.
Aku menoleh. Tersenyum kepadanya.
“Ayu nak dok sini sat Mak Long. Mak Long pi la balik dulu... Sat lagi Ayu balik..”,
Mak Long kelihatan mengeluh. Akhirnya, dia mengangguk.
Lantas, dia berlalu, meninggalkan aku sendiri di pusara Baba itu. sejenak, aku terkenang perbualan dengan Baba. Pesanan-pesanannya, yang tanpa aku tahu, sebenarnya ada pesanan terakhirnya.
“Ayu jaga diri baik-baik na nak... Pandai-pandai bawak diri... Jangan susahkan orang.. Kita hidup kat dunia nih, biaq berjasa, jangan bagi masalah kat orang keliling...”,Kala itu, air mata tumpah.
Baba..., Ayu doakan Baba bahagia di rumah baru Baba.. Moga-moga, Tuhan utuskan cahaya iman untuk terangkan rumah Baba... Ayu redhakan Baba pergi tinggalkan Ayu, Baba.. Ayu yakin, Allah sayangkan Baba lebih daripada Ayu sayangkan Baba.., sebab tuh.. Dia amik Baba dulu..
Ayu akan teruskan hidup Ayu Baba... Baba restukan Ayu...
Dan esak tangis tak tertahan lagi.
Ya Allah, betapa sakit rasanya, ditinggalkan.... Sesungguhnya, aku ini hamba yang lemah... Bantulah aku...



Dari balik pokok itu, aku melihat dia mengesat air mata. Kala itu, pipi ku juga dah basah dek air mata.
Aku tarik nafas dalam.
“Afiq..”,Aku lantas mengesat air mata tatkala mendengar ibu menyapa.
“Ye bu...”,
“Gi tengokkan Ayu tuh... Kesian ibu tengokkan dia..”,
Aku pandang sekali lagi si dia. Kalau ikut hati aku, semalam lagi aku nak jumpa dia. Biar aku pujuk hatinya yang berduka tuh, tapi, aku tak tau macam mana!!
“Jom la skali bu... Afiq tak tau nak cakap apa...”,
Aku dengar ibu mengeluh. Akhirnya mengangguk.
“Moh..”,Lantas kami berdua beranak berjalan perlahan menuju kepada si dia. Semakin hampir, hati ku semakin sangat. Seperti aura kesedihan Ayu turut sama merobek hati ku.
“Ayu...”,



“Ayu...”,Aku lantas berpaling melihat Aunty dan Abang Afiq sudahpun berdiri di belakang ku. Lantas aku kesat air mata.
“Moh kita balik sayang...”Aunty turut duduk di sisi ku. Mengusap perlahan kepalaku yang beralas tudung itu.
“Ayu nak duduk sini kejap aunty... Temankan baba... Sekejap lagi.., Ayu balik..”,
Aunty pandang lama wajahku. Lantas aku tunduk. Tak sanggup melihat pandangan simpati wanita itu.
“Meh sini sayang...”,Lantas dia tarik aku dalam dakapannya.
“Ibu ada untuk Ayu... Ibu sayang Ayu.., sama macam ibu sayang anak sendiri.. kalau Ayu rasa perlukan kasih sayang ibu, ibu ada untuk Ayu... Ok Sayang..?”,Mendengarkan kata-kata nya itu, aku lantas tumpas sekali lagi dengan air mata ku. aku menangis teresak-esak lagi.
“Ayu anak yatim piatu bu... Ayu dah tak ada sapa..sapa... Ayu anak yatim piatu...”,Kepada si ibu itu, aku mengadu.
Dalam dakapan itu, aku dapat lihat Abang yang berdiri di belakang. Dia pandang aku lama dengan mata yang berair. Kemudian dia duduk mencangkung betul-betul di belakang kami. Dan telinga ku menangkap dia bicara perlahan..
“Abang ada. Untuk Ayu.... Abang sentiasa ada.. Apa pun yang terjadi, Ayu ada abang..”,
Terasa seolah jiwa ku sedikit lega mendengar janji nya itu. lantas, aku terangguk-angguk.
Terima kasih Tuhan....

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

“To leave a message..”,
“Ahhh!!!”,Dia jadi berang, lantas gagang telefon itu diletakkan kasar ke penyangkutnya. Dia lantas berjalan laju dengan menghentak kaki agak kuat melepaskan kemarahannya.
Dah dua hari, sejak Afiq membantunya di One Utama kelmarin, dia cuba menghubungi lelaki itu. namun, langsung tak berangkat. Dah la susah nak menelefon. Terpaksa pula menapak ke pondok telefon dek kerana gara-gara pencuri bangsat itu mengambil beg nya.
Kenapa Afiq tak angkat call aku???
Sejak dua hari lepas, memang dia tak senang duduk mengenangkan lelaki itu. sungguh, sejak peristiwa itu, dia rasa yang hatinya memang dah betul-betul mencintai Afiq. Dia menyesal atas perbuatannya yang lepas. Dan dia akan pastikan, Afiq akan dimiliki semula. Apa pun yang terjadi, dia akan pastikan, Afiq akan balik ke pangkuannya.
Entah kenapa, dia seolah yakin, yang Afiq masih sayangkan dia.
Kalau tidak, masakan dia sanggup datang ke One Utama menjemput aku! Sampai tertinggal phone dekat rumah, menunjukkan betapa dia menggelabah
datang apabila aku bagitau aku ada masalah!
Kala itu, terkenang pula budak junior yang kononnya tunang Afiq. Dia sengih sedikit.
Hello..., ini Samirah la..! setakat budak hingusan tuh.., petik jari aku boleh uruskan... Afiq hak aku. Aku rampas balik Afiq daripada perempuan perampas tuh!!

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘


Nota yang dipinjam daripada Shima itu, aku salin dan cuba difahami. Setelah seminggu aku menghilangkan diri daripada kampus, dah tentu banyak pelajaran yang tertinggal. Final exam pun dah tak lama. Kurang lebih, tinggal dua minggu lebih sahaja. Jadi, bukan satu pilihan untuk ku balik ke kampus, tapi satu kemestian. Kalau ikut hati yang berduka nih, memang aku nak duduk kat kampung je.. Sekurang-kurangnya, dapat aku tenangkan hati. Namun, aku gagahkan juga hati menempuh hari-hari di sini. Harapan Baba masa hidupnya untuk melihat aku berjaya dalam pelajaran. Jadi, aku tak boleh kalah sekarang. Pemergian Baba satu ujian untuk aku mengejar cita-cita dan harapan yang menggunung.
Namun, dapat aku rasakan, elok juga aku balik ke kampus. Sekurang-kurang ada kawan-kawan menemani. Tak le terasa sangat kesunyian. Shima dan Zura memang sahabat-sahabat yang baik. Ke mana aje, pasti diorang temankan. Tak mau aku teringat-ingat dan kembali sedih. Mendengar celoteh budak dua orang tuh, sesekali buat aku ketawa jugak. Malam hari pula, Ibu dan Abah datang. Paling tidak, Wina datang membawa makanan. Dah diajak Ibu untuk terus tinggal di rumah besar mereka itu. kononnya, bilik banyak, jadi, tak menjadi masalah kalau aku tinggal di situ. Tapi, aku tolak dengan baik, kerana, aku lebih selesa duduk di kolej. Segan pulak nak tinggal dengan mereka sekeluarga, aku nih orang luar, walaupun dah dipaksa untuk menggelar mereka Ibu dan Abah, bukan lagi Aunty dan Uncle seperti dulu.Lagipun, Abang Afiq kan masih tinggal dengan mereka. Takkan nak duduk serumah dengan dia, padahal, kami belum dinikahkan. Tak manis la plak..
Sejenak, aku terkenang lelaki itu. Dia tak pernah gagal untuk datang menjenguk aku. Kadang-kadang, sehari sampai dua kali. Kalau tak datang dengan keluarganya malam-malam, dia akan datang petang. Kadang-kadang, tengahari pun dia datang. Makan tengahari bersama. Bila ditanya, bos dia tak marah ke, dia hanya menyepi. Tak menjawab.. Kata dia, tak kisahla, asalkan aku tak keseorangan. Lantaran itu, dia sanggup bergegas ke UIA dan bergegas semula ke office waktu tengahari.
Namun, aku perasan sejak dua menjak ini, dia tidak seperti dulu. bercakap dengan aku pun, serius je. Dah tak ada melawak macam dulu-dulu... Kata Wina, sejak balik daripada Kedah, abang memang agak mendiam. Macam ayah dia pulak yang meninggal.
Kenapa agaknya...? abang ada masalah ke...?


‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Baru sahaja dia nak menyuapkan nasi ke dalam mulut, dia nampak gadis itu berjalan sendirian di laluan jalan kaki berhampiran. Segera dia letakkan sudu dan mengelap mulut dengan tisu.
“Bye girls.. I chow dulu...”,
Tanpa menunggu respon kawan-kawan sekuliahnya itu, Mira terus sahaja berlari anak menghampiri si gadis.
“Hello...Ayu....”,Sinis, ditegurnya gadis itu. kelihatan si gadis agak kurang senang dengan kehadirannya. Jelas terpampang di wajahnya.
“Hi...Kak Mira..”,
Dia senyum. Turut sama berjalan dengan gadis digelar Ayu itu.
“Baru abis kelas?”,
Ayu sekadar mengangguk.
“I dengar cerita, you balik kampung hari tuh... Your dad sakit ek..”,
Dia lihat reaksi Ayu. Sekadar mengangguk tanpa memandang wajahnya.
“Siapa yang hantar ke Pudu kali nih..? Afiq..?’”,
Tika itu, gadis itu hanya memandangnya. Mungkin dia dah dapat mengagak.
“Opss.., lupa plak! Of course bukan Afiq... Sebab, Afiq sibuk dengan I dekat One Utama.... Sampai tertinggal-tinggal phone nak jumpa I...”,
Ayu lantas berhenti berjalan. Dia turut berhenti. Ayu memandangnya dalam.
“Ala..., don’t take it seriously la honey.. Biasa la tuh... Afiq pun tinggalkan I untuk jumpa you dulu... Now.., tie la.. Seri satu sama...”,Bisa kata-katanya, sehingga dia dapat lihat ada air bertakung di mata gadis itu.
“Apa yang kak Mira nak cakap nih...?”,
Dia gelak kecil kali ini.
“What i’m trying to say is..., hello, wake up dear!! Game over...”,
Dia lihat kening gadis itu berkerut.
“Afiq tuh, takkan serious dengan you.. Last time, dia gi kat you, sebab I tinggalkan dia.. So, bear in mind. Now, I nak baik balik dengan Afiq, so, tak lama lagi, tunggu aje surat break-off from Afiq..”,
Gadis itu seolah mengetap gigi. Geram mungkin dengan kata-kata Mira. Namun, memang itu tujuannya. Dia lantas senyum.
“Kak Mira, i think, you’re wasting your time telling lies to me right now.. I don’t believe you, at all!!”,Dan gadis itu terus sahaja berlalu meninggalkan dia. Tindakan berani Ayu membuatkan Mira naik angin. Lantas segera dia tarik kasar lengan Ayu.
“Eh bitch! Listen... Sekali kau dah rampas Afiq daripada aku dengan muka simpati kau tuh, this time, aku akan rampas balik hak aku... Let me tell you something, Afiq tuh.., cintakan aku sejak aku sendiri tak kenal dia... Bertahun-tahun.. Kau ingat, dengan muka kesian kau tuh je, boleh lenyapkan aku daripada hati Afiq...? sudahlah... Get a mirror and cermin diri kau tuh! Budak cam kau, takkan pernah layak dapat cinta Afiq... Pe yang kau dapat selama nih.., Cuma simpati dia..! sedar la diri kau tuh sket...”,
“Lepas lah! Sakit lah!”,Kala itu Ayu dah meronta-ronta agar lengan yang dipegang Mira dilepaskan. Airmata dah mencurah-curah. Dia perasan, ada juga dua tiga orang memerhati gelagat mereka berdua. Tetapi, tiada siapa yang berani datang membantu kala itu.
“Ala..ala..., buat dah muka kesian dia tuh.. patut la Afiq kata tak sampai hati nak tinggalkan kau nih... Memang pandai buat muka kesian...”,
“Tolonglah...Lepaskan..”,
Kasar, dia tolak tangan gadis itu. dia pandang dalam Ayu yang menangis.
“Beringat sikit, kau tuh tak layak untuk Afiq!! Tak payah nak mintak belas simpati from dia lagi... Tak malu ke??!!”,
Dia berpeluk tubuh kali ini.
“Kalau kau betul-betul sayangkan dia, mesti kau tak mahu dia terpaksa hidup dengan orang yang dia tak cinta, semata-mata sebab kesian kan...?”,
Dia tinggalkan gadis itu dengan tanda tanya dan berlalu. Dalam langkahnya itu, dia senyum puas hati. Hati nya pasti, kali ini, gadis ini pasti akan berundur, dan masa itu lah dia akan berbaik dengan Afiq. Dan pasti, Afiq akan menjadi miliknya semula...!


‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Lengan yang mula lebam itu aku usap-usap perlahan. Harap-harap minyak gamat yang aku sapukan, boleh mengurangkan rasa sakit tangan itu. namun, yang pasti, rasa sakit di hati, tak akan kurang. Airmata masih lagi mengalir.
“..patut la Afiq kata tak sampai hati nak tinggalkan kau nih...”,
“Kalau kau betul-betul sayangkan dia, mesti kau tak mahu dia terpaksa hidup dengan orang yang dia tak cinta, semata-mata sebab kesian kan...?”,
Kata-kata yang menghiris hati itu masih lagi terngiang-ngiang di telinga. Esak aku makin menjadi-jadi.
Entah kenapa, jauh di sudut hati aku, seolah mempercayai apa yang cuba diberitahu Mira tadi.
“..Of course bukan Afiq... Sebab, Afiq sibuk dengan I dekat One Utama.... Sampai tertinggal-tinggal phone nak jumpa I...”,
Benarkah kata-kata dia tuh? Itukah sebabnya kami semua tak dapat menghubungi dia di saat-saat genting itu?

“Afiq tuh, takkan serious dengan you.. Last time, dia gi kat you, sebab I tinggalkan dia.. So, bear in mind. Now, I nak baik balik dengan Afiq, so, tak lama lagi, tunggu aje surat break-off from Afiq..”,
Bagaimana kalau benar? Bagaimana kalau memang benar abang dan Kak Mira dah berbaik semula? Aku? Perhatiannya kepada ku Cuma simpati?
Dan kesepian abang seketika sebelum Baba meninggal, apa puncanya? mungkinkah disebabkan dia sudah ada Mira di sisi? Mungkin kah?
Betul ke abang hanya kesiankan aku...? Betul ke abang paksa diri menerima aku kerana simpati...? betul ke, insan yang abang cintai sebenarnya, Kak Mira...?
Ya Allah, memikirkan soalan-soalan itu, buat aku rasa tak terdaya. Bagaimana kalau benar? Bagaimana kalau memang yang mengalir dalam perasaan Abang Afiq itu hanya simpati, bukan cinta...? bagaimana kalau betul belaka apa yang diberitahu Kak Mira tadi...?
Apa yang harus aku lakukan....? lepaskan..?
Dan kala itu tangisan aku makin deras sambil menggenggam kuat-kuat cincin permberian abang itu....


‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘


Dari ruang tamu itu, aku lihat Ayu yang sedang mengemaskan meja makan bersama Wina dan Kak Long. Malam ini, Ibu menyuruh aku menjemput ayu ke rumah. Memang semenjak Baba meninggal, ibu dan abah selalu ajak dia ke rumah. Tak mahu dia sendiri kat kolej tuh. Kurang-kurang kat rumah nih, ada jugak orang yang teman. Aku memang suka sangat lah idea ibu tuh. Boleh aku tengok dia depan mata. Melihat-lihat keadaan dia. Kalau ikut hati aku, 24 jam aku nak tengok keadaan dia. Tapi, terhalang dek kerja-kerja aku yang semakin sibuk. kata bos, kalau berjaya kami siapkan projek itu dan memuaskan hati customer, ada bonus lumayan yang akan diberikan. Bonus itu yang menarik hati aku. Aku fikir, dengan bonus itu, lebih cepat aku dapat kumpul, 10k tuh. Lagi cepat aku kumpul, lagi cepat aku boleh nikahi Ayu. Dan kala itu, lagi mudah untuk aku jaga dan bahagiakan dia. Biar aku kesat air mata yang mengalir itu. kerana sesungguhnya, melihat titik air di pipinya itu, melukakan perasaan aku...
Dalam keadaan sekarang nih, aku hanya mampu melihat reaksinya. Walaupun, aku tak tau nak cakap apa, tapi, aku nak melihat, supaya dapat aku pastikan dia Ok. Aku akui, semenjak peristiwa itu, aku kurang melawak dengan dia. Sebab, yang sebenar, aku tak tau camana nak melawak dengan keadaan dia yang macam tuh. Takut akan lukakan hati dia. Atau, dia ingat aku tak paham kedukaan dia.. Ye la, orang tengah sedih-sedih, aku nak melawak plak! Lantaran itu, percakapan jadi lebih serius antara aku dengan dia.
Aku sedar, sejak tadi, dia tak banyak bercakap. Tambah pula, matanya bengkak semacam. Menangis mungkin. Namun, aku tak tertanya pulak apa masalahnya. Tapi, nak tanya apa lagi? sah-sah la dia menangis kerana rindukan arwah Baba... Member baru dua minggu kehilangan ayah, mesti menangis!
Sudahnya, aku mengeluh perlahan. Sejenak, terasa poket track bottom ku itu bergegar. Lantas aku berdiri mengeluarkan telefon.
Ipin.
Lantas aku berjalan keluar ke laman rumah.
“Hello, Assalamualaikum....”,



Pinggan makan itu sudahnya aku angkat dengan tangan kiri. Terasa sengalnya lengan kanan yang lebam itu bila mengangkat berat.
“Kak Ayu.., tak apa lah.. Biar Wina kemas.. Kak Ayu gi la sembang dengan abang kat depan tuh...”,
“Eh ada plak! takpe, kak Ayu tolong.. Bukan tak leh buat..”,Cuak keadaan tanganku yang tercedera itu diketahui, cepat-cepat aku jawab. Lagipun, kalau boleh, aku tak mau duduk berdua dengan dia. Membuatkan hati semakin gundah.
“Alah Ayu... Tak pe.. Hal kat dapur nih, biar Wina uruskan.. Dia kan bibik!”,Kak Long bergurau.
“Ei, banyak cantik! Kak long pun kena wat! Ibu dah pesan tadi...”,Ibu dan Abah dah keluar tadi. Katanya pergi kenduri kawin sahabat Abah. Jadi, kami adik beradik sahaja di rumah.
“Eh aku nak gi tengok anak aku la..!”,
“Tak payah, jangan nak cekelat! Si athirah tuh bapak dia dah jaga.. Kak Long selesaikan dapur!”, Aku lantas tertawa. Sedikit sebanyak terhibur dengan gurauan dua beradik itu.
“Tuh air untuk Afiq kak long dah buat, Ayu. Angkat gi depan.. Ajak dia minum..”,
Aku sudahnya mengangguk. Lantas dulang itu aku angkat dengan berhati-hati. Sakit yang terasa, aku tahan. Langkah ku lajukan, agar sampai segera ke desitinasi. Kalau jatuh berderai barang-barang atas dulang nih kang, tak ke naya...
Apabila aku sampai di ruang tamu, aku lihat Abang tiada di situ. Mana pulak dia nih...?
Lantas aku berjalan ke ruang tv, kot-kot dia ada di situ. Tak de gak!
Aku garu kepala. Ketika aku sedang sibuk mencari, aku terdengar suara dia. Daripada tingkap rumah banglo itu, aku lihat dia berada di luar sedang bercakap dengan telefon. Lantas aku berjalan perlahan menuju ke pintu.
“Aku jumpa Mira... Dekat One Utama”,Mendengar sahaja nama itu disebut, aku terus tak jadi melangkah keluar. Lantas aku diam di balik pintu besar itu.
Jumpa Mira? One Utama...? Macam pernah dengar je...
“Memang la Pin.. Aku tau.., aku salah.. Tapi, aku sayangkan dia Pin... Kau pun tau kan... Hati aku tak pernah berubah apa pun jadi...”,
Apa maksudnya? Hati abang tak pernah berubah? Walau apa pun terjadi..? bermakna, Abang masih sayangkan Mira..?
Kala itu, terasa seperti ada batu yang menghempap kepala. Ya Allah.. Ikutkan hati, aku memang nak berambus je daripada terus mendengar, tapi, aku kuatkan hati. Nak mendengar bicara yang seterusnya. Aku berhak tahu kebenarannya.
“Tuh la pasal.. Aku pun tak tau nak buat camana... Aku kesian dengan dia..”,
Kesian? Itulah perkataan yang buat aku tak tenang sehari ini. tak sangka, aku dengar lagi perkataan tuh malam ini. dari mulut abang sendiri plak tuh!
“Bagitau Ayu?!! Kau gila! Takkan aku nak cakap menda-menda tuh dalam keadaan dia skarang! Kot iye pon bai..., aku tak de la se’desperate’ tuh...”,Kala itu dia gelak-gelak kecil.
“Weh, ayah dia baru meninggal.., kau expect apa? Nak bagi dia pikir menda-menda nih plak? tak mau la aku... Aku tak sampai hati weh... Takpe.., aku sanggup tunggu..”,
Sungguh, kala itu terasa seolah hati aku ditikam-tikam dengan keris tajam. Darah memancut-mancut walaupun zahirnya tak kelihatan. Benar belaka apa yang dikatakan Kak Mira siang tadi...
Terbukti sudah, yang Abang hanya kesiankan aku... Yang ada di hati dia, adalah Kak Mira... Tapi, dia kesiankan aku... Lantaran itu, dia tak sanggup katakan pada aku yang dia putuskan aku...!
Ya Allah... Apa yang patut aku buat...?
“Kalau kau betul-betul sayangkan dia, mesti kau tak mahu dia terpaksa hidup dengan orang yang dia tak cinta, semata-mata sebab kesian kan...?”,
Suara Kak Mira terngiang-ngiang semula. Patutkah, aku lepaskan....?
“Eh Ayu!”,Aku tersentak.
“La..apa dibuat mengintai daripada pintu nih...”,Kak Long dah ada di sisi aku. Aku hanya tersenyum kelat. Air mata yang hampir menitik segera aku kesat.
“Oh.., mengintai cik abang la tuh!! Tengok sangat la gaya poyo dia tuh!”,Kak Long mengutuk adiknya sendiri. Aku masih control senyum. Padahal dalam hati, hanya Tuhan yang tahu betapa airmata ini ingin tumpah.
“Oi poyo!!”,Kak Long memanggil agak kuat. Abang berpaling.
“K la weh... Kembar bluehyppo panggil aku lak...”,
“Tengok Ayu... Dia memang poyo...”,Aku hanya memandang wajah kekasih itu mengakhiri perbualannya. Tak lama, dia berjalan menuju kami.
“Apa? Nak cakap telefon pon tak senang...”,
“Penat aku buat air..., sejuk dah pun.. Kau berasmara dana plak ek...”,
“Ish.., kau nih jangan buat pasal.. Takkan aku nak berasmara dana dengan Ipin! Luar tabi’i tuh...”,Kala itu, dua beradik itu ketawa sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Aku masih terpacak di muka pintu.
“Ayu...”,Terdengar suara si dia memanggil. Lantas aku menoleh.
“Kenapa?”,Pantas aku geleng-geleng.
“Jom..,minum sekali...”,Aku pandang dia dalam. Sebelum berjalan laju meninggalkan dia dan terus sahaja ke ruang tamu di mana Kak Long dan Wina berkumpul.
Ternyata..., memang benar....

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘


Hujan lebat di luar. sekalipun tak nampak apa menerusi tingkap kereta itu, aku tetap lemparkan pandangan ke luar.
“Tidur je kat rumah tadi kan boleh... Kenapa nak balik kolej jugak malam nih..?”,Lembut tanyanya. Memang aku yang beriya-iya nak balik ke kolej malam ini. sekalipun sebelum bertolak tadi, hujan dah turun menderu-deru. Siap dengan kilat sambar menyambar lagi. namun, bukan hujan itu yang menjadi fokus ku, tetapi, masalah hati yang aku alami sekarang ini. terasa sakit betul hati menahan-nahan perasaan. Oleh itu, lebih baik aku balik ke kolej. Boleh aku lepaskan apa yang terbuku di hati. Aku tak mahu menimbulkan kekecohan, menangis di rumah keluarga itu.
“Mm.., tak pe lah.. Ayu nak study.. tak bawak buku..”,
Dia lantas diam. Tak banyak bicara kami sepanjang perjalanan nya menghantar aku ke UIA semula.
“Ayu...”, Aku menoleh. Memandang dia yang sedang memandu.
“Ayu macam ada problem je hari nih... Kenapa? Nak cerita ngan abang..?”,
Sebak di hati kian terasa bila dia tanya begitu. Aku pandang wajah itu dalam tanpa apa-apa jawapan. Sehingga dia menoleh kepadaku. Mungkin dia sedar aku sedang memandangnya. Aku lantas berpaling. Mengeluh perlahan.
“Tak ada apa-apa... Ayu ok..”,
“Macam tak ok je abang tengok..”,
Aku kembali melemparkan pandangan ke luar.
“Ayu rindu Baba...”,Perlahan jawabku. Memang benar, kala itu, aku rindukan Baba. Baba...., hati Ayu sakit Baba.... Hati Ayu sakit...
Kala itu, airmata mengalir. Segera aku kesat.
“Ayu..? ayu nangis ke..?”,
Aku diam.
“Ish.., kalau macam nih kita balik rumah lah.. Amik buku-buku Ayu.., study kat rumah.. At least, Wina ada.. Leh jugak temankan Ayu..”,
“Takpe.. Ayu nak dok kat kolej je..”,
“Tapi abang..”,
“Kesian dengan Ayu?”,Pantas aku potong bicaranya.


“Kesian dengan Ayu?”,
Aku terdiam. Mencuri memandang dia kemudian memfokuskan semula pandangan ke jalanraya. Kang dok memandang dia, ada jugak yang aku langgar bontot kereta orang nih kang! Dah la tak nampak jalan...
Entah kenapa dia malam nih.. lain macam je..
Soalannya itu tidak aku jawab. Mengeluh perlahan.
“Abang kesian dengan Ayu ke abang..?”,Tak sangka, dia masih mendamba jawapan untuk soalannya itu.
“Ye arr... Semua orang pun kesian dengan Ayu..”,Memang betul la kan! Takkan ada orang yang tak kesiankan dia setelah apa yang dia alami baru-baru nih..?
Dia lantas memaling daripada memandang aku. Tak lama, aku dengar esakan tangisnya. Membuat aku semakin cuak. Eh, salah ke jawapan aku tadi...
“Ayu..., abang rasa, baik Ayu cakap apa hal nya Ayu malam nih.. Mesti ada yang tak kena nih.. Ayu bukan cam Ayu yang abang kenal...”,
Dia diam. terus menangis. Aku lantas mengeluh. Apahal dia nih? Hati semakin risau. Takkan kena sampuk kot...
Tak apa, apa-apa hal, biar selamat dulu perjalanan kami nih... Nanti dah sampai boleh bincang...


‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Aku pejam mata rapat-rapat. Biarkan airmata mengalir melalui celahan kelopak mata yang terkatup itu. hati aku berbelah bagi.
Ya Allah, apa yang patut aku buat..? sungguh, aku sayang...sangat dengan dia.. Sayang sangat... Kau aje yang Maha Mengetahui betapa dalam cinta aku kepada dia.. Tetapi, patutkah aku pentingkan diri, membiarkan dia bersama aku, sedangkan hatinya ada Kak Mira?
Aku benci dengan rasa simpati! Aku benci dengan perkataan kesian! Kenapa ada perasaan tuh! Kenapa kena ada!! aku benci! Kenapa abang Cuma kesiankan Ayu...? kenapa Cuma simpati...? ayu ini hanya layak untuk dikasihani ke...? Tuhan jadikan Ayu untuk diberi simpati ke...?
Kenapa?? Jawab lah hujan.. kenapa??? Apa yang aku nak buat...
“...Tapi, aku sayangkan dia Pin... Kau pun tau kan... Hati aku tak pernah berubah apa pun jadi...”,Teringat kata-kata nya. Kebenaran apa lagi yang kau nak Ayu? Dia sendiri mengaku yang dia masih sayangkan Mira... Hati dia takkan pernah berubah walau apa pun yang terjadi.
“...pada Afiq, kalimah cinta tuh, is Samirah...”,Terdengar suara Hakimi mengingatkan aku. Memang aku bodoh! Macam mana aku boleh anggap yang dia akan jatuh cinta dengan aku??? Berbanding dengan Kak Mira tuh, aku memang takkan pernah lepas peringkat saringan pun!
“Kalau kau betul-betul sayangkan dia, mesti kau tak mahu dia terpaksa hidup dengan orang yang dia tak cinta, semata-mata sebab kesian kan...?”,
Aku sayangkan dia! Aku bersungguh sayangkan dia, tapi..., aku tak sanggup lepaskan dia.. Kerana, aku dah cukup kehilangan, aku tak sanggup kehilangan dia pula..
Jahat kah aku? Pentingkan diri ke aku?
Patutkah aku lepaskan? Untuk kebahagiaan dia? Begitukah hakikat cinta? Lepaskan kebahagiaan diri sendiri, untuk kebahagiaan si dia..? dan kebahagiaan Abang Afiq, bermakna..., Kak Mira...
Aku tarik nafas dalam. Mengucap panjang.
Sudah la tuh wahai hati.. Jangan menangis lagi... Baliklah kepada Tuhan Mu... Semoga Dia berkati, tiap langkahmu..

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Kereta itu aku park rapat dengan gate masuk ke kolej itu. supaya mudah Ayu nak berlari masuk ke kolej nanti. Memang nampak hujan tak ada gaya macam nak reda. Setelah puas hati dengan kedudukan kereta, aku lantas free kan gear dan tarik handbrake. Menoleh ke arah si dia yang masih memandang ke luar tingkap.
Memang pelik minah nih hari nih... Apa hal la agaknya..
“Ayu..., betul Ayu tak nak tidur kat rumah malam nih..?”,
Dia diam, tiada jawapan.
“Ayu...”,Aku panggil dia sekali lagi.
Kali itu dia menoleh memandang aku. Keadaan gelap, jadi aku tak nampak sangat wajah dia. Lantas aku buka lampu.
“Ayu..., kenapa nih..?”,Terus sahaja aku bertanya apabila terlihatkan wajah dia yang merah padam dan basah dengan airmata.
“Ayu..., kenapa menangis nih..?”,Aku dirundung bimbang. Kenapa dia menangis macam nih tiba-tiba..? takkan sebab rindu dengan Baba nya, dia menangis sampai macam tuh sekali! Ayu yang aku kenal, cekal budaknya. Susah nak tengok dia menangis macam nih..
Dia pandang wajah aku lama. Membuatkan aku sendiri naik cuak.
“Abang..., abang tau kan Ayu sayang dengan abang..?”,Tiba-tiba, dia tanya soalan itu. aku jadi gugup sendiri.
“Ayu sayang sangat dengan abang... Abang tau kan..?”,
Segera aku angguk-angguk.
“Ken..”,
“Tapi kenapa abang balas dengan simpati je..?”,Dia dah memotong. Terus aku kerut kening.
“Ayu..., apa Ayu cakap nih...!”,
“Ayu dah tau semuanya...”,Dia mula teresak semula.
“Ayu tak tau kenapa Tuhan duga Ayu macam nih..., tapi Ayu nak percaya yang ada hikmah di sebaliknya..”,
“Ayu.., abang tak paham apa yang Ayu cakap nih..! abang rasa, Ayu tak sihat.. Dah.., jom kita balik.., abang bawak Ayu gi klinik...!”,
“Ayu sihat abang... Ayu sihat... Ayu leh fikir waras... Sebab kewarasan Ayu.., Ayu dah buat keputusan...”,



“..Ayu dah buat keputusan..”,
Aku tarik nafas dalam. Mengumpul kekuatan. Aku pandang wajahnya dalam-dalam.
“Ayu rela lepaskan abang... Untuk kebahagiaan abang...”,
“Ayu!”,
“Ayu tak nak pentingkan diri sendiri untuk biar Abang terus dengan Ayu... Tak adil untuk abang... Abang balik la dengan Kak Mira.. Ayu tau abang masih sayangkan dia...”,
“Ayu dengar sini..”,
“Ayu tak nak dengar! Ayu tak nak dengar... “,Aku tekup telinga dengan dua apak tangan.
“Cukup lah simpati dan kesian abang pada Ayu selama nih... Tak payah abang kesian kan Ayu lagi... Ayu tak nak simpati dan kesian abang dah! Sekarang Ayu lepaskan abang! Abang pergi la carik kebahagiaan abang...”,
Aku lihat dia terdiam. Memandang aku dengan mata kuyu nya itu.
“Ayu..., Ayu nak...tinggalkan abang..?”,Tanya nya perlahan.
Mendengar kalimah itu, sakit di hati ku bertambah pedih.
“Kenapa Ayu buat cam nih..?”,Dia dah bersandar ke seat kereta nya.
“Sebab Ayu tak nak pentingkan diri sendiri...”,
“Jangan la buat macam nih Ayu.... Mati lah abang..”,
“Urusan keluarga, biar Ayu je yang uruskan.. nanti Ayu bagitau ib..Aunty n uncle.. Abang jangan risau.. Ayu pastikan aunty n uncle tak salahkan abang dalam hal nih...”,
“Ayu sedar sapa diri Ayu abang... Ayu tau.., sampai kiamat pun, Ayu memang takkan layak untuk abang... Cuma, mungkin, Tuhan pinjamkan nikmat bahagia untuk Ayu rasa bersama abang, dengan simpati abang pada nasib Ayu tuh.. Ayu terleka dengan nikmat tuh.. Sekarang Ayu dah sedar.., Ayu tak mau lagi gembira atas pengorbanan orang lain.. Terutama abang.. Biar Ayu teruskan hidup Ayu sendiri.. Ayu nak abang bahagia dengan Kak Mira...”,
Sepi. dia masih tak menoleh kepada ku. Aku kesat air mata.
“Abang...”,
Dia masih tidak mahu menoleh. Mungkin dah jelek muka dia melihat aku..
“Ayu mintak maaf dengan abang.., atas sume salah Ayu pada abang selama kita kenal... Ayu mintak, halal makan minum..”,Kala itu, aku dah tersedu-sedu. Tak sanggup rasanya meneruskan kata-kata, tapi, perkara ini harus diselesaikan segera.
“Terima kasih..., atas segalanya selama nih.. Terima kasih..., sebab.., ada dengan Ayu... Ayu hargai pengorbanan abang untuk Ayu... Terima kasih.., kerana mengizinkan Ayu rasa.., bercinta..”,
Dia masih diam di situ. Aku tarik lengan sweater yang disarungnya.
“Tolong janji dengan Ayu...., abang mesti bahagia.. Sebab kebahagiaan Ayu.., bila melihat abang bahagia..”,
Sakit! Sakit amat meluahkan kata-kata itu. dia masih enggan menoleh. Aku tarik nafas dalam. Perlahan-lahan, aku lucutkan cincin di jari manis kiri ku. kemudian, dengan hati yang berat dah pilu, aku lucutkan pula cincin pemberian dia itu. Hanya Tuhan yang tahu, betapa hati terasa dihiris-hiris menanggalkan cincin keramat itu, seolah-olah ada pisau tajam yang menyiat kulit hati menghalang aku daripada melakukannya.
Aku angkat muka memandang dia yang masih sepi.
“Ayu pulangkan cincin yang Ayu pinjam selama nih....”,Lantas perlahan-lahan aku letak dua bentuk cincin di atas dash board kereta nya.
“Ayu pergi abang....”,Aku menanti sejenak. Berharap agar dapat aku memandang wajahnya, buat kali terakhir, sebelum aku akhiri kisah cinta itu di sini. Namun, dia masih tidak menoleh memandangku.
“Assalamualaikum...”,
Lantas segera aku keluar daripada kereta. Titik hujan yang turun lebat itu menghempas tubuh tanpa kasihan. Tetapi, tak tertanding dengan sakit di hati yang
terpaksa melepaskan cinta itu pergi.
Dan aku berjalan perlahan masuk ke dalam kolej. Airmata masih mengalir laju. sejenak, aku berhenti, dan menoleh kepada kereta hitam itu. aku dapat lihat dalam kesamaran, dia memandang aku sebelum dia memecut laju meninggalkan perkarangan kolej ku itu.
Dan esak tangis ku menjadi selebat hujan yang turun. Selamat tinggal, abang...


‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘


“AHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!”,Dalam hujan yang masih lebat itu, aku menjerit kuat. Melepaskan perasaan yang terbuku.
“AYUU!!!!!!!!!!”,
Biarkan orang ingat aku gila. Dalam hujan terpekik terlolong. Aku tak kira. Aku peduli apa! Kerana aku tak tahan lagi. airmata lelaki mengalir deras. Sehingga tersedu-sedu aku di situ.
“Ayu...., kenapa buat abang macam ni...”,
“Abang sayang ayu... jangan buat abang macam nih....”,
Hati aku dah terbelah dua. Dek kerana tajamnya kata-kata dia memohon perpisahan. Kesian? Simpati? Apa semua nih?!!! Apa nih!!! Aku tak paham!!
Kenapa mesti tinggalkan aku?!! Ayu, kenapa Ayu tinggalkan abang...
“Tolong janji dengan Ayu...., abang mesti bahagia.. Sebab kebahagiaan Ayu.., bila melihat abang bahagia..”,
Bahagia? Aku langsung tak nampak erti kebahagiaan dalam hidup aku selepas dia katakan yang dia melepaskan aku..
Aku bahagia dengan Ayu... Kebahagiaan aku ialah senyuman Ayu..
Apa sume nih! Tolong katakan aku mimpi!! Tolong kejutkan aku dari mimpi ngeri nih...!! Tolong!!!!!!
Kala itu, aku dah terduduk ke tanah yang berlecak itu.
“Ayu.......”,

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Sekali lagi, dia melihat jam yang tergantung di dinding. Tepat jam 1 pagi. Sekali lagi, dia menjenguk tingkap.
“Mana budak nih bang.. Tak balik-balik lagi... Susah hati pulak saya...”,
Suami yang dah mamai-mamai itu dipandang.
“Apa yang nak dirisaukan...? tau la budak tuh..”,
“Takut jadi apa-apa bang.. Hish.., anak kita tuh lelaki jugak namanya... Kalau-kalau dia dengan Ayu..”,
“Astaghfirullah, awak nih! Bawak mengucap sikit... Takkan la Afiq dengan Ayu nak buat benda tak senonoh tuh... Hish awak nih!”,
Dia lantas betulkan selimut tebal itu. Datin Zainab mengeluh.
Kala itu, dia nampak cahaya lampu daripada luar rumah. Cepat-cepat dia keluar daripada bilik dan turun ke tingkat bawah. Membuka pintu rumah. Alangkah terkejutnya dia, apabila dilihat anak bujangnya basah kuyup berjalan longlai ke pintu rumah.
“Lailahaillallah... Afiq!! Apa kena dengan kamu nih??”,
Si anak itu hanya membisu. Menanggalkan sandal yang dipakai.
“Afiq! Ibu tanya Afiq nih! Apa dah jadi nih...?”,Ditarik anak yang basah kuyup itu. terhuyung-hayang tubuh itu ditarik ibunya.
“Astaghfirullah..., Ahmad Afiq.. Kenapa basah kuyup nih!”,Entah bila suaminya turun, zainab sendiri tak sedar. Asyik melihat wajah anak yang murung itu.
Kemudian, si anak itu terduduk.
“Afiq!! Eh ya Allah... Abang..”,Terkocoh-kocoh mereka suami isteri memegang Afiq yang kelemahan.
“Ibu...Abah.., hidup Afiq dah abis...”,
“Ya Allah hu akbar... Apa dah jadi nih Afiq.. ya Allah... Nab, bawak tuala dengan air suam..”,Abdullah yang risaukan anak bujangnya yang seorang itu segera menggesa isterinya mengambil barang yang diperlukan.
“Kenapa bah..?”,Wina juga sudah terjaga dek kekecohan itu.
“Wina.., tolong abah angkat abang nih nak...”,Segera Wina membantu abahnya memapah Afiq ke sofa.
“Afiq..., kenapa nih? Kenapa jadi macam nih nak.. Cerita dengan abah..”,
Kala itu Afiq pandang wajah abahnya. Kemudian dia pandang pula jari-jemari yang menggenggam sesuatu. Perlahan-lahan, dia buka genggaman itu. maka terzahirlah dua bentuk cincin itu.
Zainab yang baru sampai dengan tuala dan besen air terkaku.
“Ya Allah bang... Cincin Ayu...”,
Segera Abdullah mengambl tuala dari tangan isteri dan dicelupkan ke dalam air suam itu. diperah sebelum dia duduk di sisi anaknya itu, dan mengesat muka itu.
“Apa dah jadi nih Fiq...”,Sambil itu, dia pujuk anaknya lembut.
“Ayu bah..., Ayu dah tinggalkan Fiq... Dia nak putus...”,dan dia terus bersandar ke dada abahnya seperti anak kecil, dan menangis.
Abdullah terdiam. Memandang si isteri yang turut terkesima. Wina pula tercengang.
Macam mana boleh jadi macam nih....?

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang, malam ini, aku menyembah kepada Mu. Pohon pertolongan dan belas kasihan Mu..
Hati aku sakit Ya Allah. Hati aku luka. Aku sepi. aku sunyi. Aku ini anak yatim piatu. Tiada berayah, tiada beribu. Hanya kepada Mu, aku menumpang kasih. Hanya kepada Mu, tempat aku mengadu. Temani aku sepanjang perjalanan yang penuh liku ini..
Ya Allah, Kau ciptakan manusia, dengan selengkap-lengkap kejadian. Kau jadikan aku anggota, untuk aku bekerja, Kau jadikan aku akal fikiran untuk aku berfikir, dan Kau aku jadikan sekeping hati untuk aku berperasaan.
Ya Allah, sesungguhnya, dengan takdir Mu, sekeping hati ini, telah jatuh cinta. Aku pohon perlindungan, daripada kesesatan. Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui. Aku buntu Tuhan. Kau redhai tindakan dan keputusan ku. Demi kasih dan cinta ku kepadanya, aku lepaskan dia Ya Allah. Sakit Ya Allah. Sekeping hati ku ini sakit dengan perpisahan. Namun, aku redha, kalau ini jalan yang terbaik untuk dia. Bantulah aku ubati hati yang luka ini.
Ya Allah, kalau Kau juga kasihan kan aku yang hina dina ini, aku pohon kepadaMu dengan sepenuh hati ku, bahagiakan dia. Berikan dia kegembiraan dalam kehidupan, kerana selama ini, dia membahagia dan menggembira kan aku.. Tolong Ya Allah, kerana, kebahagiaan dia, adalah kebahagiaan aku...

Tangan aku raup ke wajah yang dibasahi airmata. Semoga Tuhan makbulkan doa aku. Semoga Tuhan berikan aku kekuatan. Aku tarik nafas dalam. Telefon bimbit di atas katil aku capai. Aku lihat wajah dia yang menjelir lidah di skrin telefon. Aku senyum.
Terima kasih kerana membahagiakan Ayu selama nih... Semoga bahagia.. Selamat tinggal...
Dan punat-punat di telefon itu aku tekan. Tak lama, wajah itu tiada lagi tersenyum di skrin telefon. Kini, hanya tinggal warna putih yang kosong. Sekosong hati ku, tanpa insan, bernama Ahmad Afiq....

The path that I'm walking
I must go alone
I must take the baby steps until I'm full grown
Fairytales don't always have a happy ending, do they
And I foresee the dark ahead if I stay
I hope you know, I hope you know
That this has nothing to do with you
It's personal, Myself and I
We've got some straightenin' out to do
And I'm gonna miss you like a child misses their blanket
But Ive got to get a move on with my life
Its time to be a big girl now
And big girls don't cry
Don't cry......


‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘


Aku mengeluh perlahan. air teh yang aku buat di pantry tadi aku hirup perlahan. jam dah menunjukkan pukul 1100 malam. Tinggal aku seorang yang masih di pejabat. Menyiapkan kerja-kerja. Yang sebenar, kerja yang ni, aku boleh siapkan kemudian. Tetapi, memandangkan aku dah tak ada kerja lain yang harus aku buat, semuanya dah aku selesaikan, jadi aku buat jugak la kerja nih.
Semenjak peristiwa malam itu, memang aku rajin bertapa di pejabat nih.. menyibukkan diri dengan kerja. Kadang-kadang, bukan kerja aku pun, aku nak buat jugak. Naik pelik bos aku bila aku asik tanya ada kerja lagi tak..
Tak pernah-pernah ada pekerja dia yang mintak lebih kerja, aku sorang je yang buang tebiat. Mana tak, hari-hari aku duduk kat pejabat nih sampai pukul 1230. Bukannya apa, aku tak mau teringat-ingat. Kalau aku ingat, aku jadi sedih. Bila aku sedih, aku rasa tak bersemangat nak hidup.
Ibu dan abah memang dah bising. Kata mereka, kalau aku tak nak jumpa Ayu untuk selesaikan hal tuh, biar diorang aje yang pergi jumpa Ayu untuk pujuk Ayu. menangis-nangis Ibu dibuatnya, bila Ayu telefon ke rumah dan memberitahu yang dia tak mahu lagi meneruskan perhubungan itu.
Bukan aku tak mau jumpa. Kalau ikut hati aku, hari-hari aku nak pergi jumpa dia. Pujuk dia. Supaya jangan tinggalkan aku. Hanya Tuhan yang tahu, betapa aku rindu dengan si comel tuh..
Tapi, aku nak bagi dia masa. Biarlah dia tenangkan hati dia dulu. lagipun, dia tengah final exam. Aku tak mau sesakkan kepala otak dia. Dan sebenarnya, aku belum bersedia, kalau kali ini aku memujuk Ayu untuk kembali kepada ku, dan dia menolak. Tak sanggup aku menghadapi saat tuh. Sedangkan masa dia ucapkan pertama kali yang dia nak tinggalkan aku pun, rasa macam hati aku dah pecah, ini kan pula kali kedua. Oleh itu, lebih baik aku biarkan dulu dia tenangkan hati dia. Abiskan periksa. Sementara tuh, boleh aku carik punca sebab musabab yang menyebabkan tiba-tiba dia nak putus.
Mungkin dia tahu aku pergi jumpa Mira sebelum aku balik ke Alor Star tuh? Sebab tuh dia kata aku nak berbaik dengan Mira semula. Dia marah, terus mintak putus? Ish, takkan begitu sangat marah dia. Ayu yang aku kenal takkan buat macam tuh. Dia tuh rasional..
Abis tuh? Apa sebabnya.. Dia asik cakap pasal kesian dan simpati malam tuh. Salah ke aku kesiankan dia? Takkan sebab aku kesiankan dia, dia mintak putus...
“Hisshhh!!”,Aku garu kepala kasar. Pening kepala aku!
Tiba-tiba telefon yang aku letak di atas meja berdering.
Kimi?
Aku lantas menekan punat untuk menerima panggilan itu.
“Fiq, aku nak jumpa kau!! Apa kes antara kau dengan Ayu nih! Aku dengar korang dah putus....”,
Fikiran aku dah la dah memang serabut. Ditambah pulak dengan mangkuk nih menengking-nengking. Tak ada salam, tak ada ‘hello’, dan-dan menengking aje..
Aku mengeluh. Sungguh, tak punya kuasa nak gaduh sama.
“Kimi, sorry.. Not now, fikiran aku dah berserabut nih! Tolong la jangan wat aku bertambah pening ok?”,Perlahan jawabku. Sepi.
“Aku nak jumpa kau! Kita selesaikan hal nih..”,
“I need my time on my own Kimi! Jangan kacau aku!”,
Lantas talian aku matikan. Terus sahaja aku off handset di tangan.
Shit!! Semua orang menyesakkan kepala aku. Tah kenapa, semua orang macam dah tau hal aku dengan Ayu...
Mira dah berapa kali call. Mintak maaf. Risau kalau-kalau dia puncanya, kerana memberitahu aku pasal Kimi dan Ayu. siap menangis-nangis lagi.
“Biar Mira pujuk Ayu Fiq.... Biar Mira cakap dengan dia..”,
“Tak pe Mira... Saya tak nak kacau dia sekarang... Dia tengah in the middle of exam.. Biar dulu.. Nanti dia berserabut..”,
“Tapi Mira rasa bersalah Fiq... What can I do to help you?”,
Aku diam. tak menjawab soalannya itu.
“Maybe i can try to make you happy.. How about, we go for dinner together. My treat..”,
Picit-picit kepala.
“Fiq...?”,
“Mm..., sorry Mira.. Not in the mood nak dinner together.. Dinner pun tak selera..”,
“Fiq... Jangan la macam tuh.. Kalau Fiq sakit? Camana? Mira tak mau Fiq sakit... Cam nih la.., biar Mira datang area office Fiq.. Kita dinner together k...?”,
Sudahnya, malam semalam, memang aku dinner dengan Mira. Baik semacam la plak minah nih.. Dulu masa bercinta dengan aku, haram kot nak paham masalah aku. Bagi aku masalah lagi ada la...
Sejenak, aku pandang wajah Ayu yang tersenyum di skrin komputer aku itu. Hati terasa sepi. kalau tidak, masa-masa sekarang nih, mesti tengah balas-balas mesej dengan cik adik tuh.
Akhirnya, aku mengeluh perlahan.
Ayu...., abang rindu dengan Ayu...

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

“Assalamualaikum...”,sepi tanpa jawapan. Semuanya belum balik dari exam agaknya. Aku terus sahaja ke compartmentku. Berbaring di atas katil itu.
Alhamdulilah, baru sebentar tadi, dah selesai peperiksaan akhir untuk semester ini. Aku mengeluh perlahan. Walaupun banyak yang berlaku sejak dua tiga minggu sebelum peperiksaan itu, namun, berkat hidayah Tuhan, aku dapat jawab kesemua paper dengan baik.
Esok petang, aku akan balik ke Alor Star. Bercuti untuk 3 bulan. Pada mulanya, memang aku ada mendaftar untuk mengambil sem pendek. Jarang budak engineering yang tak ambik sem pendek di UIA. Tapi, kali ini, aku lepaskan. Selepas peperiksaan tadi, terus sahaja aku pejabat pendaftar, untuk hantar borang drop subject. Aku perlukan masa tiga bulan itu, untuk berehat di rumah. Menenangkan fikiran. Segala yang berlaku dalam masa sebulan nih, terasa macam terlalu cepat. Jadi, biarlah aku ambil masa sendiri untuk melegakan otak fikiran dan hati perasaan atas semua yang berlaku.
Pejam celik, dua minggu dah berlalu sejak peristiwa malam hujan lebat itu. sesekali, memang aku menangis, bila terkenangkan si dia. Sungguh, makin ditahan-tahan, semakin rindu aku dengan dia. Apa agaknya cerita dia...? dah berbaik ke dia dengan Kak Mira..?
Aku juga bercadang nak memohon untuk tukar kolej apabila aku balik daripada cuti nanti. Sebabnya mudah, aku takut, kalau-kalau terserempak dengan dia dan Kak Mira berdating depan kolej. Almaklum aje lah, Kak Mira kan sama kolej dengan aku.. Kalau lah terjumpa, rasa-rasanya, memang hati aku takkan betah melihat. Jadi, daripada menanti saat itu tiba, adalah lebih baik aku lakukan sesuatu untuk mengelak ia daripada berlaku. Kang aku jugak yang bengkak-bengkak mata menangis.
Sejenak, aku belek jari jemari aku yang kosong. Masih teringat rasanya apabila ada dua cincin di jari-jemari nih..Aku senyum sendiri. Sekarang, rasa kosong betul. Bukan setakat tangan, hati aku pun kosong. Sunyi. Untuk mengisi kekosongan itu, aku panjangkan munajat kepada Ilahi. Biar aku redha dan tenang hati dengan apa yang berlaku terhadap ku. aku percaya, Tuhan aturkan segalanya bersebab. Dan aku tak mahu mencari sebab untuk menyalahkan Tuhan atas kecelakaan yang menimpa diri aku. Dan sebagai hadiahnya, Dia kurniakan aku ketenangan hati. Memadai buat ku. aku bersyukur.. kerana itu sahaja yang aku perlukan buat masa nih..
“I hope you know..”,Telefon bimbit ku berdering. Segera aku keluarkan telefon daripada dalam beg yang bawa ke dewan peperiksaan tadi. Nombor pemanggilnya tidak aku kenali. Kerut kening sendiri.
Sapa plak dah...
“Hello, Assalamualaikum..”,
“Waalaikumussalam.... Ayu, Abang Ipin sini..”,
Aku jadi tersentak. Abang Ipin?
“Dari mana dapat nombor Ayu..?”,Terkejut aku kerana Abang Ipin dah berjaya dapatkan nombor telefon aku. Penat-penat aku beriya tukar.
“Ayu..., Afiq sakit... Dia demam panas.. tenat... Ayu.., tolong lah ayu.., jumpa Afiq.. Dia rindu dengan Ayu..”,Cemas suara Abang Ipin.
Aku lantas tercengang. Hah??? Abang sakit?? Tenat...??
“Ayu..., aku dengan Fifi ada kat luar kolej nih... Cepat Ayu... Keluar sekarang... Gi jumpa Afiq.. Sebelum terlambat..”,
Aku terduduk. Ya Allah..... abang......
“Aku dekat depan kolej..”,
Talian mati. Aku masih diam di bucu katil itu. menangis.
Tanpa sedar, aku satukan kedua-dua tanganku. Dan rapatkan ke dada.
Ya Allah, jangan Kau ambil Abang Afiq pula.... Aku tak sanggup, menerima derita ini... Tolong... Kasihani aku....

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Sebaik sahaja kereta berhenti, aku terus berlari-lari anak menuju ke pintu besar banglo dua tingkat itu.
“Kak Ayu...”,Kala itu Wina di muka pintu. Menangis.
Lantas kami berpelukan.
“Abang...”,Aku angguk-angguk. Tak perlu Wina ulang..., Kak Ayu dah tau..
“Mana abang?”,
Wina tujukan jari telunjuk ke bilik abang nya di atas. Aku lihat pintu itu tertutup.
Lantas aku berjalan laju naik ke bilik.
Aku ketuk perlahan. tiada jawapan. Aku diam di muka pintu itu. patutkah aku masuk?
“Masuk lah Ayu...”,Tah bila Kak Fifi dan Abang Ipin menyusul, aku tak pasti. Aku mengangguk. Lantas aku kesat airmata ku, dan aku buka pintu perlahan.
Aku lihat dia terbaring di atas katil. Pucat wajahnya. Sebak ku tak dapat ditahan-tahan lagi, maka aku menangis lagi menghampiri si dia.
“Abang....”,Perlahan panggilku.
Aku lihat wajah dia yang kelesuan. Rasa sakit hati ku melihat keadaannya begitu. Aku duduk di kerusi yang ada di sisi katil itu.
“Abang...., maafkan Ayu...”,
Kata-kata Abang Ipin dan Kak Fifi dalam perjalanan ke sini tadi berlegar-legar dalam kepala.
“Sejak bila abang sakit?”,Setelah sekian lama menyepi, akhirnya aku bersuara.
“Seminggu lebih dah Ayu... Aunty kata, Afiq kurang makan and minum... Dia terlampau kuat bekerja.. Sejak korang putus, dia jadi workaholic..”,
Abang..., kenapa abang buat macam nih?
“Ayu..., kenapa Ayu buat cam nih? Tak kesiankan Afiq ke?kau tak sayang dia..?”,
Aku pandang Kak Fifi yang duduk di hadapan. Mengesat air mata yang makin laju.
“Sebab Ayu sayang gila dengan abang la Ayu buat cam nih.... Ayu tak mau abang terima Ayu sebab kesian, Kak Fifi... Ayu tau, dia sayangkan Kak Mira lagi... Tak apa yang dapat ubah perasaan abang dekat Kak Mira... Jadi, what’s the point dia terus dengan Ayu kalau dia menyeksa hati dia rindukan Mira..”,
Abang Ipin dan Kak Fifi berpandangan.
“Mira cakap camtuh kan..?”,
Aku lantas tunduk.
“Dia tuh je yang gila perasan semua orang suka kat dia la Ayu... Kenapa kau percaya cakap si gila tuh...?!”,Abang Ipin kelihatan berang.
“B.... sabar la.. ”, Pantas Kak Fifi menenangkan tunangnya itu.
Aku pandang wajah mereka berdua bersilih ganti.
“Sejak kau hidup dalam hati Afiq.., dia tak pernah sebut pasal Mira lagi... Camana kau boleh pikir Afiq still sayangkan Mira?”,
“Afiq tuh cinta mati dengan kau Yu... Kalau tak, kenapa dia susah payah carik duit 10ribu nak nikah dengan kau...”,
“Hah?!!”,Aku tercengang. 10ribu? 10 ribu apa plak nih? Tak pernah tahu menahu pun.
“10 ribu apa nih? Ayu tak pernah tau pon...!”,
“Unlce kenakan syarat 10k kalau nak nikah dengan kau.. Sebab tuh Afiq kerja siang malam nak dapatkan 10ribu tuh nak kawin dengan kau... Kalau dia tak sayangkan kau, buat hape la dia menyusahkan diri carik duit nak kawin cepat..”,Satu lagi rahsia Abang yang Abang Ipin beritahu buat aku rasa nak terpengsan kat situ.
Aku pandang wajah itu lama. Terasa macam nak usap-usap je wajah si dia yang sedang tidur itu.
“Ayu mintak maaf abang... Ayu tak tau selama nih abang susah payah untuk Ayu...”,
“Kenapa abang tak pernah cakap dengan Ayu...”,Teresak-esak aku menangis.
“Ayu.....”,Kala itu aku dengar perlahan suara memanggil.
“Abang...”,Aku lihat kelopak mata nya dah terbuka. Terkebil-kebil memandang aku. Kemudian dia cuba bangun.
“Eh abang.., jangan! Rehat la...”,
Dia hanya sengih. Dasar budak degil, dia bangun juga daripada pembaringan dan duduk bersandar ke kepala katil.
“Abang Ipin kata, abang demam panas...”,
Dia diam sejenak. Tangan diletakkan di dahi.
“Tak la panas sangat... Demam sikit..”,
Ha??? Aku tercengang! Cess..., hidup-hidup aku kena tipu dengan dua ekor tuh!
“Ei, tipu Ayu!”,Aku lihat dia sengih.
“Mana ada abang tipu Ayu... Abang tak ada kaitan pun.. Sengal dua ekor tuh la..”,
Aku dah malu sendiri. Aduhai! Buat malu aku je.. Apa kes aku masuk bilik orang bujang tiba-tiba. Tengok dia tengah tidur plak tuh.. Beriya-iya aku nangis wat drama tadi! padahal, member nih tak ada pape pun!
“Ayu balik la..”,Lantas aku bangun.
“Eh Ayu..., jap..”,Lantas pergelangan aku dipegang. Namun, segera dilepas.
“Ayu..., duduk jap Ayu... Abang nak cakap...”,
aku pandang dia sebelum mengambil tempat di kerusi tadi.
“Abang mintak maaf...”,Perlahan ucapnya.
“Abang mintak maaf atas sume menda yang abang lakukan yang buat Ayu rasa abang tak sayang Ayu....”,
Aku tunduk. Sedar, mata kuyu itu sedang memandang aku.
“Dalam hidup abang, tak pernah pun abang rasa camnih.. Inilah kali pertama, abang sayang perempuan selain keluarga abang macam abang sayang Ayu...”,
Alamak, mendengar kata-kata nih yang aku lemah nih! Buat aku rasa nak nangis je...
“Memang betul, abang sukakan Mira lama... Tapi, tak bermakna, abang cintakan dia sampai sekarang.. Masa Mira datang balik, abang memang langsung tak de niat nak sambung ngan dia.. Pada abang, dia memang kawan. Lagipun, ruang hati abang, dah tak ada untuk dia.. Semua untuk Ayu...”,
Aku angkat muka. Memandang si dia.
“Tapi abang memang ada jumpa Kak Mira kan...? abang ada contact-contact dia kan..? kenapa tak bagitau Ayu..?”,
“Alasannya senang je.. sama macam Ayu tak bagitau abang yang Ayu jumpa Kimi... Abang tak nak Ayu terasa. Pasal abang jumpa dia tuh.., abang memang nak bagitau Ayu... Abang memang dah plan nak bagitau Ayu.., tapi, tak kesampaian..., sebab hari tuh Baba...”,Dia tak teruskan kata-katanya.
Aku terdiam. Abang dah tau pasal aku jumpa abang Kimi? Nape dia tak pernah bertanya pun.. Dari mana dia tau..?
“Ayu..., abang rayu dengan Ayu.., jangan la tinggalkan abang... Abang memang tak boleh hidup kalau Ayu tinggalkan abang...”,
Persoalan yang bermain-main dalam fikiran tadi hilang entah ke mana. Sayu hati aku mendengar rayuannya. Aku pandang wajahnya. Dia tak memandang aku. Tunduk. Bermain-main dengan bucu bantal. Ada air bertakung dalam mata si dia. Bertambah-tambah sayu la hati aku melihat keadaan dia begitu.
“Ayu buat macam tuh sebab Ayu tak mau abang stay dengan Ayu sebab abang kesiankan Ayu... Simpatikan Ayu atas apa yang terjadi dalam hidup Ayu yang sebatang kara nih... Ayu bukan nak abang ada dengan Ayu sebab abang kesiankan Ayu..”,
“Kesian? Kesian macam mana? Salah ke abang kesiankan Ayu? Abang sebenarnya tak paham dengan konsep kesian.. Kalau kesian tuh, maknanya nak selalu ada untuk Ayu. Atau, kesian tuh, maknanya nak Ayu ada slalu dalam hidup abang. Atau kesian tuh, maknanya nak buat Ayu bahagia, atau kesian tuh, maknanya, sanggup buat apa saja, untuk jadikan Ayu isteri abang yang sah, then abang mintak izin Ayu, untuk kesiankan Ayu, sampai ke akhir hayat abang... Sebab, kalau abang tak kesiankan Ayu..., abang sendiri tak boleh hidup Ayu...”,
Kala itu, air mata aku dah pun menitik ke pipi. Sungguh, sebak terasa hati mendengar dia berkata itu. Sebak kerana aku terharu. Ya Allah, aku bersyukur, Kau ciptakan lelaki ini, untuk menerangi hidupku.
“Izinkan abang isi ruang hati Ayu.. Biar abang ubat segala duka yang Ayu dah alami selama nih... Biar abang sediakan bahu untuk jadi tempat Ayu menangis... Izinkan abang bahagiakan Ayu.... Bagi abang peluang untuk cuba..”,
Aku kesat air mata yang menderu turun bak air terjun.
“Abang dah bahagiakan Ayu... How can I expect more from you... Ayu bersyukur, sebab Tuhan temukan Ayu..., dengan lelaki sebaik abang...”,
Dalam tangisan, aku ucapkan kata-kata itu.
“Arwah Baba selalu kata dengan Ayu..., Abah orang baik.., sebab tuh, Baba yakin.., Abang pun sebaik abah.. Memang Baba tak silap, carikan Ayu pasangan semulia abang...”,
Dia diam. tunduk. Aku lihat dia meraup wajahnya.
“Terima kasih abang...kerana ada untuk Ayu...”,
“Janjilah dengan abang.., Ayu takkan tinggalkan abang lagi.....”,
Mata merah itu memandang aku. Aku senyum dalam tangisan ku.
“Ayu janji...”,
Dia juga tersenyum.
“Baba..., Afiq janji, akan bahagiakan Ayu...”,Dia bicara perlahan, sambil menutup matanya. Aku tersenyum, sekali pun air mata masih laju membasahi pipi.
Baba...., Ayu bahagia...

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Airmata yang mengalir dikesat. Tak sangka, disebabkan perempuan itu, sahabat sendiri sanggup membuang dia. Kehadiran Fifi yang disambut meriah, rupanya hanya membakar hati.
“Eh...awak!!”,Gembira bukan kepalang bila melihat sahabatnya itu datang.
“Awak, saya datang nih, nak tanya betul-betul dengan awak, apa awak cakap kat Ayu...?”,Dia kerut kening. Kenapa nak tanya pasal budak tuh pulak!
“Cakap apa awak?! Awak percaya sangat la cakap dia tuh...”,
“Ayu tak cakap apa-apa pon kat saya! Tapi Kimi yang cakap... Ada budak bagitau dia yang nampak awak buat something kat Ayu. Saya dah agak, awak mesti ada buat apa-apa... kalau tak, takkan tiba-tiba Ayu mintak putus from Afiq!”,
“Buat apa nih? Hah? Awak jangan nak buat saya naik angin kat sini...”,
“Naik la.... Naik!! Sudah la Mira.., saya dah letih dah bersabar dengan awak nih... Skang awak bagitau, apa yang awak cakap dengan Ayu!!!”,Tak disangka sahabatnya itu tega menaikkan suara dengan dia kerana perempuan bedebah tuh..
“Awak! Awak marah saya sebab betina sundal tuh! Awak lupa ke, dia yang rampas Afiq from saya.... Dia seduce Afiq belakang saya... Pastu nak wat-wat innocent plak! takkan awak pon tertipu dengan dia...”,
Fifi diam. kecikkan mata yang disapu celak itu memandang Mira.
“Afiq tinggalkan awak, langsung tak ada kena mengena dengan Ayu! Kalau Ayu tak wujud pun dalam cerita nih, Afiq mesti tinggalkan awak jugak.. Masalahnya bukan orang lain, tapi perangai manja and keras kepala awak yang tak bertempat tuh!”,
“Fifi!! Shut up!! Apa hal kau nih?! Kau pun dah masuk perangkap kesian dia ke? Apa yang dia bagi kat awak? Tangkal...?”,
Pang! Kepala terteleng sedikit dek lempangan sahabat itu.
“Fifi!! Sampai hati awak lempang saya... We are sisters.. Now you slap me just because of that slut?”,Air mata mula mengalir membasahi pipi.
“Stop calling her with bad names Samirah! Just stop it! Melukakan hati dia, sama macam lukakan hati saya, wak.. Saya dah anggap dia macam adik saya sendiri..”,Kala itu, dia terpana. Memandang Fifi dalam. Adik??
“Awak tau tak, apa awak buat, is actually make a larger gap between you and Afiq. Afiq is so in love with Ayu.. If he knows.”,
“No!!! Dia kesiankan budak tuh! Sebab budak nih ada bapak yang nyawa-nyawa ikan kan..?”,
“Samirah!! My god, how dare you say that!! Dia anak yatim piatu, Mira..., yatim piatu... Ayah dia baru je meninggal... And because of words that you said to her, dia hilang Afiq jugak, satu-satu tempat dia bergantung... Awak tak ada hati perut ke...?”,
Kala itu dia lihat Mira terdiam.
“Selama nih, Afiq sayangkan Ayu, lebih daripada nyawa dia sendiri. Dia kerja keras beberapa bulan nih, nak carik duit 10k, yang his dad jadikan syarat untuk nikah dengan Ayu... Sebab tuh, dia berusaha kuat. Lagi cepat dia kumpul duit tuh, lagi cepat dia boleh kawin dengan Ayu...”,
“Kalau kesian..., Afiq takkan buat sampai ke tahap tuh wak... Pada dia, tak ada yang lebih penting, selain membahagiakan Ayu... Itu bukan kesian..., itu cinta...”,
Dia diam. tak mungkin!! tak mungkin! takkan aku dah kalah dengan betina murahan cam dia tuh! Atas sebab apa Afiq gilakan sangat dia tuh? Apa kurangnya aku??
“Mira..., apa-apa pon.., saya tetap sayang awak as my bestfriend. We are sisters, forever.. Cuma, kali nih, saya tak mau awak terus dibawak egois n keras kepala awak tuh... Peluang yang datang sekali, tak semestinya akan datang lagi. sebab tuh, hargai sebaiknya, bila ada... Jangan menyesal di kemudian hari..”,
Airmata mengalir laju melihat sahabat itu berlalu meninggalkan dia. Aku dah kalah! Aku dah kalah dapatkan Afiq balik! Kalah dengan budak tuh!
Mira terduduk di muka pintu itu. dan dia sedar, dia tidaklah sehebat mana...

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Kami berdua sepi. sesekali, berpandangan antara satu sama lain. Aku lihat, Ayu memang langsung tak memandang ke hadapan.
“Kenapa Ayu buat keputusan drastik macam tuh? Tak berbincang dulu...”,
“Ayu min..”,
“Salah Fiq bah.., bu... Salah Fiq.. Ayu salah paham je..”,Cepat-cepat aku memotong percakapan Ayu. aku tak mahu Abah dan Ibu menyalahkan dia atas kes pulang cincin yang lepas.
“Nasib baik tak sampai ke sebelah Kedah... Kalau tidak? Camana?”,
“Bah..., can’t we just forget bout this..? It’s..”,
“Ayu mintak maaf uncle, aunty... Memang Ayu yang salah... Ayu tak percaya abang.. Ayu ikut perasaan.. Ayu takut.., abang tak bahagia dengan Ayu.. Ayu ingat.., abang tak cintakan Ayu. Ayu ingat abang kesiankan Ayu je.., sebab tuh dia terima Ayu... Ayu sayangkan abang, cintakan abang seikhlas hati Ayu, Ayu nak abang bahagia..”,Panjang lebar dia menjawab. Aku terdiam. Memandang dia di sebelah menjawab sambil menangis. Memang tadi bila ibu dan abah keluar perintah nak berjumpa dengan kami berdua, aku dah nampak muka minah nih pucat semacam. Abah dan Ibu pulak, muka garang cam ke hape. Mana lah budak nih tak kecut..
Aku pandang Abah dan Ibu. sepi.
“Fiq, abah cakap terus terang dengan you.., kalau Fiq sia-siakan gadis sebaik Ayu nih.., Abah memang takkan maafkan Fiq...”,
Aku senyum lega. Haduh!! Takut guek! Aku ingat abah ngan ibu marah dengan Ayu sebab tindakan dia hari itu.
“Meh sini menantu ibu...”,Kala itu ibu dah mendepangkan tangan kepada Ayu. lantas Ayu terus sahaja memeluk ibu dan menangis.
Aku perhati, sambil tersenyum.
“So bah..., bila leh kawin?”,Perlahan aku bertanya kepada abah.
“How much do you earned so far..?”,
Aku garu-garu kepala.
“7500 bah..”,
“Berapa you janji dengan abah?”,
Aku mengeluh. Jawabnya tak boleh la tuh...
“10 000 bah..”,
Abah diam. memandang aku menerusi cermin mata nya yang terlurut itu.
“Ayu...”,
“Ye uncle..”,
“Ayu dah pergi kursus kawin..?”,
Dia kerut kening. Geleng-geleng.
“Mm.., pergi cepat. Next two months, abah nak nikahkan Ayu dengan Afiq...”,
Aku tercengang. Memandang abah macam tak percaya.
“Serious bah?”,
Abah tak menjawab. Hanya tersenyum. Kemudian berlalu meninggalkan kami.
“Nab..., moh kita.. Ada banyak benda nak diselesaikan nih... Dua bulan bukan lama..”,
Ibu memandang aku dan Ayu. tersenyum. Mencubit pipi aku dan mencium dahi Ayu.
“Jangan nak buat hal lagi!”,Pesan ibu sebelum berlalu.
Aku masih di awang-awangan. Yes!!!
“Nak kawin, yay, yay!!”,
Aku menari-nari di hadapan Ayu. aku lihat dia gelak.
“Sapa nak kawin dengan awak tuh! Budak perasan tak tau malu!”,
“Awak la yang nak kawin dengan kita... Tadi sapa tah kata, Ayu nak abang bahagia..”,Sengaja aku ajuk kata-katanya tadi.
“Perasan! Kita tak mau la..”,Dia jelir lidah lantas bangun meninggalkan aku.
“Ayu...”,
“Apa?”,
“Duduk la sini dengan abang...”,
“Tak mau lah! Tak manis tau tak...”,
Aku sengih.
“Ayu sorang dah manis.., cukuplah! Yang lain tak manis tak apa....”,
Aku lihat mukanya kemerahan malu.
“Mengada!”,Lantas dia berlari anak berlalu. Aku sengih. Lantas kepala aku sandarkan ke sofa.
Tak mau konon!! Sudah la.. Tipu aje..!!

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Tali pinggang keledar dah aku pasang rapi. Si dia punya pun, aku dah pasangkan tadi. aku lihat dia sebelah. Masih memejam mata. Geleng-geleng.
Aku sengih. Hari ini, kami berdua akan berangkat ke Phuket. Destinasi yang dipilih sebagai desitinasi berbulan madu, setelah kami selamat diijabkabulkan lebih kurang 10 hari yang lepas di Alor Star. Tiga hari lepas, selesai sudah kenduri di sebelah KL. Hari ini, terbang berbulan madu. Bukan apa, terpaksa cepat-cepat, sebab tak lama lagi Ayu dah nak masuk sem baru.
Tak sangka, begitu cepat masa berlalu, aku dah jadi suami orang. Punya terkejut kawan-kawan, senyap-senyap aje, aku dulu yang kawin. Bukan dengan Mira pulak tuh! Apa nak buat, dah takdir. Sapa suruh korang sume tak pandai ayat... Tengok macam aku, pandai ayat, dapat bini cun kat sebelah nih... Aku pandang dia yang masih memejam mata. Lantas aku siku lengannya perlahan.
“Oi...cik kak! Tidur ke?”,
Dia buka mata memandang aku sejenak, kemudian dia pejam semula.
“Pening ke?”,
Dia geleng-geleng.
“Lepas tuh?”,
“Takut...”,
Aku gelak. Apa la punya orang.. Dah naik flight dua kali.., takut lagi??
Kapal terbang itu mula bergerak. Dan tak lama, mula terasa dia mula naik. Kala itu, aku mula rasa lengan aku makin kejap dipegang. Kepala dia sandarkan ke lengan aku. Ceh, punya takut la minah nih!
“Tak apa Ayu... Jangan takut... Abang ada... Abang ada...”,Lantas aku usap-usap kepalanya perlahan.
Dia pandang aku. Kemudian senyum. Angguk-angguk. Lantas dia tegak semula. Jari jemarinya aku paut. Aku turut senyum.
Aku ada untuk mu sayang.. Whenever, wherever, forever..., aku ada..

‘ ‘ THE END ‘ ‘

Sabtu, 9 Februari 2008 di 5:43 PG , 3 Comments